NGERI!! Rangka Manusia Ditemui Dipercayai Mangsa Kemalangan setahun yang lalu. (4 GAMBAR)

Pada 03/01/2015 jam lebih kurang 3.55 ptg , DCC Keningau menerima satu laporan orang awam telah menjumpai sebuah lori yang dipercayai terbabas di gaung lebih kurang 30 meter dari jalan utama.


Lori tersebut ditemui sewaktu saksi sedang memotong semak di tanah miliknya. Salah seorang telah menemui lori tersebut dan terus memeriksa lori tersebut. Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian saksi terkejut sebaik sahaja menemui satu tengorak manusia tanpa rangka di bahagian hadapan sebelah pemandu.





Saksi seterusnya, membuat laporan di balai berdekatan. Pegawai Penyiasat bergegas ke tempat kejadian dan mengesahkan tengorak tersebut adalah milik manusia. Siasatan mendapati mangsa adalah Sharif bin Marsuki yang dipercayai hilang sejak Januari 2014 namun tiada laporan dibuat oleh ahli keluarga mangsa.

Pihak polis berjaya mengesan identiti mangsa berdasarkan nama syarikat yang dipamerkan di pintu kenderaan. Setelah mendapat maklumat daripada ibu mangsa, pihak polis telah mengesahkan identiti rangka tersebut. hasil siasatan juga mendapati punca mangsa kemalangan adalah akibat gagal mengawal kenderaan dan terbabas ke dalam gaung berdekatan.

~sumber.