MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH

MENGENAL DIRI SENDIRI SEBAGAI KUNCI UNTUK MENGENAL ALLAH




Sebagaimana yang di ketahui, bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) danMaqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu di tujukan untuk memperbaiki akhlak. Sedand tujuan perbaikan akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang bererti mengosongkan diri dari sifat-sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat-sifat yang terpuji (TAJALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).


Dengan demikian maka dapat lah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH, tidak dapat di tempuh dengan sekali gus, tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing-masing iaitu harus di tempuh secara bertingkat-tingkat. Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat & Ilmu Ma'rifat, bererti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk megenal sesuatu itu dengan cara bersungguh-sungguh, bahawa siapakah manusia itu, siapakah yang menjadikannya & siapakah yang menciptakan sekelian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Barang siapa yang mengenal dirinya, nescaya ia akan mengenal Tuhannya." 

MENGENAL DIRI SENDIRI

Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) & bentuk-bentuk batin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang di maksudkan dengan qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada di sebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci & berpengaruh di dalam tubuh & dia lah yang mengatur jasmani & segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insani Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dia yang bertanggung-jawab & dialah yang dipuji atau disiksa oleh Allah.

Untuk meneliti & mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa & dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata.Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani/Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh/Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu & ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil di dalam dirinya sendiri. Sungguh benar sekali istilah yang menyebut bahawa " Manusia itu adalah mikrosmos"  atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.

Sebahagian orng berpendapat bahawa hakikat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kacuali peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: " Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikait sahaja". ( Surah Isra.Ayat 85). Apabila seseorang bertakafur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya pada masa dahulunya, "tidak pernah ada". Firman Allah: " Tidakkah manusia ituingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun". Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dujadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikit pun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala & sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang & nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.

Dengan jalan memikirkan hal tersebut maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan & Kasih Sayangnya Tuhan yang menjadikannya.Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata di dalam kehidupannya ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, minuman, pakaian, perumahan & sebagainya, yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap di dalam muka bumi ini. Di sini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman & Rahimnya Allah yang begitu besar & luasnya.Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban-keajaiban. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan & KebijaksanaanNya, serta penuh pula dengan berbagai-bagaim alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih SayangNya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu "ADA". Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian & pengenalan diri sendiri akan menjadi kunsi bagi pengenalan Allah.



MENGENAL ALLAH

Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan-perbuatan kita bagi mempelajari & meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kita kekuatan, kepandaian & mencintai ciptaanNya. Sifat-sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat-sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa kedua-duanya iaitu ALLAH & ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna & tidak berukuran.
Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, tetapi kesukaran-kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti peraaan marah, sakit, gembira & cinta. Hal ini merupakan faham fikiran & tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebabkan oleh bentuk & ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat menganal suara & begitu juga dalam mengertikan kenyataan-kenyataan pokok yakni Tuhan & Roh. Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas-batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran & selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirnya sebegitu jauh. Betapa pun juga, kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta & Dia adalh tidak mengenal ruang & waktu, tidak mengenal bentuk & ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya. Sebagaimana yang telah dihuraikan, " ROH tidak mendapat tempat tertentu di dalam bahagian sesuatu badan, tidak terpisah-pisah, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi ia memerintah JASAD". Demekianlah ALLAH, tidak mengnal ruang & masa, tidak mengenal bentuk & ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta.
Itulah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Kuasa, Maha Besar & Maha Agung.

:- terjemahan kitab " KimyauSaadah" oleh Al Ghazali.