Wanita Guna Pokok ganja Sebagai pokok Krismas

Perayaan Krismas sering dikaitkan dengan pokok krismas iaitu pokok pine/fir dengan pelbagai hiasan meriah dan lampu yang bercahaya di mana ianya merupakan perkara wajib untuk penganut kristian. Pada umumnya, mereka menggunakan pokok malar hijau untuk dijadikan pokok bercahaya.

Namun bagi Angelica Navarro Pereira, dari San Bernardo, Provinci Maipo, Chile ini ingin mencipta  kelainan sambutan krismas keluarganya iaitu menggunakan pokok ganja sebagai pengganti pokok fir. Namun, malang menyelubungi Angelica apabila pihak polis membuat serbuan ke rumahnya , berjaya menangkapnya.


Seorang jiran Angelica menyatakan rasa terkejutnya atas penangkapan itu.

"Apabila saya bercakap dengannya (Angelica)
kemarin, dia mengatakan bahawa anak-anaknya akan benar-benar menikmati Krismas tahun ini dan dia mengaku punya pokok krismas terbaik di dunia,"

"Dia tidak menjemput saya untuk masuk (ke rumah) dan melihatnya. Sekarang saya tahu sebabnya," kata Renato.

Angelica ditangkap dengan barang bukti iaitu 21 tanaman ganja, 29 kantung dadah, dua senjata api , dan wang tunai bernilai 2,500 Pound. Pokok ganja berukuran besar yang dikelilingi dengan hadiah-hadiah Krismas juga turut dirampas pihak polis.

Menurut jurucakap polis, pihaknya telah lama melakukan siasatan terhadap wanita tersebut dan hanya menunggu masa untuk mengumpul bukti dan membuat serbuan.

"Kami tadinya mengira hanya akan mencari dadah, namun kami juga mencari salah satu pokok ganja dipakai sebagai pokok Krismas," tegasnya. (Metro)