Brazil bebaskan nyamuk "baik" untuk perangi Demam denggi

Penyelidik Brazil di Rio de Janeiro telah membebaskan ribuan nyamuk yang dijangkiti dengan sejenis bakteria intersel yang dikenali sebagai Wolbachia. Bakteria intersel ini difahamkan berupaya untuk menyekat kes demam denggi daripada merebak kerana ciri-ciri bakteria tersebut tidak boleh berjangkit kepada manusia.

 


Tujuan pembebasan nyamuk ini adalah untuk membiak-piakan nyamuk berbakteria ini agar menjadi kumpulan majoriti nyamuk, sekali gus mengurangkan kes-kes penyakit ini. Inisiatif ini juga adalah sebahagian daripada program pengcegahan yang juga berlaku di Australia, Vietnam dan Indonesia. 




Program bermula pada 2012, diketuai oleh  Luciano Moreira dari Institut penyelidikan Brazil Fiocruz, di Brazil. Menurutnya pasukannya melakukan lawatan mingguan ke empat kawasan menjadi sasaran di Rio.

Di situ,nyamuk dikumpul dan dianalisis selepas pengumpulan dalam perangkap khas. 

"Ketelusan dan maklumat wajar bagi isi rumah adalah keutamaan." katanya.

Sepuluh ribu nyamuk akan dikeluarkan setiap bulan selama empat bulan dengan keluaran pertama di Tubiacanga, di utara Rio. 




Bakteria 'baik' 

Wolbachia bakteria didapati dalam 60% daripada serangga. Ia bertindak seperti vaksin bagi nyamuk yang membawa denggi, Aedes aegypti. Bakteria ini melawan virus denggi membiak dalam nyamuk tersebut.

Wolbachia juga mempunyai kesan ke atas penghasilan semula. Jika nyamuk jantan yang tercemar mempersenyawakan telur nyamuk betina yang tidak tercemar, telur ini tidak bertukar menjadi larva.
Jika nyamuk jantan dan betina yang tercemar atau jika hanya nyamuk betina yang mempunyai bakteria, semua generasi akan datang nyamuk akan membawa Wolbachia. Hasilnya, nyamuk Aedes dengan Wolbachia menjadi dominan.

Di Australia ini berlaku dalam tempoh 10 minggu secara purata. Penyelidikan pada Wolbachia bermula di Universiti Monash di Australia pada tahun 2008, di mana penyelidik membenarkan nyamuk untuk menggigit lengan mereka sendiri selama lima tahun namun,terdapat kekangan untuk meneruskan projek ini kerana bimbang Wolbachia boleh menjangkiti manusia dan haiwan domestik.
~ sumber : BBC News 


TEKNOLOGI : India Mencipta sejarah Menjejaki Orbit Marikh.

Sebuah kapal angkasa India telah mencapai Marikh dan memasuki orbit planet tersebut pada jam 8.02 pagi(waktu tempatan),merupakan satu pencapaian bersejarah India sebagai negara pertama untuk melaksanakan misi menjejak marikh dengan percubaan sulungnya yang dilancarkan kira-kira 10 bulan lalu. 
  



Pelancaran kapal angkasa berwarna emas tersebut dilakukan selepas India menghantar kapal angkasa tanpa manusia, Chandrayaan ke bulan pada 2008. Difahamkan, misi tersebut bertujuan mengesan kehadiran metana di atmosfera Marikh bagi membuktikan kewujudan primitif di planet terbabit.

Kejayaan itu diumumkan Perdana Menteri India, Narendra Modi yang turut disambut sorakan kumpulan saintis di Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India berhampiran Banglore. Narendra Modi juga turut memuji pasukan kejuruteraan India.

         


  

"Tahniah kepada semua dan kepada seluruh negara ... sejarah telah dicipta hari ini Kami telah melampaui sempadan perusahaan manusia dan inovasi.."

Kejayaan misi mengorbit Marikh ini dipuji kerana melibatkan perbelanjaan serendah $74m, sekaligus telah meletakkan India sebagai sebuah kelab peneroka elit Marikh setaraf dengan Amerika Syarikat, Agensi Angkasa Eropah dan bekas Kesatuan Soviet.

Menurut Modi, jumlah perbelanjaan yang digunakan oleh saintis untuk misi ini adalah lebih rendah daripada apa yang dibelanjakan untuk membuat filem Hollywood.

kapal angkasa, yang dipanggil Mangalyaan dalam bahasa Hindi, telah bertujuan untuk mempamerkan keupayaan negara untuk mereka mencipta, merancang, mengurus dan mengendalikan misi dalam ruang angkasa. 

           


Sebelum ini, India telah berjaya menghantar puluhan pelancaran satelit, termasuk menghantar Chandrayaan-1 sebagai pengorbit bulan, yang menemui bukti utama kewujudan air di Bulan pada tahun 2008.

Alat pengorbit ini dijangka akan mengelilingi planet Marikh selama enam bulan, kira-kira 500km di atas permukaannya. Instrumen saintifiknya akan mengumpul data dan menghantar kembali ke Bumi.

Lima instrumen solar akan membantu menentukan bagaimana sistem cuaca di Marikh dan apa yang berlaku kepada air yang dipercayai pernah wujud di Marikh dalam kuantiti yang besar.

Sebelum ini, hanya Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia dapat tiba di planet tersebut manakala lebih separuh misi penjelajahan ke Marikh gagal termasuk cubaan Jepun pada 2003 dan China pada 2011 dalam laporan AFP.

~Sumber : Aljazeera /  BBC

KESIHATAN: Mandi Belerang Untuk Menyembuhkan Ekzema


Doktor, ada pendapat menyatakan, mandi belerang boleh menyembuhkan gatal. adakah penyakit ekzema juga boleh sembuh dengan mandi belerang? Selain itu, makan daging tokek, biawak, ular dan lain-lain juga boleh menyembuhkan gatal, termasuk ekzema. Apa pendapat doktor? Terima kasih.

Jawapan: 

Terima kasih atas pertanyaan yang diberikan kepada kami.

Sulfur, baik dalam bentuk sabun, ubat topikal, maupun air mandi, memang disebutkan memiliki kesan membantu memulihkan ekzema, meringankan gejala gatal dan rasa terbakar pada ekzema secara minima. Hasil terbaik boleh diperoleh dengan pemakaian teratur, disamping juga penggunaan losyen yang bersesuaian dengan jenis kulit yang biasanya mengalami ekzema tersebut, yakni kulit kering. Namun, pemakaian berlebihan berisiko membuatkan kulit semakin kering dan akhirnya membuatkan ekzema semakin parah.

Tentang daging tokek, biawak, dan ular untuk penyembuhan gatal, sehingga sekarang kami belum mendapatkan bukti- bukti medik yang mendukung pernyataan tersebut. Selain itu, status halal dan haram daging binatang-binatang tersebut untuk dimakan perlu dipandang serius kerana kita diperintahkan untuk berubat dengan hal-hal yang halal dan menjauhi yang haram.

Semoga bermanfaat.

Dijawab oleh: Dr.Hafidz (Pengasuh Rubrik Kesehatan Konsultasisyariah.com; Indonesia)

Jenayah Siber ;kosongkan akaun dengan hanya satu klik.

Awas! Hanya dengan menekan satu klik pada pautan yang dihantar ke telefon pintar menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) atau WhatApps, kesemua wang di dalam akaun bank anda mungkin akan lesap dalam tempoh tidak sampai seminit.

Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan Internet yang dikesan menghantar sejenis virus atau malware dikenali sebagai Zues Trojan ke telefon pintar yang akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.



Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Hamza Taib berkata, setakat ini pihaknya telah menerima tujuh kes penipuan seumpama itu sepanjang bulan ini yang melibatkan kerugian kira-kira RM60,000.

"Malware ini akan aktif apabila mangsa melakukan daftar masuk ke laman perbankan Internet pada telefon pintar mereka.

"Setelah berjaya daftar masuk, malware ini akan memaparkan pautan palsu yang meminta mangsa memasukkan pelbagai maklumat dan setelah semuanya selesai dalam tempoh kurang seminit, tanpa disedari program terbabit akan bertindak sebagai pencuri maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis JSJK Bukit Aman di sini hari ini.

Hamza berkata, sindiket terbabit dipercayai menghantar virus secara rambang namun majoriti mangsa ketika ini berada di Lembah Klang.

"Nilai kerugian yang paling banyak setakat ini ialah sebanyak RM10,000 yang berlaku di Bukit Merah, Perak," ujarnya.

Menurut beliau lagi, siasatan awal mendapati sindiket terbabit menggunakan nombor telefon dari luar negara bagi menghantar virus.

Difahamkan, pihak polis turut mengesan seorang pemilik akaun yang menyimpan wang daripada mangsa-mangsa penipuan tersebut sebelum memindahkannya ke luar negara iaitu di Ukraine.

Dalam pada itu, Hamza menasihati orang ramai yang menggunakan perbankan Internet agar menggunakan perisian anti-virus dan anti-malware serta sentiasa mengemas kini aplikasi tersebut.




"Di samping itu, fikir sebelum memuat turun sebarang fail atau program serta pastikan sumber tersebut adalah yang sebenar," ujarnya.

~sumber Utusan Malaysia

PELIK!! Janda Termuda Pada Usia 8 Tahun.

Lucknow: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menjadi janda paling muda di India selepas ibu bapanya memfailkan permohonan cerai bagi pihaknya sekali gus mencetuskan perdebatan antara perkahwinan terlarang dan gesaan kerajaan supaya satu siasatan dijalankan ke atasnya.





Akhbar Daily Mail melaporkan, kanak-kanak perempuan itu dikahwinkan ketika berusia empat tahun dengan seorang budak lelaki berusia 10 tahun dari perkampungan yang sama di Uttar Pradesh. 

Bagaimanapun, minggu lalu, empat tahun selepas perkahwinan dilangsungkan, suami kanak-kanak itu yang sudah berusia 14 tahun datang ke rumah keluarga mentuanya untuk membawa isterinya yang kini berusia lapan tahun, pulang ke rumah keluarganya.

  


Timbul kemarahan“Ketika itu, ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit mula menyedari bahawa anak mereka terlalu muda dan meminta suaminya menunggu sehingga dia berusia 18 tahun, sebelum boleh ke rumah keluarga mentuanya.“Permintaan ibu bapa kanak-kanak itu menimbulkan kemarahan kepada keluarga pihak lelaki menyebabkan berlaku pergaduhan dan membuatkan bapa kanak-kanak perempuan itu memfailkan tuntutan cerai bagi pihak anaknya,” lapor akhbar itu.Sementara itu, Suruhanjaya Kebangsaan Bagi Hak Wanita India kini mengambil alih kes itu. 

~AGENSI

PELIK!!! Bapa Bangga Anak Gadis Jadi Ibu Pada Usia 12 Tahun.

Seorang bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menjadi ibu termuda di Britain berkata semalam dia bangga dengan anaknya.
  
Pelajar sekolah yang dihamilkan oleh teman lelakinya berusia 13, semasa masih di sekolah rendah ketika berumur 11 tahun, melahirkan bayi perempuan seberat 3.29kg Ahad lalu.

Semalam, bapa budak perempuan itu berkata dia akan membantu anaknya mengharung kehidupan. Bagaimanapun dia mengaku kecewa kerana hanya mengetahui mengenai anaknya akan melahirkan anak bulan lalu.

Lelaki itu berkata: “Anak saya langsung tidak memalukan saya. Saya bangga dengannya. Malu bukanlah masalah di sini. “Kami tidak mengetahui ini akan terjadi. Kanak-kanak usia sebegini akan membesar dan mempunyai teman lelaki dan sebagainya.
  

  
 “Mereka melakukan sesuatu di belakang ibu bapa. Dan kami tidak tahu apa yang mereka lakukan.” Lelaki itu berasal dari London Selatan sudah berpisah dengan ibu anaknya itu yang kini dalam usia 27 tahun menjadi antara nenek paling muda di Britain.

Dengan menganggap dirinya ‘datuk yang bangga’ dan menggunakan nama samaran untuk melindungi identiti anaknya, dia memberitahu radio LBSC bahawa kedua-dua keluarga akan memberi sokongan kepada pasangan muda itu.

Dia juga menggambarkan teman anaknya sebagai ‘remaja yang hebat.’ “Kami tidak tahu bagaimana ia terjadi. Anda mungkin beranggapan kami mengetahui mereka berasmara di dalam bilik tidur. Tidak.” Dia berkata dia tidak akan membiarkan seorang lagi anak perempuannya yang berusia tiga tahun dan seorang lelaki berumur sembilan tahun melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.
Pasangan kanak-kanak itu berkenalan bertemu pada musim Krismas 2012 di sebuah taman. 
-sumber berita.


SITI IMPIAN : Contoh teladan terbaik untuk wanita.


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

~sumber Halaqah TV9

Ciri-ciri Dan Kaedah Rawatan Islam Untuk Anak- Anak Autisme

Autisme ialah sejenis penyakit kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius oleh ibu bapa disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA) pada tahun 2000, kadar autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia. Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat bayi.
   


Autisme merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani (Greek) iaitu "autos" yang bermaksud sendiri. Justeru itu, kanak-kanak autisme akan menunjukkan gejala "hidup dalam dunianya sendiri".


Kanak-kanak autisme akan mengalami ketidakupayaan dalam perkembangan mental sepanjang hidupnya yang disebabkan oleh otak yang kurang berfungsi. autisme boleh berlaku serentak dengan kecacatan yang lain termasuk kecacatan mental.

Autisme bukan sejenis penyakit yang berjangkit dan meliputi semua jenis kaum, bangsa dan etnik, tidak kira taraf dan status. Kebarangkalian bagi kanak-kanak lelaki dalam menghadapi autisme adalah empat kali lebih banyak daripada kanak-kanak perempuan.

Autisme dapat dikesan pada peringkat awal ketika waktu perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak autisme akan memencilkan diri dan mempunyai masalah pembinaan hubungan social dan emosi dengan orang lain. Mereka tidak dapat memahami apa yang berlaku dalam kehidupan mereka dan apa yang mereka lihat.

  


Kanak-kanak autisme sering memaparkan ciri-ciri yang berikut:
  • kurang atau tiada kontak mata
  • kurang ekspresi muka
  • tidak berkongsi kegembiraan atau minat dengan orang lain
  • lambat atau tidak ada perkembangan bahasa sejak lahir
  • mengulang kata-katanya secara berulang kali
  • kurang bermain permainan yang melibatkan variasi, bermain berpura-pura (seperti bermasak-masak) atau permainan meniru gejala berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya
  • mempunyai keasyikan yang teramat terhadap minatnya sehingga menjadi stereotaip dan terhad
  • tidak suka perubahan terhadap kegiatan rutin 
  • melakukan perbuatan atau gerakan yang sama secara berulang kali seperti bergoyang-goyang, mengepak tangan dan berputar-putar
  • mempunyai keasyikan terhadap bahagian objek yang tertentu
Sekiranya anda mengenali kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri tersebut, silalah bawa kanak-kanak itu ke klinik/hospital/pakar untuk mengenalpasti diagnosa autisme. Dengan adanya intervensi dalam aspek social dan pendidikan, maka banyak masalah yang berkaitan dengan autisme dapat dikurangkan dan dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak autisme serta ahli-ahli keluarganya.


Tips Kaedah Rawatan Islam Pahang

Kaedah ini diambil dari blog 'Rawatan Islam Pahang'. Agak mudah untuk diamalkan ya. Selamat mencuba dan beramal....


Caranya adalah dengan menyediakan

1 tong besar air mineral@filter sebanyak 10 liter dan
minyak habbatussawda.


Bacakan pada air itu :

1) Surah Al-fatihah sebanyak 40x@ hingga 100 kali,

2) Ayat kursi

3) Bacakan 3 Qul setiap satunya 7x.

4) Tiuplah pada anak , air dan minyak habbatussawda sambil mengharapkan kesembuhan dari Allah..

5)Gunakan air itu untuk minuman anak,campurkan dalam susu,teh dll.


Juga gunakan untuk campuran mandian anak. Minyak habbatussawda digunakan untuk urut tangan dan kakinya sebelum tidur setiap hari sambil bacakan fatihah 7x.

Apabila air doa@ruqyah telah habis buatlah ruqyah mudah ini lagi sehingga ketara kesan kesembuhan.

Tips Kaedah Rawatan Islam Al Hidayah (Ustaz Lokman Sg. Pusu)

Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pula , keluarga pesakit autisme akan diberi ayat-ayat berikut untuk diamalkan, disertai doa untuk memohon penyembuhan.


Ayat-ayat tersebut adalah:

1. Surah Az-Zumar ayat 24 hingga 37

2. Surah Al-Hijr ayat 66 hingga 99

3. Surah Yaasin ayat 43 hingga 58

4. Surah Al-Hajj ayat 40 hingga 55

5. Surah Al-Hajj ayat 73 hingga 78

Cara mengamalkan ayat al-Quran tersebut ialah keluarga pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Az-Zumar 3 x pada malam dan surah kedua iaitu surah Al-Hijr 3 x waktu siang.

Amalkan setiap hari selama 3 hingga 4 minggu. Selepas membaca 3x, keluarga pesakit perlu berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. Selepas membaca 2 surah pertama tadi, keluarga pesakit hendaklah mengulang dengan surah berikutnya.


Ibu bapa yang mempunyai anak autisme, jangan berputus asa berikhtiar untuk merawat anak masing-masing.

Jangan anggap anak autisme tidak dapat ditolong lalu hanya berserah kepada takdir. Yakinlah bahawa pertolongan pasti akan datang bagi mereka yang mencarinya.


Hasil pengalaman mereka merawat anak autisme, ada yang menunjukkan perubahan positif dari segi sikap, kecekapan, pertuturan dan keupayaan untuk berdikari.

Yang penting, kita haruslah yakin bahawa segala sesuatu yang berlaku hanya boleh berlaku dengan izin Allah.

Kita harus reda akan ketentuan Ilahi. Maka, jika ada masanya kita merasakan sudah tidak dapat lagi bertahan dan perasaan putus asa mula menguasai, cepat-cepatlah kita ingat bahawa apa yang berlaku adalah ujian daripada Allah SWT.

~sumber.

INFO: Teknik Berdialog Dengan Jin

Assalamualaikum semua.
Kali ini saya akan berkongsi dengan anda teknik dialog.
   
gambar sekadar hiasan- google


Sekiranya dialog terjadi antara perawat dan jin maka soalan yang perlu ditanya adalah:

1) Kamu datang dari mana?
Sekiranya jin memberitahu identiti orang yang menghantarnya, maka janganlah dipercayai dakwaan tersebut 100%. Ini kerana kebiasaannya jin suka menfitnah demi melaga2kan pesakit. Soalan ini ditanya sekadar ingin melihat 'akal'nya sahaja, sama ada dihantar atau sebab2 lain.. Siapa tidak penting... Yang penting jin keluar dari tubuh pesakit.

2)Kamu Islam atau kafir? Agama apa?

Sekerinya kafir pujuklah ia untuk memeluk agama Islam. Kalau tidak mahu tidak mengapa kerana HIDAYAH adalah hak Allah Taala... Saya biasa berdialog dengan jin Kristian, Hindu dan tidak beragama.. Ada di kalangan mereka yang sudi memeluk Islam dan ada yang tidak Ajarlah mereka asas agama secara ringkas seperti:

-Tuhan kamu adalah Allah.
-Nabi kamu adalah Saidina Muhammad saw.
-Kitab kamu adalah al Quran.

Ajarkannya syahadah dan maksudnya sekali dan berikan nama untuknya bergantung kepada jantinya.
Suruhlah ia pergi belajar agama dengan jin2 Islam yang terdapat di masjid2.

3) Kenapa kamu masuk ke dalam badan manusia ini?

Sekiranya kerana dihantar oleh tukang sihir, terangkan hukumnya. Begitulah juga sekiranya ia ingin berdamping, jin saka keturunan yang sudah ada MOU, jin asyiq dan sebagainya..

Jelaskan hukum jin masuk ke dalam badan manusia tetap haram di sisi Allah walau apapun sebabnya.

Sekiranya berdegil dan main2 'seksa'lah ia sepertimana post yang telah lepas.



4) Ada berapa ekor jin dalam badan manusia ini?

Sekiranya jin lebih dari satu maka panggillah ketuanya supaya kita dapat berdialog dengannya.. Tetapi AWAS, kebanyakan dari jin ini hanya menipu dari segi bilangan. Biasanya 1 satu saja yang masuk ke dalam tubuh manusia.. Sekiranya ketuanya setuju untuk keluar maka secara automatik yang lain juga akan keluar.

5) Kamu ini buat perjanjian sebelum keluar dari badan manusia ini?

Selepas di'seksa' biasanya mereka akan setuju untuk membuat perjanjian. Perjanjian tersebut mestilah dibaca oleh mua'lij dan mesti diikuti oleh jin tersebut.

Contoh perjanjian tersebut adalah:

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bahawa dengan ini aku bersumpah dengan nama Allah Taala bahawa aku akan keluar dari tubuh badan manusia ini dan tidak akan kembali kepadanya dan mana2 tubuh manusia lagi. Sekiranya aku melanggar sumpah ini maka layaklah aku mendapat laknat Allah. Sekiranya Allah melaknatku maka semua nabi melaknatku. Semua wali melaknatku. Semua para malaikat, manusia, jin dan semua makhluk akan melaknatku!

Wahai Tuhanku, sekiranya aku bercakap benar maka permudahkanlah aku untuk keluar. Sekiranya aku bohong maka terserahlah kepada manusia ini untuk lakukan apa yang mereka suka kepadaku.

Demi Allah!!! Aku bersaksi dan bersumpah apa yang aku katakan"

Paksalah ia keluar, azan dan tepuklah belakang badannya...
Kebiasaannya ia akan keluar dan tidak akan kembali lagi dengan izin Allah jua!

Selamat mencuba!!!

~sumber Dr Amirul Amin.

RENUNGAN: Dia anugerah Untuk Kita


Memang. Aku yang kandungkan anak ini. 9 bulan. Lama.
Memang aku yang lahirkan dia 6 bulan lepas. Sakit.




Tetapi. Anak aku bukan milik aku. Dia adalah amanah dariNya. Dia milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil semula.

Jadi. Mengapa aku mengeluh untuk melayan dia tak tidur malam dan mahu bermain. Sedangkan aku selamba layan kawan-kawan di kedai mamak sampai ke pagi. Jangan aku lupa, anak ini milik Allah, bila-bila masa Dia boleh ambil balik.

Mengapa pula aku mengeluh kesal bajunya perlu dibeli lagi. Sedangkan baru sahaja dibeli bulan sudah. Sedangkan ramai lagi ibu bapa teringin hendak beli saiz lebih besar lagi. Apakan daya anak mereka lambat membesar pula. Jadi mengapa aku tak bersyukur dan gembira anak aku mengembang sihat. Mengapa aku mengeluh. Lupakah aku. Anak ini milik Allah. Bila-bila masa Dia boleh ambil balik.
 
 

Aku mengeluh lemah lagi tidak mampu menyimpan wang di bank. Setiap bulan ada sahaja kehendak dan keperluan anak ini. Matilah macam ni. Ya Allah. Sedarkah aku. Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak. Lupakah aku Allah itu pemberi rezeki. Dia pemilik kesemua di langit dan di bumi. Termasuklah anak ini. Ingatlah. Bila-bila masa dia boleh ambil kembali.

Aku terus mengeluh. Tengah sedap bersembang di FB, si anak ini merengek mahu diangkat-angkat, diagah-agah pula. Ahhh mana boleh. Nanti jadi manjalah dia. Nah ambil ini dan mainlah sendiri. Allah. Mengapa aku mengabaikan pinjaman Allah ini. Entah berapa ramai yang mengangis merayu dalam sujudnya di malam hari mohon diberikan anak penyeri hidup. Tetapi Allah tak bagi. Allah berikan pada aku. Tetapi mengapa aku mengeluh. Inikan milik Allah. Bila-bila masa Allah boleh ambil kembali.

Ya Allah... Telah Kau berikanku anak sebaik, sesihat dan secantik ini.. Tetapi masih aku banyak bunyi.. Ampunkan aku ya Allah.. Kau panjangkanlah jodoh aku dan dia hingga jannahMu.. Kau berikanku petunjuk dalam melaksanakan amanahMu.. Sesungguhnya aku sering terlupa anak ini bukan milik aku.. Dia milikMu.. Bila-bila masa kau boleh ambil kembali...

~sumber : Dr.Amirul Amin

TRAGIS!! Bayi perempuan parah digigit biawak di Tioman


Seorang bayi perempuan berusia lapan bulan parah digigit biawak di rumahnya di kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman, kira-kira jam 10 pagi semalam. Kejadian terbabit disedari ibunya yang berusia 20-an sebelum membawanya ke Klinik Desa Kampung Tekek dan kemudian dirujuk ke Hospital Mersing.
   

 
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu di pondok polis Kampung Tekek, malam tadi.

Johari berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan termasuk meminta Jabatan Perhilitan Pahang melakukan pemeriksaan di kediaman mangsa.

Beliau juga berkata kes berkenaan adalah pertama kali dilaporkan di pulau itu membabitkan biawak menyerang manusia.

Difahamkan, bayi berkenaan di hantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk rawatan susulan. 


~ sumber BH

UNIK!! Kilang sabun Nabulsis di Tebing Barat, Palestin (11 Gambar)


Walaupun sering menjadi mangsa serangan Tentera Zionis Yahudi namun, bumi barakah Palestine masih bersemarak dengan pelbagai keajaiban dan rahsia yang pasti amat mengkagumkan.  Kesengsaraan dan keutuhan semangat dan takwa dalam diri warga palestine menyebabkan mereka mampu menggunakan akal dengan begitu kreatif dan berjaya. 

Terbaharu adalah berkenaan kemampuan penduduk palestine menjayakan kilang sabun Nabulsis di Tebing Barat, Palestin secara manual. Sabun Nabulsis merupakan antara sabun terbaik di dunia yang hanya boleh didapati di Palestin.

Kalau bukan kerana penjajahan dan serangan pengganas Israel, keterlibatan kuasa-kuasa Barat, dayusnya negara-negara Arab yang berjiran dan lalainya Persidangan Negara-negara Islam serta sekatan terhadap Palestin, nescaya bumi yang diberkati ini akan berkembang maju dan pesat dengan hasil dan produk dalam negeri untuk dieksport.

Justeru itu, tugas kita semua sebagai umat islam yang prihatin adalah dengan tetap memberi bantuan dan sokongan kepada Palestin serta memberi tekanan supaya Palestin dapat dibebaskan sepenuhnya.
Kita turut bertanggungjawab ke atas isu Palestin.














INFO: Hukum Menukar Jantina

Setiap apa yang kita lakukan mestilah selari dengan syariat dan ia semestinya berlandaskan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w adalah agama yang Syumul yakni lengkap@sempurna. Setiap apa yang kita lakukan hari ini semuanya terikat dengan hukum hakam. Ya, hukum hakam yang di gali dari Al-Quran, Hadith Nabi, Ijmak dan Qiyas.
  


Kajian secara mudah hukum menukar jantina
Mari kita kaji secara mudah dan senang difahami mengenai hukum menukar jantina.
Menukar jantina ialah menukar jantina seseorang melalui proses pembedahan dari lelaki menjadi perempuan, atau dari perempuan menjadi lelaki, atau dari khunsa menjadi salah satu dari dua jantina.

Taghyir dan Takmil

Perlu dinyatakan di sini bahawa terdapat dua bentuk pembedahan menukar jantina, iaitu:

1. Taghyir atau Tabdil (Menukar jantina)
2. Takmil (Menyempurnakan jantina)
Apa perbezaan di antara Taghyir atau tabdil (Menukar jantina) dengan takmil (menyempurnakan jantina)??

Ciri-ciri Taghyir atau tabdil ialah:
Seorang lelaki yang sempurna/normal kejadian jantina luarannya (alat seksnya-zakar) bersesuaian dengan organ jantina dalaman, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina wanita. Atau seorang wanita yang kejadian jantina luarannya (faraj) sempurna/normal dan bersesuaian dengan organ jantina dalamannya, kemudian dia menukar jantinanya kepada jantina lelaki.

Ciri-ciri Takmil ialah:
1. Seorang dilahirkan dengan dua alat kelamin (zakar dan faraj), kemudian dia melakukan pembedahan untuk mematikan salah satu dari dua alat kelaminnya, dengan menghidupkan yang satu lagi. Dia menghidupkan salah satu alat kelaminnya bersesuaian dengan organ kelamin dalamannya. Tujuan pembedahan ini ialah untuk memperjelaskan identiti jantinanya yang sebenar.
2. Seseorang dilahirkan dengan alat kelamin yang tidak sempurna, contohnya keadaan zakar seorang lelaki atau faraj seorang wanita tidak berlubang. Lalu dia menjalankan pembedahan untuk membuat lubang di bahagian yang sepatutnya.

Hukum Taghyir dan Takmil

a. Hukum Taghyir - mengubah status kelamin, dari lelaki ke perempuan atau sebaliknya.
Islam mengharamkannya dengan alasan:

1. Firman Allah Taala:
Ertinya: Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan wanita dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
(surah al-Hujarat, 13)

Pengajaran ayat di atas:
Seluruh manusia sama taraf dan kedudukkannya di sisi Allah tanpa memandang jantina dan kaum. Yang menjadi penentu kemuliaan hanyalah ketakwaan kepada Allah. Anugerah jantina yang normal perlu disyukuri. Menukar anugerah tersebut bermakna mengengkari nikmat tersebut.

2. Firman Allah Taala:
Dan saya (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotong-motongnya, dan akan saya suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), maka sungguh mereka mengubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain dari Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.
(Al-Nisa', 119)

Pengajaran ayat di atas:
Menurut beberapa orang ahli tafsir, bahawa antara perkara-perkara yang boleh dianggapa sebagai mengubah ciptaan Allah yang diharamkan ialah:
Homoseks, lesbian, membuat tato, mencukur alis mata dan berpakaian dan bertingkah laku dengan lawan jantinanya.
Dengan ini menukar jantina yang telah dianugerahkan juga termasuk di dalam - Mengubah ciptaan Allah yang diharamkan.

3. Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan enam imam lainnya, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Allah mengutuk para wanita tukang tato, yang minta ditato, yang menghilangkan bulu muka, yang minta dihilangkan bulu mukanya, dan para wanita yang memotong giginya - Yang semuanya itu dikerjakan dengan tujuan untuk kecantikan dengan mengubah ciptaan Allah."

Pengajaran dari Hadis:
Rasulullah menyenaraikan sebahagian dari perbuatan-perbuatan yang dianggap mengubah ciptaan Allah yang dilarang. Melihat kepada ciri perbuatan-perbuatan berkenaan, maka dapatlah kita simpulkan bahawa menukar jantina juga termasuk di dalam mengubah ciptaan Allah yang dilarang oleh Allah dan RasulNya.

b. Hukum Takmil
Islam mengharuskannya. Alasannya ialah:

1. Untuk menarik kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan.
Maslahat bagaimana? Dan mudarat bagaimana?
Mudarat yang diperolehi ialah, kewujudan kaum pondan (dilahirkan dengan dua kelamin) boleh mengakibatkan pelbagai penyakit sosial. Antaranya ialah gejala homoseks yang boleh mengakibatkan tersebarnya kuman HIV. Teknologi perubatan pada hari ini mampu mengatasi masalah pondan ini dengan melakukan pembedahan menyempurnakan alat kelamin mereka. Dan Islam memandangnya sebagai baik dan bagus, kerana maslahat yang dicapai hasil dari pembedahan itu nanti lebih besar dari kemudaratannya.

2. Cuba lihat sekali lagi dalil-dalil yang digunakan didalam menghukumi keharaman Taghyir (mengubah jantina). Allah dan RasulNya melarang umat Islam dari mengubah ciptaan Allah. Jadi timbul satu persoalan di sini, bukankah melakukan pembedahan untuk menyempurnakan jantina seseorang itu juga termasuk di dalam apa yang dikatakan sebagai mengubah ciptaan Allah? Memang benar, jika pengubahan itu tidak mendatangkan apa-apa maslahah/kebaikan atau menyebabkan mudarat maka haram hukumnya. Sebaliknya jika pengubahan itu dapat menghasilkan maslahah yang lebih besar serta dapat menghindarkan mafsadah/kerosakan, maka Islam membenarkannya.

Apakah status mereka yang mengubah jantina?
Kita perlu melihat kepada tujuan mereka. Seandainya atas tujuan:

i. Taghyir (mengubah), maka mereka tetap dengan status asal jantinanya. Walaupun seseorang perempuan selepas pembedahan telah menjadi seorang lelaki, namun Islam masih memandangnya sebagai seorang wanita. Dari itu apa sahaja hukum-hakam berlaku ke atasnya sebagai seorang wanita, bukan lelaki. Samada hukum-hakam mengenai warisan, aurat, perkahwinan dan sebagainya.
ii. Takmil, maka mereka berstatus dengan jantina selepas proses bedah dijalankan. Segala hukum-hakam berjalan menurut status tersebut.

Khatimah

Setelah menatap dengan penjelasan hukum di atas, kita kaitkan pula dengan petikan akhbar berita harian tersebut. Secara pemerhatiannya, isu Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz ini adalah termasuk dalam Taghyir, iaitu mengubah status kelamin / jantina yang telah nyata HARAM secara Ijmak dalam Islam.

Firman Allah S.W.T
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakan untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah] dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakan untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." ~ Al-A'raaf : 179.

Firman Allah S.W.T :
"Dan Kami telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit jua pun bagi mereka kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah diliputi oleh keseksaan, yang dahulu mereka sering memperolok-olokkannya." [Al-Ahqaf : 26]

Firman Allah S.W.T lagi :
"Maka di antara mereka ada yang celaka dan ada yang berbahagia." [Hud : 105]

Firman Allah S.W.T dan lagi :
"Segolongan masuk syurga dan segolongan masuk neraka." [Asy-Syura : 7]

Allah S.W.T dalam ayat di atas telah menerangkan dan menghuraikan tentang perkara yang menyebabkan terjerumusnya manusia ke dalam kesesatan. Allah S.W.T menjelaskan ramai manusia menjadi isi neraka Jahannam, begitu juga mereka yang masuk syurga sesuai dengan amalan masing-masing.

Kita bermohon kepada Allah S.W.T agar kita dijauhkan dari segala macam kesesatan, tidak mengambil ringan akan 'Amar Makruf Nahi Mungkar', sehingga berleluasa kemaksiatan dan kerosakkan dalam masyarakat dan juga kita bermohon kepada Allah S.W.T agar kita mampu melihat dunia ini dengan neraca Islam pada setiap saat dan ketika.

Wallahu'alam Bishawab..

~sumber : Ustaz Kamarol Azli Bahari (Pusat Rawatan As Sunnah)

IKTIBAR!! Azab awal Jenazah Orang yang Menukar Jantina.

SOALAN: Ustaz, Saya mempunyai seorang abang yang berperwatakan agak lembut. Ketika berusia 22 tahun, dia merantau ke Kuala Lumpur. Selepas enam tahun di kota raya, dia telah jatuh sakit dan terpaksa dibawa pulang ke kampung untuk berubat. Akhirnya Dia meninggal dunia semasa proses rawatan masih berjalan. Apa yang menjadi masalah pada waktu itu ialah keadaan abang saya yang telah bertukar bentuk fizikal (berambut panjang, bercukur bulu kening, mempunyai payu dara dan alat kelamin wanita). Menjadi persoalan bagaimana kami ingin menguruskan jenazahnya memandangkan Imam yang dipanggil tidak mahu menguruskan jenazahnya. Adakah betul dengan tindakan Imam tersebut. Harap ustaz dapat jelaskan.

 
gambar hiasan - google


JAWAPAN: Sebelum saya huraikan dengan panjang lebar, kita tengok dahulu apa pandangan Islam dalam hukum menukar jantina. Hukum menukar jantina adalah haram dan berdosa kecualilah dilahirkan dengan dua alat kelamin atau alat ke lamin yang tidak jelas (khunsa).

Dalam kes ini, pembedahan boleh dilakukan dengan nasihat doktor pakar berdasarkan mana satu jantina yang lebih dominan (kecenderungan) seksnya. Sekiranya dia lahir secara normal dan mempunyai alat jantina yang jelas, haram menukarnya sesuka hati kerana Allah SWT telah menciptanya dengan sempurna. Jika berlaku juga pembedahan, maka setelah kematiannya, dia akan diselenggarakan menurut pendaftarannya di dalam kad pengenalan atau surat beranak. Jika termaktub lelaki, walaupun jantinanya telah ditukar, maka dia akan kembali kepada hukum asalnya sebagai seorang lelaki. 
   
gambar hiasan-google


Abu Daud meriwayatkan kata-kata Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w melaknat kaum lelaki yang memakai apa yang dipakai oleh kaum wanita dan juga kaum wanita yang memakai apa yang dipakai oleh kaum lelaki.

Sebak dan sedih juga apabila saya membaca soalan yang dikemukakan ini kerana spontan telah mengembalikan nostalgia lama saya. Saya pernah merasai pengalaman menguruskan jenazah sebegitu beberapa tahun lalu. Kebetulan, ada ahli keluarga si mati yang mengenali saya. Saya telah dipanggil oleh keluarga tersebut untuk membantu imam yang bertanggungjawab dalam pengurusan jenazah di kampung tersebut.

Masalahnya memang sama dengan masalah yang disebutkan, malah imam tersebut juga berperangai sama dengan imam yang saudara alami. Sikapnya begitu menguji kesabaran saya kerana tidak henti-henti membebel dan mengomel pelbagai tohmahan yang mengaibkan keadaan jenazah.

Sewajarnya, Imam tidak boleh mengaibkan keadaan jenazah kerana sikap sebegitu telah lari daripada ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang pengendali jenazah. Dosa yang dilakukan si mati semasa hidupnya, biarlah Allah SWT yang tentukan. Kita yang hidup ini, jalankanlah tanggungjawab menunaikan fardu kifayah dengan sebaiknya.

Ingatlah… Islam adalah agama yang mementingkan hubungan persaudaraan sesama Islam baik dalam keadaan susah atau senang. Sikap yang ditunjukkan oleh imam itu amat dikesali kerana akan mengundang pelbagai fitnah oleh masyarakat sekeliling terhadap keluarga si mati. Oleh kerana itulah pembelajaran ilmu agama amat penting. Sesungguhnya, ilmu Allah ini amat luas dan banyak untuk dipelajari. Semoga Allah mengampunkan dosa si mati.

Sememangnya, tidak dinafikan bahawa terdapat segolongan lelaki yang diciptakan Allah dengan sifat lembut seperti wanita, tapi ada juga di kalangan mereka yang berumah tangga dan dianugerahkan zuriat. Namun diingatkan, ia bukanlah tiket untuk golongan ini menukar jantinanya daripada seorang lelaki kepada wanita dengan cara melakukan pembedahan membuang zakar dan membentuk kemaluannya sebagai faraj wanita serta melakukan suntikan hormon untuk membentuk sepasang payudara. Hukumnya adalah haram. Amalan sebegini amat dilarang di dalam Islam kerana ia termasuk mengubah ciptaan Allah. 
 


Tidakkah kita berasa gerun dengan perkataan haram? Setiap perbuatan haram akan mengundang dosa dan balasannya di akhirat nanti ialah api neraka yang membakar-bakar. Hukuman di akhirat adalah berbentuk selama-lamanya dan tiada penghujung. Bayangkanlah jika kita diseksa dalam api neraka yang panas membakar tanpa henti. Jika tangan tercurah air panas sedikit pun tidak tertahan seksaannya, apatah lagi selama-lamanya.

Renung-renungkanlah wahai saudaraku Saya selaku seorang pendakwah tidaklah sesekali berniat menghina golongan yang menukar dan mengubah ciptaan Allah ini, kerana mereka adalah orang ‘sakit’ yang memerlukan bantuan perubatan secara kerohanian. Mereka perlu dibimbing dan diberi motivasi agar sentiasa mengingati Allah dan agama Islam (bagi mereka yang beragama Islam).

Buat mereka yang telah terlajak menukar jantinanya, insaflah dan bertaubatlah. Sedarlah… masih ada kesempatan untuk kalian bertaubat sebelun Allah menjemput pulang bertemu dengan-Nya. Sebagai rumusan, apa yang boleh saya simpulkan ialah setiap perkara yang Allah ciptakan, tentu ada hikmah di sebaliknya. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui daripada sekalian makhluk yang ada di muka bumi ini.

SERAM!!! Anak Patung Menakutkan Ditemui Di Hougang Singapura

Warga twitter di Singapura kecoh semalam apabila sebuah anak patung dengan mata di tutup dengan kain putih bertulisan ayat AL-Quran dijumpai diletakkan di tepi sebatang pokok di hougang, Singapura.

Apa yang menyeramkan, adalah wajah anak patung tersebut yang menyeramkan. Terdapat juga dakwaan anak patung yersebut bergerak-gerak dengan sendirinya!!

Menurut beberapa pengguna twitter, patung itu adalah milik seorang yg dikenali sebagai Narcosis (@S_chadenfreude) di laman twitter.


Menurut Narcosis, anak patung itu adalah kiriman pos dari seseorang.Menurutnya lagi, anak patung itu bukan seperti anak patung biasa. ia sebenarnya berpuaka! beliau juga menerangkan mengapa mata anak patung itu harus ditutup dgn kain.


class="separator" style="clear: both; text-align: center;">

Ada Apa Dengan Cabaran Baldi Ais??

Cabaran Baldi Ais atau Ice Bucket Challenge kini menjadi trend di seluruh dunia.Namun dalam kita tak sedar, Cabaran Baldi Ais sebenarnya boleh mendatangkan risiko kepada mereka yang menghidap tekanan darah tinggi.

 
Pengkaji Kesihatan Awam, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Madya Dr Zaleha Md Isa berkata, aktiviti sebegini perlu dielakkan bagi golongan tersebut.
"Kajian menunjukkan mereka yang mempunyai darah tinggi boleh mendapat risiko ekoran menyimbah ais ke badan mereka. Perubahan suhu badan secara mendadak akibat perbuatan ini boleh meningkatkan tekanan darah dan menjadi lebih teruk," katanya kepada Bernama.
  
Beliau mencadangkan ujian klinikal dilakukan bagi mengesan kesannya sebelum sebarang acara ini dianjurkan.

"Di United Kingdom, dilaporkan seorang remaja meninggal apabila dia melakukan cabaran dengan terjun ke dalam air," tambahnya.
Namun Dr Zaleha berkata, Cabaran Baldi Ais adalah baik kerana ia mendatangkan kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) dan ia dilakukan bagi memungut derma untuk tujuan tersebut. - Bernama

~sumber : Sinar Harian

Hidangan Cendol Unik Pelbagai Perisa.

Hidangan cendol unik dengan nama yang agak pelik seperti cendol, cenlut, cengong, cenlutgong, cendi, cenbu, cenpai, cenyan, cenlutnyan dan cenlutgongyan memberikan tarikan istimewa penggemar dessert cendol ke Gerai Olala Mempelam yang terletak di Mergong.


Gambar dr Sinar Harian


Menurut pemilik gerai, Suhaimi Shuib, idea menghasilkan aneka jenis cendol tersebut diperoleh bapa mertuanya, ketika mengunjungi bandaraya Melaka suatu ketika dahulu. Kesungguhan bapa mertuanya mencampurkan pelbagai bahan perisa untuk mencipta resepi baru dan unik, ternyata membuahkan hasil yang unik namun masih enak untuk dinikmati pelanggan.

Nama hidangan diperoleh hasil gabungan bahan perisa. Sebagai contoh cenpai adalah gabungan cendol dan tapai, cendi bagi celdol ubi keladi dan cenbu iaitu daripada cendol labu. Keunikan resepi ciptaan sendiri itu hanya boleh dinikmati di gerai mereka dan memang sukar didapati di tempat lain.

Menurut Suhaimi, cendi ataupun cendol ubi keladi hanya disediakan mereka pada hari tertentu bergantung kepada bahan diterima kerana kesukaran memperolehinya. Harga cendol dijual dengan harga RM2 hingga RM4.50 mengikut campuran kuantiti bahan perisa dan citarasa diinginkan pelanggan mereka.

Sambutan yang agak memberangsangkan daripada pembeli menyebabkan meraka kini membuka satu lagi cawangan yang dikendalikan bapa mertuanya di Jalan Putra di sekitar Alor Star Kedah.



ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH

Islam itu indah, islam itu ketenangan.  Islam membawa kejelasan dan kebenaran. Tidak sesekali mengundang keserabutan, kabur dengan ulasan  misteri dan penuh tanda tanya. Islam bukan hanya perlu mengiakan tanpa bukti.. Islam tidak membuatkan hambanya bodoh dengan hanya mengangguk - angguk. Buktinya, banyak ayat yang menyuruh kita berfikir dalam al-quran... Islam bukan seperti agama Nasrani yang bila ditanya tentng kenapa tuhan itu 3 dalam 1. Paderi meraka hanya menjawab dengan dua jawapan. tidak mempercayainya kafir namun tuhan 3 dalam 1 itu adalah MISTERI.....

Islam juga bukan ikutan kosong mentaati membuta tuli tanpa periksa. mengiyakan sahaja kata para ulama walaupun tiada bukti dari nas yang sahih. bukan seperti kristian walaupun Nabi Isa AS mengatakan AKU BUKAN tuhan di dalam BIBLE .. namun mereka tetap percaya pada paderi mereka yang mengatakan Isa AS itu tuhan..

 

Islam itu indah penuh kedamain bukan misteri tanpa jawapn... hanya perlu menuruti tanpa soal..... kasihnya al-imam Syafie pada imam Malik hanya Allah yang tahu. namun ada kalanya al-imam Syafie berbeza pandangan dalan banyak hal dengan Imam malik....berfikirlah tentang islam dengan hati yang tenang. ISLAM ITU MUDAH DAN INDAH. bukan sukar dan payah..

Sunnah Rasulullah Ketika Minum

Tags
Assalamualaikum, entry kali ini saya mahu kongsikan satu amalan mudah atau sunnah Rasulullah SAW ketika baginda meminum air. Rasulullah  SAW bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan Baginda sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku, percakapan dan sikap Baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan dikehendaki oleh Allah SWT untuk dicontohi oleh umat manusia. Ada beberapa perkara yang kita mungkin sudah tahu namun masih lagi terlepas pandang atau sengaja buat- buat lupa...Jadi, di sini admin cuba kongsikan sedikit perkongsian yang dipetik daripada siaran "Fattabioni" yang mana telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu yang biasanya akan disiarkan dalam saluran Al-Hijrah.

 




1. Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan. (H.R At-Tarmizi) 
     -Minum dengan 3 nafas.
  • Abra' (Melepaskan penyakit)
  • Arwa' (Menghilangkan kehausan)
  • Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
2. Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan. (Bhukhari) 

   - Rasulullah suka minuman manis yang sejuk.
Baginda mencampurkan air dengan kismis, madu atau tamar pada waktu malam, baginda akan minum pada waktu siang.
Baginda meminum susu dengan mencampurkan dengan air sejuk.
Baginda minum sawiq iaitu tepung gandum yang dilarutkan dalam air kerana memberikan kelapangan dada dan kecerdasan badan. 3. Duduk dan minum. Nabi SAW melarang minum dengan berdiri. (Zaadul maad)
4. Air dan segala minuman yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum. (Khasall Nabawi)
5. Jangan tiup ke dalam air panas untuk menyejukkannya. (Abu Daud)
6. Jangan minum daripada bekas cawan yang sumpik atau pecah. (Abu Daud)
7. Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan & minum. (Tarmizi)
8. Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air, botol, dan lain-lain, tetapi satu gelas atau mangkuk kecil. (Abu Daud ).

Jom sama-sama kita amalkan. Semoga hidup kita lebih diberkati. Amiin..