Apakah itu Ebola? Virus yang menyerang sistem darah Manusia



Apakah Ebola?
Ebola merupakan sejenis wabak yang dibawa oleh sejenis virus yang menyerang sistem darah Manusia. Di kalangan saintis, Ebola dikenali sebagai demam haemorraghic. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan di badan mereka sehingga mengakibatkan kematian.

Ebola mudah berjangkit dan merebak melalui sentuhan dengan cecair badan seperti darah, peluh, air liur, air mani atau buangan dari badan yang lain. Ebola Walau bagaimanapun tidak merebak melalui udara atau 'airborne'.


Kira-kira 90% daripada pesakit yang mendapat Ebola akan mati akibatnya. Ia adalah salah satu penyakit yang paling dahsyat di dunia, membunuh dalam hanya beberapa minggu. Sehingga kini, tiada rawatan khusus yang boleh merawat pesakit ini.

Antara petanda - petanda penyakit Ebola termasuklah
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit
  • Muntah
  • lemah2 badan
  • sakit2 sendi
  • Sakit Perut
  • Kurang selera makan
Langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit ini antaranya ialah
  • Basuh tangan dengan Sabun sekerap mungkin. Selain itu, kita juga disarankan menggunakan hand sanitizer.
  • Elakkan sentuhan fizikal yang tidak perlu dengan orang.
  • Makan makanan yang sediakan sendiri.
  • Bersihkan persekitaran rumah daripada pembawa wabak seperti tikus dan haiwan perosak yang lain.
  • Fogging persekitaran rumah dan urusan pembuangan bangkai dengan betul.
  • Selain itu, mayat yang dijangkiti Ebola masih boleh menjadi penyebar virus ini, Oleh itu, elakkan menyentuh mereka tanpa pakaian perlindungan atau lebih baik lagi mengelakkan mereka sama sekali.
Antara tindakan yang boleh diambil untuk melindungi diri ialah
  • Gunakan pakaian perlindungan jika kita ingin menziarahi seseorang yang disyaki menghidap Ebola.
  • Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya terdapat sebarang tanda mencurigakan pada diri sendiri atau sesiapa sahaja. 
  • Berkongsi ilmu dengan jiran, rakan-rakan tentang penyakit ini. Pada asasnya kita lebih selamat apabila semua tahu mengenai penyakit ini.