10 Jenis Wanita Yang Lelaki Takkan Jadikan Isteri


1. Perempuan Bodoh

Bodoh dalam konteks yang aku gunakan ini bukanlah bodoh dalam pelajaran tapi suka membuat diri kelihatan bodoh depan khalayak ramai. Antara perkara yang boleh dikatakan bodoh adalah tergelak kuat kuat, gelabah kerbau, berpakaian seperti Lady Gaga dan sebagainya. Sememangnya tak salah jadi lain dari yang lain tapi tengok keadaan la. Kalau orang lain dah kata ”macam bodoh je” maknanya adalah yang tak kena.

2. Perempuan Gedik

Yang ni bukan setakat lelaki saja yang tak minat tapi perempuan pun sama menyampah. Kalau berjalan pun over sangat. Tak tahulah kenapa. Selalunya pelaku gedik ni anak perempuan yang dimanjakan ibubapa, hidup dalam kemewahan atau mahu lelaki mengelilingi mereka. Jika yang mengelilingi mereka tu lelaki baik okey la sikit tapi semuanya nakkan sesuatu. Faham faham saja lah.

3. Perempuan Perasan Cantik

Yang ni paling aku menyampah. Kalau yang betul betul cantik tu tak payahlah dihebohkan kecantikan tu. Bukannya orang lain tak nampak. Jelas depan mata kan? Inikan tidak. Untuk tambah cantik tu, pakai lagi seksi seksi. Siap promo dekat status facebook lagi tu. Lelaki ni memang suka perempuan macam ni tapi bukan nak buat isteri tapi saja nak main main. Dan ada juga yang tak cantik tapi perasan diri tu hot. Pernah sekali jumpa seseorang dekat hentian bas. Dahlah gemuk, hitam pula tu. Lepas tu diwarnakan pula rambutnya. Memang macam afrika. Sepatutnya bila dia dah sedar muka tak market, tak payahlah perasan lawa. Lelaki straight pun boleh jadi gay kalau ditakdirkan hidup dengan perempuan macam tu.

4. Perempuan Banyak Membebel

Lelaki mana suka bakal isteri membebel? Aku dengar cikgu Arbayah membebel dekat sekolah dulu pun dah naik pitam. Pening lelaki tu bila seseorang perempuan tu panjangkan sesuatu isu tu berkali ganda dari sebenarnya. Bila waktu exam tak nak pula mereka tulis panjang panjang. Kadang kadang sampai sejam line telefon si lelaki sibuk dengan khutbah jumaat si perempuan. Pening lelaki tu. Jadi, si lelaki pun berfikir ”jika begini la keadaannya sebelum kahwin, sebelum dapat anak, mesti lepas kahwin kena buat pembedahan telinga”.

5. Perempuan Banyak Bekas

Jika seseorang perempuan itu banyak bekas pasangannya selalunya dia merupakan seseorang yang tidak setia kepada pasangan. Asyik bertukar sahaja. Oleh itu, akan terdapat 2 pendapat si lelaki terhadap kemungkinan yang bakal berlaku selepas berkahwin. Pertama adalah perkahwinan akan berakhir dalam tempoh masa kurang 3 tahun. Kedua, si isteri akan main kayu tiga dengan lelaki lain manakala rumahtangga asyik berperang.

6. Perempuan Yang Kuat Cemburu

Jika diikutkan keadaan sebenar, lelaki lagi kuat cemburu. Tapi ada juga perempuan begitu. Apabila melihat si lelaki keluar dengan seorang perempuan lain mulalah si perempuan menuduh. Kadang kadang apabila si lelaki berpimpin tangan dengan seorang perempuan tua buta melintas jalan pun boleh jadi kes. Adakah patut? Jika cemburu sangat cari lah dahulu saksi atau bukti.

7. Perempuan Yang Memang Sudah Terserlah Kejahatannya

Kalau perempuan tu merokok, minum arak dan ada kalanya mengaku sudah bukan islam lagi maka memang bukan pilihan si lelaki lah untuk mereka dijadikan isteri. Sekadar kawan mungkin ya. Jika peneman hidup, ”tak ada maknanya”. Sebenarnya aku pernah bercinta dengan seseorang yang mempunyai ciri ciri seperti diatas. Apabila dinasihatkan tidak pun mahu dia mendengar. Siap promo agama baru dia lagi tu. Tak minat aku. Tak sampai dua bulan berpisah.

8. Perempuan Yang Tak Tahu Buat Kerja

Apa rupanya bila seseorang perempuan tu tak tahu memasak, basuh baju, menyapu dan sebagainya? Adakah si lelaki yang harus menjaga urusan keluarga kelak manakala si perempuan yang mencari nafkah batin? Jika tidak, maka nampaknya tunggang terbalik lah keadaan rumah. Bontot anak bermekap kunyit kuning tidak berbasuh, kain pakai bersepah sepah dan dapur tidak pernah berasap. Lelaki pun cari lagi satu.

9. Perempuan Selekeh

Oleh kerana dulu aku ni selalu bersendirian di sekolah jadi aku selalu la perhatikan perempuan. Kadang kadang tu banyak juga aku tengok perempuan yang tak ada muka perempuan. Dengan tudung tak beriron, baju ada sos, lengan ketiak pun ada hitam, geli aku tengok. Kalau budak tingkatan satu tu okey lagi tapi ni dah nak masuk tingkatan lima. Dalam hidup ni, tak lawa tak apa. Tapi jangan jadi selekeh. Tak kan si lelaki nak dengar orang kampung kata ”bini si polan tu muka cam kerbau bala. Berlumpur je setiap hari”?

10. Mahal Sangat

Yang ni istimewa sikit sebab bukan semuanya salah perempuan. Jika kita perhatikan sekarang ni, ramai betul perempuan yang nak dinikahkan dengan hantaran kahwin yang tinggi. Selalunya bukan si perempuan yang minta tapi ibubapa yang menggatal sangat nak menjual anak. Kadang kadang anak tu dilelong sampai sepuluh ribu ringgit. Kalau anak tu sambung Master okey lagi. Tapi belajar setakat form 4. SPM pun tak ambil. Harapkan muka sahaja sebagai pakej. Adakah patut harganya mahal? Si bakal suami kalau berkemampuan tidak apa tapi kerja setakat toreh getah. Jangan anak tu jadi andartu sudah.

Sumber: 
http://eberita.org

Sirul mahu dedah kes bunuh Altantuya

KUALA LUMPUR 17 FEB-  Bekas polis elit Sirul Azhar Umar kini mempertimbangkan menjawab persoalan terbesar sekitar pembunuhan Altantuya Shaariibuu – kenapa dia dan Azilah Hadri membunuh wanita itu?
Malaysiakini melaporkan, Sirul mendedahkan bahawa beberapa media Australia telah memohon sesi wawancara ‘terus terang’ dengannya.
SirulDitanya sama ada beliau sedia mendedahkan segala-galanya jika wawancara itu menjadi kenyataan, bekas anggota polis itu menjawab:
“Ya, saya pertimbangkan kemungkinan ini dengan serius.”
Difahamkan beberapa stesen televisyen telah berhubung dengan Sirul, yang sedang ditahan pihak imigresen negara itu di Sydney. Rundingan antara Sirul dan stesen TV masih berjalan.
Sementara itu, Sirul memberitahu dia tidak kenal mangsa pembunuhan atau Abdul Razak Baginda – penganalisis politik dan rakan dekat Datuk Seri Najib Razak yang terlepas dalam kes itu.
“Saya bertindak atas arahan. Orang penting yang mempunyai motif masih bebas. Ia bukan bermakna saya tidak sayangkan (pasukan) polis, tetapi saya bertindak atas arahan,” tegasnya yang enggan mengulas lanjut.
Menjawab soalan, Sirul berkata keadaannya OK di pusat tahanan dan dia dibenarkan menggunakan telefon dan Internet.
“Saya biasanya baca Malaysiakini, Utusan (Malaysia) dan Harakah untuk ikuti perkembangan di kampung halaman,” katanya.
Daripada jauh, duda 43 tahun itu bagaimanapun bimbangkan dua anak remajanya di Malaysia yang berhenti sekolah, kesan daripada kesnya.
Bulan lepas, Sirul dan Azilah dijatuhi hukuman mati apabila didapati bersalah dalam kes tersebut di Mahkamah Persekutuan.
Terdapat beberapa persoalan di sebalik kes itu, termasuk berkaitan motif pembunuhan. Sebelum ini, penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dalam Akuan Bersumpah mendedahkan hubungan antara Altantuya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua kepada Azilah dan Sirul, DSP Musa Safri, yang memberitahu Azilah untuk membantu Razak Baginda pada malam pembunuhan itu, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Sirul mendakwa dia dijadikan kambing hitam untuk “melindungi rancangan mereka”.
Sirul tidak hadir di Mahkamah Persekutuan ketika keputusan disampaikan kerana berada di Australia. Undang-undang Austalia tidak membenarkan ekstradisi individu yang berdepan hukuman mati ke negara asal.

Kisah Izrail Dan Pemuda Beriman.

Dikisahkan Malaikat maut diutuskan untuk menjemput seorang muslim yang beriman. Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebut pun menjawab salamnya.



Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”


Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”

Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”

Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”

Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.

Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”

Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu”

Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”

Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.

Doanya Tertolak Selama Empat Bulan Karena Sebutir Kurma

KURMA (Google image) 
USAI menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham rahimahullah berniat ziarah ke Masjid Al Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat masjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. Empat Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
“Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan Allah SWT,” kata malaikat yang satu.
“Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena empat bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,” jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama empat bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh Allah SWT gara- gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. “Astaghfirullahal adzhim,” Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. “Empat bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?” tanya ibrahim. “Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma” jawab anak muda itu.
“Innalillahi wa innailaihi roji’un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?”. Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. “Nah, begitulah” kata ibrahim setelah bercerita, “Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpaizinnya?”
“Bagi saya tidak masalah. Insya Allah saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.”
Ibrahim bertanya, “Dimana alamat saudara-saudaramu? biar saya temui mereka satu persatu.”
Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui saudara-saudaranya yang lain. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim.
Empat bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. “Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.”
“O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas.”Subhanallah…
(Sumber: Adakah Allah Selalu di Hatimu, Karangan Ust. Miftah Farid)

Nik Aziz: Ikut sunah Nabi ketika ziarah pusara ayah - Nik Abduh

Nik Mohamad Abduh,anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai agar mengikut sunah Nabi ketika menziarahi pusara. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.

Beliau berkata orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.

"Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.

"Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

SEKITAR PENGEBUMIAN ALLAHYARHAM DATUK NIK ABDUL AZIZ

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

Tinjauan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini, mendapati orang ramai tidak henti-henti menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis ketika berusia 84 tahun.

Anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam hari yang sama setelah dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka,   pada 11.30 pagi semalam.

http://m.www.astroawani.com/

LIWAT II: Anwar Ibrahim Dianiaya? - Majlis Peguam

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong berkata terdapat beberapa perkara janggal dalam tuduhan Liwat II yang membangkitkan persepsi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dianiaya. 


Leong dalam kenyataannya berkata, Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 377A.

Seksyen 377B memperuntukkan bahawa individu yang melakukan kesalahan seperti dinyatakan dalam Seksyen 377A boleh dihukum untuk tempoh yang mungkin dilanjutkan sehingga 20 tahun, dan boleh dirotan.



"Penting untuk diperhatikan bahawa Anwar tidak didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat secara paksa atau liwat rogol, walau mungkin terdapat dakwaan berlaku paksaan semasa dalam persidangan.

“Ini juga menyebabkan timbul persoalan atau kebimbangan, mengapa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang didakwa menyertai perlakuan liwat itu tidak didakwa kerana bersubahat mengikut Seksyen 377A dan 377B, dan dibaca bersama dengan Seksyen 109 Kanun Keseksaan," kata Leong.

Katanya, undang-undang itu jarang sekali digunakan untuk pendakwaan, namun Anwar tetap didakwa dan disabitkan dua kali atas satu kesalahan di mana tuduhan itu mengandungi elemen paksaan.



Hal ini menambahkan lagi kesangsian dalam kes ini, katanya.

"Kejanggalan yang jelas ini membangkitkan persepsi bahawa Anwar dianiaya dan bukan didakwa,” kata Leong.


~sumber : Malaysiakini

KRONOLOGI Kes Liwat II Datuk Seri Anuar Ibrahim.

Datuk Seri Anuar Ibrahim dan isteri Datin Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan di Putrajaya akan memberi keputusan terhadap rayuan terakhir Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya bagi pertuduhan meliwat bekas pembantu beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lepas.



Berikut kronologi kes itu:

2008

28 Jun: Bekas pembantu Anwar, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa dia diliwat di sebuah kondominium di Damansara. Laporan itu dibuat dua hari selepas kejadian itu didakwa berlaku.




30 Jun: Anwar, 60, memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Saiful kerana membuat laporan polis terhadapnya kerana meliwat dan penasihat PKR itu mendakwa kandungan laporan berkenaan adalah tidak benar dan berniat jahat.



7 Ogos: Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan meliwat Mohamad Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Beliau dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan disebat jika sabit kesalahan.

Hakim SM Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000, tanpa penjamin sementara menunggu keputusan perbicaraan kes itu.

7 Nov: Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah memutuskan supaya kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas mendapati sijil untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi, yang ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

Ketika menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi), Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan perundangan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.


2009

5 Mac : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kes itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi, bukan Mahkamah Sesyen. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu berikutan permohonan pihak pendakwaan agar keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan kes itu di Mahkamah Sesyen dikaji semula.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah terkhilaf dalam memutuskan bahawa sijil pemindahan kes itu, yang ditandatangani Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tidak sah.

6 Mac: Anwar memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi supaya kes liwatnya didengar di Mahkamah Tinggi.

10 Mac: Mahkamah Tinggi menetapkan 1 hingga 24 Julai sebagai tarikh perbicaraan kes liwat itu.

17 Jun : Anwar memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwat beliau di Mahkamah Tinggi.

6 Nov : Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen penting dan sampel DNA yang didakwanya amat penting bagi pembelaannya dalam perbicaraan tuduhan liwat yang dihadapinya.

Antara dokumen penting itu ialah kenyataan yang direkodkan daripada saksi iaitu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, kenyataan tiga doktor Hospital Kuala Lumpur, nota seorang ahli kimia, dan laporan perubatan.

1 Dis : Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa ia tidak boleh membatalkan pertuduhan meliwat terhadap Anwar hanya berdasarkan laporan perubatan yang menyatakan tidak berlaku penetrasi.

Ketika menolak permohonan Anwar untuk mengetepikan pertuduhan liwat terhadapnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata laporan perubatan tidak boleh dijadikan asas untuk mahkamah menggunakan kuasanya membatalkan pertuduhan itu.


2010

3 Feb: Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Mohd Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin itu bermula selepas 18 bulan Anwar dikenakan pertuduhan pada Ogos 2008. Dalam keterangannya, Mohd Saiful berkata Anwar, yang didakwa meliwatnya,
mengajaknya melakukan hubungan seks luar tabii.

Mohd Saiful berkata kejadian itu berlaku pada 26 Jun, 2008 selepas dia dan Anwar selesai berbincang tentang jadual kerja mereka di sebuah unit kondominium Desa Damansara di sini.

5 Feb: Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak membuang air besar selama dua hari selepas diliwat Anwar. Dia juga memberitahu mahkamah bahawa seluar yang dipakainya pada hari kejadian itu berlaku adalah hadiah daripada Anwar.

9 Feb: Perbicaraan kes liwat itu ditangguhkan sekali lagi bagi membolehkan pihak pembelaan memfailkan respons kepada afidavit jawapan terhadap permohonan Anwar supaya hakim perbicaran kes itu menarik diri.
Perbicaraan ditangguhkan selepas pihak pembelaan memohon agar Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah menarik diri daripada mendengar kes itu atas alasan beliau bersifat berat sebelah.

18 Feb: Anwar gagal dalam cubaannya untuk memastikan Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat melibatkannya. Ketika menolak permohonan itu, Mohamad Zabidin berkata tiada sebab beliau perlu menarik diri daripada menghakimi kes itu, dan jika beliau berbuat demikian, ia samalah seperti beliau melarikan diri daripada menunaikan tanggungjawabnya.

25 Feb: Anwar gagal dalam cubaan terakhirnya mengikut undang-undang untuk mendapatkan dokumen penting, termasuk sampel spesimen DNA Mohd Saiful, sebelum bermulanya perbicaraan kes liwatnya, selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau.

3 Mac: Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Anwar, (mendiang) Karpal Singh, Mohd Saiful memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak membasuh duburnya selepas kejadian liwat yang didakwa berlaku pada 26 Jun, 2008 itu kerana mahu "simpan bukti".

Mohd Saiful, yang merupakan saksi utama dalam kes liwat ketua pembangkang itu, juga berkata dia tidak mandi selepas kejadian itu dan hanya membilas tubuhnya. Mohd Saiful berkata dia mandi pada pagi sebelum kejadian itu berlaku.

16 Ogos: Anwar gagal dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap dirinya apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau. Dalam usahanya untuk menggugurkan pertuduhan itu, Anwar mendakwa integriti dan kesaksamaan keseluruhan pasukan pendakwaan adalah dicurigai berikutan dakwaan wujudnya hubungan antara Mohd Saiful dengan seorang daripada anggota pasukan pendakwaan.

20 Sept: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapinya dengan memberi alasan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan perkara itu.

6 Dis: Anwar gagal dalam cubaan keduanya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada menghakimi perbicaraan kes liwatnya apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonannya. Anwar memohon penarikan diri hakim itu berikutan keengganan beliau (hakim berkenaan) mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana menghina mahkamah apabila akhbar itu menyiarkan laporan yang didakwa pihak pembelaan sebagai prejudis terhadap kes ini.

14 Dis: Bapa Mohd Saiful, Azlan Mohd Lazim, merayu perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar baginda membantu mempercepatkan kes mahkamah melibatkan anak lelakinya itu.


2011

14 Jan: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk mengetepikan keengganan Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes itu.

16 Mei: Mahkamah Tinggi memerintahkan Anwar membela diri atas tuduhan meliwat Mohd Saiful apabila mendapati pihak pendakwaan membuktikan terdapat kes prima facie terhadap ketua pembangkang itu. Dalam penghakimannya, Mohamad Zabidin berkata saksi utama, Mohd Saiful, adalah seorang saksi yang bercakap benar, berwibawa dan boleh dipercayai.

6 Jun: Anwar gagal dalam cubaan ketiganya meminta Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwatnya. Beliau mengemukakan permohonan itu atas alasan terdapat prapenghakiman dan sikap berat sebelah oleh hakim itu apabila beliau memutuskan bahawa Mohd Saiful adalah seorang saksi yang boleh dipercayai pada penggulungan kes pendakwaan.

22 Ogos: Anwar, yang memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh apabila membacakan kenyataannya setebal 32 muka surat, menafikan beliau telah mengadakan hubungan seks dengan Mohd Saiful.

Anwar mempunyai tiga pilihan - memberi keterangan dari kandang saksi yang yang bermakna beliau boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; memberi keterangan dari kandang tertuduh, yang bermakna beliau tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan, tetapi dalam membuat keputusannya, mahkamah mengambil kira fakta bahawa pihak pendakwaan belum menyoal balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri.

Dalam perbicaraan kes liwatnya yang pertama pada 1998, Anwar memberi keterangan dari kandang saksi.

6 Okt: Mahkamah Tinggi memutuskan adalah tidak perlu bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, memberi keterangan sebagai saksi pihak pembelaan dalam perbicaraan kes itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Najib dan Rosmah untuk mengetepikan sapina yang mengarahkan mereka menjadi saksi pihak pembelaaan pada perbicaraan kes berkenaan.

Hakim Mohamad Zabidin berkata selepas meneliti afidavit dan hujah daripada pihak-pihak berkaitan, mahkamah bersetuju dengan peguam yang mewakili Najib dan Rosmah bahawa Anwar gagal menunjukkan kerelevanan dan kepentingan apabila mengemukakan sapina kepada perdana menteri dan isteri.


2012

9 Jan: Mahkamah Tinggi membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful. Dalam penghakiman setebal 80 muka surat, Hakim Mohamad Zabidin berkata berlaku kemasukan zakar tetapi ia tidak disokong oleh bukti lain.

Beliau berkata mahkamah tidak boleh 100 peratus yakin mengenai integriti sampel yang diambil untuk ujian DNA daripada Mohd Saiful kerana sampel itu mungkin telah kompromi sebelum tiba di Jabatan Kimia untuk dianalisis.

9 Julai: Pihak pendakwaan mengemukakan petisyen rayuan mengandungi sembilan alasan, antara lain, supaya Anwar disabitkan atas tuduhan meliwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

12 Sept: Anwar menarik balik saman beliau terhadap Mohd Saiful yang membuat laporan polis terhadapnya kerana meliwat dengan mendakwa laporan itu bersifat palsu dan berniat jahat.


2013

22 Feb: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari bermula 22 Julai 2013 untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar.

18 Sept: Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya bagi mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap keputusan membebaskan ketua pembangkang itu daripada tuduhan meliwat.

2 Okt: Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari bermula 11 Dis untuk mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar.

21 Nov: Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuannya.

Beliau mengemukakan permohonan itu dengan alasan bahawa Muhammad Shafee tidak boleh bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes rayuan itu kerana beliau (Muhammad Shafee) adalah saksi penting pada perbicaraan kes liwat itu.

11 Dis: Anwar memfailkan permohonan kali keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee.

20 Dis: Anwar gagal dalam permohonan kali keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee mengetuai pihak pendakwaaan. Ketika menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa permohonan itu tidak mempunyai sebarang merit.

Kali ini, Anwar menggunakan maklumat daripada akuan berkanun bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim sebagai alasan untuk mengemukakan permohonan.


2014

6 dan 7 Mac: Mahkamah Rayuan mendengar hujah daripada Muhammad Shafee dan peguam Karpal Singh.

7 Mac: Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana mendapatinya bersalah meliwat Mohd Saiful, enam tahun lepas. Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim mendengar rayuan pendakwa dalam kes itu, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf dalam penghakiman beliau bahawa integriti sampel DNA yang digunakan dalam kes itu telah dikompromi.

Ketika ditemui pemberita kemudian, Karpal Singh berkata berikutan keputusan itu, Anwar tidak dapat mengemukakan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada 10 Mac.

24 April: Anwar mengemukakan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan liwat itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 35 alasan kenapa sabit kesalahan dan hukuman ke atasnya perlu diketepikan.

14 Ogos: Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Okt untuk mendengar rayuan akhir Anwar. Peguam kanan Datuk Sulaiman Abdullah akan mengetuai pasukan pembelaan berikutan kematian peguam Karpal Singh akibat nahas jalan raya pada 17 April.

14 Okt: Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Muhammad Shafee adalah seorang yang sesuai dan layak untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes rayuan Anwar pada 28 Okt.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dalam keputusan sebulat suara berkata saluran yang sesuai untuk Anwar mencabar pelantikan Muhammad Shafee ialah melalui semakan kehakiman, bukan melalui notis usul.

28 Okt: Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan akhir Anwar untuk mengetepikan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya kerana meliwat Mohd Saiful. Pendengaran yang pada mulanya ditetapkan selama dua hari mulai 28 Okt itu berlarutan selama lapan hari kerana pihak pembelaaan dan pendakwaaan berhujah secara panjang lebar dan mengemukakan banyak kes perundangan.

Mahkamah mula-mula mendengar hujah daripada pasukan pembelaan. Pada hari pertama pendengaran, peguam kanan dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram, yang mengetuai barisan 15 peguam bela, mempertikai berlaku penetrasi dalam kes liwat berkenaan kerana berpendapat keterangan Mohd Saiful tentang kewujudan bahan pelincir yang dipanggil KY Jelly dalam perbuatan itu adalah tidak tekal. Sementara itu, peguam N. Surendran berkata tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar adalah satu konspirasi.

29 Okt: Peguam Sangeet Kaur Deo memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa profil DNA seseorang dikenali sebagai 'Male Y' yang ditemukan di dalam dubur Mohd Saiful bukan milik Anwar kerana tiada langsung bukti yang boleh mengaitkan 'Male Y' dengan Anwar.

Ramkarpal Singh Deo pula menyatakan tentang kemungkinan analisis yang dibuat dua ahli kimia terhadap sampel palitan yang diserah kepada mereka oleh para pegawai penyiasat mungkin kepunyaan orang lain, bukan Mohd Saiful.



30 Okt: Ramkarpal memberitahu mahkamah bahawa tidak terdapat bukti kukuh untuk mengesahkan berlaku penetrasi terhadap dubur Mohd Saiful seperti yang disahkan empat doktor yang memeriksa pengadu. Beliau berkata nota perubatan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi mengesahkan tidak terdapat kecederaan pada dubur pengadu ketika pemeriksaan dibuat terhadapnya dua hari selepas kejadian itu didakwa berlaku.

31 Okt: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membalas hujah pasukan pembelaan dengan berkata Mohd Saiful tidak mungkin mereka-reka bukti kerana wujud kebenaran yang jelas dalam keseluruhan keterangan berhubung dakwaannya tentang tindakan Anwar melakukan liwat.

Muhammad Shafee berkata Mohd Saiful menjawab soalan yang dikemukakan kepadanya secara spontan dan menerangkan secara panjang lebar tentang perkara yang berlaku sebelum dan selepas perbuatan liwat itu didakwa berlaku.

Beliau juga berhujah bahawa Mohd Saiful menjadi mangsa gangguan seksual oleh Anwar di tempat kerjanya sebelum kejadian itu apabila dia menjadi mangsa kepada seorang yang dominan, berpengaruh dan berkarisma.

3 Nov: Muhammad Shafee berkata profil DNA dikenali sebagai 'Male Y' yang ditemukan di dalam dubur Mohd Saiful adalah milik bekas bosnya iaitu Anwar. Kata beliau ini adalah berdasarkan analisis DNA terhadap tiga sampel iaitu berus gigi, tuala 'Good Morning' dan botol air mineral yang diambil dari sel tempat Anwar ditahan selama semalaman di ibu pejabat polis ibu negara dari 16 hingga 17 Julai 2008, yang dilakukan ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon.

Beliau juga berkata keterangan Mohd Saiful berkaitan dakwaan pengalaman seksualnya dengan Anwar sebelum ini boleh diterima dalam kes liwat semasa kerana ia mencerminkan keadaan minda dan tingkah laku Mohd Saiful sebelum, ketika dan selepas perbuatan liwat ini didakwa berlaku.

4 Nov: Muhammad Shafee berhujah bahawa Anwar sepatutnya membuat ujian DNA untuk membuktikan profil tidak dikenali 'Male Y' yang ditemukan pada dubur Mohd Saiful bukan miliknya. Beliau berkata Anwar juga sepatutnya memanggil saksi alibinya untuk membuktikan beliau tidak berada di unit kondominium berkenaan ketika perbuatan liwat melibatkannya dan Mohd Saiful didakwa berlaku.

Kata Muhammad Shafee, Anwar, melalui peguamnya, menyenaraikan 13 nama, termasuk isteri ketua pembangkang itu, yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemilik unit kondominium berkenaan, dua pembantu rumah dan seorang profesor, tetapi tiada seorang pun daripada mereka dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah bagi menyokong alibi bahawa beliau tidak berada di kondominium tersebut ketika kejadian itu didakwa berlaku.

6 Nov: Ketika menjawab hujah pihak pendakwaan, Ramkarpal meminta Mahkamah Persekutuan membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat itu kerana kes pihak pendakwaan mengandungi keraguan dan kejadian secara kebetulan yang tidak boleh diterima.

Merujuk kepada pertemuan Mohd Saiful dengan seorang pegawai kanan polis dan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum kejadian liwat itu didakwa berlaku, beliau berkata ia bukan merupakan suatu kejadian secara kebetulan.

7 Nov: Sri Ram memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa penasihat PKR itu tidak sepatutnya dipersalahkan kerana memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh ketika membela diri. Melalui hujah terakhirnya dalam rayuan itu, beliau berkata Anwar memilih berbuat demikian berikutan pengalamannya sebelum ini di mana mahkamah bawahan mensabitkan kesalahannya bagi tuduhan serupa (meliwat pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar). Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya tentang rayuan itu setelah mendengar hujah kedua-dua pihak.


2015

26 Jan: Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Feb untuk mengumumkan keputusannya. Tarikh itu diumumkan melalui akaun Twitter Badan Kehakiman Malaysia. Pengumuman itu menyatakan keputusan akan diumumkan pada pukul 9 pagi.



~sumber: Bernama.


Kenderaan Mewah Putera Di Raja Arab Saudi Putera Al Waleed Bin Talal

Putera Al Waleed bin Talal bin Abdulaziz Al Saud adalah keluarga di raja Arab Saudi yang merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Syarikat Kingdom Holding(KHC). Beliau adalah salah seorang lelaki terkaya di dunia, dengan nilai bersih kewangannya berjumlah kira-kira $ 20 bilion.
 



Kemewahan beliau membolehkan beliau memiliki pelbagai jenis kenderaan yang luar biasa yang kita hanya boleh bermimpi untuk memilikinya. Berikut adalah beberapa kenderaan Putera Al Waleed bin Talal.

Motosikal Ducati



Beliau membayar $ 4.800.000 untuk Ducati yang diselaputi seluruhnya dengan berlian dan kristal Swarovski. Sebuah Ducati, dengan sendirinya, sudah boleh menarik perhatian penonton apatah lagi ditambah dengan berlian sudah tentu mempunyai kesan tarikan yang hebat. Malah kehadiran semata-mata Putera Al- Waleed mungkin cukup untuk membuat orang berhenti dan melihat.

Mercedes Benz SL 600 (Special Edition )


Selepas mendapat kereta ke-37 beliau, Putera Al waleed memutuskan untuk memiliki sesuatu yang istimewa untuk ke-38 beliau lalu membeli sebuah Mercedes Benz SL 600 dengan harga $48.000.000. Hmm, bunyinya biasa, kan? Tetapi, beliau telah menempah mercedes bukan yang biasa tu. tetapi yang bertatahkan berlian di seluruh kereta. Beliau menambah beberapa kristal Swarovski hanya untuk menjadikannya lebih menarikBerlian diselaputi bukan sahaja di dalam badan kereta, tetapi juga dalam tailpipe itu, roda rim, logo, pintu mengendalikan. Ia telah diperkenalkan di Dubai semasa ulang tahun syarikat pembuat kereta itu. Menurut laporan, sesiapa yang menyentuhnya akan dikenakan denda $1000.

Sports Cars (Ferraris and Lamborghinis)



Beliau mempunyai koleksi beberapa Lamborghinis dan Ferrari. Mennurut laporan, beliau telah memiliki kira-kira 300 daripada kedua-dua jenis kereta sukan popular ini. Memiliki salah satu keindahan merah dengan bunyi enjin bergema dengan padang yang tinggi tersendiri adalah hasrat utama pencinta kereta. Nah, Putera Al Waleed mempunyai beberapa Ferrari ini, bermakna dia telah berkali-kali memenuhi hasrat beliau kan??

Rolls Royce Phantom

Rolls Royce Phantom

Kereta itu mempunyai panel dengan kayu oak, lengkap dengan televisyen LCD set, kawalan penyaman udara untuk kedua-dua tempat duduk depan dan belakang, sensor untuk penghuni, dan simpanan untuk champagne Perancis asli. Kemewahan ciri kereta ini dan rekabentuk adalah pelengkap sempurna kepada imej dan gaya hidupnya.



Kingdom 5KR


Kapal layar yang dinamakan Kingdom 5KR, untuk firma pelaburan dan nama anak-anaknya, berukuran 282 kaki dan dilengkapi lantai tarian, pawagam peribadi, bilik biliard, dan bilik tidur mewah untuk sejumlah besar tetamu. Beliau kini sedang menunggu penghantaran kapal layar barunya, yang sepatutnya tiba sekitar tahun 2014. Pada 557 kaki, ia akan menjadi kapal layar ketiga terbesar di dunia dengan anggaran kos $ 500 juta.


Private Airbus A380


Beliau juga membeli Airbus 380, hanya untuk menyebarkan kekayaannya sekitar pengeluar pesawat utama. Airbus A380 mengandungi garaj untuk kereta Rolls Roycenya, dewan konsert, mandian Turki dan boardroom yang mempunyai paparan imej holografik. Laporan menyatakan kos menyesuaikan Airbus A380 beliau menelan belanja $ 500 juta.



~Sumber

PELIK!!! Bayi Berusia 3 Minggu Hamil Anak Kembar.

Satu kejadian mengejutkan berlaku di Hong Kong, China apabila doktor mendapati seorang bayi yang baru dilahirkan sedang ‘hamil’ anak kembar.
gambar imbasan janin kembar dalam rahim bayi.


Menurut laporan Mirror.uk, bayi yang baru berusia 3 minggu tersebut dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang janin berkenaan.

Janin kembar yang berusia dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.



Kembar tersebut masing-masing mempunyai berat 14.2 gram dan 9.3 gram dan mempunyai tali pusat berasingan.

Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Keadaan yang dikenali sebagai ‘janin dalam janin’ berlaku dalam hanya satu dalam 500,000 kelahiran di dunia dan kurang daripada 200 kes pernah dilaporkan.

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Yu Kai percaya ia adalah kes pertama seumpama ini berlaku di sini.

Beliau berkata, ia adalah hampir mustahil untuk mengesan semasa pemeriksaan pranatal kerana embrio dalam bayi itu terlalu kecil.

“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya.



~sumber : Sinar harian.

Bergaduh Di tempat Awam Gara-gara teman Wanita Tidak Bermekap..

Sepasang kekasih bergaduh di stesen kereta api bawah tanah sebelum si lelaki memutuskan hubungan dan meninggalkan temannya menangis hanya kerana wanita itu tidak bersolek.



Dalam gambar yang tersebar di Weibo, semalam, saksi berkata berdasarkan pertengkaran mereka, lelaki itu berang kerana teman wanitanya tidak menggunakan alat solek

Wanita itu didengar menjerit: “Adakah saya memalukan kamu? Jadi kamu memutuskan hubungan hanya kerana saya tidak memakai mekap?”

Lelaki itu bagaimanapun tidak menjawab, sebaliknya terus meninggalkan tempat itu.



Wanita berkenaan kemudian dilihat mencangkung dan menangis di sebelah sejambak bunga menyebabkan ada yang membuat spekulasi mungkin kejadian itu sekadar satu lakonan. - Agensi


~sumber: Metro

Petua Nak Cantik Tanpa Diselimuti Mekap.

Wajah yang dihiasi mekap memang akan tampil ketara sehingga mampu menyembunyikan wajah yang sebenar. Bibir yang merah merona, dibaluti lipstik tebal sungguh mengganggu penglihatan ditambah lagi dengan warna mata yang berwarna -warni.



Tetapi di saat dia tidak berpeluang memakai mekap, sungguh sangat jauh perbezaannya rupa wajahnya, kelihatan pucat dan tidak berseri. Alisnya tidak menyerlah, kelihatan tiada kerana selama ini hanya lukisan pensil sahaja dan sangat jauh bezanya daripada penampilannya yang sebelum ini.

Tiada sedikit pun wajah cerah dan berseri – seri pada raut wajahnya. Ia sungguh berbeza.
Apa yang ada cuma wajah yang kusam, pucat dan tidak menarik dilihat.

Matanya tidak lagi kelap kelip seperti neon kota.

Akan tetapi disebalik kerdipan matanya, yang terserlah mungkin hanya kerdipan sepasang mata persis kerdipan mata pungguk dari celahan dahan.

Malah mungkin tiada seri pada kerdipan seperti kerdipan neon kota melainkan gurun pasir yang gersang. Anak – anak mungkin lari ketakutan melihat wajah kakak atau ibunya yang menyeramkan.

Sebenarnya apa yang ingin diutarakan kali ini adalah bahaya bahan kimia dan racun yang terdapat didalam bahan kosmetik itu sendiri.

Tentunya kesannya lebih buruk apabila wajah terpisah daripada solekan make-up.

kulit menjadi rosak, putih tak putih, hitam tidak hitam. Kulitnya kebingungan mencari warna, lantaran banyaknya ubat yang menyumbat pori – porinya.

Bahan kimia itu memang menjanjikan kecantikan segera.

Dalam waktu yang singkat, wajah kita akan menjadi sangat cerah. Wajah yang kusam dan tidak bermaya akan segera berseri, menarik dan cantik.

Kedutan akibat usia akan segera terhapus oleh solekan yang menyelimuti wajah. Demikian hebatnya kesan make-up.

Apa yang lebih dahsyat adalah bahan kimia ini menjadi punca terjadinya kanser yang merosakkan sel – sel kulit. Kulit tidak lagi bercahaya seperti biasa, tidak lagi tegang dan kekal kendur tanpa boleh lagi dipulihkan.

Inilah babak baru yang menggelisahkan.

Ketika bahan kosmetik menjadi igauan ngeri kerana kesan buruk yang dibawanya.Ketika ini ubat -ubatan tidak lagi mampu memulihkan, impian untuk menjadi cantik hanya tinggal mimpi.

Wajah yang asalnya sempurna dalam sederhana, kini bertukar menjadi wajah yang kita sendiri tidak sanggup untuk menatapnya.

Itulah harga yang perlu dibayar lantaran memburu kecantikan yang tidak berlandaskan aturan agama.
Cantik semulajadi

Kembalilah kepada kepada kecantikan semulajadi. Menjadi cantik tidak bererti kita perlu memilih risiko. Cantik adalah sihat tubuh badan dan sihat jiwa.


Percayalah, kita akan kelihatan lebih cantik dengan kelakuan dan perangai yang cantik. Wajah yang dihiasi oleh cahaya keimanan, pasti akan menyerlah kecantikan semulajadi dan mampu meraih perhatian sesiapa sahaja.

Itulah cantik semulajadi

Lebih utama lagi, biar sahaja kecantikan itu dapat meraih perhatian dan keredhaan Allah SWT, kerana perhatian Allah SWT lebih besar manfaatnya berbanding perhatian manusia.

Mahu cantik tidak salah, tetapi biarlah bersederhana.

Pandanglah wajah anda baik – baik, dan tanyalah pada diri sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk membuang semua kosmetik – kosmetik ini?

Ini adalah sebahagian daripada cabaran hidup anda.

Kita tidak perlu tampil berlebihan, tetapi harus menjaga kesederhanaan dalam setiap perkara.

Tidak terlalu menonjol dan memukau sehingga membuat pemuda tidak berkelip. Yang kita perlu hanyalah wajah yang selau bersih.

Wajah yang memancarkan kesederhaan, ketenangan dan kesabaran. Itu yang terbaik. :)

.
buku rujukan : Engkau memang cantik ( Burhan Sodiq) / http://akuislam.com

SERAM!! Cerita Sepupu Menjadi Realiti

Sewaktu saya menginap di Filipina, ibu bapa saya sering membawa saya dan adik beradik yang lain bercuti di kawasan luar bandar. Kebiasaannya kami tidak sendirian kerana sebahagian besar saudara mara kami yang tinggal di sana juga akan turut berkumpul bersama seperti sebuah perjumpaan keluarga.


gambar hiasan

Hendak dijadikan cerita, sekitar tahun 90-an, Secara kebetulan, tidak semua sepupu saya berpeluang untuk datang, jadi hanya ada kami beberapa orang sahaja. Pada waktu itu, musim hujan dan boleh dikatakan hampir setiap hari hujan sehinggakan kami terpaksa bermain di dalam rumah sahaja. Kanak-kanak Filipina yang membesar dalam tahun 90-an, pasti tahu bahawa apabila ribut datang lampu pasti akan padam.



Kebiasaannya, apabila lampu padam kami akan menghdupkan lilin dan lampu minyak untuk menerangi rumah. Dan pada waktu itulah kakak sepupu saya akan mengambil kesempatan untuk menakutkan kami dengan bercerita pelbagai cerita-cerita seram.



Kakak sepupu saya adalah yang paling tua antara kami selain merupakan seorang pencerita yang hebat. Segala cerita yang di sampaikan benar-benar menimbulkan kesan seram yang amat bagi kami sehingga membuatkan kami terbayang- bayang watak seram yang disampaikan.


Hujan mulai reda, perlahan-lahan sehingga tidak terdengar lagi titisan air, sepupu saya memulakan kisah pertamanya.



Kali ini dia bercerita tentang seorang wanita muda dan sangat cantik sewaktu pemerintahan Sepanyol. Wanita tersebut tinggal di sekitar bandar yang sama dengan rumah percutian kami. Wanita ini merupakan wanita paling cantik di bandar. Banyak lelaki dari bandar-bandar berdekatan dan negeri -negeri jiran datang mengunjunginya untuk melamarnya.


Suatu hari, seorang lelaki muncul di rumahnya. Lelaki itu adalah petani bandar tempatan yang hampir sebaya dengannya. Lelaki itu sederhana dan rendah hati, seorang pekerja yang rajin dan beragama.


Wanita itu mula menyukai lelaki tersebut. Hal ini membuatkan semua pelamarnya pulang dengan perasaan kecewa. Salah seorang daripada mereka adalah pemilik ladang Sepanyol yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang kuat dalam pemerintahan Sepanyol. Mereka berkonspirasi untuk menyingkirkan sang petani. Mereka menculik sang petani, menariknya ke salah satu tasik dan menembak kepalanya dari bahagian belakang dan membiarkan mayatnya terapung di tasik.


Mengetahui hal itu, wanita tersebut sangat patah hati dan membunuh diri di tasik yang sama, tasik yang kebetulan tidak jauh dari tempat rumah percutian kami itu.




Sebelum membunuh diri, wanita tersebut telah bersumpah untuk membalas dendam terhadap seluruh keturunan lelaki Sepanyol yang bertanggung jawab atas pembunuhan petani tersebut.


Secara tiba- tiba sepupu saya mencelah berkata "Hari ini adalah hari dia meninggal 300 tahun yang lalu. Dan jika kamu semua tahu. Kita mempunyai darah Sepanyol dalam diri kita ... Dan kita tinggal berhampiran dengan tasik ini ... Cuba fikirkan. "



Cerita itu membuat saya merinding setengah mati. Tapi sekali lagi, saya fikir, itu hanya cerita. Setelah selesai cerita itu, sepupu saya yang lain memutuskan untuk pergi ambil air minuman. Tinggal saya bersama satu sepupu duduk di situ.


Di dalam kegelapan ruang yang hanya diterangi oleh cahaya lilin saya melihat seseorang muncul dari kiri mendekati saya, saya mengecilkan mata dan saya melihat ibu memakai pakaian tidurnya dan duduk tidak jauh dari tempat saya duduk.



Salah seorang sepupu saya yang lain merasa haus juga, jadi dia bangkit dan pergi ke dapur. Di ruang tamu hanya tinggal saya ditemani ibu. Ibu kemudian berkata dia ingin pergi ke luar kerana di dalam panas. Percaya atau tidak, walaupun selepas hujan lebat nan panjang, di Filipina, suhu di rumah tetap boleh mencapai 30 darjah Celsius.


Saya berfikir bahawa itu idea yang bagus kerana saya juga berasa agak panas. Pondok hanya berada di luar. Kerana kerusi di luar basah, jadi saya tahu ibu saya tidak akan duduk di sana. Jadi kami hanya berdiri di luar sana menikmati angin sejuk segar.



Di dalam, saya boleh mendengar semua sepupu saya telah kembali dari dapur dan mereka semua memanggil saya. Salah seorang dari mereka bertanya di mana saya berada dan saya menyahut menyatakan saya di luar dan mereka mula memanggil saya untuk masuk ke dalam.

Ibu saya kemudian melihat di tepi tasik, selepas mendengar tentang cerita, saya bertanya pada ibu sama ada cerita mengenai wanita itu benar. Saya terkejut apabila ia mengangguk. saya berfikir ibu tidak mungkin percaya pada cerita-cerita macam itu.


Dia tiba-tiba mula berjalan menuju ke arah kebun keluarga kami. Anehnya dia menuju arah ke tasik itu. Kebetulan waktu itu bunga-bunga mekar penuh, terutamanya selepas hujan akhir-akhir ini. Saya ingin melihat mawar-mawar merah yang indah itu jadi saya pun ikut berjalan ke kebun.


Kemudian ibu memusing kepalanya ke belakang dan saya melihat sekilas sisi wajahnya yang akan selamanya akan terukir dalam ingatan .. Matanya putih kosong dan mulutnya luas melebar ke telinga. Amat menyeramkan...



Saya kelu tidak dapat berbuat apa- apa. Terasa badan berat untuk melangkah. Seolah-olah mahu menjerit tetapi suara seakan- akan tersekat di kerongkong. Lemah. Dan sejurus kemudian saya tidak lagi sedar apa yang berlaku.


Sebaik sahaja sedar, saya dikelilingi sepupu-sepupu dan seorang ustaz mengarahkan ibu saya menyapukan air yang telah dibacakan ayat Al Quran di ubun-ubun.


Sejak kejadian itu, saya menjadi fobia untuk bersendirian di halaman rumah terutama pada waktu malam. Tamat..


























MENGEJUTKAN!! Wanita Tidak Sedar Diri Hamil Lahirkan Anak 6.4Kg Secara Normal..

Seorang wanita Florida berjaya melahirkan seorang bayi lelaki secara normal seberat 6.4 kilogram atau 14.1 paun di Hospital Bersalin St Joseph di Tampa. 

Bagaimanapun wanita yang berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Maxxandra Ford itu menyatakan yang dia langsung tidak mengetahui yang dirinya hamil sehingga trimester ketiga.



Menurutnya lagi, perubahan berat badannya yang naik secara mendadak rupanya kerana berbadan dua adalah sesuatu yang amat memeranjatkan.

Bayinya, Avery Denton dilahirkan selepas 18 jam Ford berada di dalam bilik bersalin. Bagaimanapun Avery kini dipantau di dalam rawatan rapi neonatal tetapi dijangka boleh di bawa pulang tidak lama lagi.





Selain Avery, Ford, juga mempunyai seorang anak lelaki berumur 1 tahun dan anak perempuan berusia 5 tahun.

Apabila ditanya mengenai berat badan bayinya yang berat itu, Ford tidak banyak merungut.
“Saya sayangkan bayi saya. Dia sangat comel,” katanya lagi.


~Sumber