Wanita Cenderung Hidup Lebih Lama Berbanding Lelaki

Secara biologi dan sosiologi, wanita cenderung boleh hidup lebih lama dibanding lelaki. Hal ini kerana hormon estrogen yang terdapat pada wanita dianggap boleh melindunginya dari penyakit kronik. Sebuah kajian oleh Profesor Marianne Legato, MD dari clinical medicine at Columbia University College of Physicians and Surgeons menunjukkan, kebanyakan usia lelaki secara puratanya adalah 78 tahun dan wanita 81,2 tahun. 

   


Selain itu, kajian juga mendedahkan ada 5 sebab perempuan boleh hidup lebih lama daripada lelaki iaitu kerana 


1. Wanita kuat melahirkan
Dr Legato berkata, kelahiran seorang anak sangat bergantung pada kesihatan ibu. Jika ia menyerah, maka kemungkinan jangkitan prenatal atau masalah lain di dalam rahim boleh saja terjadi.

"Lelaki cenderung berkembang lebih lambat secara fizikal berbanding anak perempuan yang bererti risiko pra-matang atau meninggal kerana paru-paru atau perkembangan otak belum sempurna boleh terjadi," jelas Dr Legato.

2. Wanita itu berani
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS melaporkan, punca kematian ketiga adalah kecederaan. Dr Legato berkata, lelaki sering mengambil lebih banyak risiko dan cenderung tidak memikirkan akibatnya. Sedangkan perempuan sangat berhati-hati mengambil risiko. 

    


3. Wanita jarang terkena penyakit jantung
Seperti kita ketahui, penyakit jantung merupakan pembunuh utama lelaki dan wanita di dunia. Tetapi lelaki yang paling berisiko terkena penyakit ini di usia yang agak produktif iaitu 30-40 tahun. Sedangkan perempuan, mereka akan dilindungi hormon estrogen dan terhindar dari risiko jantung sampai menopause. "Hormon estrogen membantu wanita menjaga arteri yang kuat dan fleksibel," kata Dr Legato.

4. Wanita mempunyai rangkaian sosial yang lebih kuat
"Menurut sebuah kajian 2010 di Universiti Brigham Young, kebanyakan lelaki cenderung menahan tekanan dan sedangkan wanita jika ada masalah cenderung berbicara dengan orang lain sehingga stres tidak terkumpul," jelas Dr Legato.

5. Wanita lebih memberi perhatian kepada kesihatan
"Anda boleh menyebutnya John Wayne sindrom atau lelaki sering menafikan penyakit, mereka mengurangkan gejala kerana tidak ingin pergi ke doktor dan malah mencari tahu ada sesuatu yang salah," ungkap Dr Legato.

~sumber : Majalah Health

Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi.

Kecantikan adalah sesuatu yang dititikberatkan oleh kaum wanita di seluruh dunia. Bagi sebahagian wanita, memiliki kulit putih yang mulus merupakan sebahagian daripada kecantikan. Untuk itu, ramai wanita sanggup melakukan apa jua cara untuk memiliki kulit yang putih dan gebu, sama ada menggunakan teknik moden yang menelan ribuan ringgit.

Menurut Buku Top 10 Home Remedies terdapat pelbagai cara semulajadi untuk mendapat kulit wajah putih yang mana ianya tidak langsung menelan belanja yang besar apatah lagi memberi kesan negatif pada wajah iaitu hanya menggunakan bahan semula jadi. 

~ Perbanyak Air
Air membantu meningkatkan kelembapan kulit. Untuk itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas per hari agar pengambilan cecair tubuh tidak kurang dan selalu terjaga. Dengan pola hidup seperti ini, anda akan merasakan bahawa kulit anda mula lembab, cerah dan awet muda.

~ Perbanyak Makanan bervitamin A dan C
Selain air, pengambilan makanan lain yang mengandungi vitamin a dan c juga penting untuk membantu memutihkan kulit dari dalam. Diantara makanan yang boleh memutihkan kulit adalah lobak, betik, tomato, kiwi, bayam, strawberry, teh hijau dan kacang soya. Makanan-makanan ini berperanan dalam kesihatan kulit kerana mempunyai kandungan vitamin A dan C.



sumber : Top 10 Home Pemulihan, Rabu (15/10/2014). 

Amalan Sedekah Pintu Keberkatan

Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.

Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha.

Teruskan berusaha kerana setiap kejayaan pastinya memerlukan kerja keras tanpa berputus asa melaksanakannya.

Bersikap reda dan bertawakal supaya Allah memberkati segala yang kita lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Pemberi dan Pemurah atas rezeki untuk hamba-Nya.
Semua yang berlaku atas izin-Nya. Ketika seorang hamba berprasangka buruk kepada Allah, maka keburukanlah yang diterima.

Jika mereka bertawakal kepada Allah maka Allah pasti mencukupkan keperluannya. Allah berfirman yang bermaksud:

“Barang siapa yang me­nyerahkan diri kepada Allah, maka Allah akan mencukupkannya (memelihara). Sesung­guhnya Allah menyampaikan urusan-Nya. Sesungguhnya Allah mengadakan qadar (takdir) bagi setiap sesuatu.” (Surah at-Taalaq ayat 3).

Namun tahukah kita sikap memberi atau bersedekah mempunyai kelebihan dalam urusan pencarian harta. Malah ia membuka pintu rezeki lebih luas kepada mereka yang melakukannya.

Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese­orang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:

“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).

Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempu­nyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .

Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.

Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.

Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

Bersifat individualistik melambangkan seorang itu tidak berhati perut, sukar didekati dan orang ramai tidak menghormatinya. Walaupun memberi dalam kuantiti sedikit tetapi sedikit itulah keberkatannya.

Alangkah baik jika pendekatan mencari rezeki sambil menyumbang diterapkan dalam diri kita. Sabda Rasulullah:

“Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

Beri setakat mana termampu dulu kerana sumbangan sekecil itu menjadi pembersih harta kita. Sedekah orang yang kurang hartanya lebih besar ganjarannya.
Rasulullah bersabda:

“Sedekah yang paling utama adalah menggembirakan fakir dan dikeluarkan dalam keadaan sedikit harta. (Riwayat Ahmad).

Allah berfirman:

“Orang-orang yang menaf­kahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut pemberiannya dan dengan tidak me­nyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Surah al-Baqarah ayat 262).

Apabila bersedekah, kita mesti iringi dengan perasaan gembira dan tidak boleh menyesal. Jika tidak mampu menyumbang harta, setidak-tidaknya berusaha menyumbang tenaga dan fikiran bagi mengajak orang sekeliling melakukan kebaikan.

Rasulullah berbual dengan sahabat, maksudnya:

“Pada setiap Muslim tuntutan untuk bersedekah”, sahabat berkata: Bagaimana jika tidak mampu? Nabi menjawab: “Berusahalah dengan kedua tanganmu untuk hasilkan perkara bermanfaat dan bersedekahlah.

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Carilah orang yang sangat memerlukan bantuan (dan bantulah sama ada dengan tenaga atau ditunjukkan kepada yang mampu).

Sahabat bertanya: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Ajaklah orang lakukan perkara kebaikan dan larang mereka dari kemungkaran.

Sahabat bertanya lagi: Bagaimana jika masih tidak mampu? Nabi menjawab: “Janganlah kamu lakukan perbuatan buruk, ia juga satu sedekah (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Seelok-eloknya, galakkan diri bersedekah kepada ahli keluarga yang miskin dan memerlukan sebelum melaksanakannya kepada orang lain. 



Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sedekah kepada orang miskin mendapat satu pahala, namun apabila diberi kepada yang punyai pertalian (kerabat), dua pahala iaitu satu sedekah dan satu lagi adalah merapatkan hubungan.” (Riwayat At-Tirmidzi).

Bersedekah boleh meringan­kan bebanan orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. Rasulullah bersabda:

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Justeru, beberapa perkara perlu diambil perhatian demi kesempurnaan amalan sedekah antaranya barang yang disedekahkan mestilah baik. Tidak wajar sama sekali barang yang disedekahkan itu kita sendiri tidak tergamak menggunakannya.

Allah melarang bersedekah dengan benda yang tidak baik kerana bersedekah adalah ibadat dan tanda mensyukuri nikmat Allah.

Kemudian sesuatu yang disedekahkan mesti halal.

Sunat jika bersedekah dengan benda atau barang yang disukai dan disayangi tidak kira ia banyak atau sedikit. Allah berfirman yang bermaksud:

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Surah Ali-Imran ayat 92).

Jangan sesekali bersedekah kemudian mengungkit, merungut dan menyakiti hati orang yang menerima kerana perbuatan itu haram serta merosakkan amalan sedekah.
Pegawai Pengurusan Dakwah Munirah Care, Muhammad Khusairi Abdullah, berkata galakan kepada umat Islam bersedekah perlu supaya umat Islam terbela.

“Sedekah yang diberikan secara sembunyi lebih afdal. Perbuatan ini lebih dekat kepada keikhlasan kerana menjauhkan diri daripada riak hingga merosakkan amalan.

“Penumpuan perlu diberikan kepada lapan golongan asnaf yang layak menerima zakat. Mereka terdiri daripada golongan fakir, miskin, amil, muallaf, riqab (hamba yang menebus dirinya secara ansuran), al-gharimin (orang yang menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikannya), fisabilillah (berjuang di jalan Allah) serta ibnu sabil (musafir yang terputus bekalannya di perantauan).

“Setiap kali bersedekah pastikan niat kita ikhlas kerana Allah. Jika kita menderma hanya sekadar untuk mendapat pujian, nama atau pangkat ia tidak memberi sebarang makna,” katanya.

Beliau berkata, sedekah membuatkan seorang Muslim mendapat pelbagai nikmat dan kesan kehebatan sedekah itu dapat dirasai ketika berada di dunia lagi.

“Orang yang istiqamah bersedekah atau berinfak hartanya mudah menerima ilmu Allah, terhindar daripada penyakit, jiwa sentiasa tenteram dan menghapuskan sifat bakhil yang bersarang dalam diri.

“Tidak kira siapa kita sama ada kaya atau kurang hartanya mesti berusaha dan bersedia untuk bersedekah. Umpamanya jika kita mempunyai wang RM10 tidak mengapa jika bersedekah sebanyak RM1 kerana yang penting keikhlasan itu mendapat nilaian istimewa daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata ganjaran kepada mereka yang bersedekah cukup besar kerana apa saja yang mereka infak itu pahala terus diterima secara berkekalan.

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila mati anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”

“Dari hadis berkenaan membuka peluang untuk kita mendapatkan bekalan sebelum mata tutup buat selamanya. Jika kita sedekahkan al-Quran atau sejadah untuk kegunaan jemaah di masjid, selagi mana ia digunakan maka pahala tetap sampai kepada kita. Begitu juga apabila memberi makan, minum dan pakaian kepada anak yatim maka sudah tentu ganjarannya cukup besar,” katanya.

~sumber : Mohd Fadly Samsudin@ Metro 

Negara Timbunan Basikal.

Copenhagen adalah salah satu tempat yang terbaik di dunia bagi seorang penunggang basikal, tetapi kadang-kadang keadaan menjadi di luar kawalan apabila terdapat ribuan basikal diletakan di lorong sebelah bawah dan menyebabkan kesesakan.

Terbaharu Copenhagen membina dua lorong baharu khusus untuk penunggang basikal sahaja diadakan merentangi pelabuhan sekaligus membuatkan bandar menjadi lebih dekat untuk para penunggang menjadi syurga bagi penunggang basikal.

Bilangan warga kota yang berulang-alik dengan basikal di atas 50%, dan satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa walaupun anda menambah orang yang memulakan perjalanan mereka di luar bandar 41% tiba di tempat kerja dengan menaiki basikal.

ribuan basikal yang menjadi pengangkutan utama penduduk




Kisah Selipar Imam Hoslan, Hakim, Sistem, Penjara dan Dakwah

Imam Hoslan!!, Apakah anda tahu siapa lelaki ini?.layak kita katakan beliau amat istimewa kerana tindakannya membaling selipar ke arah hakim. bagaimana jika admin katakan bahawa Imam Hoslan adalah simbol kebebasan dalam mengkritik sistem kehakiman yang seolahnya sangat benar dan tidak langsung melakukan salah?.

 Kisah Imam Hoslan secara ringkasnya begini, beliau telah mengesyaki adanya salahlaku penyelewengan wang tabung masjid, lalu melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa, namun beliau ditekan oleh orang tasan, dipecat dari jawatan imam, ditarik balik elaun imamnya yang sejumlah RM450.00 dan diusir dari kediamannya.

Apakah dengan melaporkan salahlaku penyelewengan, dia yang seorang imam yang hanya mahu wang itu dikembalikan kepada tabung masjid layak diperlaku sedemikian rupa?, jika anda merasakan itu seharusnya, anda meletakkan imam itu ditaraf yang sangat hina.

Tak apalah, kebiasaannya dalam sistem yang zalim dan diktaktor, selain dari si penjenayah memang orang baik juga dipenjara, dalam sistem yang tidak berasaskan hukum ALLAH, manusia tak bersalah juga selalunya akan terhukum. Jika tidak percaya selusuri kembali kisah Nabi Yusuf yang dipenjarakan.

Itu satu kisah, Imam Hoslan telah dipenjarakan, kesalahan?

Kesalahanya ialah beliau yang tidak tahu apa pun mengenai undang-undang ciptaan manusia, naik berang kerana harapannya kes yang dilaporkannya itu jadi kes lain, berang kerana dia merasakan "SISTEM KEHAKIAN TIDAK BERTINDAK DENGAN BETUL" lantas geram dan membaling selipar ke arah hakim.

Dalam sistem kehakiman itu salah, kerana hakim dianggap sangat "Mulia" kononnya, kononnya hakim tidak melakukan kesilapan, tapi dari segi kemanusiaannya, apakah itu benar?, apakah hakim itu tidak dipengaruhi oleh "bias" atau keadaan sekitaran yang mempengaruhi "mood"nya?.

Memang benarlah hakim itu tidak boleh dibaling selipar, kapal terbang kertas sekali pun tidak boleh, itu ketetapan undang-undang manusia dalam mahkamah, tapi bila sahaja diluar, dia manusia biasa juga, layak dibaling kasut, malah diberak burung. jika kewarasan dan pertimbangan akal didahulukan, pasti hakim lebih perihatin terhadap perkara ini.

Tidaklah betul apa yang dilakukan oleh imam tersebut, memang membaling kasut itu satu tindakan , kurang kena, namun sebagai manusia yang marah dan geram cuma itu mampu dilakukannya, tak perlu kita mengeji perbuatan imam itu, beliau berani, itu pasti, sama seperti kisah seorang arab membaling kasut kepada seorang pemimpin dunia satu masa dulu, ingat lagi kah?.

Ia tanda kekecewaan, jika terkena sekali pun kasut atau selipar tersebut, mungkin peluang orang itu mati kerana dibaling selipar hanya 1%. atau peluang boleh luka 2%, peluang untuk lebam 3% dan pastinya peluang untuk malu lebih dari 50%. jadi hukuman penjara atas apa?, sekilas pandang apakah sistem kehakiman ini langsung tidak boleh ditegur? atau mahkamah menggunakan tunjuk kuasanya supaya orang takut?.

Takut yang diwujudkan itu adalah untuk mengongkong, kongkongan kebebasan tidak lagi laku zaman ini.lebih lagi kepada sistem yang goyah dan tidak sempurna. kenapa tidak biar kritikan dilakukan?, takut atau mahu jadi ditaktor?

Apakah menghina Mahkamah lebih berat dari menghina Islam, Nabi dan ALLAH?.

1 Tahun dipenjarakan, Imam Hoslan tetap seorang Imam, dan hakim masih seorang hakim, sistem masih dirombak dan diperbaiki, mahkamah terus juga kadang kala beri keputusan tak berapa bersesuaiaan.

Dan Imam Hoslan, masih takut kepada ALLAH, lebih dari takut kepada hakim, Dakwah terus berdakwah, kini dalam Penjara Imam itu terus menjadi Imam selain mengajar fardu ain di dalam penjara, malah telah mengislamkan 2 orang saudara baru.

Mungkin diluar dia cuba terus dihina, kononnya dia seorang yang ganas dan jahat, tapi dalam penjara dia kini dihormati, ALLAH itu adil, penjarakanlah dia, tapi hatinya bebas untuk terus berdakwah.

Penjarakanlah dia, tapi si pemenjara apakah rasa tenang dan bebas hatinya? dan kita, sampai bila kita masih mahu dikekang, kenapa tidak bangun jadi berani seperti seorang tua yang berani menentang penyelewengan walaupun akhirnya ditekan dan dihukum tidak selayaknya sebagai seorang yang cuba menegakkan hukum ALLAH atas bumi ini.

ANJING KERAS MACAM BATU SELEPAS JATUH DALAM TAR



Rajasthan: Anjing ini telah terjatuh ke dalam tar panas sebelum tar sebut mengeras dan menjadikannya keras seperti batu.

Bagaiamanapun anjing itu masih bernasib baik kerana orang ramai yang melalui di jalan tersebut di Udaipur telah menghubungi pasukan penyelamat.

Disebabkan tar tersebut telah menjadi keras, anjing berkenaan juga tidak mampu bergerak dan hanya terbaring.

Hanya matanya yang berkelip-kelip, menambahkan simpati orang ramai yang menyaksikan binatang tersebut.

Pasukan penyelamat terpaksa bekerja keras selama dua hari tanpa mengenal erti penat bagi membuang tar yang mengeras di badan anjing tersebut dan ia terpaksa dilakukan secara berhati-hati.

Kerja menyelamat itu dijalankan badan bukan kerajaan (NGO) Animal Aid Unlimited yang menggunakan minyak untuk melembutkan tar tersebut dan menariknya perlahan-lahan apabila ia merekah.

Namun ia bukannya satu usaha yang mudah.

Selepas dua hari, tar itu berjaya dikeluarkan dan anjing berkenaan mampu bergerak bebas .

Animal Aid merupakan NGO yang memberikan perkhidmatan sukarelawan untuk merawat binatang yang terbiar di jalanan.

Setiap tahun, beribu-ribu binatang yang cedera dan sakit diberikan rawatan dan disediakan pusat perlindungan. ─ Daily Mail

4 kilogram Rambut ditemui dalam Perut remaja



Kyrgyzstan: Bebola rambut seberat 4 kilogram telah dijumpai di dalam perut seorang remaja perempuan, Ayperi Alekseeva, 18 sekaligus menjawab mengapa dia tidak boleh minum dan makan.


Perkara tersebut terjadi adalah susulan daripada tabiat pelik dan menjijikkan wanita tersebut yg mana suka mengutip rabut yg gugur dijumpainya diatas permaidani sebelum mengunyah dan menelannya.

Keadaan itu berlarutan selama bertahun-tahun hinggakan dia mengalami penghidratan yg teruk dan kekurangan zat makanan. Ia juga menyebabkan Ayperi hampir mati.

Menurut doktor yg merawatnya,Bahadir Bebezov, ibu bapanya membawa remaja itu ke hospital selepas dia mula kehilangan berat badan dan tidak boleh menelan makanan.

Dia akan mengalami kesakitan yg amat sangat meskipun hanya minum air.

“Ketika dia tiba di hospital, Ayperi langsung tidak boleh minum air dan dari situ kami sedar dia perlu dibedah selepas pembedahan dijalankan.

“Perutnya membengkak dan sebaik sahaja kami memotong perutnya, bebola rambut itu terus keluar,” katanya.

Selain tabiat pelik menelan rambut itu, Ayperi sebenarnya tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan seorang remaja yg normal.

Dia kini sedang menjalani pemulihan selepas pembedahan dan berjanji tidak akan menelan SERTA mengunyah rambut lagi selepas ini.

Dalam pada itu, doktor memaklumkan rekod perubatan sebelum ini menunjukkan tidak ada bebola rambut sebesar itu ditemui dalam tempoh 50 tahun.

Harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter mulai esok

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.
Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.
Harga pasaran bagi petrol RON95 pada masa ini ialah RM2.58 seliter dan harga diesel RM2.52 seliter.
KPDNKK dalam kenyataannya hari ini menyatakan, walaupun kadar subsidi dikurangkan, kerajaan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion untuk subsidi petrol RON95, diesel dan LPG bagi 2014.
Langkah ini juga adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.
Kerajaan juga dijangka dapat mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan tidak bertanggungjawab.
KPDNKK berkata, pemberian subsidi perlu lebih bersasar dan tidak secara pukal, dengan bukan warganegara Malaysia, termasuk pelancong asing, turut menikmati subsidi yang diberikan kerajaan.
Langkah ini juga dapat menghasilkan penjimatan yang setimpal dan boleh digunakan untuk pembangunan pendidikan, kesihatan, sistem pengangkutan awam yang lebih meluas dan cekap serta meningkatkan keselamatan negara.
Kata KPDNKK kerajaan sedar bahawa langkah rasionalisasi subsidi ini akan memberi kesan kepada ekonomi dan masyarakat.
Oleh itu, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Antara langkah yang akan diambil kerajaan ialah menaikkan kadar pemberian BR1M yang akan diumumkan dalam Bajet 2015 kelak. - BERNAMA

Pengguna Lebuhraya,Sila Berhati-Hati Taktik Licik Terbaru Perompak

Sharing: Pesan Khidmat Masyarakat


Salam para sahabat. Sila ambil perhatian tentang adanya satu kumpulan perompak pengguna lebuhraya PLUS sedang berleluasa di kawasan sekitar KM 102, di antara Tmn Ria Jaya, pasar Singgah Selalu sebelah Timur dan Tmn Ria Indah sebelah Barat. Modus operandi mereka ialah meletakkan batu2 dari sungai sebesar buah kelapa dan berwarna gelap pada waktu tengah malam. Bila kita langgar batu tersebut dan terpaksa berhenti kumpulan perompak ini akan menyerang hendap dan merompak.

Saya terlanggar batu tersebut pada pukul 1.10 pagi 14 Mei lepas, dari arah tol tmn Sejati ke tol SP(U). Alhamdulillah kereta saya boleh terus dipandu, dgn keadaan minyak selinder habis bocor sebab bhg bawah enjin pecah, sampai enjin mati selepas tol SPU.
Berikut gambar kereta saya dan mangsa lain..




Malam tadi Cikgu Izady tel saya menceritakan beliau mengalami kemalangan yg serupa pada pukul 5 pagi 1 km sebelum sampai tol Bertam dari arah utara. Jadi rupa2nya penjenayah / pengkhianat anak haram jadah ini, seorang atau berkumpulan, adalah mobile dan memasang perangkap di lokasi2 pilihan. Maknanya operasi puak2 tak berhati perut ini boleh dibuat di mana2 sahaja lokasi yg strategik di lebuhraya.

Mereka akan pilih lokasi yg hampir dgn tol sebelum sampai tol supaya senang mereka melarikan diri keluar dari lebuhraya selepas dapat hasil. Anak haram sungguh depa ni. Saya harap pihak PLUS dpt mengesan barua2 ini dari rakaman kamera di palang2 tol akan kereta2 syak yang lewat selepas waktu kejadian.

Selepas cikgu Izady tel tu baru saya teringat, dlm kejadian yg menimpa saya pada awal pagi 14 Mei itu, sebaik shj saya terlanggar batu tersebut, dlm saya panik mengawal kereta dari terbabas, saya ternampak seorang lelaki berdiri di belakang sebuah kereta di tepi lebuhraya sebelah kiri. Skg baru saya terfikir apa kejadahnya anak haram jadah tu dok tunggu di tepi highway pada waktu2 larut mlm awal pagu mcm tu?

Dalam kes saya, Alhamdulillah.. Allah membolehkan kereta saya itu, walau pun minyak enjin dah habis terkeluar melalui pecahan enjin yg besar di bhg bawah, masih hidup enjinnya, walau pun saya terasa enjinnya semakin nak mati, dan saya masih boleh terus memandunya sehingga sempat melewati palang tol lorong SmartTag Sg. Petani Utara tepat pada jam 01.11:35 (dari rakam kamera PLUS), dan sempat saya membelok ketepi jalan dimana selepas itu baru enjin mati. Habislah hancur bahagian2 dlm enjin yg bergerak kerana enjin terus hidup sejauh 3 km dlm keadaan tidak ada minyak enjin.

Saya difahamkan oleh sahabat yg berkerja dgn PLUS, pada malam yg sama terdapat 8 lagi kes serupa yg dilaporkan kpd PLUS.

Saya harap para sahabat berhati-hati ketika menggunakan lebuhraya pada waktu dinihari yg sebegitu. Pada ketika seperti itu, jln lengang, speed trap pun kita rasa mungkin tak ada, apa lagi, kira nak laju sajalah kita. Tak terlintas langsung ada anak-anak haram jadah sedang menunggu memasang perangkap dgn meletakkan ketulan2 batu sungai yg besar yg gelap warna pada laluan sebelah kanan, iaitu laluan laju.

Menurut sahabat saya yg kerja kat PLUS tu gambar2 batu tersebut ada pada PLUS.
Mungkin anak2 haram jadah tu tunggu nak rompak atau tunggu nak panggil tow truck.

Diharapkan para sahabat berhati2. Juga diharapkan pihak PLUS dan Polis dpt memberkas penjenayah / pengkhianat anak haram jadah yg seorang atau bergerak secara berkumpulan itu dgn segera.
Harap sahabat2 dpt panjangkan amaran ini kpd kawan2 semua..

Kredit : - Sumber

Polis Buru Lelaki Disyaki Bakar & Bunuh

Polis Buru Lelaki Disyaki Bakar & Bunuh Teman Perempuan...
Sah tulang manusia
Juru: Khabar angin mengenai wanita mati dibakar teman lelakinya ternyata benar apabila Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan serpihan tulang ditemui adalah tulang manusia.
Polis juga mengesahkan menemui beberapa serpihan tulang yang terbakar hasil pencarian dilakukan di kawasan berhampiran rumah wanita yang dilaporkan dibunuh dan dibakar teman lelakinya di Kampung Tok Keramat.
Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, berikutan itu pihaknya kini sedang mengesan suspek juga teman lelaki mangsa.
"Tumpuan kini adalah untuk mengesan suspek berkenaan bagi membantu siasatan.
"Kami sebelum ini menerima maklumat mengenai kejadian ini daripada orang awam," katanya.
Difahamkan, mangsa adalah pengusaha kedai runcit dikenali sebagai Intan berusia lewat 20-an.
Usaha pencarian saki baki tulang berkenaan sedang diteruskan membabitkan unit forensik, anjing pengesan (K-9) dan pasukan penyelam Pasukan Polis Marin (PPM).-HM
Penduduk kampung gempar jumpa tulang
Bukit Mertajam: Penemuan tulang di kawasan sebuah rumah menggemparkan penduduk Kampung Tok Keramat, Juru di sini, semalam kononnya ada seorang wanita berusia 20-an dibunuh dan dibakar teman lelakinya.
Difahamkan polis sebelum itu menerima laporan daripada saudara suspek selepas wanita itu gagal dikesan selain gelagat teman lelakinya itu yang mencurigakan.
Selain itu anak saudara suspek turut menemui kesan tompokan darah dalam rumah didiami mangsa.
Susulan laporan itu sepasukan pegawai dan anggota polis melakukan gerakan mengesan mangsa di kawasan rumah berkenaan yang turut dibantu unit forensik dan anjing pengesan (K-9).
Hasil pencarian dilakukan polis berjaya menemui tulang yang jaraknya 50 meter dari rumah suspek namun gagal dipastikan sama ada ia adalah tulang manusia atau haiwan.
Berikutan itu seorang pakar patalogi turut dipanggil ke lokasi tulang itu ditemui kira-kira 2 pagi tadi untuk melakukan pemeriksaan.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu. -

Renungan : Pengalaman seorang Jurumandi Mayat


Hidup hanya pinjaman.Sama sama kita mengambil iktibar daripada kisah ini.
Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.
Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut.
Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.
Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.
Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.
Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi.
Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.
Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.
Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.
Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Penemuan Makhluk Pelik Di Antartika

ITUINI - Penemuan Makhluk Pelik Di Antartika (3 GAMBAR) | Sungguh banyak penemuan makhluk pelik ditemui di seluruh dunia. Penemuan seperti ini menunjukkan bahawa terdapat banyak hidupan di dunia ini yang masih belum dikaji sepenuhnya. Kewujudannya mungkin tidak disedari kerana dek kepupusan ataupun sukar didapati atas faktor sesuatu tempat.
Gambar di bawah ini juga, sempat dirakamkan ditemui oleh sekumpulan ekspedisi di sana. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Makhluk yang aneh mengerikan dan tak dikenali ditemui ketika ekspedisi Amerika di Antartika pada kedalaman 675 meter. Makhluk ini menyerupai lipan, tetapi ia mempunyai rahang yang panjangnya sekitar 2 cm. Hingga sekarang haiwan ini masih dalam kajian..
SUMBER: MYberita
ITUINI : Jika kita lihatkan haiwan ini sememangnya aneh apabila mempunyai bukaan mulut seperti taring yang ada pada sotong dan mempunyai badan seperti seranggan tetapi kelihatan kakinya seakan kuku-kuku yang panjang dan tajam.