Khas Buat Pelajar Yang Ingin Membeli PIN UPU 2015/2016

TARIKH DAN CARA BELI NOMBOR PIN UPU 2015/2016


Berita baik untuk pemohon yang ingin mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2015/2016, tarikh pembelian nombor pin upu akan dibuka bermula 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015.
Pengumuman Terkini Kemasukan UPU 2015/2016
19 Januari 2015 – 6 April 2015: Tarikh pembelian No. Unik ID dan Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik dan ILKA Bagi Sesi Akademik 2015/2016. Permohonan borang UPU online juga boleh diakses mulai tarikh ini.
BORANG UPU ONLINE SESI 2015/2016
Sila layari laman web http://upu.moe.gov.my/web/ mulai 19 Januari 2015 sehingga 6 April 2015.
Cara Beli Nombor Pin (Unik ID) UPU
  1. Belian terus ke Bank Simpanan Nasional yang berhampiran dengan kediaman anda
  2. Ambil nombor giliran dan nyatakan tujuan anda seperti membeli nombor pin untuk permohonan
  3. Anda perlu isi nama dan nombor ic pada slip deposit ( Berwarna Biru) seperti yang tertera dibawah
  4. Pergi kaunter dan buat pembayaran
  5. Untuk permohonan UPU: RM10.00 + RM0.60 (Cas Perkhidmatan)
no-unik-id-bsn-upu

Maklumat Penting Permohonan UPU  Sesi Akademik 2015/ 2016
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) bagi Sesi Akademik 2015/2016 dibuka mulai 19 Januari 2015 (Minggu Ketiga) sehingga 6 April 2015.
  • Permohonan melalui BPKP (UPU) hanya setahun sekali yang merangkumi permohonan bagi Lepasan SPM/Setaraf (ke Diploma & Sijil) dan Lepasan STPM/Setaraf (ke Ijazah).
  • Bagi pemohon yang ingin mengemukakan permohonan untuk menyambung “Master”, pemohon perlu mengemukakan permohonan terus kepada IPTA bukan melalui BPKP (UPU).
  • Proses pengambilan kedua diuruskan sepenuhnya oleh pihak IPTA. Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) tidak terlibat sama sekali dalam proses pengambilan kedua yang telah dijalankan oleh pihak IPTA/Institusi. Sebarang pertanyaan berkenaan maklumat pengambilan yang seterusnya sila hubungi pihak IPTA/Institusi berkenaan.
Sumber : Blogammar.com