Cara Menguruskan Uri Bayi Bergambar (11 GAMBAR)

Uri atau Tembuni atau juga secara saintifiknya disebut sebagai placenta amat penting kepada bayi. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan. Oleh itu, pengurusan uri perlulah dilakukan sebaiknya oleh ahli keluarga yang terlibat.

Menurut JAKIM, hukum menanam uri adalah HARUS. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat dan patut dijauhi oleh masyarakat Islam. Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan berbau busuk. Sekiranya menghadapi kesulitan untuk menguruskan uri dengan secepat mungkin uri boleh disimpan dalam bahagian sejuk beku peti ais. 


Uri perlu diuruskan dengan baik. Berikut adalah langkah demi langkah pengurusan uri yang dikongsikan oleh Ustaz Wan Asrul Al-Kalantani. Semoga Beroleh manfaat.



Mulakan dengan membaca Bismillahirrahmannirrahim.

Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan menggunakan sabun/shampoo.

Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

 Taburkan garam (seeloknya garam kasar) dan asam keping pada uri.  



Penggunaan garam dan asam keping adalah untuk menghilangkan bau hanyir darah pada uri yang menarik perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

pastikan lubang yang digali cukup dalam agar binatang seperti anjing tidak boleh mengoreknya. Boleh tanam di mana sahaja, tidak semestinya di kawasan surau atau masjid.  Depan atau belakang rumah yang ada kawasan bertanah, boleh saja ditanam uri tersebut.


letakkan uri pada sehelai kain bersih

simpulkan membentuk bunjut

Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus

Selesai.. 


Semoga Posting ini sedikit sebanyak dapat membantu.

~sumber;
Halaqah.net
Gambar by Ustaz Wan Asrul al Kalantani