TEKNOLOGI : India Mencipta sejarah Menjejaki Orbit Marikh.

Sebuah kapal angkasa India telah mencapai Marikh dan memasuki orbit planet tersebut pada jam 8.02 pagi(waktu tempatan),merupakan satu pencapaian bersejarah India sebagai negara pertama untuk melaksanakan misi menjejak marikh dengan percubaan sulungnya yang dilancarkan kira-kira 10 bulan lalu. 
  



Pelancaran kapal angkasa berwarna emas tersebut dilakukan selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan pada 2008. Difahamkan, misi tersebut bertujuan mengesan kehadiran metana di atmosfera Marikh bagi membuktikan kewujudan primitif di planet terbabit.

Kejayaan itu diumumkan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang turut disambut sorakan kumpulan saintis di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India berhampiran Banglore. Narendra Modi juga turut memuji pasukan kejuruteraan India.

         


  

"Tahniah kepada semua dan kepada seluruh negara ... sejarah telah dicipta hari ini Kami telah melampaui sempadan perusahaan manusia dan inovasi.."

Kejayaan misi mengorbit Marikh ini dipuji kerana melibatkan perbelanjaan serendah $74m, sekaligus telah meletakkan India sebagai sebuah kelab peneroka elit Marikh setaraf dengan Amerika Syarikat, Agensi Angkasa Eropah dan bekas Kesatuan Soviet.

Menurut Modi, jumlah perbelanjaan yang digunakan oleh saintis untuk misi ini adalah lebih rendah daripada apa yang dibelanjakan untuk membuat filem Hollywood.

kapal angkasa, yang dipanggil Mangalyaan dalam bahasa Hindi, telah bertujuan untuk mempamerkan keupayaan negara untuk mereka mencipta, merancang, mengurus dan mengendalikan misi dalam ruang angkasa. 

           


Sebelum ini, India telah berjaya menghantar puluhan pelancaran satelit, termasuk menghantar Chandrayaan-1 sebagai pengorbit bulan, yang menemui bukti utama kewujudan air di Bulan pada tahun 2008.

Alat pengorbit ini dijangka akan mengelilingi planet Marikh selama enam bulan, kira-kira 500km di atas permukaannya. Instrumen saintifiknya akan mengumpul data dan menghantar kembali ke Bumi.

Lima instrumen solar akan membantu menentukan bagaimana sistem cuaca di Marikh dan apa yang berlaku kepada air yang dipercayai pernah wujud di Marikh dalam kuantiti yang besar.

Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dapat tiba di planet tersebut manakala lebih separuh misi penjelajahan ke Marikh gagal termasuk cubaan Jepun pada 2003 dan China pada 2011 dalam laporan AFP.

~Sumber : Aljazeera /  BBC