Ciri-ciri Dan Kaedah Rawatan Islam Untuk Anak- Anak Autisme

Autisme ialah sejenis penyakit kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.
   


Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".


Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.

Autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

Autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang mereka lihat.

  


Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang berikut:
  • kurang atau tiada kontak mata
  • kurang ekspresi muka
  • tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
  • lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
  • mengulang kata-katanya secara berulang kali
  • kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
  • mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
  • tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin 
  • melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
  • mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu
Sekiranya anda mengenali kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri tersebut, silalah bawa kanak-kanak itu ke klinik/hospital/pakar untuk mengenalpasti diagnosa autisme. Dengan adanya intervensi dalam aspek social dan pendidikan, maka banyak masalah yang berkaitan dengan autisme dapat dikurangkan dan dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak autisme serta ahli-ahli keluarganya.


Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang

Kaedah ini diambil dari blog 'Rawatan Islam Pahang'. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat mencuba dan beramal....


Caranya adalah dengan menyediakan

1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan
minyak habbatussawda.


Bacakan pada air itu :

1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,

2) Ayat kursi

3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.

4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..

5)Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.


Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.

Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan.

Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.


Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37

2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99

3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58

4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55

5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78

Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.

Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.


Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.

Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.


Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.

Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.

~sumber.