Pengemis Muda Menjadi Bank Kepada Peniaga Tempatan.

Penampilan bukanlah segalanya. Siapa sangka seorang pemuda India yang hanya bekerja sebagai pengemis mampunyai aset bernilai 1.25 crore rupee ($ 185,000) iaitu 500,000 rupee ($ 7,500) di dalam setiap empat akaun banknya. Pengemis jutawan yang dikenali sebagai Pappu Kumar itu telah berjaya mencapai kekayaan setelah lapan tahun mengemis di sekitar jalan di Patna, negeri Bihar.




Pengemis muda India ini sebenarnya lebih kaya daripada kebanyakan kelas pertengahan di negaranya. Kekayaan yang dimilikinya membolehkannya memberi pinjaman kewangan kepada ahli perniagaan tempatan berhampiran dan mendapat faedah daripada pinjaman yang diberikan. Walaupun begitu lelaki berusia 33 tahun itu masih tidak mahu berhenti mengemis.

Pappu asalnya dilahirkan tanpa sebarang kecacatan. Dia berjaya meneruskan pelajaran ke sekolah tinggi dan juga mempunyai rancangan untuk belajar kejuruteraan di kolej, tetapi malangnya, dia mengalami kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Bapanya meninggal dunia tidak lama selepas itu, dan dia telah diabaikan oleh seluruh keluarganya.



Keadaan memaksa Pappu mengemis untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sendirian. Dia kemudiannya mendirikan khemah di simpang Jalan kereta api Patna dan terus mengemis di sana selama hampir tujuh tahun sebelum polis menyuruhnya meninggalkan tempat itu tahun lepas. Pappu ditahan pihak polis apabila dia enggan berganjak. Para penyiasat polis kemudiannya mendapat tahu mengenai akaun bank dan dua keping tanah miliknya yang seluas 2,000 kaki persegi setiap satu. Selain mereka juga mendapat tahu bahawa dia telah meminjamkan lebih 10 lakh rupee (hampir $ 15,000) untuk pelbagai peniaga di kawasan New Market, dengan kadar faedah yang tinggi.


Pihak polis kemudiannya menyuruhnya berhenti mengemis dan menjalankan kehidupan normal dengan aset yang dimilikinya. Namun, Pappu enggan berhenti. Ada juga yang memberinya cadangan untuk merawat penyakit lumpuhnya. Namun, dia menolak dan menyatakan bahawa bagaimana dia akan mengemis jika fizikalnya sudah sihat.