SERAM!! Anak Patung Mumia Berwajah Hodoh dan Menakutkan. (12 GAMBAR)

Shain Erin, seorang pengukir arca unik lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Halus dari Institut Seni San Francisco dan telah menunjukkan prestasi kerja ukiran terbaik di seluruh Amerika Syarikat. Minat peliknya terhadap rekaan anak patung berwajah hodoh kini menjadikan hasil rekaannya iaitu anak patung siri mumia kini menjadi tatapan di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Kanada, England, Perancis, Jerman, Itali dan Norway.




Siapa sangka minat yang mendalam terhadap ukiran wajah - wajah seram anak patung mumia yang agak hodoh dan menakutkan benar- benar memberikan nilai eksklusif kepadanya. Bahan campuran seperti kain dan Paperclay telah digunakan untuk menghasilkan anak patung menyeramkan dan menakutkan tersebut.


Sebelum terlibat dalam penghasilan arca anak patung seram, Shain telah bekerja dalam pelbagai media termasuk lukisan, media digital dan arca di Amerika. Keseronokkan meneroka seni halus anak patung dengan lebih mendalam menyebabkan dia cuba menginterpretasikan anak patung sebagai entiti yang mempunyai jiwa dan 
ekspresif yang luar biasa. Menurutnya lagi, anak patung tersebut seolah mengambarkan masa, misteri dan rahsia yang tidak mampu diterjemahkan.

Antara koleksi anak patung mumia rekaan Shain. 















~sumber : https://shainerin.wordpress.com/