Hidangan Cendol Unik Pelbagai Perisa.

Hidangan cendol unik dengan nama yang agak pelik seperti cendol, cenlut, cengong, cenlutgong, cendi, cenbu, cenpai, cenyan, cenlutnyan dan cenlutgongyan memberikan tarikan istimewa penggemar dessert cendol ke Gerai Olala Mempelam yang terletak di Mergong.


Gambar dr Sinar Harian


Menurut pemilik gerai, Suhaimi Shuib, idea menghasilkan aneka jenis cendol tersebut diperoleh bapa mertuanya, ketika mengunjungi bandaraya Melaka suatu ketika dahulu. Kesungguhan bapa mertuanya mencampurkan pelbagai bahan perisa untuk mencipta resepi baru dan unik, ternyata membuahkan hasil yang unik namun masih enak untuk dinikmati pelanggan.

Nama hidangan diperoleh hasil gabungan bahan perisa. Sebagai contoh cenpai adalah gabungan cendol dan tapai, cendi bagi celdol ubi keladi dan cenbu iaitu daripada cendol labu. Keunikan resepi ciptaan sendiri itu hanya boleh dinikmati di gerai mereka dan memang sukar didapati di tempat lain.

Menurut Suhaimi, cendi ataupun cendol ubi keladi hanya disediakan mereka pada hari tertentu bergantung kepada bahan diterima kerana kesukaran memperolehinya. Harga cendol dijual dengan harga RM2 hingga RM4.50 mengikut campuran kuantiti bahan perisa dan citarasa diinginkan pelanggan mereka.

Sambutan yang agak memberangsangkan daripada pembeli menyebabkan meraka kini membuka satu lagi cawangan yang dikendalikan bapa mertuanya di Jalan Putra di sekitar Alor Star Kedah.