Pakaikan Lembu Pelekat ‘Glow-in-the-dark’ Atau Pemantul Cahaya Untuk Elak Kemalangan

Tags
Pakaikan Lembu Pelekat ‘Glow-in-the-dark’ Atau Pemantul Cahaya Untuk Elak Kemalangan





NEW DELHI: Pihak polis di wilayah Madhya Pradesh, India telah telah mengambil inisiatif memakaikan jalur pelekat yang memantulkan cahaya dalam gelap kepada haiwan ternakan terutamanya lembu bagi mengelakkan daripada dilanggar oleh pemandu-pemandu kenderaan di sana, lapor RT.

Langkah berkenaan terpaksa diambil berikutkan jumlah kemalangan yang membabitkan haiwan berkenaan begitu tinggi.

“Ramai pemandu yang cedera atau terbunuh selepas terlanggar atau dirempuh oleh haiwan-haiwan ini pada waktu malam. Jadi, ini merupakan sebahagian daripada langkah untuk mencegah kemalangan seperti ini daripada terus berlaku,” kata seorang pegawai polis di Balaghat, Kailash Chaulan.
                                     
Menurut laporan pihak berkuasa sejak hujung tahun 2015 sehingga kini lebih 550 orang telah mati akibat kemalangan dengan haiwan ternakan.



Inroduce to KidsPlayTime Channel for Kids

This youtube Channel created is for kids play and learning process

Channel link -->> KidsPlayTime Channel



Fun Creative for Kids Rabbit Play Dough with Angry Bird and Ice-Cream Cookie Cutters



Fun Creative for Kids Play Doh Smiley Face with Crocodile, Dolphin, Cow and Giraffe Cutters


How To : Create Colorful Smiley Face with Play Doh





Kids Learning how to coloring using Water Color.


\

These channel using Play Doh, Disney and many for their video pretend play for children, its very so exciting for them.


 Channel link -->> KidsPlayTime Channel

Kisah Burung Ababil Yang Kita Dengar Selama Ini Sebenarnya Salah

Kisah Burung Ababil Yang Kita Dengar Selama Ini Sebenarnya Salah




Sejak kecil kita dikongsi dengan kisah-kisah popular dari Al-Quran dan Sirah Nabi. Kisah burung Ababil yang melontarkan batu kepada tentera Abrahah adalah antara kisah yang sudah kita dengar sejak kecil lagi. Sehingga kini, adakah kisah ini sebenarnnya BENAR?

Ustaz Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim menjawab persoalan ini dalam bukunya Berjalan… Melihat… Mentafsir… Ceritera Wartawan Al-Quran dalam bab Hukum Fizik dan Batu Pemusnah Abrahah.

Dalam berdepan kisah burung Ababil dan tentera Abrahah ini, kesilapan kita ketika berinteraksi dengan Al-Quran adalah berpunca dari kekurangan peralatan saintifik.

Selalu yang kita dengar dari kisah ini, tentera bergajah Abrahah ingin memusnahkan Kaabah telah musnah direjam batu dari neraka yang dibawa oleh burung-burung Ababil.

Selepas dilakukan kajian penafsiran yang mendalam melalui kaedah bahasa, sebenarnya, tentera Abrahah musnah hanya dengan batu biasa yang bukan berasal dari neraka.

Perhatikan hasil analisis berikut:

(1) Perkataan Ababil pula bukanlah nama jenis burung seperti helang ataupun pipit.Tetapi bermaksud kumpulan burung yang datang secara berkumpulan dari segenap penjuru. (Tafsir Al-Jalalain)

(2) Perkataan burung dalam surah ini disebut secara umum dan bukan spesifik. Dalam bahasa Arab, sebarang kata nama yang tidak disertakan dengan huruf alif dan lam membawa maksud yang umum, iaitu apa sahaja jenis burung. Burung yang merejam tentera Abrahah adalah dari pelbagai jenis burung yang muncul dalam pelbagai saiz. Kesemua burung ini mampu terbang pada ketinggian yang berbeza dan membawa saiz batu yang berbeza.

(3) Perkataan Tarmi bermaksud melontar atau merejam bukannya menjatuhkan. Lontaran selalunya disertakan dengan rejaman menggunakan tenaga yang kuat. Oleh itu, tenaga rejaman oleh sekumpulan burung itu menjadi semakin kuat, semakin laju, dan berbahaya apabila ditambah dengan daya tarikan graviti. Menurut ilmu fizik, kelajuan akan berganda apabila dipengaruhi kuasa graviti.

(4) Perkataan Sijjil bukan bermaksud neraka, yang kita faham batu yang digunakan oleh burung Ababil adalah batu dari neraka. Tetapi, batu itu adalah batu yang bercampur tanah yang keras pejal kerana dibakar. Logiknya ia dibakar oleh sinaran terik matahari di padang pasir.


Sebenarnya, tentera bergajah Abrahah dimusnahkan oleh rejaman pelbagai saiz batu keras yang dilontar oleh pelbagai jenis burung dari tahap ketinggian serta kelajuan yang berbeza. Ia seumpama hujanan peluru dari langit yang digerakkan oleh hukum fizik dan graviti.

Keadaan menjadi semakin teruk apabila gajah Abrahah yang kesakitan terkena hujanan batu, terus mengamuk dan memijak tentera yang jatuh diatas tanah berhampirannya.

Jika tidak percaya dan kurang yakin, kita boleh buat sendiri eksperimen dengan menjatuhkan sebiji batu sebesar penumbuk dari bangunan setinggi 10 tingkat ke atas kepala seorang kawan kita. Tapi, pastikan kita sudah hubungi ambulans siap-siap. 
Sumber

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


References:-

>>>Tafsir Al_Jalalain_Eng link... <<<

(Al-Fîl)

[105:1] Have you not considered (an interrogative meant to provoke marvel, in other words, ‘marvel at’) the way in which your Lord dealt with the Men of the Elephant?, who was named Mahmūd, and the men were Abraha, King of Yemen and his troops. He had built a church in San‘ā’ in order to divert pilgrims away from Mecca to it. A man from among the Banū Kināna defecated in it and stained its prayer niche with a deflowered virgin’s blood, in contempt of it. Abraha then swore that he would knock down the Ka‘ba. So he approached Mecca with his troops riding Yemeni elephants with Mahmūd at the vanguard. But when they turned to destroy the Ka‘ba, God unleashed upon them what He relates in His words:

[105:2] Did He not make — that is to say, He did [indeed] make — their stratagem, to destroy the Ka‘ba, go astray, [ending up] in failure and destruction,

[105:3] and unleashed upon them swarms of birds, [birds] in droves, one following the next (it is said there is no singular form for it [abābīl], like asātīr; but some say that the singular is abūl or ibāl or ibbīl, similar [in constructed pattern] to ‘ajūl, miftāh and sikkīn),

[105:4] pelting them with stones of baked clay,

[105:5] thus making them like devoured blades?, like the leaves of crops which have been consumed, trampled and destroyed by animals. God destroyed each one of them with his own stone, inscribed with his name, larger than a lentil [in size] but smaller than a chick-pea, able to pierce through an egg, a man, or an elephant and go through the ground. This took place in the year of the Prophet’s birth (s). Meccan or Medinese, consisting of 4 verses.

Tips Dekorasi Kediaman Menjelang Aidilfitri

Setiap orang berazam untuk memberikan kelainan yang eksklusif dan meriah untuk sambutan Aidilfitri di rumah masing- masing. Bermula hari pertama Ramadhan, bermacam perkara mengenai persiapan Aidilfitri sudah dirangka dan dibiarkan menjengah ruang fikiran masing- masing. 

Persiapan Pra-Raya tentunya menitikberatkan hiasan deko rumah idaman sehinggakan ada sesetengah orang sanggup berhabisan dalam mengubah suai dekorasi kediaman. Sesetengah di antara mereka pula merancang untuk membeli perabot dan cat baru. Tapi sebenarnya, jika kena dengan gaya, perabot lama yang dibuat sedikit penambahbaikan akan nampak seperti perabot baru.

Berikut adalah beberapa tips berguna untuk menghias kediaman agar tidak terlalu ''over" atau berlebihan tatkala menyambut lebaran nanti.

1) Tidak semestinya anda perlu membeli perabot baru, ada kalanya hanya dengan sedikit sentuhan pada perabot lama dapat mengubah wajah perabot sedia ada, bagaikan perabot baru. Misalnya menukar warna atau menyapu varnis pada perabot kayu. 


sumber : hanasuva.com
sumber : hanasuva.com
 2) Pilihan warna pastel masih lagi pilihan rona terbaik untuk kediaman. Ronanya lembut dan menenangkan.

3) Elakkan menghiasi kediaman dalam rona sedondon dengan baju raya anda sekeluarga, yakni bagi anda yang bercadang mahu menggayakan baju raya warna sama.

4) Gubahan bunga memberi sentuhan lembut pada tata gaya dekorasi. Gunakan bunga segar jika mahu.

sumber: google
sumber: google
5) Lakukan revamp dekorasi rumah dengan menukar kedudukan perabot. Ini adalah cara paling mudah dan cepat menghidupkan wajah kediaman. Kelengkapan di ruang tamu, termasuk set sofa dan permaidani yang menjadi titik tumpuan boleh diubah kedudukannya untuk membentuk suasana baru. Namun pemilihan perabot seperti sofa dan permaidani yang bijak amat penting dalam menentukan stail yang bertepatan memenuhi citarasa tuan rumah.

sumber: google
6) Kebersihan adalah perkara penting. Tiada guna anda menghias kediaman dengan perabot yang cantik dan mewah jika setiap sudut berhabuk juga lantai tidak di mop dengan bersih.

7) Pasangkan lilin beraroma untuk membangkitkan mood yang segar.

8) Usah lupa pada soal pencahayaan. Ia adalah elemen penting menghidupkan dekorasi.

9) Sediakan set pinggan mangkuk dalam rona yang sama atau senada kala menjamu tetamu. Hidangan raya anda juga tampak lebih menyelerakan.

10) Lastly, seboleh-bolehnya elakkan meletakan barang perhiasan rumah seperti pasu kaca, bingkai gambar di tempat yang mudah dicapai kanak-kanak kecil kerana sudah pasti tetamuyang datang umumnya terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

sumber:

- Eh!
- Hanasuva.com

PENCERAHAN!!! Kekeliruan dan Hukum Berkaitan Bawa, Sentuh Kanak-Kanak Dalam Solat

Beberapa detik ini viral satu perihal berkaitan pengasingan kanak- kanak di dalam solat di masjid. Alasannya kononnya kanak- kanak adalah pembawa najis yang menyebabkan solat terbatal dan putus saf jemaah lain apabila diselangi dengan kanak- kanak yang belum berkhitan/berkhatan. Di sini ada sedikit pencerahan daripada Dr. Abdul Basit Abdul Rahman atau dikenali sebagai Dr Abu Anas Madani berkenaan hukum bawa, sentuh anak-anak ketika solat. Semoga huraian ini memberikan jawapan bagi persoalan yang kita ingini. Insha'Allah.



HUKUM MENYENTUH ANAK KETIKA SOLAT.

Persoalan tentang menyentuh anak ketika solat merupakan isu yang sering ditimbulkan oleh para ibu dan wanita yang kehidupan seharian mereka tidak dapat dipisahkan dari anak-anak. Untuk mengelakkannya adalah sangat sukar bagi sesetengah mereka. Oleh itu masalah ini memerlukan kajian dan perbincangan yang terbuka dan rasional, berdasarkan pandangan alim ulama’ muktabar dahulu dan sekarang.

Di sini akan dibincangkan dua keadaan iaitu:

Pertama; Anak Yang Belum Berkhatan.

Masyarakat kita sering memandang kepada anak-anak kecil yang belum berkhitan sebagai sesuatu yang menanggung najis dan boleh membatalkan solat orang yang tersentuh dengannya. Dia juga dikatakan boleh memutuskan saf solat jamaah.

Tetapi, sekiranya kanak-kanak itu dikatakan menanggung najis dengan sebab tidak berkhitan sudah pasti Syariat akan menerangkannya kerana ianya sangat penting di dalam kehidupan kita, sepertimana Syariat menerangkan cara membersihkan air kencing kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Apa yang patut dibincangkan ini, tidak pula disebutkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab fiqh yang muktabar apabila membincangkan Bab al-Najasat, atau perkara-perkara yang najis, atau satu bab khas tentang “Najisnya Kanak-Kanak Yang Belum Berkhitan”. Maka apakah ianya hanya satu tanggapan masyarakat kita atau merupakan ijtihad/pandangan sesetengah ulama’ yang terdedah kepada perbincangan.

Jika diteliti hadis-hadis yang dibawa di atas yang meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W menggendong Hasan/Husain ketika solat, serta mereka naik ke atas tengkok Baginda, ini memberi maksud budak yang belum baligh tidak termasuk di dalam perkara yang boleh membatalkan solat.

Dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulullah s.a.w. Apabila baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud baginda mengangkatnya semula”.

Mungkin akan dibahaskan bahawa orang Arab adabnya mengkhitankan anak ketika masih bayi, tetapi ditempat kita anak-anak kebiasaannya akan berkhitan apabila habis sekolah rendah. Apakah ia menjadi kotor kerana kulup/najis yang terdapat pada anak itu?

Maka kalau dilihat kepada hukum istinjak menggunakan batu, kesannya tentu tidak habis, dan ianya dikira sebagai najis yang dimaafkan. Soalnya, apakah ia lebih suci daripada kulup? Sedangkan tiada nas/hujah yang mengatakan orang yang beristinjak dengan batu mesti duduk di saf yang berlainan.

Begitu juga Ulama tidak merenggangkan antara orang yang berpenyakit kencing tanpa henti (salis al-baul) dengan orang-orang lain. Ini menunjukkan kanak-kanak yang belum berkhitan juga tidak perlu direnggangkan. Wallahu a’lam.

Maka logiknya budak yang belum berkhatan jika berada di dalam satu saf, ia tetap tidak membatalkan sembahyang seseorang. Namun, elok diasingkan saf kanak-kanak yang belum berkhitan dengan saf orang dewasa.



Kedua; Menyentuh Anak Kecil Yang Memakai Lampin.

Perbincangan tentang masalah ini juga sama seperti di atas, iaitu hadis Rasulullah saw mendukung Umamah binti Abi al-‘As dan kisah Al-Hasan dan Husain ra, kalau kita andaikan mereka berdua sudah berkhitan, apakah mereka juga sudah pandai menjaga kebersihan, pergi ke tandas sendiri atau masih menggunakan lampin seperti kanak-kanak lain.
Kemudian, sama-sama kita telitikan pula pandangan ulama’ tentang menyentuh najis secara berlapik atau menanggungnya.

Imam An-Nawawi telah menegaskan di dalam Rawdah at-Talobin dengan katanya:

“Sekiranya (seseorang yang sedang solat itu bersentuh dengan sesuatu yang suci (pada jasadnya seperti kanak-kanak) tetapi benda yang suci tadi bersentuh pula dengan najis atau menanggung najis maka TIDAK BATAL SOLATNYA. [Rujuk Rawdah at-Tolibin, 1/274].

Alasan ia tidak membatalkan adalah kerana:-

a. Sentuhan itu tidak secara langsung dengan najis yang ditanggungi. Jika secara langsung terbatal solat seseorang itu tapi tidak wuduknya. Jika tersentuh najis secara langsung, ia hanya perlu membasuh najis itu sehingga bersih, dan tidak perlu memperbahurui wuduknya.

b. Bersentuh secara tidak langsung dengan kanak-kanak yang menanggung najis seperti memegang tangannya atau dirinya menyentuh pakaian kita, adalah tiada membawa sebarang masalah kerana mereka bukannya najis bergerak dan tidak pula tubuhnya bertukar menjadi najis hingga tidak boleh disentuh sama sekali, ia hanya menanggung najis sahaja.

Bagaimanapun, solat boleh terbatal sekiranya kita menanggung kanak-kanak ini (ia disebut dalam mazhab Syafie sebagai: “Haamil limuttasil binajastin”) sama ada dengan mendukungnya atau ia memanjat belakang kita semasa sujud atau ia duduk di atas riba semasa kita sedang duduk tasyahhud akhir. [Mughni Al-Muhtaj, 1/ 264 cet Dar al-Fikr].

Tetapi jika kita menanggung sesuatu najis lalu membuangnya dengan cepat, solat itu tetap sah. Ini merujuk kepada satu peristiwa di mana ketika para sahabat sedang bersolat bersama Nabi saw dengan memakai selipar, tiba-tiba mereka melihat Baginda (semasa solat) telah menanggalkan seliparnya, maka semua sahabat menanggalkan seliparnya (kerana menyangka ia adalah satu perbuatan yang mesti diikuti).

Setelah selesai solat, Nabi bertanya kepada mereka: “Kenapakah kamu semua menanggalkan selipar kamu?” Para sahabat menjawab: “Kerana kami melihat tuan melakukannya.” Rasulullah saw lalu bersabda: “Telah datang kepadaku malaikat Jibril as lalu memberitahu bahawa pada seliparku terdapat kekotoran atau najis (maka aku tanggalkan kerana itu).” [HR Abu Daud: 650. Sahih menurut Albani.]

Maka jika anak kecil yang menanggung najis duduk di riba kita dan dielak dengan segera, ia tidak membatalkan solat. [Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, Bab: Perkara yang Membatalkan Solat. 1/169] [Lihat: Uzar, Mutiara Akidah dan Ibadat ms 175-176]

Pandangan ulama’ semasa:

Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili di dalam al-Fiqh al-Islami [1/576] yang merujuk kepada kitab al-Muhazzab dan al-Majmu’ karangan Imam An-Nawawi menyebut: 

“Tiada perselisihan di dalam mazhab Syafie dan Hanafi bahawa tidak memudaratkan (membatalkan solat) membawa kanak-kanak yang tidak zahir padanya najis, maka sekiranya dia membawa haiwan yang suci dalam solatnya maka sah solatnya kerana Nabi saw membawa Umamah binti Abu al-‘As di dalam solatnya. Kerana najis yang ada pada haiwan itu adalah pada tempatnya (tidak merebak keluar) dan ianya samalah dengan najis yang berada di dalam perut orang yang solat”.
Mafhum daripada kenyataan ini, tidak batal solat sekiranya kita tersentuh dengan kanak-kanak yang belum berkhitan atau memakai lampin itu kecuali zahir pada pakaian/tubuh badannnya najis.

SUSUNAN SAF KANAK-KANAK DALAM SOLAT SOLAT BERJAMAAH DENGAN KANAK-KANAK

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (nombor 823):

عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه قال: أقبلت راكبا على حمار أتان، وأنا يومئذ قد ناهزت الاحتلام، ورسول الله صلى الله عليه وسلم يصلي بمنى إلى غير جدار، فمررت بين يدي بعض الصف، فنزلت وأرسلت الأتان ترتع، ودخلت في الصف، فلم ينكر ذلك علي أحد

Daripada Ibn Abbas katanya: “Saya datang dengan menunggang keldai betina, pada ketika itu belum lagi baligh (hampir baligh). Rasulullah s.a.w. sedang bersembahyang dengan tidak menghadap dinding. Lalu saya, melalui di hadapan beberapa saf dan saya turun dan membiarkan keldai itu memakan rumput. Saya masuk ke dalam saf dan seorangpun tidak membantah saya.

Rasulullah s.a.w. membiarkan Anas berdiri bersama dengan kanak-kanak. Jika dengan alasan kebersihan ( atau kenajisan ) kanak-kanak itu sembahyang Anas menjadi tidak sah tentu baginda akan menyusun saf dengan meletakkan Anas di kanannya kemudian anak yatim tersebut di belakangnya.

Begitu juga dalam hadis yang kedua, sahabat-sahabat tidak menegah Ibn Abbas menyertai saf itu dengan alasan beliau masih kecil. Ini menunjukkan bahawa menjadi amalan masyarakat pada ketika itu kanak-kanak tidak diasingkan daripada saf orang dewasa.

Hadis yang pertama itu juga diriwayatkan al-Tirmizi (nombor 234) dan beliau memberikan ulasannya:

قَالَ أَبُو عِيسَى: حَدِيثُ أَنَسٍ صَحيحٌ، وَالعَمَلُ عَلَى هَذَا عِنْدَ أَهلِ العِلمِ، قَالُوا: إِذَا كَانَ مَعَ الإِمَامِ رَجُلٌ وَامْرَأَةٌ، قَامَ الرَّجُلُ عَن يَمينِ الإِمَامِ وَالمَرْأَةُ خَلْفَهُمَا، وَقَدْ احْتَجَّ بَعْضُ النَّاسِ بِهَذَا الحَدِيثِ في إِجَازَةِ الصَّلاَةِ إِذَا كَانَ الرَّجُلُ خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ، وَقَالُوا: إِنَّ الصَّبيِّ لَمْ تَكُن لَهُ صَلاَةٌ، وَكَانَ أَنَسٌ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحْدَهُ، وَلَيْسَ الأَمرُ عَلَى مَا ذَهْبُوا إِلَيهِ لأَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَقَامَهُ مَعَ اليَتيمِ خَلْفَهُ، فَلَوْلاَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَعَلَ لِليَتِيمِ صَلاَة، لَمَا أَقَامَ اليَتِيمَ مَعَهُ وَلاَ أَقَامَهُ عَن يَمِينِهِ.

Abu Isa (al-Tirmizi) berkata: Hadis Anas adalah sahih. Amalan mengikut hadis ini di sisi ahli ilmu iaitu apabila bersama imam itu ada seorang lelaki dan perempuan, maka lelaki itu hendaklah berdiri di sebelah kanan imam dan perempuan itu di belakang mereka berdua. Sesetengah orang mengharuskan sembahyang seorang lelaki berseorangan di belakang saf. Mereka berkata, sembahyang kanak-kanak itu tidak dikira dan Anas berseorangan di belakang Rasulullah s.a.w. Pendapat ini tidaklah tepat kerana kerana Rasulullah s.a.w. menempatkan Anas bersama anak yatim di belakang baginda. Andai kata baginda tidak mengira sembahyang anak yatim itu tentu baginda tidak menempatkannya bersamanya (Anas) dan tidak juga menempatkannya di kanannya (Anas).”

Daripada komentar al-Tirmizi itu dapat difahami bahawa sembahyang kanak-kanak tetap dikira sah dan sewajarnya dia diletakkan bersama saf orang lain. Kalaulah sembahyangnya tidak dikira sah disebabkan tidak diketahui dia menjaga kebersihan diri dan pakaian tentu sekali al-Tirmizi menganggap sebaliknya.

Dalam mensyarahkan hadis ini, Abdul Rahman Al-Mubarakpuri menyimpulkan bahawa kanak-kanak diletakkan dalam satu saf bersama orang lain. (Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, hal. 494)Dalil menunjukkan bahawa pada zaman Rasulullah saw, kanak-kanak dibawa ke masjid.

Satu hadis riwayat meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Aku bercadang memanjangkan solatku. Tiba-tiba aku dengar tangisan kanak-kanak. Aku mempercepatkan solat bimbang menyusahkan ibunya”. [HR Bukhari dan Muslim].

Bila kanak-kanak turut sama solat, susunannya menurut riwayat dari Abdullah ibn Mas’ud Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: ((لِيَلِيَنِّي مِنْكُمْ أُولُو الأَحْلامِ وَالنُّهَى، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ، وَلا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ، وَإِيَّاكُمْ وَهَيْشَاتِ الأَسْوَاقِ)) رواه الترمذي.

Maksudnya: “Hendaklah berdiri mengiringi di belakang aku orang yang sudah baligh dan berakal, kemudian mereka yang berikutnya, mereka yang berikutnya. Jaga-jagalah kamu dari hingar-bangar seperti pasar”. [HR: At-Tirmizi].

Menjelaskan hadis ini lihat pula hadis berikut riwayat dari Abu Malik Al-Asy’ari:

عَنْ أَبِي مَالِكٍ الأَشْعَرِيِّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم (أَنَّهُ كَانَ يُسَوِّي بَيْنَ الأَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي الْقِرَاءَةِ وَالْقِيَامِ، وَيَجْعَلُ الرَّكْعَةَ الأُولَى هِيَ أَطْوَلُهُنَّ لِكَيْ يَثُوبَ النَّاسُ، وَيَجْعَلُ الرِّجَالَ قُدَّامَ الْغِلْمَانِ، وَالْغِلْمَانَ خَلْفَهُمْ، وَالنِّسَاءَ خَلْفَ الْغِلْمَانِ)) [مسند أحمد، حديث ضعيف]ز

“Adalah Rasulullah SAW mengatur saf dewasa lelaki di hadapan kanak-kanak. Saf kanak-kanak di belakang lelaki dewasa dan saf perempuan di belakang kanak-kanak”. [HR: Ahmad].

Hadis di atas diambil menjadi hujah dan dalil nas syarak bahawa hendaklah meletakkan kedudukan kanak-kanak dalam solat berjemaah di belakang lelaki dewasa dan di hadapan 
saf perempuan.

Imam Ahmad mengatakan makruh berjemaah bersama kanak-kanak di belakang imam kecuali yang sudah baligh. [Nailul Autar, 2:224].
Jumhur ulama fiqh menghukumkan hendaklah mendahului lelaki dewasa kemudian kanak-kanak, kemudian khunsa dan kemudian perempuan. Inilah yang utama dan yang afdalnya.

[Lihat huraian dalam Al-Majmuk Syarah Al-Muhazzab, 4:291-293]:


المجموع -: إذا حضر إمام ومامومان تقدم الامام واصطفا خلفه، سوا كانا رجلين أو صبيين أو رجلا وصبيا: هذا مذهبنا ومذهب العلماء كافة. وإذا حضر كثيرون من الرجال والصبيان، يقدم الرجال ثم الصبيان، هذا هو المذهب وبه قطع الجمهور، وفيه وجه حكاه الشيخ أبو حامد والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وصاحبا المستظهرى والبيان وغيرهم: أنه يستحب أن يقف بين كل رجلين صبي ليتعلموا منهم أفعال الصلاة. والصحيح الاول؛ لقوله صلى الله عليه وسلم: ليلني منكم اولوا الاحلام والنهى ثم الذين يلونهم”.

Namun, ada juga pandangan (satu wajah dalam mazhab) yang dinukilkan oleh beberapa orang ulama’ besar mazhab Syafie seperti; Sheikh Abu Hamid, Al-Bandaniji, Al-Qadhi Abu Al-Tayyib, Sahib al-Mustazhiri dan Al-‘Imrani (Sahib Al-Bayan) dan lain-lain:
“Sunat meletakkan kanak-kanak (yang sudah suci) itu diselang-seli dengan orang dewasa bagi mereka belajar melakukan solat”.

Penjelasan daripada Mughni al-Muhtaj bermaksud: “Perbincangan tentang susunan saf itu adalah apabila jemaah datang serentak, tetapi sekiranya kanak-kanak datang awal, maka jangan diundurkan mereka untuk memberi tempat kepada orang dewasa yang baru datang, seperti itu juga kalau mereka lebih awal berada di saf awal, maka mereka lebih berhak menduduki tempat tersebut, menurut pendapat yang sahih….

Adapun dibelakangkan kanak-kanak daripada orang dewasa seperti yang diperkatakan oleh al-Azraie apabila saf orang dewasa telah penuh, tetapi sekiranya terdapat kekosongan pada saf orang dewasa maka ianya diisi dengan kanak-kanak”.

Jelas daripada apa yang dikatakan oleh Imam al-Khatib al-Syarbini ini, sekiranya mereka datang awal maka menjadi hak mereka tempat tersebut, demikian juga jika saf orang dewasa terdapat kekosongan maka saf tersebut perlu diisi dengan kanak-kanak. Tidak terdapat di sana saf yang dikhususkan kepada kanak-kanak.

Kecuali dibelakang imam, maka hendaklah diduduki oleh orang yang baligh (uli Al-Ahlam) dan cerdik /berilmu (An-Nuha), bukan kanak-kanak dan juga orang dewasan yang tidak berilmu, kerana orang yang berada di tempat tersebut ialah orang yang akan menegur atau mengganti imam apabila ada sesuatu yang tidak sempurna sebagaima kisah Qais bin ‘Ubad dengan Ubai bin Ka’ab ra;

عَنْ قَيْسِ بنِ عُبَادٍ قَالَ: بَيْنَا أَنَا فِي الْمَسْجِدِ فِي الصَّفِّ الْمُقَدَّمِ فَجَبَذَنِي رَجُلٌ مِنْ خَلْفِي جَبْذَةً فَنَحَّانِي وَقَامَ مَقَامِي، فَوَاللهِ مَا عَقَلْتُ صَلاتِي، فَلَمَّا انْصَرَفَ فَإِذَا هُوَ أُبَيُّ بْنُ كَعْبٍ، فَقَالَ: يَا فَتَى لا يَسُؤْكَ اللهُ إِنَّ هَذَا عَهْدٌ مِنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِلَيْنَا أَنْ نَلِيَهُ)). رواه النسائي.

Perbincangan:
Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Qatadah al-Ansori r.h.
beliau berkata:
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْنْصَارِيِّ قَالَ: ((رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا)) مسلم.

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah s.a.w. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”.

Daripada hadis ini beberapa pengajaran yang boleh didapati:

1- Perbuatan Nabi s.a.w. mendukung cucunya Umamah sewaktu mengimami solat (fardu) menunjukkantiada halangan membawa masuk kanak-kanak ke dalam masjid.

2- Faedah lain yang boleh diperolehi dari hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang belum mumayyiz tidak membatalkan solat seseorang seperti yang disalah fahami oleh sebahagian pihak dengan menyatakan sekiranya kanak-kanak berada di dalam satu saf dengan orang dewasa akan menyebabkan satu saf terbatal.

3- Pergerakan yang sedikit tidak membatalkan solat seseorang.

Di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.h. beliau berkata:
Maksudnya: “Nabi s.a.w. bersolat di rumah Ummu Sulaim, aku (Anas) dan seorang anak yatim mengikutnya bersolat dibelakang Baginda dan Ummu Sulaim di belakang kami”. [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ibnu Abbas r.h. pula meriwayatkan:

صحيح البخاري – عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: بِتُّ فِي بَيْتِ خَالَتِي مَيْمُونَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ زَوْجِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم عِنْدَهَا فِي لَيْلَتِهَا فَصَلَّى النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْعِشَاءَ ثُمَّ جَاءَ إِلَى مَنْزِلِهِ فَصَلَّى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ نَامَ ثُمَّ قَامَ ثُمَّ قَالَ نَامَ الْغُلَيِّمُ أَوْ كَلِمَةً تُشْبِهُهَا ثُمَّ قَامَ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَصَلَّى خَمْسَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ نَامَ حَتَّى سَمِعْتُ غَطِيطَهُ أَوْ خَطِيطَهُ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلاةِ.

Maksudnya: “Aku bermalam di rumah ibu saudaraku, Ummul Mukiminin Maimunah binti Harith, pada malam itu Nabi s.a.w. bersolat. Maka akupun bersolat bersamanya lalu berdiri di sebelah kirinya. Kemudian Nabi s.a.w. memegang kepalaku sambil menarik aku ke sebelah kanannya”. [HR al-Bukhari: no. 726].

Kedua-dua hadis di atas dalil menunjukkan kanak-kanak yang belum baligh boleh bersolat bersama orang dewasa tanpa mencacatkan solatnya.

Hadis yang pertama, Anas bersolat bersama seorang anak yatim di belakang Nabi saw, sudah tentu anak yatim tersebut seorang yang belum baligh, sekiranya sudah baligh tidak dipanggil anak yatim lagi. Semetara hadis yang kedua Ibn Abbas yang ketika itu masih kecil bersolat di sebelah Nabi s.a.w.
Maka ini juga menunjukkan tidak ada saf yang khas untuk kanak-kanak. Jika tiada dalil khusus yang menyuruh supaya merenggangkan kanak-kanak yang belum berkhitan dengan orang dewasa, maka kita menggunakan hadis Anas r.a yang membenarkan solat bersama kanak-kanak tanpa direnggangkan.

Islam adalah agama yang sempurna, hukumnya didatangkan dengan asas keringanan dan kemudahan. Perundangannya lengkap dan syumul untuk semua peringkat manusia, lelaki-wanita, tua-muda, dewasa atau kanan-kanak, sihat atau sakit serta hidup dan juga mati.




KREDIT
Akhukum, Abu Anas Madani,
Pondok Sungai Durian. 
www.pondoksgdurian.com

RUJUKAN LAIN :

1. Tuhfah al-Ahwazi
2. Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu
3. Mukhtasar Sohih At-Tirmidhi
4. Bahru Al-Mazi

DAHSYATNYA Kelebihan Berdoa Sebelum Iftar dan Menjelang Sahur (2/3 Malam).

Berdoalah kepadaKu, Aku akan kabulkan doa kalian. Sungguh orang-orang yang menyombongkan diri karena enggan beribadah kepada-Ku, akan dimasukkan ke dalam neraka Jahannam dalam keadaan hina dina” (QS. Ghafir: 60).


Allah S.W.T amat mencintai dan sentiasa menunggu untuk mendengar dan mengabulkan doa hamba-Nya. Bahkan kerana cinta-Nya, Allah menjanjikan ‘bonus’ yang berupa pengampunan dosa kepada hamba-Nya yang berdoa.

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah S.W.T berfirman :


Wahai manusia, selagi engkau berdoa dan berharap kepada-Ku, aku mengampuni dosamu dan tidak aku pedulikan lagi dosamu” (HR. At Tirmidzi, ia berkata: ‘Hadits hasan shahih’)

Doa menjelang iftar atau waktu berbuka puasa dan menjelang sahur adalah antara waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT. 
Tetapi sayangnya masih ramai yang tidak mengetahuinya.




Di Mekkah & Madinah, satu jam sebelum waktu Iftar, penduduk sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk dipermudahkan segala urusan dan hajat dunia juga akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan dan pengharapan, sehinggakan ada kedengaran suara tangisan diantara mereka.

Kesalahan yang biasa dilakukan kebanyakan kita di sini ialah mensia-siakan waktu mustajab tersebut dengan kesibukan menyediakan juadah berbuka puasa. Kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dengan hasrat memenuhi selera nafsu berpuasa.  Mereka berasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu....atau dzahaba zhoma'u....", padahal hanya mencakupi maknanya berupa laporan & ucapan syukur semata- mata. Betapa ruginya kita.

Kerana Allah memberikan jaminan bahawa doa- doa pada waktu tersebut akan dikabulkan. Jadi, marilah sama- sama kita manfaatkan waktu mustajab tersebut bukan hanya demi memenuhi selera nafsu semata-mata. Tetapi biarlah waktu tersebut di isi dengan doa-doa untuk diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan saudara seagama.

Musuh-musuh Islam tahu betapa hebat umat Nabi Muhammad SAW apabila mereka berdoa kepada Rabb nya disaat menjelang iftar. Demikian itu, mereka membuat tipu daya untuk melalaikannya dengan pelbagai bentuk program tv, media dan seumpamanya pada waktu tersebut sehinggakan kita terleka dan tidak berkesempatan untuk berdoa.

Wallahu'alam

sumber;
millenial gen

MENAKJUBKAN!!!Bagaimana nenek ini menyanyangi cucunya.(FOTO / VIDEO)

Kasih sayang ibu dan anak sesuatu yang ajaib yang sukar untuk digmbarkan. Ianya sesuatu yang berkekalan dan tidak pernah lenyap walaupun bermacam ujian menguji jiwa. Demikian kisah kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya sehingga beliau meletakkan sepenuh level perasaan sayang terhadap cucunya. Carmen Baugh seorang pesara yang berusia 66 tahun itu, begitu teruja dengan cucu-cucunya sehinggakan beliau mengubah setiap ruang di dalam rumahnya dengan pelbagai dekorasi gambar cucu- cucunya.

pakaian, kusyen dan kertas dinding
sumber: Spoonflower.com
Carmen mendapat idea untuk melakukan sehingga rumahnya dengan wajah cucunya apabila dia berpindah dari Charlotte Douglas ke Raleigh. Menurut Carmen cucu- cucunya adalah kebanggaan dan kegembiraannya dan itu adalah punca utama dia mendekorasikan kesemua gambar mereka di setiap ruang rumahnya seperti dinding, kusyen dan langsir. Bahkan pakaiannya juga turut ditampal dengan gambar cucu- cucunya.
 kertas dinding
sumber: Spoonflower.com
Jadi, daripada hanya melekatkan bingkai gambar cucu- cucunya, dia membuat keputusan untuk menghasilkan sendiri kertas dinding khas menampilkan lebih 30 gambar yang berbeza daripada mereka. Teruja dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk turut mendekorasi kain untuk langsir dan kusyen dengan corak yang sama , dan kemudian menggunakannya untuk membuat bajunya juga.

langsir
sumber: Spoonflower.com
Idea Carmen mendapat sokongan daripada suaminya yang turut menyanyangi cucu- cucu mereka. namun, idea ini sedikit sebanyak mendapat tindakbalas kurang memuaskan daripada tetangganya. Bahkan kakaknya sendiri menyatakan ianya suatu yang gila dan menyuruhnya menanggalkan foto- foto tersebut. namun, carmen tetap berkeras dengan pendiriannya.

tuala
sumber: Spoonflower.com
Anaknya Kristin, 40 dan suaminya Scott menyatakan perasaan terkejut apabila kali pertama melihat dekorasi gambar- gambar tersebut. Namun, mereka kembali seronok apabila anak- anak mereka melihat dekorasi tersebut dan menjerit teruja "wah, itu saya!!''




 selamat membaca!!!



UNIK!!! Lelaki Gelandangan Buta ini berjaya mengkagumkan netizen dengan hanya gitar daripada tin cat (VIDEO)

Siapa yang tidak mengenali Wesseh Freeman iaitu seorang gelandangan buta yang mencuri perhatian netizen pada Disember lalu melalui kemahiran "strumming badass" nya. Freeman atau dikenali sebagai Weesay, menjadi sensasi di internet kerana kebolehannya memetik gitar unik buatannya. Weesay yang berasal dari Liberia itu menghasilkan sebuah gitar dengan hanya menggunakan tin cat minyak terpakai yang diikat dengan kayu usang dan 3 utas tali.


Meskipun gitar yang dihasilkannya itu tampak sedikit kekurangan namun kemahirannya mengendalikan alat tersebut berjaya membuatkan orang ramai terpegun dengan bunyinya. Hal ini sekali gus berjaya menarik perhatian pemilik syarikat kentang chip di Liberia iaitu Nikhil dan Sachin Ramchandani, untuk menawarkan kontrak menghasilkan puisi jenama mereka, dan menyiarkan video tersebut di saluran YouTube syarikat mereka.


Penyiaran videonya ternyata membawa tuah kepada weesay apabila dia dihadiahkan sebuah gitar Ovation-style daripada seorang peminatnya dari America. Selain itu, Ramchandani bersaudara juga kemudiannya menubuhkan kempen "Indiegogo", untuk mengumpul dana bagi membantu Weesay mendapatkan rumah dan merawat matanya. Matlamat kempen adalah untuk mencapai $ 70 000, kempen ini hanya berjaya mengutip kira-kira $ 1,000 dalam dua bulan.

Menurut Guitar World, walaupun dibuat daripada jejari basikal atau penggantung kot namun Weesay berjaya menguasai intonasi muzik yang dimainkannya dan seolah- olah instrumen ini adalah jiwanya.




 



Sumber ; Odditycentral.com







GAMBAR: Koleksi Dekorasi Makanan Kreatif Untuk anak-anak.

Memujuk anak kecil makan bukan suatu tugas yang mudah. Terkadang membuatkan kita risau dan resah memikirkan tumbesaran mereka tanpa nutrisi yang secukupnya. Di situlah memerlukan kreativiti dan inovasi ibu bapa untuk menarik minat si comel mereka untuk menjamah makanan. 

Kebiasaannya si kecil akan memilih untuk makan sesuatu yang mereka minati seperti gimik haiwan comel, kenderaan, hero animasi dan sebagainya. Di sini kami kongsikan idea dekorasi hidangan yang dikompilasikan dari pelbagai sumber untuk menarik selera mereka untuk makan.



1. Kartun animasi TinkerBell
TinkerBell
Nasi + nori + kacang peas + telur + udang + lemon + salad
2. Kartun animasi Brave
Animated Brave
Spiral Macaroni + Nori + Sos + keju
sumber : google

3. Dua Hamster
Dua hamster cute
Roti + Keju + Telur Rebus + Sausage + salad
sumber: google

4. Singa baik hati
Lion King
Roti + Pepperoni ayam + buah zaitun + keju
sumber: google

5. Ayam
Ayam Jaguh
Buah naga + oren + Carrot + kepingan peperoni + Brokoli + daun dewa + biskut
Sumber : Brilio.net
6. Angsa Tasik Selatan
Angsa & Tasik
Biskut + oren + Keju Mozarella + kacang peas
Sumber : Brilio.net
7. Ikan dan obor-obor
Obor-obor & Ikan
Roti Bijirin + Telur Hancur + Oren + tomato + Timun + kobis + Ulam + Bijirin
sumber: seputaredukasi.com
8. Akuarium
Dua Nemo
Roti Bijirin + beri + Keju + raspberri + saderi
Sumber : google
9. Cute Little bear
cute teddy bear
roti bijirin penuh + keju + buah zaitun + tembikai +  carrot
sumber : google
10. Little Rabbit
Cute Bunny
Roti + Pepperoni Ayam + Carrot + Buah Zaitun + Salad
sumber: google
11.Tikus lucu

Mouse
roti bijirin penuh + carrot + keju + zaitun
sumber : google
12.Bunga- bunga cinta

Bunga
Roti bijirin penuh + limau + keju + kacang peas + anggur + beri
Sumber : google
13. Little Baby bird


Baby Bird
roti bijirin penuh + oren + carrot + kacang peas
sumber : google
14. Arnab blushing

Blushing Little Rabbit
Roti putih + pisang + ceri
sumber : google
15. Teenager Ninja turtle

Teenage Ninja Turtle
Kiwi + plum + bijirin kuaci + carrot
Sumber : google


sumber : 
google
brilio.net
seputaredukasi.com
thehypemedia.com
             


































Pengemis Muda Menjadi Bank Kepada Peniaga Tempatan.

Penampilan bukanlah segalanya. Siapa sangka seorang pemuda India yang hanya bekerja sebagai pengemis mampunyai aset bernilai 1.25 crore rupee ($ 185,000) iaitu 500,000 rupee ($ 7,500) di dalam setiap empat akaun banknya. Pengemis jutawan yang dikenali sebagai Pappu Kumar itu telah berjaya mencapai kekayaan setelah lapan tahun mengemis di sekitar jalan di Patna, negeri Bihar.




Pengemis muda India ini sebenarnya lebih kaya daripada kebanyakan kelas pertengahan di negaranya. Kekayaan yang dimilikinya membolehkannya memberi pinjaman kewangan kepada ahli perniagaan tempatan berhampiran dan mendapat faedah daripada pinjaman yang diberikan. Walaupun begitu lelaki berusia 33 tahun itu masih tidak mahu berhenti mengemis.

Pappu asalnya dilahirkan tanpa sebarang kecacatan. Dia berjaya meneruskan pelajaran ke sekolah tinggi dan juga mempunyai rancangan untuk belajar kejuruteraan di kolej, tetapi malangnya, dia mengalami kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Bapanya meninggal dunia tidak lama selepas itu, dan dia telah diabaikan oleh seluruh keluarganya.



Keadaan memaksa Pappu mengemis untuk meneruskan kelangsungan hidupnya sendirian. Dia kemudiannya mendirikan khemah di simpang Jalan kereta api Patna dan terus mengemis di sana selama hampir tujuh tahun sebelum polis menyuruhnya meninggalkan tempat itu tahun lepas. Pappu ditahan pihak polis apabila dia enggan berganjak. Para penyiasat polis kemudiannya mendapat tahu mengenai akaun bank dan dua keping tanah miliknya yang seluas 2,000 kaki persegi setiap satu. Selain mereka juga mendapat tahu bahawa dia telah meminjamkan lebih 10 lakh rupee (hampir $ 15,000) untuk pelbagai peniaga di kawasan New Market, dengan kadar faedah yang tinggi.


Pihak polis kemudiannya menyuruhnya berhenti mengemis dan menjalankan kehidupan normal dengan aset yang dimilikinya. Namun, Pappu enggan berhenti. Ada juga yang memberinya cadangan untuk merawat penyakit lumpuhnya. Namun, dia menolak dan menyatakan bahawa bagaimana dia akan mengemis jika fizikalnya sudah sihat.

UNIK; Lelaki Cina ini hanya menggunakan Sebatang Buluh untuk Seberangi Sungai Ke tempat kerja

Menyeberangi sungai yang agak lebar bukanlah satu masalah walaupun tanpa sebarang alat pengangkutan air yang moden. Hal ini dibuktikan oleh seorang lelaki cina yang menyeberangi sungai besar dengan hanya menggunakan sebatang buluh sebagai rakit dan sebatang buluh lagi sebagai dayung. Siapa lagi yang memerlukan bot apabila mempunyai kekuatan luar biasa untuk menyeimbangi badan dan mmiliki keupayaan melawan arus sungai?

photo:  CCTV News

Aksi lelaki Cina yang berusia 51 tahun ini menjadi perhatian netizen setelah videonya tersebar di media sosial China. Jutaan penonton memberikan komen emoticon kehairanan melihat video aksi luar biasa Fang Shuyun dengan mudahnya mengemudi rotan buluh 23-kaki itu melepasi perairan sungai Fuchun, dengan lancar dan pantas. Dia dilaporkan bergerak pada kelajuan 100 hingga 164 kaki seminit. 




Fang, berasal dari bandar Hangzhou, mula terfikir untuk mencari inisiatif lain untuk menyeberangi sungai tersebut satu malam pada 2014 selepas dia terlepas menaiki bot terakhir pulang dari kerja. Dia ternampak tiang buluh terapung di sungai dan mengambil keputusan untuk menggunakannya untuk menyeberangi sungai Fuchun.


Bagaimanapun, percubaan pertama Fang menemui kegagalan tetapi dia amat berpuas hati dengan pencapaiannya dan berfikir pasti dia mampu berjaya jika dia mampu mengawal keseimbangan dan dapat mendayung dengan lebih baik. Jadi Fang menghabiskan masa selama dua tahun untuk berlatih dan mengamalkan, dan ternyata akhirnya dia berjaya menguasai kemahiran tersebut.




Sumber : CCTV News

TECH : Catterbox - kolar Pintar Yang Menterjemahkan ''Meows'' ke Bahasa Manusia

Berita gembira buat peminat kucing. Satu rekaan baru yang dinamakan ''Catterbox'' yang dipercayai boleh menterjemahkan bahasa kucing kepada bahasa manusia. ''Catterbox''adalah kolar pintar yang kononnya mempunyai sensor digital yang mengesan bunyi meows, dan menggunakan program khas untuk mentafsirkan maksud di sebalik bunyi tersebut.


Alat kolar pintar tersebut diperkenalkan oleh London ad agency adam&eveDDB sebagai percubaan untuk merawat kucing, namun, ciptaan ini kemudiannya di lengkapkan pramuat dengan kamus untuk mengenal bunyi ''purrs'', ''meows'', dan beberapa bunyi lain untuk membuat tafsiran yang setepat mungkin.


Jadi dengan menggunakan kolar, pemilik boleh bercakap dengan kucing mereka dan mengharapkan tindakbalas yang bermakna dari kucing peliharaan mereka.  Maklum balas tersebut disampaikan dalam loghat British, dengan suara pilihan pemilik, dipilih melalui aplikasi telefon pintar dipasangkan dengan kolar pintar. 















Wali Allah Kedah hancurkan kereta kebal komunis di Afghanistan

Wali Allah Kedah hancurkan kereta kebal komunis di Afghanistan

Syeikh Ahmad Junaidin
Siapa tak kenal dengan Syeikh Ahmad Junaidin, Mursyidul Am Persatuan Warga Melayu yang beribu pejabat di Sungai Petani, Kedah. Diceritakan bahawa, Syeikh Ahmad yang mewarisi ilmu Tok Kenali (Wali Allah di Kelantan) pernah menghancurkan kereta kebal tentera komunis soviet Russia yang ketika itu sedang menyerang bumi Mujahideen, Afghanistan. Kisah ini diperkirakan tidak pernah diceritakan kepada mana-mana anak muridnya yang berjumlah ribuan orang kecuali kepada adindanya.

Pada waktu itu beliau sedang duduk berzikir di atas sejadah selepas menunaikan solat, tiba-tiba Syeikh Ahmad melihat cahaya putih berserta terowong dihadapannya. Syeikh Ahmad langsung masuk ke dalam terowong dan melihat sekumpulan perajurit Islam sedang dikepung oleh berpuluh unit kereta kebal Russia. Laungan Allahuakbar jelas kedengaran dan Allah menolong para Mujahideen dengan mendatangkan Syeikh Ahmad.

Kata Syeikh Ahmad, dia merasa seperti mimpi lalu terus meluru ke arah kereta kebal dan menedang semua kereta kebal sehingga hancur terbarai. Maka terselamatlah para Mujahideen daripada keganasan tentera Russia.

Selesai menghancurkan kereta kebal, dia menemui sebentar para Mujahideen sebelum meminta diri untuk pulang. Beberapa orang dari para Mujahideen sempat berbual mesra dengan Syeikh Ahmad sambil bertanyakan nama dan dari mana Syeikh Ahmad berasal?

Sekalilagi, Syeikh Ahmad mendapati secara tiba-tiba dia tersedar sudah berada di atas sejadah. Apa yang berlaku hari itu diceritakan kepada sahabatnya yang tinggal serumah.

Sahabatnya menganggap Sheikh seorang pembohong kerana sehaian itu dia bertemu Syeikh Ahmad, masa bila pula Syeikh sudah sampai ke Afghanistan yang berada beribu kilometer jauhnya dari Kedah.

Selepas setahun, datanglah sekumpulan orang berwajah Arab dari Afghanistan ke Kedah mencari Syeikh Ahmad. Mendengar cerita sebenar daripada orang Afghanistan itu barulah sahabat Syeikh itu mengetahui bahawa apa yang diceritakan oleh Syeikh Ahmad benar-benar berlaku.

Allah menolong hamba-hambaNYA yang bertakwa secara lazim lahupun tidak lazim. Mintalah kepada Allah swt dengan sabar, solat serta melakukan sejumlah perbuatan baik lain mengikut petunjuk al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW.

Sumber : http://www.budijagat.com/2016/05/wali-allah-kedah-hancurkan-kereta-kebal.html

UNIK!! Pengalaman Melawat Zoo Hidupan Liar yang paling Real.

Pengalaman menyaksikan hidupan liar di zoo merupakan saat menyeronokkan bagi kebanyakan individu lebih-lebih lagi kanak-kanak. Di tempat tersebut kita dapat melihat pelbagai aksi ganas hidupan liar terkurung sebagai inisiatif menjaga keselamatan pengunjung. Namun, suasana tersebut berbeza dengan Zoo Hidupan Liar Lehe Ledu yang terletak di Bandar Chongqing, China.



Di sini, para pengunjung akan membeli 'tiket sangkar' mereka, sedangkan hidupan liar yang kelaparan di biarkan berkeliaran bebas mengelilingi mereka. Para pengunjung akan diarak di dalam sangkar besi melalui trak. Pengalaman mendebarkan ini bertujuan untuk membolehkan pengunjung berdepan dengan suasana sebenar dengan pemangsa, bukan hanya melihat mereka dalam kurungan atau dari jarak yang selamat. Untuk mencetuskan pengalaman yang lebih menarik, ketulan besar daging mentah terikat kepada bar sangkar yang di luar, hanya untuk menangkap perhatian binatang-binatang dan menarik mereka lebih dekat.



Perkhidmatan ini telah terbukti menjadi sangat popular, sehinggakan tiket untuk tiga bulan akan datang telah habis terjual. 

UNIK: Empat Peniaga Makanan Goreng Yang Mesra Minyak Mendidih

Kebiasaannya kita menggoreng sesuatu di dapur dengan menggunakan spatula untuk menghindari tangan dari melecur. Menyentuh minyak masak yang sedang mendidih dengan tangan adalah perkara tak masuk akal bagi kita yang tiada kemahiran.  Namun berbeza dengan beberapa orang penjual makanan gorengan ini.

Hartini Maliki, Gorontalo, Indonesia

sumber : google
Tentu kita pernah melihat video yang pernah viral di media tentang seorang makcik peniaga pisang goreng yang kebal minyak panas. Makcik Hartini Maliki yang berasal dari Gorontalo, Indonesia itu berjaya membuatkan netizen terlopong dan tercengang kehairanan apabila beliau dengan selamba memasukan dan membalikkan pisang di dalam minyak yang sedang mendidih 400° celcius dengan menggunakan tangan. Makcik Hartini atau lebih dikenali Ta No'u mempunyai gerai pisang goreng yang terletak di Jalan Raya Eyato, tidak jauh dari masjid bersejarah Baiturrahim.

Setiap kali ditanya mengenai kebolehan luar biasanya, Ta No'u hanya tersenyum sambil tangannya sibuk mengkaut-balikkan pisang di dalam minyak yang mendidih. Namun apa yang membuatkan pembeli terkejut ialah tangannya sedikit pun tidak melecur. Kebolehan luar biasa Ta No'u pernah membawanya sebagai jemputan ke Perancis selama 12 hari pada tahun 2008.

Namun, tanpa kita ketahui, rupanya bukan makcik itu seorang sahaja yang kebal minyak panas malah terdapat tiga orang lagi lelaki yang mempunyai kemahiran yang sama seperti makcik tersebut dari pelbagai negara.

Prem Kumar, New Delhi, India


sumber : google
Seperti Makcik Hartini, Prem Kumar dari New Delhi, India juga memiliki keupayaan luar biasa tersebut. Mendakwa mewarisi kemahiran kebal minyak panas dari ayahnya, beliau menjalankan perniagaan menjual makanan gorengan seperti ikan. Setiap hari beliau menyajikan sekitar 150 ekor ikan goreng untuk ratusan pelanggan selain menu khas India Utara yang lain seperti kebab, mutton tikka, paneer tikka dan tandoori kentang.

Kebanyakan pembeli datang untuk menyaksikan sendiri bagaimana kebolehan Prem menggoreng tanpa bantuan spatula atau apa- apa alat yang sesuai. Apabila ditanya mengenai ilmu atau amalan yang menjadikannya kebal, Prem menafikan sebarang mantra atau sulap tetapi menegaskan kebolehannya kerana latihan terhadap rutin sehariannya.

Ram Babu, India.

sumber : google
Di Allahabad, Uttar Pradesh, India juga terdapat seorang lelaki yang memiliki kemampuan luar biasa seperti Ta No'u dan Prem iaitu Ram Babu. Beliau selalu mendapat perhatian masyarakat setempat yang kehairanan melihat aksi Ram Babu menggoreng dengan hanya menggunakan tangan semata- mata. Lelaki warga India itu, secara santai memasukkan tangannya ke dalam minyak mendidih bersuhu kira-kira 200° celcius tanpa mengalami sebarang kecederaan kulit. 

Menurut Ram Babu, rutinnya selama lebih 40 tahun itu menjadikannya terbiasa dengan cara gorengan unik itu. Pelanggannya datang dari pelbagai daerah. Setiap hari beliau berjaya menjual lebih dari 100kg makanan goreng. 

Kann Trichan, Chiang Mai Thailand.

sumber : google
Kann Trichan seorang lagi peniaga yang berkebolehan unik yang mesra minyak gorengan panas. Lelaki berusia 50-an tahun ini dengan selamba mencelupkan tangan ke dalam kuali yang mengandungi minyak mendidih tanpa melecur. Trichan meniaga pelbagai masakan goreng seperti ayam, tauhu dan lain- lain di sekitar Chiang Mai, Thailand. 

Trichan dikatakan setiap hari menggoreng makanan tanpa bantuan apa-apa alat perlindungan tetapi mengangkat gorengannya dengan hanya menggunakan tangan kosong dari minyak didih bersuhu 400'celcius. Kemampuan luar biasa Trichan ini telah mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau direkod sebagai pengambil ayam goreng terpantas dalam suhu 480° celcius dengan tangan kosong, iaitu sebanyak 20 potong ayam goreng dalam masa 1 minit di dalam Guinness World of Record.