UNIK; Lelaki Cina ini hanya menggunakan Sebatang Buluh untuk Seberangi Sungai Ke tempat kerja

Menyeberangi sungai yang agak lebar bukanlah satu masalah walaupun tanpa sebarang alat pengangkutan air yang moden. Hal ini dibuktikan oleh seorang lelaki cina yang menyeberangi sungai besar dengan hanya menggunakan sebatang buluh sebagai rakit dan sebatang buluh lagi sebagai dayung. Siapa lagi yang memerlukan bot apabila mempunyai kekuatan luar biasa untuk menyeimbangi badan dan mmiliki keupayaan melawan arus sungai?


photo:  CCTV News

Aksi lelaki Cina yang berusia 51 tahun ini menjadi perhatian netizen setelah videonya tersebar di media sosial China. Jutaan penonton memberikan komen emoticon kehairanan melihat video aksi luar biasa Fang Shuyun dengan mudahnya mengemudi rotan buluh 23-kaki itu melepasi perairan sungai Fuchun, dengan lancar dan pantas. Dia dilaporkan bergerak pada kelajuan 100 hingga 164 kaki seminit. 




Fang, berasal dari bandar Hangzhou, mula terfikir untuk mencari inisiatif lain untuk menyeberangi sungai tersebut satu malam pada 2014 selepas dia terlepas menaiki bot terakhir pulang dari kerja. Dia ternampak tiang buluh terapung di sungai dan mengambil keputusan untuk menggunakannya untuk menyeberangi sungai Fuchun.


Bagaimanapun, percubaan pertama Fang menemui kegagalan tetapi dia amat berpuas hati dengan pencapaiannya dan berfikir pasti dia mampu berjaya jika dia mampu mengawal keseimbangan dan dapat mendayung dengan lebih baik. Jadi Fang menghabiskan masa selama dua tahun untuk berlatih dan mengamalkan, dan ternyata akhirnya dia berjaya menguasai kemahiran tersebut.




Sumber : CCTV News