AJAIB!! Pokok Nangka Berbuah Pisang Perisa Durian.

Penduduk Kampung Cilubang, Sukabumi Indonesia gempar apabila salah seorang penduduk di situ mendapati pokok nangka miliknya telah berbuahkan pisang yang berperisa durian.






Menurut Sirojudin pemilik pokok nangka tersebut, kejadian pokok nangkanya berbuah pisang itu adalah kali kedua berlaku. Hal ini kerana pokok nangka tersebut telahpun menghasilkan buah pisang setahun yang lalu. 






Sirojudin menganggap semua kejadian tersebut adalah sebagai tanda kebesaran Allah S.W.T yang wajib dikagumi dan disyukuri. Kejadian pelik itu ternyata mengundang ramai pelawat yang ingin menyaksikan sendiri keanehan pokok tersebut. Hal ini mencetuskan idea sirojudin untuk meletakkan tabung amal di kebunnya.

“Hasil sedekah dari orang ramai ini, Insya Allah digunakan untuk pembangunan pusat keagamaan disini,” katanya.
 


~sumber.