GEMPAR!! Rompakan Bersenjata Di Giant Banting Selangor (6 GAMBAR)

Terkini!! Satu rompakan bersenjata telah berlaku di Pasaraya Giant Banting. Suspek yang dipercayai didalangi tiga lelaki India itu menjadikan kedai emas sebagai sasaran dan berjaya melarikan barang kemas bernilai setengah juta.

 

Menurut orang ramai, kedai emas terbabit memang sering dijadikan sasaran kes rompakan dan kebiasaannya berlaku pada waktu malam.

Menurut saksi kejadian, suspek melepaskan dua das tembakan amaran ke udara bagi menakutkan pekerja dan memecahkan cermin pameran barang kemas sebelum menyamun pelbagai barang kemas yang di pamerkan di situ.





Walau bagaimanapun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian rompakan itu. Sehubungan itu, IPD Banting mula melancarkan serbuan bagi menjejaki suspek. 



Dalam laporan susulan kes rompakan tersebut, polis berjaya menemui sebuah kenderaan milik suspek jenis naza citra yang dipercayai digunakan untuk aktiviti samun terbabit.







~sumber : FB