Gadis nama panjang sah bergelar isteri dengan sekali lafaz

Seorang gadis yang memiliki nama agak panjang  Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18, iaitu sebanyak tujuh perkataan dengan 53 huruf sah bergelar isteri kepada seorang pengarah syarikat dengan hanya sekali lafaz. Pengantin lelaki Kamalrrudin Ahmad, 31 mengakui lafaz akad nikah tersebut adalah sesuatu yang agak mencabar dan sukar tetapi beliau bersyukur kerana lulus ujian tersebut.

Siti Normayatullah Rabiyatul Arbiah Maizurati Armida Puteri Md Arif, 18 - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/18537#sthash.YgnLi8cU.dpuf



Menurut Kamalrrudin, meskipun nama isterinya agak panjang, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyebutnya dengan lancar ketika akad nikahnya pada 12 Disember lalu. Terdapat ramai kenalan yang mengusik akan kebolehannya untuk melakukan lafaz akad nikah dengan sekali lafaz memandangkan nama isterinya yang agak panjang tetapi beliau menganggap perkara tersebut sebagai suatu perkara biasa kerana beliau sering berlatih menyebut nama isteri beberapa hari sebelum majlis akad nikah berlangsung.



Katanya, dia memanggil isterinya, Puteri.

Sebelum ini kad jemputan pasangan berkenaan menjadi ‘viral’ kerana keunikan nama Puteri.
Puteri yang juga anak kempat daripada sembilan beradik berkata, dia bangga kerana nama panjang yang dimiliki itu adalah pilihan ibu bapanya selain setiap daripadanya mempunyai maksud tertentu bagi seorang Islam.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada halangan untuk mendaftaftarkan nama yang panjang asalkan nama berkenaan tidak lebih 80 aksara meliputi ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.

Sebelum ini, JPN pernah memaklumkan nama Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Airom Anizam sebagai nama terpanjang di Malaysia.


- Sumber : http://www.hmetro.com.my