SERAM!! Cerita Sepupu Menjadi Realiti

Sewaktu saya menginap di Filipina, ibu bapa saya sering membawa saya dan adik beradik yang lain bercuti di kawasan luar bandar. Kebiasaannya kami tidak sendirian kerana sebahagian besar saudara mara kami yang tinggal di sana juga akan turut berkumpul bersama seperti sebuah perjumpaan keluarga.


gambar hiasan

Hendak dijadikan cerita, sekitar tahun 90-an, Secara kebetulan, tidak semua sepupu saya berpeluang untuk datang, jadi hanya ada kami beberapa orang sahaja. Pada waktu itu, musim hujan dan boleh dikatakan hampir setiap hari hujan sehinggakan kami terpaksa bermain di dalam rumah sahaja. Kanak-kanak Filipina yang membesar dalam tahun 90-an, pasti tahu bahawa apabila ribut datang lampu pasti akan padam.



Kebiasaannya, apabila lampu padam kami akan menghdupkan lilin dan lampu minyak untuk menerangi rumah. Dan pada waktu itulah kakak sepupu saya akan mengambil kesempatan untuk menakutkan kami dengan bercerita pelbagai cerita-cerita seram.



Kakak sepupu saya adalah yang paling tua antara kami selain merupakan seorang pencerita yang hebat. Segala cerita yang di sampaikan benar-benar menimbulkan kesan seram yang amat bagi kami sehingga membuatkan kami terbayang- bayang watak seram yang disampaikan.


Hujan mulai reda, perlahan-lahan sehingga tidak terdengar lagi titisan air, sepupu saya memulakan kisah pertamanya.



Kali ini dia bercerita tentang seorang wanita muda dan sangat cantik sewaktu pemerintahan Sepanyol. Wanita tersebut tinggal di sekitar bandar yang sama dengan rumah percutian kami. Wanita ini merupakan wanita paling cantik di bandar. Banyak lelaki dari bandar-bandar berdekatan dan negeri -negeri jiran datang mengunjunginya untuk melamarnya.


Suatu hari, seorang lelaki muncul di rumahnya. Lelaki itu adalah petani bandar tempatan yang hampir sebaya dengannya. Lelaki itu sederhana dan rendah hati, seorang pekerja yang rajin dan beragama.


Wanita itu mula menyukai lelaki tersebut. Hal ini membuatkan semua pelamarnya pulang dengan perasaan kecewa. Salah seorang daripada mereka adalah pemilik ladang Sepanyol yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat dalam pemerintahan Sepanyol. Mereka berkonspirasi untuk menyingkirkan sang petani. Mereka menculik sang petani, menariknya ke salah satu tasik dan menembak kepalanya dari bahagian belakang dan membiarkan mayatnya terapung di tasik.


Mengetahui hal itu, wanita tersebut sangat patah hati dan membunuh diri di tasik yang sama, tasik yang kebetulan tidak jauh dari tempat rumah percutian kami itu.




Sebelum membunuh diri, wanita tersebut telah bersumpah untuk membalas dendam terhadap seluruh keturunan lelaki Sepanyol yang bertanggung jawab atas pembunuhan petani tersebut.


Secara tiba- tiba sepupu saya mencelah berkata "Hari ini adalah hari dia meninggal 300 tahun yang lalu. Dan jika kamu semua tahu. Kita mempunyai darah Sepanyol dalam diri kita ... Dan kita tinggal berhampiran dengan tasik ini ... Cuba fikirkan. "



Cerita itu membuat saya merinding setengah mati. Tapi sekali lagi, saya fikir, itu hanya cerita. Setelah selesai cerita itu, sepupu saya yang lain memutuskan untuk pergi ambil air minuman. Tinggal saya bersama satu sepupu duduk di situ.


Di dalam kegelapan ruang yang hanya diterangi oleh cahaya lilin saya melihat seseorang muncul dari kiri mendekati saya, saya mengecilkan mata dan saya melihat ibu memakai pakaian tidurnya dan duduk tidak jauh dari tempat saya duduk.



Salah seorang sepupu saya yang lain merasa haus juga, jadi dia bangkit dan pergi ke dapur. Di ruang tamu hanya tinggal saya ditemani ibu. Ibu kemudian berkata dia ingin pergi ke luar kerana di dalam panas. Percaya atau tidak, walaupun selepas hujan lebat nan panjang, di Filipina, suhu di rumah tetap boleh mencapai 30 darjah Celsius.


Saya berfikir bahawa itu idea yang bagus kerana saya juga berasa agak panas. Pondok hanya berada di luar. Kerana kerusi di luar basah, jadi saya tahu ibu saya tidak akan duduk di sana. Jadi kami hanya berdiri di luar sana menikmati angin sejuk segar.



Di dalam, saya boleh mendengar semua sepupu saya telah kembali dari dapur dan mereka semua memanggil saya. Salah seorang dari mereka bertanya di mana saya berada dan saya menyahut menyatakan saya di luar dan mereka mula memanggil saya untuk masuk ke dalam.

Ibu saya kemudian melihat di tepi tasik, selepas mendengar tentang cerita, saya bertanya pada ibu sama ada cerita mengenai wanita itu benar. Saya terkejut apabila ia mengangguk. saya berfikir ibu tidak mungkin percaya pada cerita-cerita macam itu.


Dia tiba-tiba mula berjalan menuju ke arah kebun keluarga kami. Anehnya dia menuju arah ke tasik itu. Kebetulan waktu itu bunga-bunga mekar penuh, terutamanya selepas hujan akhir-akhir ini. Saya ingin melihat mawar-mawar merah yang indah itu jadi saya pun ikut berjalan ke kebun.


Kemudian ibu memusing kepalanya ke belakang dan saya melihat sekilas sisi wajahnya yang akan selamanya akan terukir dalam ingatan .. Matanya putih kosong dan mulutnya luas melebar ke telinga. Amat menyeramkan...



Saya kelu tidak dapat berbuat apa- apa. Terasa badan berat untuk melangkah. Seolah-olah mahu menjerit tetapi suara seakan- akan tersekat di kerongkong. Lemah. Dan sejurus kemudian saya tidak lagi sedar apa yang berlaku.


Sebaik sahaja sedar, saya dikelilingi sepupu-sepupu dan seorang ustaz mengarahkan ibu saya menyapukan air yang telah dibacakan ayat Al Quran di ubun-ubun.


Sejak kejadian itu, saya menjadi fobia untuk bersendirian di halaman rumah terutama pada waktu malam. Tamat..