Tips Dekorasi Kediaman Menjelang Aidilfitri

Setiap orang berazam untuk memberikan kelainan yang eksklusif dan meriah untuk sambutan Aidilfitri di rumah masing- masing. Bermula hari pertama Ramadhan, bermacam perkara mengenai persiapan Aidilfitri sudah dirangka dan dibiarkan menjengah ruang fikiran masing- masing. 

Persiapan Pra-Raya tentunya menitikberatkan hiasan deko rumah idaman sehinggakan ada sesetengah orang sanggup berhabisan dalam mengubah suai dekorasi kediaman. Sesetengah di antara mereka pula merancang untuk membeli perabot dan cat baru. Tapi sebenarnya, jika kena dengan gaya, perabot lama yang dibuat sedikit penambahbaikan akan nampak seperti perabot baru.

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menghias kediaman agar tidak terlalu ''over" atau berlebihan tatkala menyambut lebaran nanti.

1) Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru, ada kalanya hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot lama dapat mengubah wajah perabot sedia ada, bagaikan perabot baru. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu. 


sumber : hanasuva.com
sumber : hanasuva.com
 2) Pilihan warna pastel masih lagi pilihan rona terbaik untuk kediaman. Ronanya lembut dan menenangkan.

3) Elakkan menghiasi kediaman dalam rona sedondon dengan baju raya anda sekeluarga, yakni bagi anda yang bercadang mahu menggayakan baju raya warna sama.

4) Gubahan bunga memberi sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Gunakan bunga segar jika mahu.

sumber: google
sumber: google
5) Lakukan revamp dekorasi rumah dengan menukar kedudukan perabot. Ini adalah cara paling mudah dan cepat menghidupkan wajah kediaman. Kelengkapan di ruang tamu, termasuk set sofa dan permaidani yang menjadi titik tumpuan boleh diubah kedudukannya untuk membentuk suasana baru. Namun pemilihan perabot seperti sofa dan permaidani yang bijak amat penting dalam menentukan stail yang bertepatan memenuhi citarasa tuan rumah.

sumber: google
6) Kebersihan adalah perkara penting. Tiada guna anda menghias kediaman dengan perabot yang cantik dan mewah jika setiap sudut berhabuk juga lantai tidak di mop dengan bersih.

7) Pasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar.

8) Usah lupa pada soal pencahayaan. Ia adalah elemen penting menghidupkan dekorasi.

9) Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Hidangan raya anda juga tampak lebih menyelerakan.

10) Lastly, seboleh-bolehnya elakkan meletakan barang perhiasan rumah seperti pasu kaca, bingkai gambar di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak kecil kerana sudah pasti tetamuyang datang umumnya terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

sumber:

- Eh!
- Hanasuva.com