Harga Baru Petrol Ron 97, Ron95 dan Diesel Februari 2015


Harga Baru Petrol Ron 97, Ron95 dan Diesel Februari 2015 


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Harga Petrol Feb 2015
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu berkata, harga itu adalah bagi bulan Februari dan kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.
Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia. - Astro awani

SERAM!! Kisah Benar; Arwah Kakak Pulang Ke Rumah


Kisah ini baru juga berlaku, iaitu kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu jam menunjukkan 10.25 malam dan saya sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tiba-tiba ada seseorang mengetuk pintu rumah saya, dan bila saya buka, saya dapati kakak saya berlumuran dengan darah.


sekadar hiasan



Saya amat terkejut dan panik dengan keadaannya masa itu. Saya tanya dia kenapa tapi dia hanya mendiamkan diri dan menangis lalu terus berlari ke bilik air. Saya bergegas ke bilik untuk beritahu mak dan ayah. Mak dan ayah juga cuba memanggil nama kakak dan ketuk berkali-kali di pintu tandas tapi kakak hanya mendiamkan diri. Kami sekeluarga panik dengan keadaan kakak.


Tak lama selepas itu, ada seseorang mengetuk pintu. Ayah ke pintu untuk menjengah siapa yang datang. Dua orang lelaki menggelarkan mereka adalah kawan kepada kakak saya. “Cik, saya Amir, kawan Lin…” Beliau bercakap sambil menangis terisak-isak, “Cik… Lin meninggal dunia… Dia kemalangan…” Sejurus mendengar kata-katanya, ayah saya memarahi beliau dan mengatakan kakak ada di bilik air.

Dipendekkan cerita, kami ke tandas untuk memastikan kesahihan berita yang kami dengar. Pintu tandas diketuk berkali-kali tapi kakak tetap mendiamkan diri. Ayah memutuskan untuk memecahkan pintu tandas. Alangkah terperanjatnya kami, tiada sesiapa di dalam dan ayah menyoal saya tentang kakak. Saya menangis dan bersumpah yang saya jumpa itu benar-benar kakak dan saya mengatakan kalau saya tipu, kenapa pintu bilik air terkunci di dalam. Ayah dan mak hanya tergamam antara percaya dan tak percaya dengan cerita saya…

Kami pun ke tempat kejadian untuk memastikan berita yang disampaikan kawan kakak dan cerita itu memang benar. Kakak telah meninggal dunia di tempat kejadian kerana motor yang ditunggangnya terbabas di jalan. Motornya remuk dan penuh dengan darah tapi masa kami sampai, kakak telah dibawa pergi ke hospital untuk bedah siasat.

 


Sudah lima tahun perkara ini berlaku, tetapi sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya, siapakah yang pulang ke rumah??? Sehingga hari ini saya masih tidak percaya dengan apa yang saya alami. Saya menjadi trauma setiap kali pintu diketuk kerana rasakan seolah-olah kakak pulang. Sudah puas saya berubat tapi tiada satu pun yang dapat membantu saya.

Di kesempatan ini, saya harap pendengar yang budiman, dapatlah menyedekahkan surah Al-Fatihah pada arwah kakak saya Noor Lynne Qistyna Binti Ahmit yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga dia tenang di sana. Amin..



Sumber: fuh.my

SERAM!!! Gangguan Hantu Tali Gantung


Kampung Pandan Seri sedang musim durian. Sepanjang musim itu Bang Akob tidur di pondok duriannya, beberapa meter dari tanah perkuburan Islam kampung itu. Seperti biasa, menjelang tengah malam dia pasti menyusur dusunnya memungut durian. Kalau tidak, sudah pasti duriannya akan dipungut budak-budak dadah yang sering merayau-rayau di dusun orang tidak kira waktu.


Malam itu, angin mendesah. Sekali sekala kilat memancar. Durian amat rahat. Di setiap penjuru dusun kedengaran bunyi durian gugur. “Kalau tak cepat pungut, habislah pagi esok…” kata Bang Akob dalam hati. Sambil menggalas bakul rotan, dia menyuluh di kawasan pangkal pokok yang ada dua puluh batang itu. Kebanyakan pokok durian di dusun Bang Akob pokok tua. Dusun itu harta pusaka peninggalan ayahnya. 



Angin malam itu terus mendesah. Kadang-kadang kuat, kadang-kadang perlahan. Ketika bertiup kencang, meliang-liuk kebanyakan dahan pokok dibuatnya. Ketika itu juga kedengaran bunyi durian gugur bertambah banyak. Hati Bang Akob kepalang gembira. Rezekinya esok hari pasti bertambah, fikirnya.

 


Sebiji demi sebiji durian dipungut dan dimasukkan ke dalam bakul rotan. Hati Bang Akob begitu lega. Duriannya tak sempat dipungut Mat Gian – panggilan biasa kepada budak-budak penagih dadah di kampungnya.


Bagaimanapun sesampai saja di pangkal sebatang durian berhampiran tanah perkuburan itu, Bang Akob terkejut. “Eh, dah datang pun dia…nasib baik aku sudah habis pungut…tak dapatlah dia,” bisik hati Bang Akob sebaik saja dia ternampak satu lembaga di tepi dusunnya.

“Fasal apa dia menuju ke kubur pula?” Kata Bang Akob kehairanan. Bang Akob bergerak menyusur ke penjuru tanahnya. Kemudian dia menyembunyikan diri di sebalik sebatang pokok besar. Lembaga itu bergerak perlahan sambil menarik seutas tali bubut kira-kira dua depa panjangnya. Tanpa membuang masa Bang Akob menyuluh. Suluhannya tepat ke wajah lembaga itu. Sekali lagi Bang Akob terkejut apabila wajah lembaga itu menyerupai orang yang dikenalinya. 



“Eh, aku kenal…” bisik hati Bang Akob. “Pak Misan…!” Bang Akob melaung sekuat-kuatnya memanggil Pak Misan, orang tua kampung yang sering menjadi temannya berbual.

Bagi penduduk Kampung Pandan Seri, Pak Misan adalah seorang tokoh. Dia terkenal pendekarnya. Selain itu, dia juga tempat penduduk lelaki meminta ubat untuk menguatkan tenaga tertentu. 



Tiada sebarang jawapan daripada lembaga itu. Ia berjalan terus sambil mengheret tali bubut. Tidak beberapa minit satu kejadian mengejutkan Bang Akob. Sebaik-baik saja dia membongkok memungut durian dan kemudian tegak semula, lembaga berwajah Pak Misan hilang dalam gelap malam itu. 



Puas juga Bang Akob menyuluh di setiap penjuru dusun duriannya, namun lembaga itu tetap tidak kelihatan lagi. Bang Akob melaung memanggil Pak Misan tetapi tidak ada sebarang jawapan. Dia mula takut. Angin bertiup lebih kencang. Daun-daun berguguran. Kilat memancar sekali-sekala. Bunyi burung hantu di kejauhan menambahkan seram suasana ketika itu.


Bang Akob betul-betul ketakutan. Dia tidak mempedulikan lagi durian yang gugur. Apa yang ada di bakulnya, itu saja yang dibawa pulang ke pondok. Langkahnya begitu cepat. Hatinya bertanya sendiri: ”mengapa Pak Misan merayau di tanah kubur pada tengah-tengah malam begini?”

Menjelang subuh, Bang Akob pulang ke rumah membawa durian yang penuh sarat di dalam bakul di belakang motosikalnya.

Sebaik saja sampai di kepala simpang, Bang Akob terkejut besar ramai penduduk berkumpul di situ. Sebuah Land Rover hitam juga ada di situ.

“Eh apa halnya?” Tanya Bang Akob apabila ternampak kaki orang terjulur dari belakang Land Rover hitam itu. 



Pagi itu Kampung Pandan Seri gempar secara tiba-tiba. Seorang penduduk, Mat Jami menemui mayat Pak Misan terlentang di bangsal di belakang rumahnya. Terpandang saja mayat itu, Mat Jami patah balik ke masjid. Dia ingin memberitahu jemaah masjid yang belum pulang selepas menunaikan solat subuh.


Ketua kampung dan Pak Imam masih di masjid. Mereka dan beberapa jemaah terkejut dengan berita yang dibawa Mat Jami. Tanpa membuang masa, mereka beredar ke rumah Pak Misan, Pak Misan sudah kaku di tepi bangsal. Mayatnya dikerumuni semut halus.

“Eh, apa hal Pak Misan memegang tali?” Tanya Pak Imam. Semua yang ada menerpa menghampiri mayat Pak Misan. Soalan itu tidak berjawab. Tidak ada seorang pun di situ yang tahu mengapa seutas tali bubut panjang dua depa itu ada di sisi Pak Misan. 



“Kemaskan rumah Pak Misan,” arah Tuk Ketua Kampung. “Seorang pergi beritahu polis.”

Beberapa orang segera naik ke rumah Pak Misan. Pintu depan dan semua tingkap rumah itu terbuka. Mereka mengemas di sana sini dan membentang tikar tempat Pak Misan dibaringkan nanti.


“Kemudian kamu beritahu semua anak Pak Misan,” sambung Tuk Ketua Kampung apabila salah seorang penduduk bersedia dengan motosikalnya untuk ke balai polis kira-kira lima kilometer dari kampung itu. 



Dalam masa yang singkat saja kematian Pak Misan tersebar ke seluruh kampung. Orang ramai mulai datang kerana ingin melihat keadaan Pak Misan yang dikatakan misteri itu.

Polis datang dan mengambil mayat Pak Misan untuk dibedah siasat. Orang kampung terus mengerumuni Land Rover hitam. Ketika itu Bang Akob sampai dan dia berhenti di situ bersama-sama dengan orang ramai. Di situ juga dia mendengar cerita mengenai mayat Pak Misan terbujur memegang seutas tali. 



“Pak Misan memegang tali?” Tanya Bang Akob sendirian. Keanehan itu timbul kerana dia sendiri terserempak dengang lembaga menyerupai Pak Misan di kebun durian. Dia juga kelihatan mengheret seutas tali. 



Selesai urusan pengkebumian Pak Misan, cerita misteri kematian Pak Misan tidak habis di situ. Ia merebak terus. Ramai yang bersimpati dengan arwah Pak Misan namun ramai juga yang mengaitkannya dengan pelbagai kisah timbul ketika Pak Misan masih hidup.

Seminggu selepas kematian Pak Misan, timbul pula kejadian yang lebih buruk. Kampung Pandan Seri ditimpa suasana yang menakutkan. Menjelang senja saja, terdengar suara terpekik terlolong kononnya terpandang lembaga mengheret tali berjalan di sekitar rumah Pak Misan. Yang mendakwa nampak hanya seorang dua, tetapi ceritanya cepat merebak sampai ke telinga anak remaja dan suri rumah. 



Suatu senja, beberapa lelaki agak tua berjalan melintasi rumah arwah Pak Misan yang tinggal kosong sejak kematiannya. Sebaik saja sampai di depan rumah itu, mereka ternampak jelas satu lembaga menyerupai Pak Misan.

Sebelum meninggal, di situlah biasanya Pak Misan berdiri menunggu kawan-kawannya bersama ke masjid.

Hari demi hari, semakin ramai orang terserempak dengan lembaga itu. Yang anehnya tiap kali bertemu lembaga orang tua itu sedang mengheret tali.

Bukan itu saja,tali bubut itu juga melahirkan satu lagi misteri. Beberapa orang suri rumah pernah terserempak tali itu berlengkar di depan pintu rumah. 



Kejadian itu sesungguhnya amat menakutkan penduduk Pandan Seri. Langkah mengatasinya diambil. Tuk Ketua Kampung memanggil anak buah berkumpul mencari jalan menghilangkan jelmaan itu. Ramai penduduk kampung bersimpati dengan arwah Pak Misan.Mereka tidak mahu jelmaan lembaga itu dikaitkan dengan Pak Misan. Sudahlah ketika ada hayatnya dulu hidup sebatang kara, ditinggal anak dan matinya pula menjadi sedemikian rupa.

“Baiklah, biar saya cuba bercakap dengan lembaga itu,” kata Pak Imam membuat cadangan.

“Saya nak ikut Pak Imam,” celah seorang ketika berlangsung pertemuan penduduk di masjid kampung itu. 



“Biar saya pergi seorang diri…” jawab Pak Imam, ”saya merayu dengan makhluk halus itu nanti supaya jangan mengganggu penduduk kampung kita.”

Ramai orang tua di kampung itu percaya kononnya ketika hayatnya dulu, Pak Misan banyak menyimpan ilmu batin, termasuklah ilmu mempertahankan diri dan penggerun. Banyak makhluk halus mendampinginya. Akibatnya kehidupan Pak Misan menjadi tidak tenteram, terutama pada penghujung hayatnya.

Pada usia penghujung enam puluhan, Pak Misan kematian isteri. Dia tinggal kesepian. Semua anaknya sudah berkeluarga dan tinggal jauh dari rumah orang tua itu. Akhirnya, kira-kira enam bulan hidup membujang dan dihimpit pelbagai tekanan perasaan, Pak Misan menyuarakan rasa hati kepada semua anaknya untuk berkahwin lagi.




“Tak boleh ayah… kalau ayah mati nanti senang-senang saja janda ayah dapat harta… kami dapat apa?”kata anak sulung. Anak yang lain juga sekata.

Mendengar itu, Pak Misan tunduk saja. Air matanya menitis ke lantai. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul… Pak Misan menahan hati tidak terhingga. Semua anaknya mementingkan diri tanpa memikirkan keadaan dan perasaan si ayah.

Agak lama juga Pak Misan bergelut dengan perasaan. Rayuan dan pujukan syaitan tidak putus-putus menyerang Pak Misan. Dengan sedikit iman di dada dapat juga Pak Misan melawannya, namun sampai bila? 



Suatu hari pujukan syaitan bertambah kuat. Ia menabur janji yang indah-indah dengan syarat Pak Misan mengikut kehendaknya. Pak Misan bergelut lagi dengan hasutan itu. Akhirnya dia sudah mencapai seutas tali, tetapi dia masih mampu melawan pujukan itu. Dia rebah di bangsal di belakang rumah.

Sejak kematian Pak Misan, timbulah pelbagai cerita mengenainya. Ada yang menamakan jelmaan lembaga itu sebagai ‘hantu tali gantung’. Begitu buruknya sekali fitnah yang dicipta sesetengah anggota masyarakat kampung itu. 



“Assalamualaikum…!”seru Pak Imam di depan rumah Pak Misan. Tiada jawapan. “Sah ini syaitan… ia menyerupai… jahatnya syaitan jahanam!” kata Pak Imam dalam hati. Kemudian dia membaca ayat suci khusus menghalau syaitan. “Sudah… Pak Misan sudah meninggal… ini bukan dunianya lagi… pergi!” 



Selesai di situ Pak Imam mengajak beberapa penduduk kampung pergi ke kubur Pak Misan. Mereka membaca Al-Fatihah dan Yasin di samping memohon doa agar roh Pak Misan sentiasa dalam keadaan dirahmati Allah. - Amin.



Jangan Klik Pada Pautan Lucah di Facebook- SKMM


KUALA LUMPUR: Pengguna Facebook dinasihati agar tidak membuat klik pada pautan video bertajuk 'Gadis Mabuk Setelah Pesta' atau 'Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk' yang tersebar di laman sosial itu.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), pautan berkenaan cuba untuk menarik pembaca dengan memaparkan visual berunsur lucah.
"Apabila anda klik pautan itu, anda akan diminta memasang satu perisian berbentuk 'plugin' yang sebenarnya adalah sejenis malware (virus)," menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook suruhanjaya itu.
SKMM meminta pengguna yang menjumpai kandungan sedemikian membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan 'Report This Post - It's spam' di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.
"Jika akaun (Facebook) anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan secepat mungkin dan sampaikan peringatan ini kepada rakan-rakan anda," menurut kenyataan itu.
- BERNAMA

MENAKJUBKAN!!! Rekaan Unik Rumah Terapung Di Selatan Australia (14 GAMBAR)

Keunikan rekaan sebuah rumah sewa mewah yang seakan- akan terapung di atas laut benar- benar mengujakan pengunjung di pantai selatan Australia. Rumah sewa terapung hasil ciptaan Syarikat Senibina F2 Australia jika dilihat sekilas pandang memang seolah-olah terapung di permukaan lautan hanya dihubungkan dengan sebuah jambatan sahaja. Memang agak unik dan menarik.

Namun, jika di amati dari sudut lain, bangunan tersebut sebenarnya dibina di atas sebatang tiang yang agak tinggi iaitu setinggi 40m (atau kira-kira 130 kaki).  Ketinggian tiang yang membantu mencipta ilusi yang sempurna. 

Pengunjung akan dapat menyaksikan pelbagai pemandangan sekitar Pantai Fairhaven dan Great Ocean Road yang terletak di bawahnya yang amat menakjubkan sebaik sahaja mereka menyeberangi jambatan ke bangunan tersebut.  

Difahamkan kos penginapan semalaman di rumah sewa ini agak mahal iaitu antara AUD $ 440 hingga AUD $ 1,220, tetapi yang pastinya setiap pengalaman dan suasana manis di sana agak berbaloi dengan kos tersebut apatah lagi untuk sebuah percutian romantis.










Bahagian dalaman rumah terapung yang agak eksklusif.













Subhanallah!! Cantiknya Bila Maria Farida bertudung ( 8 GAMBAR)

Aktres cantik Maria Farida telah mencetuskan tanda tanya dan sekali gus memberikan kejutan buat ramai peminatnya apabila dia memuat naik beberapa keping gambar yang sopan berhijab di laman sosial miliknya. 
















Maria sebelum ini, telah mencetuskan kontroversi apabila bertindak memuatnaik foto berbikini di Instagramnya menyatakan pemakaiannya itu adalah merujuk kepada keperluan jika ingin bercuti ke pantai beberapa bulan yang lalu.

Ramai peminat menyangkakan Maria sudah berhijrah, namun sebenarnya imej bertudung yang dikongsinya adalah salah satu komitmen terhadap kerja selain foto- foto yang diambil sewaktu dia berziarah ke Mekah dan menunaikan umrah.


Semoga suatu hari nati Maria akan terbuka hati untuk terus bertudung. Sudah semestinya para peminat gembira dan terus menyokongnya sekiranya dia terus kekal dengan imej berhijab.


Polis serbu pejabat Zunar, rampas buku kartun

rampas lagi

KUALA LUMPUR 28 JAN: Sepasukan enam anggota polis menyerbu dan menggeledah pejabat kartunis Zunar hari ini sebelum merampas 155 naskah buku kartunnya.
Serbuan dan rampasan itu dibuat tanpa waran menggeledah.
Komik yang dirampas pasukan dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur itu adalah Komplot Penjarakan Anwar berjumlah 89 naskah dan selebihnya Pirates of The Carry-BN.
ASP Lim Ah Heng dari Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah yang mengetuai operasi itu berkata, serbuan mereka di pejabat Zunar yang beroperasi di Pudu itu dibuat mengikut Seksyen S(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Sekyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Menurut beliau, serbuan itu juga berkait dengan penjualan buku tersebut di Istana Kehakiman, Putrajaya sewaktu kes Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim didengar di Mahkamah Rayuan November lalu.
Pasukan itu yang tiba sejak pukul 10.15 pagi tadi turut mengkehendaki staf pejabat Suara Keadilan, akhbar organ parti KEADILAN, yang beroperasi di pejabat yang sama dengan pejabat Zunar supaya memberi keterangan.
JasminBagaimanapun, keterangan hanya diambil daripada pengurus pejabat Suara Keadilan, Jasmine Ng, yang berlangsung hampir dua jam.
Sebelum itu, pasukan tersebut menghalang keseluruhan staf Suara Keadilan yang bertugas untuk keluar makan, sehingga pengurus tersebut tiba.
Zunar atau Zulkifli Anwar Ul-Haq kini berada di London atas urusan kerja.
Zunar dalam kenyataan ringkasnya menyatakan, beliau dimaklumkan Lim berkenaan siasatan itu dan akan dipanggil ke balai untuk memberi keterangan selepas pulang nanti.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65006

PELIK!! Kucing Mati Dilanggar Kembali Ke Rumah Selepas Dikebumikan.

Seorang pemilik kucing di Florida kelu dan terkejut apabila seekor kucing peliharaannya yang didakwa telah mati bangkit semula dari kuburnya. Kucing malang yang diberi nama Brat itu dipercayai mati akibat dilanggar oleh sebuah kereta dan selamat dikebumikan.

Memetik laporan portal ABC News, pemilik Brat, Ellis Hutson berkata tubuh Brat dijumpai berlumuran darah di tengah jalan dua minggu lalu.

Brat yang cedera parah di rahang dan mata setelah dilanggar - sumber ABC News

Menurut Hutson lagi, kematian Brat yang 
berusia 23 bulan itu memberi kesan amat besar kepadanya terutama tukang kebunnya yang menjaga Brat sejak dari kecil. Disebabkan terlalu menyanyangi kucing tersebut dia meminta bantuan rakannya, David untuk mengebumikan Brat.

"Dia menggali lubang dan menimbus kucing itu dengan tanah. Saya sendiri menyaksikan dia mengebumikan kucing itu," lapor Hutson kepada pemberita ABC News.

Bagaimanapun lima hari lalu, Brat muncul di rumah jirannya dalam keadaan lemah, dehidrasi dan memerlukan rawatan rapi kerana rahangnya pecah, muka serta matanya cedera parah.

"Saya  membuka pintu dan jiran saya berdiri di depan sambil memegang kucing itu dalam pelukannya," katanya .

"Jiran membertahu yang Brat tidak mati. Saya kata itu tidak mungkin. Kami telah mengebumikannya," katanya lagi dalam laporan itu.

Ekoran itu, Brat kemudiannya telah dihantar ke klinik veterinar Humane Society untuk menjalani pembedahan untuk membetulkan rahang dan mengeluarkan matanya dan dijangka pulih dan pulang ke rumah selepas beberapa hari.

~sumber: ABC News


Militan IS: Pelajar UiTM didakwa beri sokongan

Militan IS: Pelajar UiTM didakwa beri sokongan


Militant-file_M

Dia juga didakwa atas tuduhan pilihan iaitu cubaan memberi sokongan kepada kumpulan IS, dengan hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kepada kumpulan pengganas tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
SEPANG, 26 Januari:
Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, Perlis, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas IS.
Wan Mohammad Arif Wan Rokman, 23, didakwa berbuat demikian dengan cara mengambil penerbangan pesawat Turkish Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk menjadi anggota kumpulan itu.
Pelajar jurusan kejuruteraan marin itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di hadapan pintu C15, Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA di sini pada kira-kira 10.15 malam, 28 Disember lepas.
Dia juga didakwa atas tuduhan pilihan iaitu cubaan memberi sokongan kepada kumpulan IS, dengan hendak memasuki Syria melalui Istanbul untuk manfaat kepada kumpulan pengganas tersebut pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Wan Mohammad Arif yang tidak diwakili peguam mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Aizatul Akmal Maharani.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Wan Mohammad Arif, yang didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J kanun sama kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan seumur hidup atau tidak melebihi 30 tahun atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.
Wan Muhammad Arif merupakan rakyat tempatan ke-24 yang dihadap ke mahkamah berhubung kumpulan IS.
Mahkamah menetapkan 30 Mac untuk sebutan semula kes itu.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Read more: 
http://bm.therakyatpost.com/

Zaidi dakwa gaji 'ditarik balik'

Zaidi dakwa gaji 'ditarik balik'

Bekas juruterbang pesawat pejuang TUDM, Mejar Zaidi Ahmad mendakwa gajinya sebagai seorang tentera untuk bulan Januari 'ditarik balik' oleh pihak tentera selepas didepositkan pada hari sama pada 22 Januari 2015.

Beliau menyedari perkara itu selepas meneliti penyata akaun banknya hari ini.

"Saya sahkan hari ini yang gaji bulan Januari saya tidak dibayar kepada saya.

"Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun saya pada 22 Januari tetapi dikeluarkan pada hari sama," katanya dalam kenyataan yang dilampirkan dengan penyata tersebut.



Zaidi dibuang kerja oleh tentera pada 12 Januari lalu selepas diputuskan bersalah memberi kenyataan media tentang dakwat kekal tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Menurut Zaidi, tindakan itu dibuat walaupun pihak TUDM masih belum mengeluarkan surat rasmi penamatan khidmatnya sebagai seorang tentera.
"Sehingga kini tiada surat rasmi dari tentera udara menyatakan hukuman mahkamah tentera sudah dimuktamadkan.
"Tiada juga sebarang surat menyatakan saya dipecat secara rasmi dari tentera udara," katanya.
Secara sinis, Zaidi berkata beliau kini perlu menoreh getah untuk menyara hidupnya - satu rujukan kepada komen Facebook yang didakwa dibuat oleh seorang ahli mahkamah yang mengadili kesnya.
"Bermula esok, saya mungkin perlu menoreh getah atau menjala ikan untuk menyara keluarga," katanya.

Malaysiakini.com

Kelebihan Orang Tangan Kidal




Definisi
Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan. 
10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ). 
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang. menggunakan tangan kanan.
Fakta menarik
1. Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University Skotlandia menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khautir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau omelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Skotlandia, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn

TOKOH-TOKOH KIDAL
1. Presiden Amerika Syarikat
I. James A. Garfield (1831-1881) 20th
II. Herbert Hoover (1874-1964) 31st
III. Harry S. Truman (1884-1972) 33rd
IV. Gerald Ford (1913- ) 38th
V. Ronald Reagan (1911 – ) 40th
VI. George H.W. Bush (1924- ) 41st
VII. Bill Clinton (1946- ) 42nd
VIII. Barrack Obama 44th ( Mccain juga seorang kidal )

2. Tokoh ternama
v Aristotle (Ahli falsafah)
v Mahatma Gandhi (tokoh keamanan),
v Isaac Newton (saintis)
v Albert Einstein (saintis)
v Henry Ford Jr., (automobil)

Rumusan
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang. juga kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang. dapat. mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang. mengaitkan orang kidal dapat. dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang. ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk. menterjemahkan mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa untuk. orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang. disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

<cvkmedia & ida81>


Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2013/02/kelebihan-orang-tangan-kidal.html#ixzz3Q1zp3WZO 
Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Random Posts