Review: Restoren steamboat di Kelantan

Assalamulaikum dan salam muhibah..

Haa..hari ni admin tergerak hati nak share story mory tentang beberapa restoren steamboat di sekitar kelantan. Siapa tau entry admin ni serba sedikit boleh membantu pelancong-pelancong yang tercari-cari tempat makan steamboat best kat kelantan kan?…
 
1. Betel Valley Steamboat & Grill, Kota Bharu 




Ni salah satu restoren steamboat termasyhur yang terletak di Kota Bharu Kelantan. Dengan variasi menu yang aneka rasa...aneka marinade...memang berbaloi untuk penggemar steamboat dan grill...seolah- olah memanggil je untuk dicuba. Restoren ni beroperasi sekitar jam 4 petang sehingga jam 12 tengah malam. Di buka setiap hari kecuali ahad. Ianya terletak berhampiran Tesco dan Stesen bas ekspress Kota Bharu. Harga biasa yang ditawarkan pula RM31/dewasa dan RM15/kanak- kanak. 










Haa.. macam best giler kan menu die.. sape tak tergoda tu???

2. Restoran Food Village

Restoran ini juga merupakan sebuah restoren steamboat terkenal di Kelantan. Ia pernah menghiasi slot Rancangan makan- makan tersohor TV3 iaitu Jalan-Jalan Cari Makan. Restoran Food Village yang asal ini terletak di Kg Baung Pengkalan Chepa, 4 km sahaja dari bandar Kota Bharu. Namun sekarang ini dah mempunyai cawangan baru di Kg Kedai Buluh, PCB. Ia menyediakan hidangan buffet steamboat dan grill ataupun dipanggil “chim-chum”. Bayaran yang dikenakan bagi orang dewasa ialah RM23/dewasa dan kanak-kanak (3-7 Tahun) RM15. Anda boleh makan seberapa banyak yang mahu.





Terdapat pelbagai jenis makanan istimewa “chim chum” seperti ayam dan daging BBQ, bebola daging, ketam, telur, sayuran, bubur, daging BBQ, sotong, bebola ikan, udang, sohon, buah-buahan, aneka bihun, mee, kuey teow goreng/ kuah / sup, laksa dan laksam Siam. Somtam juga turut disediakan di sini. Terdapat dua jenis minuman percuma yang disediakan selain itu pelanggan juga boleh menikmati ABC secara layan diri. Kebiasaan waktu puncak seperti cuti umum atau perayaan restoren ini memang dipenuhi penggemar steamboat, oleh itu disyorkan pelanggan membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang. 








3. Damia Cafe

Restoren ni pulak baru sahaja beroperasi sekitar awal tahun 2015. Berkongsepkan buffet steamboat dan grill, kini semakin mendapat tempat di kalangan penggemar steamboat di Kelantan. Dengan tawaran harga yang sangat murah dan berpatutan, admin merekomenkan anda semua untuk menjadikannya sebagai tempat santapan keluarga. Harga yang ditawarkan untuk dewasa adalah sebanyak RM20/orang, Kanak - kanak 5 hingga 10 tahun RM10/orang. Selain itu, restoren ini juga turut menawarkan pakej menarik untuk warga emas iaitu RM10/orang dan percuma untuk OKU. Bagi celebrate birthday boy atau girl turut mendapat pakej makan secara percuma. Waktu operasi sekitar jam 5 petang pada setiap hari.




Pelbagai menu menarik disediakan antaranya ayam, daging lembu dan kambing yang beraneka rencah. Menu yang agak istimewa yang terdapat di sini ialah belut. Selain makanan seafood seperti udang, ketam, sotong dan sebagainya. Aneka jenis bebola dan sayur- sayuran dan buah- buahan turut disediakan. Makanan lain seperti nasi /kuew teow / mee goreng sebagai menu sampingan turut tersedia di sini. Hidangan pembuka selera seperti aiskrim sebagai dessert pasti membuatkan makan malam anda berbaloi- baloi.










Nyummm...macam best kan???

Setakat ni dulu entry admin untuk kali ini..moga sedikit sebanyak dapat membantu.