UNIK: Empat Peniaga Makanan Goreng Yang Mesra Minyak Mendidih

Kebiasaannya kita menggoreng sesuatu di dapur dengan menggunakan spatula untuk menghindari tangan dari melecur. Menyentuh minyak masak yang sedang mendidih dengan tangan adalah perkara tak masuk akal bagi kita yang tiada kemahiran.  Namun berbeza dengan beberapa orang penjual makanan gorengan ini.

Hartini Maliki, Gorontalo, Indonesia

sumber : google
Tentu kita pernah melihat video yang pernah viral di media tentang seorang makcik peniaga pisang goreng yang kebal minyak panas. Makcik Hartini Maliki yang berasal dari Gorontalo, Indonesia itu berjaya membuatkan netizen terlopong dan tercengang kehairanan apabila beliau dengan selamba memasukan dan membalikkan pisang di dalam minyak yang sedang mendidih 400° celcius dengan menggunakan tangan. Makcik Hartini atau lebih dikenali Ta No'u mempunyai gerai pisang goreng yang terletak di Jalan Raya Eyato, tidak jauh dari masjid bersejarah Baiturrahim.

Setiap kali ditanya mengenai kebolehan luar biasanya, Ta No'u hanya tersenyum sambil tangannya sibuk mengkaut-balikkan pisang di dalam minyak yang mendidih. Namun apa yang membuatkan pembeli terkejut ialah tangannya sedikit pun tidak melecur. Kebolehan luar biasa Ta No'u pernah membawanya sebagai jemputan ke Perancis selama 12 hari pada tahun 2008.

Namun, tanpa kita ketahui, rupanya bukan makcik itu seorang sahaja yang kebal minyak panas malah terdapat tiga orang lagi lelaki yang mempunyai kemahiran yang sama seperti makcik tersebut dari pelbagai negara.

Prem Kumar, New Delhi, India


sumber : google
Seperti Makcik Hartini, Prem Kumar dari New Delhi, India juga memiliki keupayaan luar biasa tersebut. Mendakwa mewarisi kemahiran kebal minyak panas dari ayahnya, beliau menjalankan perniagaan menjual makanan gorengan seperti ikan. Setiap hari beliau menyajikan sekitar 150 ekor ikan goreng untuk ratusan pelanggan selain menu khas India Utara yang lain seperti kebab, mutton tikka, paneer tikka dan tandoori kentang.

Kebanyakan pembeli datang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kebolehan Prem menggoreng tanpa bantuan spatula atau apa- apa alat yang sesuai. Apabila ditanya mengenai ilmu atau amalan yang menjadikannya kebal, Prem menafikan sebarang mantra atau sulap tetapi menegaskan kebolehannya kerana latihan terhadap rutin sehariannya.

Ram Babu, India.

sumber : google
Di Allahabad, Uttar Pradesh, India juga terdapat seorang lelaki yang memiliki kemampuan luar biasa seperti Ta No'u dan Prem iaitu Ram Babu. Beliau selalu mendapat perhatian masyarakat setempat yang kehairanan melihat aksi Ram Babu menggoreng dengan hanya menggunakan tangan semata- mata. Lelaki warga India itu, secara santai memasukkan tangannya ke dalam minyak mendidih bersuhu kira-kira 200° celcius tanpa mengalami sebarang kecederaan kulit. 

Menurut Ram Babu, rutinnya selama lebih 40 tahun itu menjadikannya terbiasa dengan cara gorengan unik itu. Pelanggannya datang dari pelbagai daerah. Setiap hari beliau berjaya menjual lebih dari 100kg makanan goreng. 

Kann Trichan, Chiang Mai Thailand.

sumber : google
Kann Trichan seorang lagi peniaga yang berkebolehan unik yang mesra minyak gorengan panas. Lelaki berusia 50-an tahun ini dengan selamba mencelupkan tangan ke dalam kuali yang mengandungi minyak mendidih tanpa melecur. Trichan meniaga pelbagai masakan goreng seperti ayam, tauhu dan lain- lain di sekitar Chiang Mai, Thailand. 

Trichan dikatakan setiap hari menggoreng makanan tanpa bantuan apa-apa alat perlindungan tetapi mengangkat gorengannya dengan hanya menggunakan tangan kosong dari minyak didih bersuhu 400'celcius. Kemampuan luar biasa Trichan ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau direkod sebagai pengambil ayam goreng terpantas dalam suhu 480° celcius dengan tangan kosong, iaitu sebanyak 20 potong ayam goreng dalam masa 1 minit di dalam Guinness World of Record.