TEKNOLOGI: 10 Senarai Telefon Pintar Hebat Dengan Harga Bawah RM1K.


1) Nokia Lumia 735


Lumia 735 merupakan telefon pintar memfokuskan selfie daripada Microsoft, dimana ia menyertakan kamera hadapan 5-megapixel, serta dilengkapi dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan Lumia Selfie.  Model ini direka khusus untuk pengemar selfie dengan dilengkapi kamera hadapan Zeiss 6.7MP sudut luas. Ia juga didatangkan dengan paparan HD OLED 4.7 inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 400 berkelajuan 1.2 GHz, 1GB RAM dan 8GB kapasiti storan dan boleh dipertingkatkan dengan slot kad MicroSD sehingga 128GB. Ia juga disokong pengecasan tanpa wayar dengan baterinya berkapasiti 2220mAh. Model ini mampu dimiliki dengan harga 
RM999 di Malaysia. Lumia 735 turut hadir dengan sokongan rangkaian LTE.






2) Motorola Moto G (Generasi ke-2)

Telefon pintar ini menggunakan perisian Android v4.3 ( Jelly bean) dan boleh di upgrade ke versi 4.4.2(KitKat), dan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 1.2GHz Quad-Core dengan 1GB RAM. Paparan skrinnya adalah 5.0 inci, 720 x 1280 piksel. Kamera utamanya adalah 8MP dengan kualiti rakaman 720p dan 2MP untuk kamera hadapan. Kapasiti storan telefon ini adalah 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan slot kad MicroSD sehingga 32GB. Baterinya berkapasiti 2070mAh, sesuai untuk penggunaan seharian. Harga pasaran adalah sekitar RM680 - RM690.





3) Sony Xperia C3

Xperia C3 merupakan inovasi telefon pintar mesra selfie iaitu dengan ciptaan khas untuk golongan “selfie” dengan kamera hadapan 5MP, bersudut luas 
lengkap dengan sistem flash LED. Perisian Android KitKat digunakan untuk telefon ini dan ia dijana dengan pemproses Quad-Core 1.2 GHz dengan kelajuan 1GB RAM. Paparannya ialah 5.5 inci, 720 x 1280 piksel. Kelebihan telefon ini ialah ia mampu merakam video berkualiti 1080p dengan kamera utama 8.0MP. Storannya ialah 8GB dan mampu dipertingkatkan menggunakan slot MicroSD sehingga 32GB. kini mula dijual di Malaysia pada harga RM889 - 999.





4) Lenovo Vibe X S960

Lenovo Vibe X dikatakan semakin hangat di pasaran dan sesetengah pengguna mendakwa peranti ini lebih laju berbanding peranti lain. Ia dikuasakan pemproses Quad-Core 1.5GHz dengan 2GB RAM. Ia datang dengan storan 16/32 GB dan paparan skrin 5 inci 1090 x 1920. Kamera utamanya adalah 13MP dengan bateri berkuasa 2000mAh. Sistem operasi telefon ini ialah Android V
4.2 Jelly Bean. Harga pasaran bagi telefon pintar ini ialah RM950.



5) Huawei Ascend P6

Telefon pintar antara yang ternipis ini datang dengan ukuran 6.18 mm ini didatangkan dengan Android 4.2.2 dan boleh dinaiktaraf ke Android KitKat 4.4.2. Ascend P6 membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 720p.
 Ia dikuasakan pemproses 1.5GHz Quad-Core, bateri 2000mAh. Ia dilengkapi ‘MagicTouch’ untuk keupayaan responsif walaupun anda memakai sarung tangan. Kapasiti storannya ialah 8GB dengan slot MicroSD sehingga 32GB dengan kamera utama 8MP. Harga di Malaysia hanya RM858. Di Malaysia, Huawei Ascend P6 ditawarkan dalam pilihan warna putih, hitam dan pink.




6) Xiaomi Mi-3

MI3 produk keluaran Xiaomi ini merupakan di antara telefon pintar paling terkenal tahun ini. MI3 hadir dengan dua variasi cip pemprosesan, iaitu berasaskan Tegra 4 dan juga Snapdragon 800. Selain itu, ia juga turut disertakan dengan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 1080 
x 1920 piksel, kamera belakang 13-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM. Ia dilengkapi perisian Android Jelly Bean berkuasakan pemproses Krait 400 Quad-Core 2.3 GHz dengan 2GB RAM. Kamera utamanya berkemampuan menangkap gambar 13MP dengan rakaman video setinggi 1080p. Baterinya ialah 3050mAh, antara yang tertinggi di pasaran dan variasi storan 16GB dan 64GB. Di Malaysia, harganya memang berbaloi iaitu hanya RM769.



7) Samsung Galaxy S3 Neo
RM851
Samsung Galaxy S3 Neo ini adalah model sambungan daripada Samsung Galaxy S3 ini menggunakan perisian Android 4.3 Jelly Bean. Ia turut dikuasakan pemproses Quad-Core 1.2 GHz dengan 1.5 GB RAM, skrin 4.8 inci, 720 x 1280 piksel. Ia juga datang dengan kamera 8 MP dengan kemampuan membuat rakaman video 1080p. Kapasiti storannya ialah 8MP dan boleh dinaiktaraf ke 64GB.







8) BenQ F5


BenQ F5 ini datang dengan pemproses 1.2GHz Quad-Core Snapdragon 400 dengan kelajuan 2GB RAM
 dan muatan dalam 16 GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 64GB.Resolusi skrin telefon ini ialah 1280 x 720 dengan skrin 5inci IPS LCD. Kapasiti bateri telefon ini adalah 2520 mAh dengan kamera utama 13MP dan kamera hadapan 2MP. Kameranya juga dilengkapi “Ultra-Sensitivity Mode” untuk menangkap gambar sewaktu pencahayaan yang sangat minimum. BenQ F5 menyokong rangkaian LTE. Harga bagi telefon pintar ini sekitar RM600-RM699.






9) Acer Liquid Jade S

Telefon pintar ini menggunakan pemproses 1.5GHz MediaTek Octa-Core dengan kemampuan 64 bit dan kelajuan 4G LTE
. Dengan resolusi skrin bersaiz 5-inci, Kamera utamanya adalah 13MP dan 5MP pada kamera hadapan khas untuk ‘selfie’. Kelajuan telefon ini adalah 2GB RAM dengan 16GB storan.  Liquid Jade S juga dilengkapi bateri berkapasiti 2,300mAh dan 2 slot kad sim. Harga yang ditawarkan pula hanyalah RM799.





10) Blackberry Q5

Blackberry Q5 ini dijana menggunakan perisian Blackberry 10 dengan peningkatan kepada v10.1 dan dikuasakan pemproses Dual-Core 1.2GHz dengan memori sebanyak 2GB RAM. Resolusi skrinnya ialah 3.1 inci, 720 x 720 piksel. Ia juga datang dengan kamera 5 MP dengan kemampuan rakaman video dengan kualiti 1080p. Telefon ini berkapasiti storan 8GB dan boleh dipertingkatkan dengan slot MicroSD sehingga 32GB. Ianya didatangan denga empat pilihan warna iaitu merah, hitam, putih, dan pink. Harga Pasaran Malaysia bagi telefon pintar ini RM699. Walau bagaimanapun, Maxis hari ini menambah tawaran telefon pintar BlackBerry Q5 melalui pakej mereka, dimana kini telefon pintar yang berasaskan kepada sistem operasi BlackBerry 10 tersebut dijual pada harga bermula RM438 dengan langganan pakej Maxis BBMore 148. 



~sumber: 
http://www.gsmarena.com/
http://amanz.my/
http://www.therakyatpost.com/ 
dll