Jus Katak Menjijikan dikatakan Baik untuk Kesihatan




Di Teluk Titicaca, masyarakat Andes menggunakan katak sebagai bahan utama dalam pembuatan jus yang boleh mengubati penyakit seperti paru-paru berair dan lemah tenaga batin. 

Untuk menghasilkan jus yang banyak dijual di wilayah Andes dan juga di beberapa kawasan di Lima, peniaga Maria Elena Cruz akan menangkap seekor katak yang disimpan dalam akuarium kecil, kemudian membunuh katak tersebut dengan mengetuknya hingga mati.

Dia kemudian menyiat kulit katak itu dan memasukkannya dalam Blender bersama-sama campuran bahan-bahan seperti lobak, akar maca dan madu.




Hasil daripada kisaran Blender td terhasil lah Jus Katak. Jus itu berwarna hijau dan Maria menyajikannya dalam gelas kepada pelanggan.

“Jus katak boleh membantu mengatasi pelbagai penyakit. Ada yang mendakwa pulih daripada batuk kering selepas meminumnya,” kata seorang pelanggan.

Bagaimanapun, tidak ada bukti saintifik untuk mengesahkan kebaikan jus itu.

Katak dari spesies Telmatobius culeus itu dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai katak air Titicaca dan disenaraikan sebagai hampir pupus oleh Kesatuan Antarabangsa Untuk Pemuliharaan Semula Jadi.

Cecilia Cahuana, 35, peminat jus mendakwa jus itu mengandungi banya
k vitamin dan protein.