Brazil bebaskan nyamuk "baik" untuk perangi Demam denggi

Penyelidik Brazil di Rio de Janeiro telah membebaskan ribuan nyamuk yang dijangkiti dengan sejenis bakteria intersel yang dikenali sebagai Wolbachia. Bakteria intersel ini difahamkan berupaya untuk menyekat kes demam denggi daripada merebak kerana ciri-ciri bakteria tersebut tidak boleh berjangkit kepada manusia.

 


Tujuan pembebasan nyamuk ini adalah untuk membiak-piakan nyamuk berbakteria ini agar menjadi kumpulan majoriti nyamuk, sekali gus mengurangkan kes-kes penyakit ini. Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada program pengcegahan yang juga berlaku di Australia, Vietnam dan Indonesia. 




Program bermula pada 2012, diketuai oleh  Luciano Moreira dari Institut penyelidikan Brazil Fiocruz, di Brazil. Menurutnya pasukannya melakukan lawatan mingguan ke empat kawasan menjadi sasaran di Rio.

Di situ,nyamuk dikumpul dan dianalisis selepas pengumpulan dalam perangkap khas. 

"Ketelusan dan maklumat wajar bagi isi rumah adalah keutamaan." katanya.

Sepuluh ribu nyamuk akan dikeluarkan setiap bulan selama empat bulan dengan keluaran pertama di Tubiacanga, di utara Rio. 




Bakteria 'baik' 

Wolbachia bakteria didapati dalam 60% daripada serangga. Ia bertindak seperti vaksin bagi nyamuk yang membawa denggi, Aedes aegypti. Bakteria ini melawan virus denggi membiak dalam nyamuk tersebut.

Wolbachia juga mempunyai kesan ke atas penghasilan semula. Jika nyamuk jantan yang tercemar mempersenyawakan telur nyamuk betina yang tidak tercemar, telur ini tidak bertukar menjadi larva.
Jika nyamuk jantan dan betina yang tercemar atau jika hanya nyamuk betina yang mempunyai bakteria, semua generasi akan datang nyamuk akan membawa Wolbachia. Hasilnya, nyamuk Aedes dengan Wolbachia menjadi dominan.

Di Australia ini berlaku dalam tempoh 10 minggu secara purata. Penyelidikan pada Wolbachia bermula di Universiti Monash di Australia pada tahun 2008, di mana penyelidik membenarkan nyamuk untuk menggigit lengan mereka sendiri selama lima tahun namun,terdapat kekangan untuk meneruskan projek ini kerana bimbang Wolbachia boleh menjangkiti manusia dan haiwan domestik.
~ sumber : BBC News