Cuaca Sejuk Luar Biasa Di Seluruh Malaysia

Penurunan suhu secara drastik adalah berpunca daripada kekurangan awan yang menjadi selimut pelindung sesebuah kawasan. Cuaca sejuk yang berlaku di Kelantan dan di seluruh Semenanjung menandakan Musim Monsun Timur Laut mula bergerak ke Sabah dan Sarawak.





Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, hujan kini beralih ke Malaysia Timur dan ia dikatakan sama seperti yang berlaku di negara Timur Tengah.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/cuaca-sejuk-di-seluruh-semenanjung-bukan-hanya-di-kelantan-jabatan-meteorologi-52433?cp

Sebelum ini, pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shaharuddin Ahmad memaklumkan bahawa beberapa tempat di negara ini akan mengalami cuaca sejuk luar biasa hingga mencecah 17.2 darjah celsius.



Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan oleh pengguna laman sosial, keadaan di sekitar Kelantan, terutamanya Kuala Krai sudah mula dilanda suhu sejuk yang luar biasa.

Berikut adalah gambar keadaan di kawasan Pekan, Kuala Krai hasil perkongsian laman Facebook, Hanya di Kelate. Menurut dari kapsyen, gambar-gambar ini dirakam diwaktu pagi.