PELIK!! Kucing Mati Dilanggar Kembali Ke Rumah Selepas Dikebumikan.

Seorang pemilik kucing di Florida kelu dan terkejut apabila seekor kucing peliharaannya yang didakwa telah mati bangkit semula dari kuburnya. Kucing malang yang diberi nama Brat itu dipercayai mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta dan selamat dikebumikan.


Memetik laporan portal ABC News, pemilik Brat, Ellis Hutson berkata tubuh Brat dijumpai berlumuran darah di tengah jalan dua minggu lalu.

Brat yang cedera parah di rahang dan mata setelah dilanggar - sumber ABC News

Menurut Hutson lagi, kematian Brat yang 
berusia 23 bulan itu memberi kesan amat besar kepadanya terutama tukang kebunnya yang menjaga Brat sejak dari kecil. Disebabkan terlalu menyanyangi kucing tersebut dia meminta bantuan rakannya, David untuk mengebumikan Brat.

"Dia menggali lubang dan menimbus kucing itu dengan tanah. Saya sendiri menyaksikan dia mengebumikan kucing itu," lapor Hutson kepada pemberita ABC News.

Bagaimanapun lima hari lalu, Brat muncul di rumah jirannya dalam keadaan lemah, dehidrasi dan memerlukan rawatan rapi kerana rahangnya pecah, muka serta matanya cedera parah.

"Saya  membuka pintu dan jiran saya berdiri di depan sambil memegang kucing itu dalam pelukannya," katanya .

"Jiran membertahu yang Brat tidak mati. Saya kata itu tidak mungkin. Kami telah mengebumikannya," katanya lagi dalam laporan itu.

Ekoran itu, Brat kemudiannya telah dihantar ke klinik veterinar Humane Society untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan rahang dan mengeluarkan matanya dan dijangka pulih dan pulang ke rumah selepas beberapa hari.

~sumber: ABC News