GEMPAR!! Penemuan Senjata Perang Dunia Kedua Di Tumpat. (11 GAMBAR).

Artifak WW2 yang ditemui di kg Tanjung Kuala

Seorang penduduk yang merupakan seorang mangsa banjir mencetuskan gempar apabila menemui senjata api yang dipercayai tinggalan zaman perang dunia kedua di halaman rumahnya. Turut dijumpai ratusan peluru dan topi besi. Che Mud Ismail, 51 yang juga bekerja sebagai pemandu lori memberitahu peluru dan senjata api ditemui ketika dia bersama anaknya, Zuhairi, 19, membersihkan halaman rumahnya di Kampung Tanjung Kuala yang runtuh akibat banjir.


senjata dan topi besi yang ditemui yang seakan-akan milik tentera sewaktu perang dunia kedua.

Menurut Che Mud sekitar jam 12 tengah hari, ketika dia mencangkul dan menyapu di suatu sudut kawasan rumahnya, dia ternampak enam peluru lama di atas besi berkarat berhampiran pokok mangga. Dengan perasaan ingin tahu, dia kemudiannya menghampiri dan mendapati besi tersebut adalah merupakan topi besi tentera dahulu.

“Saya menghampirinya dan tidak menyangka besi itu adalah topi askar. Saya angkat topi yang terbenam dalam pasir, keluar pula serpihan tulang di dalamnya, saya syak ia tengkorak manusia,” katanya.

Menurutnya lagi, berdekatan itu juga, dia ternampak sebatang besi berkarat dan amat mengejutkannya kerana ia adalah senjata api.

Anak Che Mud mengorek baki peluru yang dijumpai terbenam dalam tanah di halaman rumahnya


Antara puluhan peluru yang berjaya dikeluarkan.


Sementara itu, anaknya memberitahu ketika tangannya meraba-raba di kawasan akar pokok mangga yang terbongkah keluar, terdapat ratusan peluru di bawah tanah tersebut dan kira-kira 50 daripada berjaya dikeluarkan.

Menurutnya, kawasan halaman rumahnya terhakis dan menjadi rendah daripada jalan utama walau pun sebelum banjir, tapak rumahnya sama tinggi dengan jalan Kampung Tanjung Kuala.

Difahamkan, sekitar tapak rumah sewa Che Mud merupakan kubu Jepun pada zaman perang dunia kedua.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penemuan peluru dan senjata api lama tersebut.


Beberapa anggota polis melakukan tinjauan tempat penemuan artifak tersebut.