Remaja Palestine Sediakan Sarapan Pagi Untuk Jemaah Al Aqsa.

Tidak dinafikan solat subuh merupakan cabaran terbesar bagi seseorang muslim. Tatkala azan subuh bergema, sayup memecah suasana, hanya beberapa kerat insan yang mampu meleraikan ketiga- tiga ikatan iblis. 

Sedangkan selebihnya masih melayarkan cinta kepada tilam, bantal dan kesejukan malam yang seolah-olah membuaikan mimpi kita. Sebenarnya , sukar atau tidak bangun Subuh boleh dijadikan kayu ukur pada nilai cinta kita pada Allah.
عن جندب بن عبد الله يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "من صلى الصبح فهو في ذمة الله "
Daripada Jundab Bin Abdillah berkata, Rasulullah saw telah bersabda: “Barangsiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah” (Riwayat Imam Muslim Dalam Kitab Sahihnya)

Demikianlah satu kisah nyata di bumi palestine tentang iktiqad sekumpulan remaja palestine yang bercita -cita memakmurkan rumah Allah Al Aqsa. Mereka nekad melaksanakan program "Datanglah Solat Subuh di Masjid Al-Aqsa dan Sarapan Kami Sediakan".

Kumpulan remaja tersebut bertindak menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti buah- buahan dan produk tenusu untuk jemaah yang datang mengimarahkan masjid Al Aqsa pada waktu solat subuh. 

Bagaimana pula dengan kita??

Semoga usaha mereka di berkati Allah..insyaa Allah.. aamiin..

Antara menu yang disediakan.

kumpulan jemaah subuh.