Jika gagal bayar hutang negara RM627.5 bilion, dana dalam KWSP Mungkin lebur???


Simpanan hari tua dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin ‘lebur’ jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal menjelaskan hutang tertunggak yang ditanggung negara.
Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham membuat pendedahan itu dengan merujuk maklum balas Menteri Kewangan yang menyenaraikan KWSP sebagai antara pemiutang.
“Wang yang dipinjamkan KWSP adalah wang rakyat, rakyat bakal alami kerugian besar jika Kerajaan BN gagal lunaskan hutang itu,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Malaysia menangung hutang RM627.5 bilion dengan 97 peratus daripadanya hutang domestik dan selebihnya iaitu tiga peratus hutang asing bernilai RM18.80 bilion.
Tidak menolak kemungkinan negara menuju muflis, beliau berkata tindakan mencetak wang bagi membayar hutang berkenaan pula dikhuatiri mencetuskan masalah lain.
“Kita tidak mahu jadi Zimbabwe. Suatu masa dulu maju dan mencetak wang sesuka hati tetapi kini tidak bernilai langsung,” katanya dan menambah mata wang negara itu satu-satunya tidak diterima di seluruh dunia.
Justeru rakyat mendesak Kerajaan BN supaya telus mengurus dana awam bagi mengelakkan wang rakyat terus-terusan digunakan bagi kepentingan pihak tertentu.
“Segala simpanan yang dikumpul dari jerih payah rakyat bakal dirompak jika Kerajaan  gagal melunaskan hutangnya dan memilih secara sembarangan mencetak wang untuk melunaskan hutang,” 

Kemasukan Kemaluan Tidak Disengajakan, Bebas Tuduhan Rogol

Kemasukan Kemaluan Tidak Disengajakan, Bebas Tuduhan Rogol

Seorang jutawan dari Arab Saudi bebas dari tuduhan merogol seorang remaja 18 tahun selepas mendakwa ‘kemasukan’ ke atas alat sulit mangsa tidak disengajakan akibat dia terjatuh ke atas mangsa.
Ehsan Abdulaziz, 46, dituduh merogol seorang gadis berusia 18 tahun ketika mangsa tidur di sofa pangsapuri Abdulaziz di Maida Vale, barat London.
Ketika perbicaraan di Southwark Crown Court, Abdulaziz menjelaskan dia telah terjatuh dan menghempap mangsa.
Pada 7 Ogos 2014, mangsa dan rakannya yang berusia 24 tahun bertemu dengan Abdulaziz itu di kelab Circ le Soir dan pulang bersama jutawan itu ke kediamanya.
Mangsa kemudiannya tidur di sofa sementara rakannya mengadakan hubungan seks dengan Abdulaziz di bilik tidur.
“Mangsa bangun dan mendapati tertuduh sedang menciumnya sambil kemaluan tertuduh berada di dalam kemaluan mangsa,” jelas pendakwaraya Jonathan Davies.
“Kata mangsa: Apa yang awak buat? Dan kata tertuduh, tidak mengapa, sambil memberi isyarat bahawa rakan mangsa masih tidur. Mangsa kemudian bangun untuk mendapatkan rakannya, cuba mengejutkan rakannya namun gagal. Seterusnya mangsa cuba meninggalkan apartmen itu,” tambah Davies.
Abdulaziz, walau bagaimanapun, mendakwa dia datang untuk memberikan kemeja-t dan bertanya sekiranya mangsa memerlukan teksi. Dia menambah, mangsa bertindak menggoda dan menariknya agar tubuh mereka bertindihan.
“Saya tidak berdaya, saya jatuh namun tidak apa-apa yang berlaku antara saya dan gadis itu,” tegasnya lagi.
Jutawan itu turut memberitahu mahkamah bahawa kesan air mani yang dijumpai pada mangsa mungkin sisa dari hubungan seksnya sebelum itu.
Kemaluannya mungkin terkeluar dari seluar dalam ketika dia mendekati mangsa dan kemasukan berlaku apabila dia terjatuh.
Ketika perbicaraan, menurut Daily Mail, hakim Martin Griffiths membenarkan Abdulaziz memberikan kenyataan secara tertutup.
Juri mengumumkan keputusan tidak bersalah selepas sesi pertimbangan selama 30 minit. – ASTRO AWANI

Penduduk Tumpat berjaga-jaga air mula naik

Penduduk Tumpat berjaga-jaga air mula naik
Air Sungai Golok melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah. Foto Sinar Harian

TUMPAT - Air Sungai Golok melimpah dan mula membanjiri kawasan rendah dekat kampung Teluk Jering di sini mengakibatkan jalan ke Kuala Jambu mula dinaiki air.
Tinjauan di jalan Teluk Jering ke Kuala Jambu mendapati air sudah melimpah masuk ke bendang padi dan penempatan penduduk kampung.
Penduduk pinggir Sungai Golok mula mengambil langkah berjaga-jaga  dikhuatiri banjir berikutan paras air semakin meningkat.
Bacaan paras air Sungai Golok di Kuala Jambu setakat jam 4 petang menghampiri paras amaran iaitu pada paras 2.03 meter (paras amaran 2.15).
Sementara itu, penduduk Teluk Jering, Abdullah Mat Yusof berkata, penduduk di kampung Teluk Jering dan Kuala Jambu dalam keadaan berjaga-jaga berikutan air yang sudah melimpah masuk ke kawasan penempatan penduduk.
Menurutnya, penduduk sudah mengalihkan kenderaan ke tempat tinggi kerana dijangka esok jalan ini akan terputus hubungan.
"Apabila air sungai Golok melimpah, dua kampung ini yang paling awal dilanda banjir dan diikuti kampung lain di sepanjang sungai Golok ini, " katanya

Sumber: Sinar Harian