Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online

Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2015 Online

BR1M
Permohonan baharu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 / BR1M 4.0 dan kemaskini maklumat BR1M bagi penerima sedia ada boleh dibuat mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014.
Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar sekali lagi, sebaliknya hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat terkini, maklumat ahli keluarga, akaun bank (akaun simpanan atas nama pemohon sahaja) dan juga penama bagi Skim Khairat Kematian (untuk kategori Isi Rumah dan Warga Emas sahaja).


Cara memohon dan kemaskini BR1M

Proses permohonan baharu BR1M dan pengemaskinian maklumat BR1M boleh dibuat dengan mengisi borang BRIM secara online melalui portal rasmi eBR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu di pautan:


Proses itu juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 (BK-01) atau Borang Kemas Kini. Borang BR1M yang siap diisi boleh dikembalikan ke mana-mana cawangan atau Pusat Khidmat Hasil atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM atau pejabat daerah.
Kegagalan menghantar permohonan atau mengemaskini BRIM 2015 sehingga tarikh tutup 31 Disember 2014 akan menyebabkan permohonan tidak diproses.


Tarikh dan cara pembayaran BR1M 2015

BR1M akan dibayar bermula bulan Januari 2015. Sila rujuk Tarikh Dan Cara Pembayaran BR1M 2015 untuk maklumat lanjut.


Semakan keputusan BR1M

Sila layari Semakan Status Permohonan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)untuk panduan semakan status permohonan BRIM.