QZ8501: Mayat berjaket keselamatan dijumpai

QZ8501: Mayat berjaket keselamatan dijumpai




KUALA LUMPUR, 31 Disember:
Satu mayat mangsa pesawat AirAsia QZ8501 memakai jaket keselamatan yang dijumpai di Laut Jawa, hari ini, menimbulkan beberapa persoalan mengenai bagaimana tragedi itu berlaku.
Reuters memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata, penemuan enam mayat masih berpakaian lengkap serta satu mayat yang didakwa berjaket keselamatan, menunjukkan pesawat Airbus A320-200 itu berada dalam keadaan baik, selepas terhempas.
Penemuan itu menunjukkan penumpang mempunyai masa sebelum pesawat terhempas ke dalam laut atau memakai jaket keselamatan, selepas pesawat itu terhempas dan tenggelam.
Bangkai pesawat Airbus A320-200 itu telah ditemui di dasar Laut Jawa.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) Jawa Timur, M. Hernanto, di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda.
“Radar mengesan (bangkai pesawat) di kedalaman 30-50 meter di bawah permukaan laut,” kata Hernanto yang dipetik CNN dan Wall Street Journal (WSJ).
Difahamkan, imej radar menunjukkan muncung pesawat itu menghalang ke bawah dasar laut (upside down).

Sources