Banjir di Kelantan Adalah Kesan Daripada Pembalakan yang tidak Terkawal

Banjir di Kelantan Adalah Kesan Daripada Pembalakan yang tidak Terkawal




     Kecoh memperkatakan bahawa punca banjir adalah disebabkan pengurusan pembalakan yang tidak terkawal dari Kerajaan Negeri Kelantan itu sendiri, itu lah kata-kata dan tuding menuding setelah bencana Banjir menerpa negeri Kelantan, itulah yang realitinya berlaku jika sesuatu itu berlaku terhadap sebuah negeri yang ditadbir pembangkang, mereka sentiasa dipersalahkan, yang hairannya adakah negeri-negeri lain yang juga dilanda banjir terlibat dengan kegiatan pembalakan yang serius? Tuduhan itu meleset sama sekali kerana Perak, Terengganu dan Pahang juga adalah terkesan dengan bencana banjir tahun ini dan tidak pula mereka dipalitkan dengan isu pembalakan. Dikatakan banjir tahun ini adalah antara yang terburuk sejak dari puluhan tahun lalu.          Dengan isu pembalakan yang diperkatakan, kerajaan negeri Kelantan tidak menafikan ada pembalakan, tetapi pembalakan yang dijalankan oleh kerajaan negeri adalah dibenarkan dan masih mengikuti spesifikasi yang digariskan .

"Sistem pembalakan di Kelantan pada hakikatnya mematuhi Kup Tahunan seluas 5,960 hektar setahun yg diluluskan Majlis Tanah Negara.

"Malah pengurusan hutan di Kelantan diberi pensijilan MC&I SFM oleh badan bebas antarabangsa," katanya memetik laporan The Malaysian Insider.

     Masakan diberi sijil pengiktirafan jika pembalakan yang dijalankan kerajaan negeri adalah menyalahi undang-undang dan garis panduan yang telah ditetapkan. Maka kesimpulannya disini benarlah kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, aktiviti pembalakan di negeri itu tidak terkawal akibat didalangi peneroka haram tidak bertanggungjawab, jadi untuk mambenteras perkara ini dari terus berleluasa dan berpanjangan sehingga memberi kesan lebih buruk kepada bentuk muka bumi Kelantan, pihak berkuasa perlu lebih tegas dan sentiasa membuat pemantauan sekaligus menguatkuasan undang-undang terhadap pihak yang terlibat dalam kegiatan pembalakan haram ini.

    Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat itu menjelaskan, kerajaan negeri akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan efektif bagi menguruskan hal itu.Katanya, pihaknya kini dalam usaha memulih dan membangunkan semula lokasi yang musnah dilanda banjir.Semoga dengan apa yang berlaku ini menjadikan kita lebih kuat dan mencari jalan pnyelesaian yang terbaik untuk mengelakan tragedi yang sama terus berulang dan mengorbankan rakyat yang tidak berdosa

     Disamping kerosakan alam sekitar dan muka bumi yang menyumbang kepada bencana banjir, sebagai umat islam kita perlu juga mengambil iktibar bahawa bencana dan musibah yang melanda adalah teguran dari Allah kepada kita semua kerana leka dan lalai terhadap perintah yang telah diwajibakan kepada kita, ada yang terang-terangan manusia melawan dan menafikan hukum-hukum Allah, ia seolah-olah mencabar kekuasaan Allah, ia juga adalah faktor yang menyumbang kepada kemurkaan Allah.

    InshaAllah dengan apa yang berlaku ini juga akan membuatkan kita lebih teguh iman dan memperbanyakan amalan, kerana setiap ujian yang Allah hadirkan adalah untuk menguji setiap hambaNYA.Bertabahlah kalian yang telibat dengan ujian banjir besar yang sementara, redha dan bersyukurlah dengan apa yang berlaku, sentiasa bersangka baik dengan Ujian dan dugaan yang Allah hadirkan kepada kita.Semoga segala urusan kalian dipermudahkan olehNYA.AMIN.