MENAKJUBKAN!!!Bagaimana nenek ini menyanyangi cucunya.(FOTO / VIDEO)

Kasih sayang ibu dan anak sesuatu yang ajaib yang sukar untuk digmbarkan. Ianya sesuatu yang berkekalan dan tidak pernah lenyap walaupun bermacam ujian menguji jiwa. Demikian kisah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sehingga beliau meletakkan sepenuh level perasaan sayang terhadap cucunya. Carmen Baugh seorang pesara yang berusia 66 tahun itu, begitu teruja dengan cucu-cucunya sehinggakan beliau mengubah setiap ruang di dalam rumahnya dengan pelbagai dekorasi gambar cucu- cucunya.

pakaian, kusyen dan kertas dinding
sumber: Spoonflower.com
Carmen mendapat idea untuk melakukan sehingga rumahnya dengan wajah cucunya apabila dia berpindah dari Charlotte Douglas ke Raleigh. Menurut Carmen cucu- cucunya adalah kebanggaan dan kegembiraannya dan itu adalah punca utama dia mendekorasikan kesemua gambar mereka di setiap ruang rumahnya seperti dinding, kusyen dan langsir. Bahkan pakaiannya juga turut ditampal dengan gambar cucu- cucunya.
 kertas dinding
sumber: Spoonflower.com
Jadi, daripada hanya melekatkan bingkai gambar cucu- cucunya, dia membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri kertas dinding khas menampilkan lebih 30 gambar yang berbeza daripada mereka. Teruja dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk turut mendekorasi kain untuk langsir dan kusyen dengan corak yang sama , dan kemudian menggunakannya untuk membuat bajunya juga.

langsir
sumber: Spoonflower.com
Idea Carmen mendapat sokongan daripada suaminya yang turut menyanyangi cucu- cucu mereka. namun, idea ini sedikit sebanyak mendapat tindakbalas kurang memuaskan daripada tetangganya. Bahkan kakaknya sendiri menyatakan ianya suatu yang gila dan menyuruhnya menanggalkan foto- foto tersebut. namun, carmen tetap berkeras dengan pendiriannya.

tuala
sumber: Spoonflower.com
Anaknya Kristin, 40 dan suaminya Scott menyatakan perasaan terkejut apabila kali pertama melihat dekorasi gambar- gambar tersebut. Namun, mereka kembali seronok apabila anak- anak mereka melihat dekorasi tersebut dan menjerit teruja "wah, itu saya!!''




 selamat membaca!!!



UNIK!!! Lelaki Gelandangan Buta ini berjaya mengkagumkan netizen dengan hanya gitar daripada tin cat (VIDEO)

Siapa yang tidak mengenali Wesseh Freeman iaitu seorang gelandangan buta yang mencuri perhatian netizen pada Disember lalu melalui kemahiran "strumming badass" nya. Freeman atau dikenali sebagai Weesay, menjadi sensasi di internet kerana kebolehannya memetik gitar unik buatannya. Weesay yang berasal dari Liberia itu menghasilkan sebuah gitar dengan hanya menggunakan tin cat minyak terpakai yang diikat dengan kayu usang dan 3 utas tali.


Meskipun gitar yang dihasilkannya itu tampak sedikit kekurangan namun kemahirannya mengendalikan alat tersebut berjaya membuatkan orang ramai terpegun dengan bunyinya. Hal ini sekali gus berjaya menarik perhatian pemilik syarikat kentang chip di Liberia iaitu Nikhil dan Sachin Ramchandani, untuk menawarkan kontrak menghasilkan puisi jenama mereka, dan menyiarkan video tersebut di saluran YouTube syarikat mereka.


Penyiaran videonya ternyata membawa tuah kepada weesay apabila dia dihadiahkan sebuah gitar Ovation-style daripada seorang peminatnya dari America. Selain itu, Ramchandani bersaudara juga kemudiannya menubuhkan kempen "Indiegogo", untuk mengumpul dana bagi membantu Weesay mendapatkan rumah dan merawat matanya. Matlamat kempen adalah untuk mencapai $ 70 000, kempen ini hanya berjaya mengutip kira-kira $ 1,000 dalam dua bulan.

Menurut Guitar World, walaupun dibuat daripada jejari basikal atau penggantung kot namun Weesay berjaya menguasai intonasi muzik yang dimainkannya dan seolah- olah instrumen ini adalah jiwanya.




 



Sumber ; Odditycentral.com







GAMBAR: Koleksi Dekorasi Makanan Kreatif Untuk anak-anak.

Memujuk anak kecil makan bukan suatu tugas yang mudah. Terkadang membuatkan kita risau dan resah memikirkan tumbesaran mereka tanpa nutrisi yang secukupnya. Di situlah memerlukan kreativiti dan inovasi ibu bapa untuk menarik minat si comel mereka untuk menjamah makanan. 

Kebiasaannya si kecil akan memilih untuk makan sesuatu yang mereka minati seperti gimik haiwan comel, kenderaan, hero animasi dan sebagainya. Di sini kami kongsikan idea dekorasi hidangan yang dikompilasikan dari pelbagai sumber untuk menarik selera mereka untuk makan.



1. Kartun animasi TinkerBell
TinkerBell
Nasi + nori + kacang peas + telur + udang + lemon + salad
2. Kartun animasi Brave
Animated Brave
Spiral Macaroni + Nori + Sos + keju
sumber : google

3. Dua Hamster
Dua hamster cute
Roti + Keju + Telur Rebus + Sausage + salad
sumber: google

4. Singa baik hati
Lion King
Roti + Pepperoni ayam + buah zaitun + keju
sumber: google

5. Ayam
Ayam Jaguh
Buah naga + oren + Carrot + kepingan peperoni + Brokoli + daun dewa + biskut
Sumber : Brilio.net
6. Angsa Tasik Selatan
Angsa & Tasik
Biskut + oren + Keju Mozarella + kacang peas
Sumber : Brilio.net
7. Ikan dan obor-obor
Obor-obor & Ikan
Roti Bijirin + Telur Hancur + Oren + tomato + Timun + kobis + Ulam + Bijirin
sumber: seputaredukasi.com
8. Akuarium
Dua Nemo
Roti Bijirin + beri + Keju + raspberri + saderi
Sumber : google
9. Cute Little bear
cute teddy bear
roti bijirin penuh + keju + buah zaitun + tembikai +  carrot
sumber : google
10. Little Rabbit
Cute Bunny
Roti + Pepperoni Ayam + Carrot + Buah Zaitun + Salad
sumber: google
11.Tikus lucu

Mouse
roti bijirin penuh + carrot + keju + zaitun
sumber : google
12.Bunga- bunga cinta

Bunga
Roti bijirin penuh + limau + keju + kacang peas + anggur + beri
Sumber : google
13. Little Baby bird


Baby Bird
roti bijirin penuh + oren + carrot + kacang peas
sumber : google
14. Arnab blushing

Blushing Little Rabbit
Roti putih + pisang + ceri
sumber : google
15. Teenager Ninja turtle

Teenage Ninja Turtle
Kiwi + plum + bijirin kuaci + carrot
Sumber : google


sumber : 
google
brilio.net
seputaredukasi.com
thehypemedia.com
             


































Pengemis Muda Menjadi Bank Kepada Peniaga Tempatan.

Penampilan bukanlah segalanya. Siapa sangka seorang pemuda India yang hanya bekerja sebagai pengemis mampunyai aset bernilai 1.25 crore rupee ($ 185,000) iaitu 500,000 rupee ($ 7,500) di dalam setiap empat akaun banknya. Pengemis jutawan yang dikenali sebagai Pappu Kumar itu telah berjaya mencapai kekayaan setelah lapan tahun mengemis di sekitar jalan di Patna, negeri Bihar.




Pengemis muda India ini sebenarnya lebih kaya daripada kebanyakan kelas pertengahan di negaranya. Kekayaan yang dimilikinya membolehkannya memberi pinjaman kewangan kepada ahli perniagaan tempatan berhampiran dan mendapat faedah daripada pinjaman yang diberikan. Walaupun begitu lelaki berusia 33 tahun itu masih tidak mahu berhenti mengemis.

Pappu asalnya dilahirkan tanpa sebarang kecacatan. Dia berjaya meneruskan pelajaran ke sekolah tinggi dan juga mempunyai rancangan untuk belajar kejuruteraan di kolej, tetapi malangnya, dia mengalami kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Bapanya meninggal dunia tidak lama selepas itu, dan dia telah diabaikan oleh seluruh keluarganya.



Keadaan memaksa Pappu mengemis untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sendirian. Dia kemudiannya mendirikan khemah di simpang Jalan kereta api Patna dan terus mengemis di sana selama hampir tujuh tahun sebelum polis menyuruhnya meninggalkan tempat itu tahun lepas. Pappu ditahan pihak polis apabila dia enggan berganjak. Para penyiasat polis kemudiannya mendapat tahu mengenai akaun bank dan dua keping tanah miliknya yang seluas 2,000 kaki persegi setiap satu. Selain mereka juga mendapat tahu bahawa dia telah meminjamkan lebih 10 lakh rupee (hampir $ 15,000) untuk pelbagai peniaga di kawasan New Market, dengan kadar faedah yang tinggi.


Pihak polis kemudiannya menyuruhnya berhenti mengemis dan menjalankan kehidupan normal dengan aset yang dimilikinya. Namun, Pappu enggan berhenti. Ada juga yang memberinya cadangan untuk merawat penyakit lumpuhnya. Namun, dia menolak dan menyatakan bahawa bagaimana dia akan mengemis jika fizikalnya sudah sihat.

UNIK; Lelaki Cina ini hanya menggunakan Sebatang Buluh untuk Seberangi Sungai Ke tempat kerja

Menyeberangi sungai yang agak lebar bukanlah satu masalah walaupun tanpa sebarang alat pengangkutan air yang moden. Hal ini dibuktikan oleh seorang lelaki cina yang menyeberangi sungai besar dengan hanya menggunakan sebatang buluh sebagai rakit dan sebatang buluh lagi sebagai dayung. Siapa lagi yang memerlukan bot apabila mempunyai kekuatan luar biasa untuk menyeimbangi badan dan mmiliki keupayaan melawan arus sungai?

photo:  CCTV News

Aksi lelaki Cina yang berusia 51 tahun ini menjadi perhatian netizen setelah videonya tersebar di media sosial China. Jutaan penonton memberikan komen emoticon kehairanan melihat video aksi luar biasa Fang Shuyun dengan mudahnya mengemudi rotan buluh 23-kaki itu melepasi perairan sungai Fuchun, dengan lancar dan pantas. Dia dilaporkan bergerak pada kelajuan 100 hingga 164 kaki seminit. 




Fang, berasal dari bandar Hangzhou, mula terfikir untuk mencari inisiatif lain untuk menyeberangi sungai tersebut satu malam pada 2014 selepas dia terlepas menaiki bot terakhir pulang dari kerja. Dia ternampak tiang buluh terapung di sungai dan mengambil keputusan untuk menggunakannya untuk menyeberangi sungai Fuchun.


Bagaimanapun, percubaan pertama Fang menemui kegagalan tetapi dia amat berpuas hati dengan pencapaiannya dan berfikir pasti dia mampu berjaya jika dia mampu mengawal keseimbangan dan dapat mendayung dengan lebih baik. Jadi Fang menghabiskan masa selama dua tahun untuk berlatih dan mengamalkan, dan ternyata akhirnya dia berjaya menguasai kemahiran tersebut.




Sumber : CCTV News

TECH : Catterbox - kolar Pintar Yang Menterjemahkan ''Meows'' ke Bahasa Manusia

Berita gembira buat peminat kucing. Satu rekaan baru yang dinamakan ''Catterbox'' yang dipercayai boleh menterjemahkan bahasa kucing kepada bahasa manusia. ''Catterbox''adalah kolar pintar yang kononnya mempunyai sensor digital yang mengesan bunyi meows, dan menggunakan program khas untuk mentafsirkan maksud di sebalik bunyi tersebut.


Alat kolar pintar tersebut diperkenalkan oleh London ad agency adam&eveDDB sebagai percubaan untuk merawat kucing, namun, ciptaan ini kemudiannya di lengkapkan pramuat dengan kamus untuk mengenal bunyi ''purrs'', ''meows'', dan beberapa bunyi lain untuk membuat tafsiran yang setepat mungkin.


Jadi dengan menggunakan kolar, pemilik boleh bercakap dengan kucing mereka dan mengharapkan tindakbalas yang bermakna dari kucing peliharaan mereka.  Maklum balas tersebut disampaikan dalam loghat British, dengan suara pilihan pemilik, dipilih melalui aplikasi telefon pintar dipasangkan dengan kolar pintar. 















Wali Allah Kedah hancurkan kereta kebal komunis di Afghanistan

Wali Allah Kedah hancurkan kereta kebal komunis di Afghanistan

Syeikh Ahmad Junaidin
Siapa tak kenal dengan Syeikh Ahmad Junaidin, Mursyidul Am Persatuan Warga Melayu yang beribu pejabat di Sungai Petani, Kedah. Diceritakan bahawa, Syeikh Ahmad yang mewarisi ilmu Tok Kenali (Wali Allah di Kelantan) pernah menghancurkan kereta kebal tentera komunis soviet Russia yang ketika itu sedang menyerang bumi Mujahideen, Afghanistan. Kisah ini diperkirakan tidak pernah diceritakan kepada mana-mana anak muridnya yang berjumlah ribuan orang kecuali kepada adindanya.

Pada waktu itu beliau sedang duduk berzikir di atas sejadah selepas menunaikan solat, tiba-tiba Syeikh Ahmad melihat cahaya putih berserta terowong dihadapannya. Syeikh Ahmad langsung masuk ke dalam terowong dan melihat sekumpulan perajurit Islam sedang dikepung oleh berpuluh unit kereta kebal Russia. Laungan Allahuakbar jelas kedengaran dan Allah menolong para Mujahideen dengan mendatangkan Syeikh Ahmad.

Kata Syeikh Ahmad, dia merasa seperti mimpi lalu terus meluru ke arah kereta kebal dan menedang semua kereta kebal sehingga hancur terbarai. Maka terselamatlah para Mujahideen daripada keganasan tentera Russia.

Selesai menghancurkan kereta kebal, dia menemui sebentar para Mujahideen sebelum meminta diri untuk pulang. Beberapa orang dari para Mujahideen sempat berbual mesra dengan Syeikh Ahmad sambil bertanyakan nama dan dari mana Syeikh Ahmad berasal?

Sekalilagi, Syeikh Ahmad mendapati secara tiba-tiba dia tersedar sudah berada di atas sejadah. Apa yang berlaku hari itu diceritakan kepada sahabatnya yang tinggal serumah.

Sahabatnya menganggap Sheikh seorang pembohong kerana sehaian itu dia bertemu Syeikh Ahmad, masa bila pula Syeikh sudah sampai ke Afghanistan yang berada beribu kilometer jauhnya dari Kedah.

Selepas setahun, datanglah sekumpulan orang berwajah Arab dari Afghanistan ke Kedah mencari Syeikh Ahmad. Mendengar cerita sebenar daripada orang Afghanistan itu barulah sahabat Syeikh itu mengetahui bahawa apa yang diceritakan oleh Syeikh Ahmad benar-benar berlaku.

Allah menolong hamba-hambaNYA yang bertakwa secara lazim lahupun tidak lazim. Mintalah kepada Allah swt dengan sabar, solat serta melakukan sejumlah perbuatan baik lain mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

Sumber : http://www.budijagat.com/2016/05/wali-allah-kedah-hancurkan-kereta-kebal.html

UNIK!! Pengalaman Melawat Zoo Hidupan Liar yang paling Real.

Pengalaman menyaksikan hidupan liar di zoo merupakan saat menyeronokkan bagi kebanyakan individu lebih-lebih lagi kanak-kanak. Di tempat tersebut kita dapat melihat pelbagai aksi ganas hidupan liar terkurung sebagai inisiatif menjaga keselamatan pengunjung. Namun, suasana tersebut berbeza dengan Zoo Hidupan Liar Lehe Ledu yang terletak di Bandar Chongqing, China.



Di sini, para pengunjung akan membeli 'tiket sangkar' mereka, sedangkan hidupan liar yang kelaparan di biarkan berkeliaran bebas mengelilingi mereka. Para pengunjung akan diarak di dalam sangkar besi melalui trak. Pengalaman mendebarkan ini bertujuan untuk membolehkan pengunjung berdepan dengan suasana sebenar dengan pemangsa, bukan hanya melihat mereka dalam kurungan atau dari jarak yang selamat. Untuk mencetuskan pengalaman yang lebih menarik, ketulan besar daging mentah terikat kepada bar sangkar yang di luar, hanya untuk menangkap perhatian binatang-binatang dan menarik mereka lebih dekat.



Perkhidmatan ini telah terbukti menjadi sangat popular, sehinggakan tiket untuk tiga bulan akan datang telah habis terjual. 

UNIK: Empat Peniaga Makanan Goreng Yang Mesra Minyak Mendidih

Kebiasaannya kita menggoreng sesuatu di dapur dengan menggunakan spatula untuk menghindari tangan dari melecur. Menyentuh minyak masak yang sedang mendidih dengan tangan adalah perkara tak masuk akal bagi kita yang tiada kemahiran.  Namun berbeza dengan beberapa orang penjual makanan gorengan ini.

Hartini Maliki, Gorontalo, Indonesia

sumber : google
Tentu kita pernah melihat video yang pernah viral di media tentang seorang makcik peniaga pisang goreng yang kebal minyak panas. Makcik Hartini Maliki yang berasal dari Gorontalo, Indonesia itu berjaya membuatkan netizen terlopong dan tercengang kehairanan apabila beliau dengan selamba memasukan dan membalikkan pisang di dalam minyak yang sedang mendidih 400° celcius dengan menggunakan tangan. Makcik Hartini atau lebih dikenali Ta No'u mempunyai gerai pisang goreng yang terletak di Jalan Raya Eyato, tidak jauh dari masjid bersejarah Baiturrahim.

Setiap kali ditanya mengenai kebolehan luar biasanya, Ta No'u hanya tersenyum sambil tangannya sibuk mengkaut-balikkan pisang di dalam minyak yang mendidih. Namun apa yang membuatkan pembeli terkejut ialah tangannya sedikit pun tidak melecur. Kebolehan luar biasa Ta No'u pernah membawanya sebagai jemputan ke Perancis selama 12 hari pada tahun 2008.

Namun, tanpa kita ketahui, rupanya bukan makcik itu seorang sahaja yang kebal minyak panas malah terdapat tiga orang lagi lelaki yang mempunyai kemahiran yang sama seperti makcik tersebut dari pelbagai negara.

Prem Kumar, New Delhi, India


sumber : google
Seperti Makcik Hartini, Prem Kumar dari New Delhi, India juga memiliki keupayaan luar biasa tersebut. Mendakwa mewarisi kemahiran kebal minyak panas dari ayahnya, beliau menjalankan perniagaan menjual makanan gorengan seperti ikan. Setiap hari beliau menyajikan sekitar 150 ekor ikan goreng untuk ratusan pelanggan selain menu khas India Utara yang lain seperti kebab, mutton tikka, paneer tikka dan tandoori kentang.

Kebanyakan pembeli datang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kebolehan Prem menggoreng tanpa bantuan spatula atau apa- apa alat yang sesuai. Apabila ditanya mengenai ilmu atau amalan yang menjadikannya kebal, Prem menafikan sebarang mantra atau sulap tetapi menegaskan kebolehannya kerana latihan terhadap rutin sehariannya.

Ram Babu, India.

sumber : google
Di Allahabad, Uttar Pradesh, India juga terdapat seorang lelaki yang memiliki kemampuan luar biasa seperti Ta No'u dan Prem iaitu Ram Babu. Beliau selalu mendapat perhatian masyarakat setempat yang kehairanan melihat aksi Ram Babu menggoreng dengan hanya menggunakan tangan semata- mata. Lelaki warga India itu, secara santai memasukkan tangannya ke dalam minyak mendidih bersuhu kira-kira 200° celcius tanpa mengalami sebarang kecederaan kulit. 

Menurut Ram Babu, rutinnya selama lebih 40 tahun itu menjadikannya terbiasa dengan cara gorengan unik itu. Pelanggannya datang dari pelbagai daerah. Setiap hari beliau berjaya menjual lebih dari 100kg makanan goreng. 

Kann Trichan, Chiang Mai Thailand.

sumber : google
Kann Trichan seorang lagi peniaga yang berkebolehan unik yang mesra minyak gorengan panas. Lelaki berusia 50-an tahun ini dengan selamba mencelupkan tangan ke dalam kuali yang mengandungi minyak mendidih tanpa melecur. Trichan meniaga pelbagai masakan goreng seperti ayam, tauhu dan lain- lain di sekitar Chiang Mai, Thailand. 

Trichan dikatakan setiap hari menggoreng makanan tanpa bantuan apa-apa alat perlindungan tetapi mengangkat gorengannya dengan hanya menggunakan tangan kosong dari minyak didih bersuhu 400'celcius. Kemampuan luar biasa Trichan ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau direkod sebagai pengambil ayam goreng terpantas dalam suhu 480° celcius dengan tangan kosong, iaitu sebanyak 20 potong ayam goreng dalam masa 1 minit di dalam Guinness World of Record.

Kecewa : Potret unik gagal tawan hati gadis idaman

Potret unik gagal tawan hati gadis idaman


China – Seorang lelaki membelanjakan sebahagian wang gajinya dan tidak tidur lebih tiga hari bagi membuat potret gergasi seorang gadis yang dicintainya menggunakan kiub rubik.
Tong Aonan, 27, berkata, dia mengambil masa dua bulan untuk merancang membina potret wajah gadis idamannya yang berukuran 2.6 meter tinggi dan 1.37 meter lebar.
Katanya, dia membelanjakan AS$460 (RM1,855) untuk membeli kiub rubik dan tidak tidur lebih tiga hari untuk menyiapkan potret berkenaan sebelum menghadiahkan kepada gadis idamannya.
“Saya membuat potret ini bagi membuktikan cinta saya dan berharap gadis itu akan menerima saya,” katanya.
Bagaimanapun, apabila Aonan menghadiahkan potret berkenaan, gadis itu enggan menerimanya dan lebih malang lagi dia turut menolak cintanya.

“Saya tidak berfikir panjang. Saya hanya mahu membuat kejutan dan memberitahu bahawa saya sangat mencintainya,” katanya.
Walaupun bersedih, Aonan yang bekerja sebagai mekanik menghormati keputusan gadis itu.
Sementara itu, pengguna laman sosial di China tidak ketinggalan memberi sokongan dan sedikit nasihat kepada Aonan.

“Kalau anda tidak mempunyai wang, anda perlu mempunyai wajah yang tampan. Sekiranya tidak memiliki kedua-duanya, anda memang malang,” kata seorang pengguna.
“Kalau dia memiliki wajah yang tampan, hadiah seperti ini sudah pasti berjaya ‘mencairkan’ hati si gadis. Wanita kini sangat memandang kepada luaran sahaja,” tambah seorang lagi pengguna.


Surat Terbuka Tun Mahathir Buat Wakil Rakyat UMNO

Mahatir ajak wakil rakyat Umno tebus maruah bangsa, negara


Wahai Wakil Rakyat Umno,
Apakah Yang Berhormat-Yang Berhormat tidak tahu dan tidak sedar akan skandal-skandal yang melibatkan Perdana Menteri yang memburukkan imej Umno dan imej negara?
Jika tidak sedar saya perturunkan di sini sedikit sahaja dari salah-laku Najib supaya Yang Berhormat dapat faham akan betapa seriusnya kerosakan yang dilakukan oleh Najib.
a) Najib menubuh “Dana Kekayaan Negara” dengan meminjam RM42 billion, – sekali gus meningkatkan hutang negara kerana hutang ini dijamin oleh Kerajaan. Tak mungkin syarikat hutang 42,000 kali ganda modal tanpa jaminan.
b) Pelaburan yang dibuat semuanya rugi sehingga tidak dapat bayar faedah pun.
c) Wang yang dipinjam ini sudah hilang sehingga tidak boleh dikesan dengan sah di mana wang ini berada.
d) Tiba-tiba wang sebanyak RM 2.6 billion berada dalam akaun persendirian Najib di Ambank.
e) Agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong, Luxembourg, United Kingdom, Seychelles dan Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat salahlaku dan rasuah yang melibatkan 1MDB.
f) Switzerland mendakwa berlaku korupsi sebanyak AS$7 billion dalam pengurusan 1MDB.
g) Singapura menangkap seorang pegawai bank yang terlibat dengan salahlaku 1MDB.
h) Malaysia dipandang hina dan menteri kewangannya didakwa sebagai menteri kewangan yang terburuk di Asia.
i) Laporan oleh PAC mencatit akan penipuan besar berlaku dalam 1MDB. Ini diakui oleh CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy.
j) Mesyuarat agong Umno tidak dibenar bincang 1MDB dan RM 2.6 billion yang ada dalam akaun bank Najib.
k) Jika ahli atau pemimpin Umno menyoal berkenaan 1MDB, mereka dipecat. Ahli Umno hanya dibenar sokong apa sahaja yang Najib lakukan. Tidak seperti dahulu tiada siapa boleh menegur atau mencabar Najib sebagai Presiden. Umno tidak ada suara lagi.
Yang Berhormat-Yang Berhormat,
Umno ialah parti keramat yang mengalahkan Malayan Union British, yang memerdekakan Malaya dan Malaysia, yang berjaya membangunkan negara sehingga hampir menjadi negara maju.
Tetapi hari ini nama Umno sudah menjadi begitu buruk, sudah digelak ketawa, dihina dan ditolak oleh sebilangan yang besar orang Melayu dan bukan Melayu di dalam negara.
Semua ini disebabkan oleh Najib dengan kepercayaannya bahawa “Cash is King” iaitu rasuah adalah cara memerintah.
Wahai Yang Berhormat, wakil-wakil rakyat Umno. Tidakkah kamu sayang parti keramat ini yang telah begitu berbakti dan berjasa kepada bangsa, negara dan agama? Dan kepada kamu dan keluarga kamu.
Tidaklah kamu tergerak hati untuk membelakangkan kepentingan diri demi bangsa dan negara?
Segala yang merosakkan Umno dilakukan oleh Datuk Seri Najib.
Selagi ia menjadi perdana menteri pemulihan negara tercinta ini tidak akan dapat dilakukan.
Hanya dengan penyingkiran Najib sahaja baharulah Perlembagaan dan Undang-Undang Negara dikuatkuasakan semula dan Malaysia kembali sebagai negara berdaulat yang dihormati dunia.
Yang Berhormat-Yang Berhormat,
Rakyat memilih Yang Berhormat kerana mereka percaya Yang Berhormat akan menyuarakan dan mempertahankan hak mereka.
Sekarang berjuta-juta rakyat menolak Najib. Percayalah Umno dan BN akan kalah dalam PRU-14.
Rakyat dan anak cucu akan kutuk YB kerana menghancurkan Umno dan membawa malapetaka kepada negara. Tak mungkin apa-apa pemulihan dibuat dari dalam Umno.
Umno sekarang bukan lagi Umno yang ditubuh dahulu. Yang ada hanyalah parti Najib.
Dan ahli serta pemimpin Umno yang menyokong parti Najib ini mengkhianati Umno, bangsa, negara dan agama.
Oleh itu sertailah mereka yang menolak Najib sebagai Perdana Menteri supaya Umno dapat dipulih dan dihormati semula dan maruah bangsa dan negara tertebus.
Dan banyaklah lagi kesalahan dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD adalah bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. Tulisan ini pertama kali dinaikkan diblognya - chet.cc

Sebab Mengapa Islam Melarang Melakukan Hubungan Suami Istri Liwat Dubur

Sebab Mengapa Islam Melarang Melakukan Hubungan Suami Istri Liwat Dubur



Islam telah melarang kita sebagai umat muslim untuk tidak melakukan hubungan suami istri melalui dubur. Banyak masyarakat kita saat ini salah memahami maksud dari ayat berikut ini...

نِسَآؤُكُمۡ حَرۡثٌ۬ لَّكُمۡ فَأۡتُواْ حَرۡثَكُمۡ أَنَّىٰ شِئۡتُمۡ‌ۖ

"Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok-tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok-tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki"

Mereka menganggap bahwa kita bisa melakukan hubungan terhadap istri, ditempat semaunya kita. Apakah itu melalui dubur, mulut ataupun ditempat-tempat lainnya.

Padahal maksud yang sebenarnya adalah gaulilah istrimu baik dari arah depan, dari arah belakang, ataupun dengan keadaan terlentang, selama melalui ditempat yang sudah ditentukan. Selain dari itu, maka hal itu tidak dibolehkan.

Bahkan Allah tidak akan memandang mereka yang mendatangi istri-istrinya melalui duburnya, sebagaimana hadist dari Ibnu Abbas radhiallahu 'anhuma dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Allah tidak akan melihat kepada seseorang yang mendatangi laki-laki atau perempuan di duburnya." (HR. Tirmidzi & An-Nasa'i, Sanad hadits ini shohih)

Adapun bahaya yang ditimbulkan jika seseorang melakukan hubungan suami istri dengan cara itu, akan menyebabkan:

Nyeri robek pada dubur
Lubang dubur tidak menghasilkan cairan pelumas, sehingga selain hanya akan merasakan nyeri di dubur, juga dapat menyebabkan luka pada dubur. Penetrasi dapat merobek jaringan bagian dalam dubur, yang memungkinkan bakteri dan virus untuk memasuki aliran darah. Hal tersebut dapat mengakibatkan penyebaran infeksi menular seksual termasuk HIV. 

Menumbuhkan kutil dan kanker dubur
Paparan human papillomavirus (HPV) akibat penetrasi di dubur juga dapat mengarah pada pengembangan kutil dan kanker dubur. Na'udzubillah min dzalik.

Penyakit herpes
Pasangan yang melakukan hubungan melalui dubur juga akan beresiko terjangkit virus herpes. Penyakit ini menyebabkan kulit melepuh dan terasa sakit pada otot di sekitar daerah yang  terjangkit.

Mengganggu proses buang air besar
Otot di sekitar dubur yang berbentuk cincin dapat menjadi longgar bila melakukan hubungan dengan cara tersebut. Dan apabila dilakukan berulang-ulang kali maka lambat laun, dapat menyebabkan ketidakmampuan untuk menahan BAB (buang air besar) karena ototnya telah menjadi longgar.

Penyakit infeksi akibat bakteri
Bakteri normal di dubur berpotensi dapat menginfeksi pasangan. Akibatnya tentu saja penyakit kelamin akan diderita oleh si pelaku. Ingat bahwa dubur merupakan tempat untuk buang air besar yang tentu saja memiliki banyak bakteri dan kotoran.

Itulah tadi beberapa dampak buruk bila seseorang melakukan hubungan suami istri melalui dubur. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayahnya untuk memahami agama Islam ini sesuai kehendak-Nya dan Rasul-Nya. Amin...

Wallahua'lam...

Iran Bukan Negara Islam, Tak Satupun Masjid Ahlusunnah Berdiri Di Ibu Kota Teheran

Iran Bukan Negara Islam, Tak Satupun Masjid Ahlusunnah Berdiri Di Ibu Kota Teheran


Setelah revolusi Iran pada 1979 dan mendeklrasikan sebagai negara republik Islam, membuat banyak umat Islam dunia percaya bahwa Iran adalah negara Islam. Namun, ternyata kenyataan berkata lain.


Syaikh Ali bin Abdullah Al-Ammary, yang pernah berkunjung ke Iran bersaksi bahwa Iran bukanlah negara Islam. Hal tersebut dibuktikan dengan tidak adanya satupun masjid Ahlusunnah berdiri di Ibu Kota Teheran.

"Teheran adalah kota satu-satunya yang tidak ada masjid Ahlusunnah," kata Syaikh Ali saat mengisi Daurah Syar'iyyah untuk para Dai di Hotel Balairung, Jakarta Timur, Rabu (4/5/2016) silam.

Dengan demikian, Syaikh Ali menganggap bahwa Iran lebih pantas disebut negara Syiah. Karena sejak revolusinya, ajaran Syiah menjadi ajaran mayoritas.

“Iran bukanlah negara Islam. Ahlusunnah tidak bisa dan dilarang menjadi pemimpin di pemerintahan di Iran,” Jelas Syaikh Ali.

Sementara itu, dalam kesempatan yang sama, Syaikh Ali memaparkan banyak hal tentang pelencengan ajaran Syiah dari islam, dan Iran sebagai negara nomor wahid yang memusuhi negara-negara Islam.[voa]

Rasuah: Dua pemimpin Umno berdepan hukuman penjara

Rasuah: Dua pemimpin Umno berdepan hukuman penjara

ALOR SETAR - Dua pemimpin Umno Pulau Pinang berhadapan hukuman penjara selama 20 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas tiga pertuduhan berkaitan rasuah.
Mereka adalah Bendahari Umno Bahagian Permatang Pauh, Nor Azamuddin Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Farid Idris Khan.
Masing-masing dihadapkan ke mahkamah untuk sebutan semula kes selepas diikat jamin RM8,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin pada 9 Mac lalu.
Nor Azamuddin yang hadir mengenakan baju kemeja bercorak petak dan Farid memakai baju kemeja berwarna kelabu kelihatan tenang ketika berada dalam kamar mahkamah.
Bagaimanapun, pengamal media yang membuat liputan kes dimarahi dan diberi amaran oleh mereka agar tidak merakam gambar ketika di luar mahkamah.
Mereka kemudian cuba menyembunyikan diri di satu sudut selama beberapa minit untuk mengelak gambar dirakam.


Gambar : Ihsan SR

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Persiaran KTC 4/3, Kulim Techno City Golf View, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, pada 2014.
Nor Azamudin Ahmad didakwa melakukan kesalahan pertama pada 4 Mei 2014 dengan menerima suapan wang tunai RM45,000 daripada seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sebagai dorongan mendapatkan kuota beras Standard Tempatan dengan 15 peratus hancur (ST15) sebanyak 100 tan metrik untuk perniagaan sebuah syarikat bagi bulan Mei dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Nor Azamuddin didakwa menerima rasuah masing-masing berjumlah RM45,000 daripada individu sama sebagai dorongan mendapatkan bekalan beras ST15 sebanyak 100 tan metrik pada 6 Jun dan 2 Julai 2014.

Gambar : Ihsan SR
Nor Azamuddin dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.
Sementara itu, Farid dituduh bersubahat dengan Nor Azamuddin yang menerima suapan RM45,000 daripada individu sama pada 4 Mei 2014 sebagai upah untuk mendapatkan kuota beras ST15 sebanyak 100 tan metrik.
Farid didakwa mengulangi kesalahan itu pada 6 Jun dan 2 Julai di lokasi sama.
Kes disebut mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta yang sama.
Bagi kesalahan itu, masing-masing boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, A Hafizh Abu Bakar manakala kedua-duanya diwakili peguam, Ang Chun Pun.
Hakim, Zanol Rashid Hussain menetapkan 2 Jun untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Sumber : Sinar Harian