PELIK!! ''Cinderella Surgery'' Trend terbaharu Eropah Yang Kian Menular Di Asia.

Kita semua sering mendengar orang yang mempunyai hidung, kerja bodoh dan liposuction (sedut lemak). Dan kini Eropah, muncul pula trend terbaru yang semakin popular di Amerika iaitu trend pembedahan kaki atau dikenali sebagai "Cinderella Surgery". Wanita Amerika terdesak untuk kelihatan lebih baik sama ada dalam kasut atau hanya muat dalam saiz yang lebih kecil sehinggakan mereka terdorong untuk mengubah bentuk dan saiz kaki mereka melalui pembedahan.




"Cinderella Surgery", adalah prosedur kecantikan untuk membentuk jari kaki agar kelihatan sempurna memakai high heels. Pembedahan itu diasaskan pada fakta bahawa kebanyakan orang mempunyai jari kaki yang tidak rata. Fungsi pembedahan ini adalah untuk memanjangkan atau memendekkan jari kaki agar kelihatan rapi serta untuk membuang tulang. Awalnya, pembedahan ini popular di Amerika Syarikat dan kini telah tersebar hingga ke negara lain.

Dr Ali Sadrieh, pakar penyakit kaki di Evo Advanced Foot Surgery di California, memberitahu New York Times bahawa pembedahan ini telah menjadi begitu popular bahawa dia mencipta nama-nama baru untuk prosedur. Dengan demikian terciptalah teknik 'Perfect 10' bagi pembedahan pemendekan jari kaki dan 'Model T' bagi pembedahan memanjangkan jari kaki.

Dr. Jason Hargrave mengatakan bahawa pembedahan ini boleh mewujudkan mimpi wanita yang ingin tampil sempurna memakai killer heels ( lebih dari 10 cm) yang popular di siri "Sax and the City". Kebanyakan pesakit tidak boleh memakai high heels yang bahagian depannya terbuka kerana jari kaki mereka kelihatan hodoh.

Paulina Charlikowska salah satu wanita yang melakukan pembedahan ini rela berhabiskan wang hingga US $7,500. Oktober tahun lalu Paulina memutuskan untuk memendekkan jari kedua dan ketiganya sekitar 1 cm di klinik Dr. Jason.

Sebelum dan selepas pembedahan Cinderella.

Selepas pembedahan..Mengambil masa untuk sembuh.

Contoh kaki Pelanggan yang menjalani pembedahan Perfect 10.

~sumber.

NGERI!!! Kepala Mangsa Kemalangan Hancur Dihempap Karton Minuman Keras

Seorang lelaki maut dalam kemalangan ngeri yang membabitkan pacuan empat roda dan sebuah treler. Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dipercayai akibat terhimpit dengan beberapa karton minuman keras yang dimuatkan dalam pacuan empat roda Toyota Hilux miliknya selepas kenderaan itu melanggar belakang sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 55.7, Lebuhraya Utara-Selatan kira- kira jam 5.40 pagi semalam.

Kemalangan ngeri itu menyebabkan anggota bomba terpaksa mengutip cebisan otak mangsa berusia 30 tahun dan berasal dari Jitra yang tidak bernyawa di dalam kenderaan itu.

Difahamkan, kenderaan Toyota Hilux terbabit sarat dengan minuman keras dipercayai dalam perjalanan dari Alor Setar menuju ke Sungai Petani sebelum melanggar belakang sebuah treler membawa muatan simen dari arah sama menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu kenderaan itu dikatakan gagal mengelak treler terbabit yang secara tiba-tiba memasuki lorong kanan menyebabkannya terus melanggar bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Alor Setar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Izham Abdul Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.58 pagi dan dimaklumkan mangsa parah akibat tersepit dalam kenderaan.



~Sumber: Berita

TERKINI : Projek Lebuh Raya Rakyat bermula,Kerajaan Kelantan sasarkan siap 2017.

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dapat memulakan kerja projek lebuh raya rakyat yang telah diadakan majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya pada 28 Mei 2012 yang lalu oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar ketika itu. 



Demikian dinyatakan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dalam satu kenyataan, semalam.

Maka bermula semalam, ujarnya kerajaan negeri secara rasminya memulakan kerja pembinaan lebuh raya bermula di Bukit Tiu Machang sehingga ke Dusun Damar Kuala Krai iaitu sepanjang 30.5 km yang meliputi laluan empat lorong dua hala bagi fasa yang pertama.

"Berkenaan duit wakaf terkumpul sebanyak RM3.1 juta yang diderma oleh rakyat akan digunakan untuk pembinaan jambatan yang akan kita namakan sebagai jambatan rakyat," jelasnya.

Katanya, kerajaan masih lagi membuka peluang kepada rakyat untuk menderma bagi memperolehi pahala yang berkekalan juga sebagai amal jariah nanti.

"Semoga lebuh raya rakyat ini akan menyelesaikan masalah kesesakan dan sama-sama kita berdoa dapat disiapkan sepenuhnya penghujung tahun 2017 nanti, insya Allah," ujarnya.

~Harakahdaily

UNIK!!!! Karya Jahitan Wajah di Telapak Tangan

Allah kurniakan kemahiran dan kebolehan dalam pelbagai bentuk kepada manusia. Kemahiran tersebut apabila diinspirasikan akan membentuk sesuatu yang unik dan luar biasa. Sebagai contoh, seorang artis di Eropah yang dikenali sebagai David Cata menjadikan salah satu anggota badan iaitu tangan sebagai tempat menzahirkan karya seninya. Tanpa rasa gerun David Cata menjadikan telapak tangannya sebagai media karya seni menjahit di kulitnya sendiri .



Seniman berasal dari Veriero , Sepanyol , ini membuat cross stich wajah manusia yang terdekatnya di telapak tangan . Ia juga mendokumentasikan proses menjahitnya dalam sebuah video . Sejauh ini David sudah membuat 20 karya dan mengambil gambarnya sebelum dibongkar lagi .




David hanya memperuntukan masa empat jam untuk menyelesaikan satu karya . Ia menisik lapisan pertama kulitnya dengan jarum jahit yang dilengkapi benang . Jalinan benang itu dijahit mengikuti pola hingga membentuk wajah seseorang dengan terperinci mengagumkan .

~sumber : Zamrispoon

MENAKJUBKAN!!! Seni Ukiran Wajah Manusia Pada Akar Buluh.

Huynh Phuong Do seorang juru ukir yang telah berkecimpung selama tujuh tahun dalam bidang ukiran. Namun Phuong Do seniman yang berasal dari Vietnam ini bukanlah sekadar juru ukir biasa tetapi telah menghasilkan beberapa karya yang agak unik dan menakjubkan. Sepanjang penglibatannya, Phuong Do telah mengukir banyak ukiran wajah manusia pada akar buluh. Karyanya termasuklah ukiran wajah bebarapa tokoh sejarah .


 
Hasil karyanya ini membuatnya menjadi popular di Vietnam . Phuong Do telah mengukir di kayu sejak berusia 15 tahun. Ketika dia tinggal di Hoi An , Vietnam , Phuong sangat dikenali sebagai " Vietnam Bamboo Village " .Karya - karyanya yang unik ini terispirasi ketika tujuh tahun silam , saat banjir di hulu Sungai Thu Bon membawa beberapa akar buluh sampai ke depan rumahnya .



Kemudian dia mengambil beberapa akar buluh dan mengukirnya menjadi sebuah patung . Demikian disiarkan oleh Oddity Central . Sejak saat itu akhirnya Phuong Do mempunyai showroom patung sendiri dan karya - karyanya boleh didapati di lebih dari 20 kedai souvenir di bandar Hoi An , Vietnam .




Dia menghabiskan seluruh hari - harinya untuk mengukir akar buluh dan membuatnya seperti wajah manusia . Phuong Do membuat ukiran pada akar buluh sebanyak 200 dan 300 buah per bulan untuk memenuhi permintaan daripada pelancong .


Selain tokoh - tokoh terkenal seperti Bodhidharma , Lohan , Guan Yu atau Zhang Fei , pengukir berbakat ini juga mampu mengukir wajah pembelinya pada akar buluh tersebut .

~sumber

Kisah seram benar : Pengalaman penggali kubur

Tags

Kisah seram benar : Pengalaman penggali kubur

"Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. "Aii.. menung nampak? Kenapa?" tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

"Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah," saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.

Mari pergi kat pondok... mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah," tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.

"Pergilah dulu, nanti aku datang," balas saya lantas duduk termenung.

Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.

Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah...

Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.

Eee.... seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal'azim...

Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.

Pergi... pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.

Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.

Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ' Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati ...

Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!

Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.

Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Lailahaillallah

Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.

GGRUUMMM... PPPRRAAAPPP!!

Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.

"Ya Allaaaaahhh... apa yang berlaku ini ? " saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.

GGGRRRRUUUMMM...

Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..

Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.

ARGGHKKK... ERRRKKKKKKK

Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.

AARRKKK... UUURRRKKGGH!!!

Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.

Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba... PPPR-RRAAPPPPP!!!... bunyi papan patah berderai.

PRRAAKK... TTAAPP... PRRAAPP!

Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !

Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.

Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.

Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.

"ARGGGHHHH" Jangan pukul aku lagiiiii!!!" saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.

Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.

"Arrgghhh... sakit, sakiiittt!!" saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.

Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.

Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.

Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.

"Johar... Johar !! " sayup-sayup nama saya dipanggil.

Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.

"Johar... bangun, bangun!" nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.

Saya buka mata sedikit. Ooo... rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.

Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.

"Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah," kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.

Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.

Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.

Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.

Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah

Akibat memakai Susuk Pengasihan




Akibat memakai Susuk Pengasihan ~ Kisah Nyata_18+

[ Minta Jempolnya donk_Saropah ]

Media susuk pengasihan ini adalah bulu seekor harimau. Siapa yang memasangnya, jika dia perempuan, akan menjadi banal dan hot. Berikut sebuah kisah nyata pemasang susuk karamat super langka ini….

Dulu, dia dikenal sebagai perempuan cantik penebar pesona. Namun kini dia hanya bisa berbaring lemas hampir tanpa daya. Teriakan kesaktian setiap malam memecah dari mulutnya yang kering dan kisut. Entah apa yang dirasakannya. Mungkin kesakitan, atau mungkin juga ketakutan.

Kenyataan tragis itu harus dialaminya hanya karena sewaktu muda dia tergoda memburu nafsu dan ego keduniawian. Dia rela diperbudak kekuatan gaib yang berasal dari aura harimau betina yang sedang nafsu bercinta.

Dia terlahir dari pasangan orang tua yang secara kebetulan memiliki kelebihan dalam bidang suprantural. Trista namanya. Sejak masih kecil kehidupannya sangat kental dengan aroma mistis, meski ayahnya yang mendalami ilmu mistik kejawen itu tidak pernah menurunkan ilmu-ilmu miliknya kepada putrinya ini.

Diusia 16 tahun, Tirsta dijodohkan dengan lelaki murid terkasih bapaknya. Sebut saja bernama Pristono. Lelaki yang sudah berusia 30 tahun ini sangat ngemong, sehingga rumah tangga mereka selama 4 tahun berjalan sangat rukun. Sayangnya, mereka tak dikaruniai keturunan. Sampai di usia 34 tahun, usia yang sangat muda, Pristono meninggal karena suatu penyakit yang disebut orang desa dengan istilah "angin duduk".

Di usia 20 tahun, jadilah Trista hudup menjanda. Statusnya ini sering menimbulkan kondisi yang tidak enak. Daia kerap kali jadi bahan gunjingan di kampungnya. Karena janda muda dan cantik, dia juga sering jadi bahan cemburu buta para ibu di desanya.

Merasa tak tahan dengan keadaan tersebut, akhirnya Trista melangkahkan kakinya untuk merantau ke Sumatera. Dia ikut menumpang di rumah kakaknya. Di Sumatera Trista bekerja sebagai pembantu rumah tangga di sebuah keluarga kaya. Tanpa bisa dikendalikan, janda muda ini jatuh cinta pada anak majikannya. Sudah dapat dipastikan, pemuda tampan itu tak mungkin sudi menanggapi cinta janda kembang dari desa terpencil di pelosok Jawa ini. Trista sama sekali tidak sepadan dengan dirinya.

Cinta bertepuk sebelah tangan akhirnya membawa Trista berkenalan dengan dunia mistis. Dia menemui Mbah Darto, orang sakti yang juga berasal dari Jawa dan kebetulan adalah saudara seperguruan Bapaknya Trista. Terenyuh oleh nasib yang menimpa Trista, Mbah Darto menyarankan agar janda muda ini memasang susuk bulu harimau betina yang sedang birahi, atau dalam istilah wong Jawa disebut Susuk Pengasih Nyai Singo Bawuk. Susuk ini tingkat kesulitannya luar biasa, karena mencarinya harus menunggu saat musim kawin harimau. Saat si raja rimba sedang melangsungkan hasratnya, maka harus dibunuh. Yang betina untuk si pemasang wanita, demikian pula yang jantan untuk pemasang laki-laki.

Menurut pengakuan Nek Trista, untuk pemasangan susuk harimau birahi ini harus diambilkan bulu yang tumbuh di kelamin harimau tersebut, meski hanya satu helai saja. Cara pemasangannya dengan ritual yang rumit. Setelah bulu harimau disiapkan, maka kewanitaan Trista dibasuh dengan darah harimau sekaligus dipasangkan bulu harimaunya di bagian terlarang tersebut.

Hasilnya memang luar biasa. Setelah memasang susuk keramat ini, anak majikan Trista yang tampan itu langsung bertekuk lutut di bawah kakinya. Singkat cerita, mereka pun menikah. Trista merasa dapat menggapai keinginannya, meski sesungguhnya pernikahan itu terjadi tanpa didasari kasih sejati sebagaimana wajarnya.

Dalam rentang perjalanan waktu, karena pengaruh Susuk Pengasih Nyai Singa Bawuk, akhirnya Trista tak dapat mengendalikan nafsunya. Dia telah dikuasai kekuatan gaib yang bersemayam dalam susuk tersebut. Sejak itu, mulailah badai menerjang bahtera rumah tangganya. Setelah harta suaminya habis, Trista meninggalkannya. Dia lari mengejar impiannya untuk memuaskan nafusnya, sekaligus mengumpulkan harta duniawi.

Trista memilih kembali ke tanah Jawa. Tapi dia berlabuh di Jakarta. Di kota ini dia semakin menjadi-jadi. Dia terjun ke dunia hitam pelacuran. Hebatnya, setiap laki-laki hidung belang yang berhubungan dengan dirinya pasti akan ketagihan, sehingga banyak diantara mereka yang ludes uang atau harta bendanya.

Sebenarnya, Trista bukanlah gadis yang matre. Ini semua karena pengaruh susuk harimau betina tersebut, sehingga dia menjadi liar. Dan keliarannya membutuhkan biaya yang tinggi demi memenuhi selera live stylenya yang telah berubah. Dia bukan lagi gadis kampong yang lugu dan apa adanya. Untuk semua ini, sudah tentu dia membutuhkan uang banyak.

Begitulah! Petualangan Trista baru berhenti ketika dia jatuh ke dalam pelukan seorang duda kaya raya yang bernama Harmoko. Mereka menikah, dan Trista terentaskan dari lembah hitam.

Sayang, pernikahan ketiganya inipun juga tak dikaruniai anak. Di usia 50 tahun, usaha Harmoko bangkrut karena ditipu beberapa rekan bisnisnya. Akhirnya mereka jatuh miskin. Biaya hidup di Jakarta sangat mahal. Karenanya mereka memutuskan pulang ke kampung halaman Trista di Jawa. Di tempat tinggalnya yang baru, Trista mulai tekun memperdalam ilmu klenik, dan akhirnya membawa dirinya bertemu dengan roh gaib yang bernama Nyai Pilut. Dari bisikan Nyai Pilut inilah, Trista tahu sesuatu masalah yang ditanyakan orang lain. Ya, Trista menjadi dukun prewangan.

Tak lama kemudian, Trista cukup kondang di daerahnya. Banyak orang datang kepadanya. Merasa dendam dengan nasib buruk yang menimpa Hormoko, suaminya, yang ditipu rekan bisnisnya, maka mendorong Trista sering menipu orang yang datang padanya, dengan pembayaran yang cukup mahal. Ada-ada saja alasan yang digunakan untuk mengeruk uang pasiennya.

Karena kelewat komersil, nama Trista akhirnya redup bak ditelan malam. Menurut orang-orang dekatnya, Trista telah ditinggal pergi oleh Nyi Pilut, yang tidak suka Trista telah berubah perangai menipu orang-orang yang meminta pertolongan padanya.

Akhirnya Trista jatuh miskin lagi. Dan yang lebih mengenaskan, Harmoko terkena stroke. Lima tahun sakit akhirnya dia meninggal dunia. Trista sering merenung, sekarang dia sendiri, tak punya siapa-siapa untuk berbagi cerita. Padahal dia benar-benar mencintai suaminya itu.

Usia Trista sekarang telah 75 tahun. Sejak Harmoko meninggal, dia memang sudah tak mau lagi bersentuhan dengan laki-laki, meski itu sangat berat. Ketuaan telah menggerogoti raganya. Dia jatuh terkulai tak berdaya. Dalam ketidakberdayaan ini setiap malam, nenek Trista kerap berteriak-teriak kesakitan dan kadang-kadang menggeram bak seekor harimau. Oleh adik-adiknya, diusahakan cari syarat piranti gaib. Dari hasil deteksi ahli batin seorang paranormal wanita yang disapa akrab Jeng Rahayu dikatakan; "Ada 9 susuk ditubuh Mbah Trista, yang delapan saya sanggup mencabut, tapi yang satu, yang dipasang di daerah kewanitaan, rasanya perlu waktu untuk mempelajarinya."

Menurut Ahimsa, salah seorang adik Mbah Trista, ke-8 susuk pengasih berhasil dicabut oleh Jeng Rahayu. Untuk susuk yang satunya sedang mohon petunjuk ke Tuhan. Dua minggu kemudian, Jeng Rahayu bilang, kalau susuk itu bisa dikurangi daya gaibnya dengan Jadem Arab.

Jadem adalah tanaman semacam agave atau disebut lidah buaya, tapi yang tumbuh di gurun Arab. Entah dari mana dapatnya, sejak diberi Jadem Arab itu, teriakan Mbah Trista tak begitu memilukan. Tapi tetap saja menjerit-jerit hampir tiap malam, meski frekuensinya berkurang. Jeng Rahayu juga bilang pada Ahimsa, Susuk Pengasih Nyai Singa Bawuk hanya dapat dihilangkan dengan darah kucing kembang talon (belang tiga) jantan dan tapelan kulitnya.

Betapa sulitnya mencari kucing kembang talon jantan, sebab kucing jantan jenis ini pasti dibunuh induknya sendiri, atau kucing dewasa lainnya bila diketahui hidup. Konon, bila sampai tumbuh dewasa ia akan menjadi rajanya kucing.

Tapi, puji syukur, Ahimsa, bisa mendapatkan kucing dimaksud meski masih anakan. Kucing mungil yang masih sangat muda itu dipotong, darahnya digunakan untuk membasuh daerah kewanitaan Trista, lalu kulitnya yang sudah diseset ditempelkan di tempat terlarang itu.

Ritual tersebut dilakukan sore hari. Menjelang tengah malam, tiba-tiba Mbah Trista menjerit sangat keras dan mengaum panjang seperti harimau. Kata Ahimsa, dari pusarnya keluar cahaya kemerahan, meluncur menembus genteng. Tak lama kemudian, Mbah Trista tertidur pulas.

Satu minggu sejak peristiwa itu, Trista tiap malam tak teriak-teriak lagi dan tak menggeram. Nenek renta itu akhirnya wafat dalam damai setelah susuk Nyi Singo Bawuk terlepas dari raganya.

Sumber : Goenawan WE

MISTERI LEMBAGA BUDAK



MISTERI LEMBAGA BUDAK | RANTAU PANJANG, KELANTAN: KAMPUNG LUBOK GONG dekat sini pada masa dulu bukan sahaja kawasan terpencil yang masih dipenuhi hutan, namun di sini juga letaknya dusun durian. Berikutan kawasannya agak terpencil, ia jarang dilalui orang, kerana itu laluan ini amat tersohor sebagai tempat yang agak keras dan sering mengusik. Daripada pengalaman beberapa mangsa yang pernah melihat lembaga budak perempuan sering melintas jalan menjelang larut malam sehingga pagi ketika melalui laluan berkenaan menjadikan segelintir mangsa pengguna jalan raya terbabit masih fobia. Walaupun kejadian berkenaan berlaku di masa lampau, namun dikatakan sehingga hari ini kejadian yang sama sering berlaku dan masih ditakuti sehingga hari ini.


Salah seorang mangsa diusik makhluk halus yang menjelmakan dirinya seperti manusia apabila dilihatnya seorang budak perempuan melintas jalan turut dialami oleh Talib bin Mahmood, 45, dari Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan. Beliau yang membawa Penulis ke tempat kejadian berkata, kejadian tersebut berlaku lima tahun lalu tetapi masih diingatinya sehingga hari ini.

Katanya, ketika beliau sedang menunggang motosikal seorang diri dari arah Rantau Panjang untuk pulang ke rumah perlu melalui kawasan keras yang dimaksudkan itu pada pukul 3.00 pagi di mana anak matanya dapat melihat dengan jelas seorang budak perempuan berpakaian serba putih (seperti kain sembahyang). Dari pengamatannya, beliau melihat muka budak perempuan tersebut berwajah hodoh sebelah.

"Saya dapat lihat hanya sekali imbas sahaja, agak-agak jelmaan lembaga budak perempuan itu dalam usia 14 tahun, berdasarkan kepada bentuk fizikal dan ketinggian tubuh lembaga tersebut", katanya mengingatkan peristiwa tersebut.

Apabila ditanya tentang perasaannya apabila terlihat jelmaan lembaga budak perempuan berpakaian serba putih sedang melintasi jalan di hadapan motosikal yang ditunggangnya, beliau memberitahu, bulu romanya secara tiba-tiba meremang kerana tidak pernah mengalami kejadian seumpama itu sebelum ini.

"Memang sebelum ini saya tidak pernah alami kejadian seumpama itu. Apabila melihat dengan mata dan kepala sendiri, memang gementar juga", ujarnya.

Disebabkan terkejut dengan kejadian pada pagi itu, secara tidak sengaja pemulas minyak motosikalnya dipulas secara tiba-tiba sehingga motosikal yang dinaiki dan sedang ditunggang di kawasan kejadian itu memecut dengan laju meninggalkan kawasan keras itu. Padahal motosikal yang ditunggangnya ketika melewati kawasan terbabit agak perlahan saja.

"Kalau nak kata jelmaan budak perempuan itu ada kaitan dengan nahas jalan raya yang menyebabkannya meninggal di tempat kejadian, saya tidak pernah dengar tentangnya.

"Tetapi jika dikatakan di tempat berkenaan pada masa dulu menjadi suatu tempat buang saka, kemungkinan itu ada dan saya tidak nafikan kerana kejadian berkenaan terjadi lima tahun dulu", jelasnya.

Tambah Talib lagi, selain pengalaman beliau disakat jelmaan lembaga budak perempuan yang melintasi jalan raya di tempat kejadian, beliau pernah diberitahu terdapat antara tiga hingga empat mangsa turut sama disakat ketika melalui kawasan terbabit terutamanya pada malam hari. Katanya, beliau dimaklumkan oleh beberapa mangsa yang pernah melihat jelmaan ular besar dari saiz ular yang biasa dilihat.

Malahan katanya, rakan rapatnya juga pernah dihulurkan 'buku lima' yang saiznya agak ganjil ke arahnya ketika melintasi kawasan terbabit. Rakannya itu tidak mengetahui kenapa lembaga berkenaan menawarkan 'penumbuk' kepadanya kerana beliau tidak pernah mengganggu makhluk halus yang boleh jadi berkampung dan mendiami di kawasan itu kerana beliau hanya melalui jalan itu sahaja dan tidak lebih dari itu.

Katanya, ketika kejadian itu berlaku selepas waktu Maghrib dan secara tiba-tiba hujan renyai-renyai pula turun malahan rakannya itu pulang ke rumah dari arah Rantau Panjang terpaksa melalui kawasan terbabit, apabila dari sebelah kiri jalan berkenaan rakannya itu melihat buku lima tangan ditunjukkan kepadanya. Disebabkan agak terkejut dengan keadaan itu, rakannya itu memecut kenderaannya dengan agak laju meninggalkan kawasan terbabit tanpa menoleh ke belakang lagi.

"Manakala satu kejadian lapan tahun lalu, saya pernah mendengar rumpun buluh dari arah dusun durian itu dengan tiba-tiba bongkok (condong) ke atas jalan pada masa-masa tertentu. Sedangkan pada masa itu, kawasan rumpunan buluh itu masih berkeadaan hutan lagi tidak sebagaimana hari ini", tambahnya.

Sementara itu, Abd. Ghaffar bin Daud, 46, dari kampung yang sama ingin berkongsi satu cerita tentang gangguan misteri yang berlaku selepas Maghrib pada tahun 1970 dulu di dusun durian di Kampung Lubok Gong itu. Menurutnya, kejadian yang dimaksudkan itu dialami oleh arwah bapanya sebagai penarik beca sejak 40 tahun lalu.

Katanya, ketika beca yang ditunggang oleh arwah bapanya itu melalui kawasan kejadian, dengan tiba-tiba ditumpang oleh seorang wanita aneh yang tidak dikenali dengan meminta bapanya itu menurunkannya di sebatang jalan dekat cabang Gual Tok Deh.

Agak hairan juga, wanita itu membayar harga tambang beca sebagai penumpang lalu diambil oleh arwah bapanya. Apabila dilihat wang yang dikatakan sebagai bayaran tambang, arwah bapanya melihat bukan wang tunai sebenar tetapi daun kayu semata-mata. Selepas lembaga wanita itu membayar tambang, dengan tiba-tiba wanita jelmaan itu terus ghaib.

"Saya tidak tahu bagaimana situasi ayah pada masa itu, namun gangguan di Kampung Lubok Gong pada masa dulu memang tersohor dan sehingga hari ini pun masih ada yang takut tentang ceritanya", ujarnya.

Cadangan Bajet 2015 Pembahagian Kekayaan Bursa Saham Malaysia Lebih Baik Daripada BR1M : Surat Terbuka Kepada Datuk Seri Najib Razak















TEKNOLOGI: China Sasar keluar OS sendiri, saingi Microsoft, Google



China dijangka mempunyai sistem operasi komputer sendiri menjelang Oktober ini untuk bersaing dengan Microsoft Corp, Google Inc dan Apple Inc, lapor agensi berita Xinhua.

Teknologi komputer adalah antara bidang yang mencetus ketegangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) selepas beberapa isu yang timbul berkaitan keselamatan siber.

Dengan itu, China kini sedang membantu industri tempatan untuk bersaing dengan sistem import seperti Windows keluaran Microsoft dan sistem operasi mudah alih keluaran Google, Android.

Sistem operasi itu buat permulaan akan digunakan dalam peranti desktop dan kemudian diperluaskan kepada peranti telefon pintar dan mudah alih lain, lapor Xinhua dengan memetik Ni Guangnan yang mengetuai kumpulan pembangun OS, agensi rasmi yang ditubuh untuk membangunkan OS pada Mac lalu.

Kenyataan Ni pada asalnya dilaporkan dalam People's Post and Telecommunications News, akhbar perdagangan rasmi yang dikendalikan Kementerian Teknologi Maklumat dan Industri (MIIT).

"Kami menyasar melancar sistem operasi buatan China untuk desktop menjelang Oktober yang boleh menyokong app stores," katanya.

Beberapa OS China sudah ada di pasaran, tetapi ada jurang besar antara teknologi China dan yang dibangunkan negara maju, tambahnya.

Ni berkata, beliau berharap perisian tempatan akan mampu menggantikan sistem operasi desktop dalam tempoh satu hingga dua tahun dan sistem operasi mudah alih dalam tiga hingga lima tahun.

Pada Mei lalu, kerajaan China mengharamkan penggunaan Windows 8, sistem operasi terkini keluaran Microsoft, memberi tamparan hebat kepada perniagaan gergasi teknologi AS itu sekali gus membangkitkan kebimbangan langkah itu bertujuan melindungi perusahaan tempatan China. Microsoft kini juga sedang disiasat di bawah akta antimonopoli.

Mac lalu, China juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Google mempunyai kawalan terlalu besar terhadap industri telefon pintar negara itu menerusi sistem operasi Android dan mendiskriminasi firma tempatan.
Kecurigaan antara China dan AS berhubung risiko penggodaman sudah meningkat sejak beberapa tahun lalu berikutan pendedahan Edward Snowden, penyiasat AS memasang peranti pemantauan dalam perkakasan buatan AS.

Sementara itu, Jabatan Kehakiman AS pula mendakwa lima pegawai tentera China pada Mei lalu atas dakwaan pengintipan perindustrian.

Mengikut Ni, pengharaman Window 8 adalah peluang besar kepada perusahaan China membangunkan sistem operasi sendiri tetapi industri itu perlukan pembangunan dan pelaburan tambahan.


"Mewujudkan persekitaran yang membolehkan kita bersaing dengan Google, Apple dan Microsoft adalah kunci kejayaan," katanya. - Reuters


~sumber BH

Guna Ubat Tradisional Pada Pusat, Bayi Maut


Terbaca portal blog mymediahubonline.blogspot.com artikel Bayi maut kerana tali pusat berulat, sekeping gambar yang dikongsikan daripada blog tersebut menunjukkan tali pusat bayi yang kelihatan hitam dan berulat


Kisahnya,

Maaf ye, saya bukan nak mengaibkan sesiapa. Tetapi saya nak kita semua sedar, inilah akibatnya kalau kita suka-suka dan tak ikut arahan doktor.

Saya dapat picture ini dari kakak ipar saya. Katanya, bayi ini baru saja meninggal disebabkan tali pusat bayi ini berulat kerana taruk ubat tradisional pada pusat bayi ini.

Saya nak ingatkan pada kawan-kawan dan untuk diri saya juga, jangan terlalu memandai kalau tidak pasti kesannya. Baik kita dengar nasihat doktor dan ubat yang disarankan sahaja untuk digunakan.

Jangan pakar macam ni terjadi pada anak-anak kita. Nauzubillah. Kasihan si kecil.

Bagaimanapun, rata-rata netizen menunding jari pada ibu bayi berkenaan kerana tidak mahir menjaga anaknya. 

Kebiasaannya bagi wanita yang baru pertama kali bersalin, pasti akan meminta ibu sendiri atau ibu mertua membantu menjaga bayi yang baru lahir. Meskipun orang tua-tua mempunyai petua yang mujarab, lebih baik rujuk segala permasalahan mengenai bayi di hospital atau klinik bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.

Baru Tahu Tunangnya Tiada Dara, Setelah 3 tahun Bercinta

Baru Tahu Tunangnya Tiada Dara, Setelah 3 tahun Bercinta



Baru Tahu Tunangnya Tiada Dara Setelah 3 tahun Bercinta | Saya dan tunang bakal melangsungkan perkahwinan 2 bulan lagi. Saya seorang lelaki yang mempunyai teruna dan mempunyai latar belakang agama yang agak kuat.  Baru-baru ini saya terdetik untuk bertanya kepada bakal isteri tentang ‘dara’ si dia. Alangkah terkejutnya saya apabila akhirnya setelah berkali-kali ditanya, tuning saya akhirnya mengaku bahawa dia sudah tidak dara lagi.
    Walaupun si dia nampaknya seperti benar-benar sudah berubah dan menyesali masa silamnya, tetapi saya sukar untuk menerima kenyataan ini. Bayangkan setelah 3 tahun kami bercinta, si dia langsung tidak memberitahu kisah lampaunya. Wajarkah saya putuskan hubungan ini? Walaupun saya terlalu mencintai dirinya? Haruskah saya memaafkan si dia dan lupakan segala yang berlaku? Saya tertekan.
Jawapan:
Perit untuk diungkapkan. Tapi itulah dikatakan suratan takdir yang saudara perlu tempuhi. Segala keputusan samada untuk menjadikan si dia teman hidup saudara terletak pada saudara sendiri. Sebagai seorang lelaki,  adakah anda masih akan menjadikannya isteri yang sah walaupun mungkin dia bukan dara lagi?
Walau menangis air mata darah sekalipun, nasi sudah menjadi bubur. Dara yang hilang sudah tidak boleh diganti lagi. Walaupun mungkin si lelaki sudah berkali-kali hilang terunanya, dara seorang wanita tetap menjadi ketentuan. Hari ini mungkin kita agak jarang mendengar persoalan teruna lelaki kerana beberapa sebab. Mungkin kerana hal ini tidak lagi menjadi topik penentuan nilai seorang lelaki. Atau mungkin juga sudah terlalu ramai yang bukan teruna lagi apabila mereka bernikah dan membina keluarga.
Tetapi kita sebagai manusia, tidak dapat dijangka dan tafsir apa yang ada dalam kotak pemikiran masing-masing hatta bakal isteri kita sekalipun. Kepercayaan sesebuah perhubungan tidak menjamin ke jinjang pelamin setelah diuji dengan beribu dugaan. Semuanya telah berubah sekelip mata. Percayalah, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Sesunguhnya Allah tidak akan membebani seseorang hambanya melainkan dengan kesangguppannya.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk untuk kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. Surah Al-Baqarah ayat 216.
Sesungguhnya iblis dan keturunannya akan meraung dan berteriak sekuat hati, tatkala mendengar seorang lelaki dan wanita ingin mendirikan rumah tangga. Kerana itulah kadang-kadang teramat sukar untuk mengambil keputusan berkahwin dengan alasan belum bersedia. Kerana beratus jutaan anak iblis bersarang dalam hati seorang lelaki dan wanita yang ingin berkahwin.

Betulkan kefahaman anda tentang Masjid Al-Aqsa


Info: Yang mana satukah Masjid Al-Aqsa?
Jawapan: Masjidil Aqsa adalah KESELURUHAN KAWASAN yang berada dalam garisan kotak merah itu termasuk Masjid Qubbatus Sakhrah (kubah kuning) dan Masjid Qibly (kubah hitam kelabu). Kawasan itu luasnya 144 ribu meter persegi dan mampu memuatkan lebih 500 ribu jemaah dalam satu masa. Bahkan, anda tunaikan solat di mana-mana masjid atau kawasan lapang dalam kawasan itu akan mendapat pahala 500 kali ganda seperti dalam hadis Nabi;
"Solat di Masjidil Aqsa mendapat pahala sebanyak 500 kali ganda, dan solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) mendapat pahala sebanyak 1000 kali ganda, dan solat di Masjidil Haram mendapat pahala sebanyak 100 ribu kali ganda" (H.R Ibnu Majah)
Di dalam Masjid Qubah As-Sakhrah yang berkubah kuning terdapat satu batu besar yang menjadi tempat Rasulullah SAW diangkat ke langit bertemu Allah SWT untuk menerima wahyu kefardhuan solat di dalam peristiwa Israk & Mikraj. Peristiwa ini dirakamkan Allah di dalam Al-Quran, surah Al-Isra', ayat 1.
Kedua-dua binaan masjid berkubah hitam dan kuning ini tidak wujud semasa peristiwa Israk & Mikraj. Kedua-duanya dibina selepas kewafatan Rasulullah SAW. Masjid Qubah As-Sakhrah dibina pada zaman Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dinamakan sebagai Masjid Kubah Batu kerana di dalamnya terdapat batu tempat Rasulullah diangkat ke langit.
Manakala Masjid Qibliy, asalnya adalah musolla kecil yang dibina sempena memperingati tempat solat Saidina Omar sebaik membuka Masjid Al-Aqsa. Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah membina bangunan masjid tersebut tetapi disempurnakan oleh anaknya Khalifah Al-Walid. Dinamakan Masjid Al-Qibliy kerana kedudukannya yang menghadap ke kiblat di Makkah.
Dua buah masjid yang anda lihat bertanda anak panah itu ialah masjid besar yang berada dalam kawasan itu. Terdapat lagi masjid-masjid kecil yang lain yang juga dikira sebagai Al-Aqsa. Malah terdapat juga masjid bawah tanah!
Jika keseluruhan kawasan bertembok adalah Masjid Al-Aqsa, ini bermakna Tembok Buraq yang pada hari ini telah dirampas oleh Yahudi dan dijadikan Tembok Ratapan (The Wailing Wall) juga sebenarnya adalah sebahagian dari Masjid Al-Aqsa!
Jangan pelik jika ramai yang memainkan polemik Masjid Al-Aqsa hanyalah salah satu dari binaan di atasnya sehingga kita lupa Masjid Al-Aqsa telahpun dirampas oleh Yahudi pada bahagian Tembok Buraq.
Hari ini mereka merampas satu tembok. Lama-kelamaan Yahudi akan mula menawan sedikit demi sedikit kawasan Masjid Al-Aqsa, tetapi umat Islam sedang bertelagah untuk menentukan Masjid Al-Aqsa hanya pada dua binaan di atasnya!
Jadi semoga tiada lagi pembaca yang keliru.

Aman Palestin

Khalid Samad diludah, hampir ditampar

Khalid Abdul Samad
KUALA LUMPUR - Sejurus selesai proses ikat jamin selepas dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diludah, disembur air, hampir ditampar dan dilemparkan kata-kata kesat oleh seorang lelaki tidak dikenali sebentar tadi.

Dalam kejadian yang tidak diduga itu, Khalid yang baru keluar dari Kaunter Jamin di aras B1, menuju ke pintu utama lobi untuk ke tempat meletak kereta bersama beberapa rakannya.

Menurut sumber yang mahu namanya dirahsiakan, keadaan di lobi kompleks mahkamah itu kecoh kira-kira 10 minit.

Sumber itu berkata, dalam kejadian pada jam 1 tengah hari tadi, Khalid tiba-tiba didatangi dua orang lelaki yang menunggunya di lobi.

Salah seorang daripada mereka meludah dan cuba menampar wajah ahli Pas itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang berada bersama Khalid ketika itu menahan tindakan lelaki itu.

Sementara itu, lelaki yang dianggarkan berusia 30-an itu disertai oleh beberapa lelaki lain kemudian mengekori Khalid menuju ke tempat meletak kereta.

Seorang saksi lain memberitahu, kumpulan lelaki itu meludah ke arah Khalid walaupun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu sudah masuk ke dalam keretanya.

Mereka turut menjerit "Kamu ingat Selangor ini kamu punya ke?" dan "babi" kepada Khalid.

Kumpulan itu meninggalkan tempat kejadian selepas Khalid beredar.‬

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi berkata, beliau agak terkejut dengan tindakan itu namun buat masa ini masih belum memutuskan tindakan yang akan dibuat terhadap kumpulan lelaki berkenaan.


SinarHarian

Pelantikan Hadi bukti Pas parti bersih

Satiful Bahri (tengah) ketika sidang media di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu menganggap pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia dapat menjawab tuduhan pihak tertentu yang menggelar Pas sebagai parti ajaran sesat.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, pelantikan tersebut juga secara tidak langsung membersihkan imej Pas dan membuka mata rakyat negara ini bahawa Abdul Hadi bukanlah calang-calang pemimpin, malah ketokohan dan kepakaran beliau dalam bidang agama disegani di peringkat dunia.        
  
 “Jawatan (Abdul Hadi) ini paling berprestij dan secara tidak langsung memberi jawapan berhubung tuduhan kepada Pas.

"Dahulu di Terengganu sendiri ada kata Pas ini parti ajaran sesat, jadi tidak munasabah ulama sedunia pilih ulama sesat," katanya.

“Secara tidak langsung ia memberi jawapan, jadi (tuduhan Pas parti ajaran sesat) tidak perlu dijawab selepas ini, begitu juga dakwaan Pas tiada tokoh ulama,” katanya, kelmarin.

Abdul Hadi dilantik Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia selepas dipersetujui ulama dunia yang bersidang di Turki, baru-baru ini.

Pelantikan itu dibuat pengerusi kesatuan, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat.

Dua lagi turut dilantik sebagai naib ketua bersama Abdul Hadi ialah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily iaitu Mufti Kesultanan Oman.

Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia, Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan.

Satiful Bahri mewakili Pas Terengganu mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi dan menyifatkan ia sebagai pengiktirafan besar kepada parti, negara dan Asia Tenggara.

Ihsan Seorang Wanita India transformasikan seorang pengemis.

.

Admin nak berkongsi tentang kisah seorang wanita India ni..namanya Saralah Sai. Menurutnya sewaktu beliau sedang memandu, beliau ternampak seorang pakcik bangsa india yang sangat comot dan tak terurus. Kerana perasaan belas yang bersarang di hati, beliau menumpangkan pakcik tersebut dan membawanya ke shopping centre terdekat dan membelikan apa yang patut untuk pakcik ni tersebut. 
Selepas itu beliau turut membawa pakcik tersebut ke sebuah salon agar nampak terurus. di sini kita sdapat lihat keadaan pakcik yang tadinya seorang pengemis sehinggalah menjadi seorang masyarakat biasa.

Sebenarnya point utama admin nak sampaikan bukanlah untuk membungakan sikap wanita india tu..tapi admin teruja sedikit dengan apa yang beliau lakukan. Adakah kita juga akan bertindak sepertinya apabila berdepan dengan pengemis jalanan. Tepuk dada tanya akal..jika semua orang berperanan seperti beliau tentu malaysia ni bebas pengemis yang kononnya mencemarkan pemandangan.


SEMASA: Bisikan suara wanita Isyarat Isteri Maut dalam kemalangan.

 Seorang suami yang juga bapa kepada empat anak kecil, Azlin Ahmad, 32, tidak menyangka bisikan suara wanita yang didengarinya ketika azan Zuhur berkumandang adalah isyarat pemergian isterinya buat selamanya. Beliau turut berasa seakan dihempap sesuatu yang berat ketika terlelap selepas solat sunat dua rakaat seterusnya dikejutkan dengan jeritan rakan yang membawa berita kematian isteri tercinta, Siti Fatimah Jamaludin, 27.

“Masa  azan berkumandang saya terasa sesuatu macam terdengar suara isteri memanggil dan lepas solat sunat dua rakat saya terlelap terasa macam kena hempap lalu tersedar kawan datang menjerit panggil saya.

“Dia kata sabar, isteri kau dah tak ada. Tapi masa itu saya boleh gelak lagi dan cakap dengan dia jangan main-main, lepas tu dia tegaskan mengatakan isteri saya dah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) semalam.

Menurutnya, setelah itu dia bergegas ke tempat kejadian dan mendakap mayat isterinya yang berlumuran darah.

Katanya, dia ditenangkan rakan dan adik beradiknya sebelum mayat isterinya dibawa ke hospital.

Azlin berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku lebih kurang jam 12.10 tengah hari di persimpangan tiga Jalan Semarak dekat Masjid As Salam, Bukit Sentosa.

Katanya, kejadian melibatkan motosikal ditunggang isterinya dengan sebuah lori seberat tiga tan yang kedua-duanya datang dari arah Rasa dan dikatakan hendak membelok ke kiri arah sebuah pasaraya namun berlaku pelanggaran.

Menurutnya, ketika itu isterinya keluar awal ke sekolah dengan menunggang motosikal bersendirian untuk menjelaskan yuran program yang bakal disertai anaknya pada Rabu ini di Port Dickson.

“Sebelum kejadian itu saya ada hubungi isteri dan dia cakap sekolah hubungi minta jelaskan yuran program tapi dia tak cakap banyak dan terus letak telefon.

“Rasanya dia terus pergi sekolah lepas tu. Saya pula balik rumah nak makan tengah hari tapi bila sampai rumah dia tak balik lagi. Masa itulah saya tunggu dia sampai azan Zuhur,” katanya.

Katanya, pada pagi kejadian isterinya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan bersebelahan Masjid As Salam sempat menghantar makanan untuk anak keduanya makan pada waktu rehat.

Menurutnya, kejadian itu mengejutkan dan tidak menyangka isterinya pergi lebih awal darinya.

Kini, Azlin memikul sepenuhnya tanggungjawab menyara anak-anak, Hafif Muiz, 6, dan dua anak kembar Muhammad Azhad Ilham dan Muhammad Ilmie Azraie, 4, manakala anak sulungnya Nur Aina Batisha, 10, masih tinggal bersama datuknya di Teluk Intan, Perak.

Katanya, anak sulungnya tinggal bersama keluarga mertua sejak berumur tiga tahun lagi dan bersekolah di sana.

“Kami hidup dalam keluarga yang kurang berkemampuan dan disebabkan itu Nur Aina Batisha dijaga di sana bersama datuknya,” katanya yang hanya bekerja sendiri dengan mengambil upah membaik pulih rumah.

Katanya, jenazah isterinya dibawa pulang malam semalam ke Teluk Intan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan mengenai punca sebenar kes masih dalam siasatan.

~sumber S.Harian
foto dari S.H

4 Jam Cincin Tersangkut pada "anu"

Foto Jabatan Bomba
Kota Bharu: Seorang pemuda berusia 22 tahun terpaksa menanggung azab lebih empat jam apabila cincin besi yang diletakkan pada alat sulitnya gagal ditanggalkan di rumahnya di Dewan Beta di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu mangsa terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II ) di sini, untuk mengeluarkan cincin berkenaan. 
"Anggota tiba kira-kira jam 7.45 pagi dan terus dibawa ke bilik pembedahan bagi membantu sekumpulan doktor mengeluarkan cincin yang terlekat pada alat sulit mangsa.

"Proses mengeluarkan cincin itu mengambil masa antara setengah jam ke sejam dan anggota menggunakan kepakaran yang kami ada untuk memotong cincin itu, katanya.

Metro

GEMPAR!!! Chef Maut digigit Kepala Ular Putus



Siapa sangka rutin seorang chef menjadi penyaji hidangan eksotik pelik di China membawa maut pada dirinya. Chef yang dikenali sebagai Peng Fan yang sedang memasak hidangan sup daging ular tedung tersebut maut selepas digigit oleh kepala ular yang sudah dipotong.

Dalam kejadian, Peng Fan digigit kepala reptilia berbisa berkenaan ketika hendak membuangnya ke dalam tong sampah.

Menurut laporan Mirror.uk, beliau dilaporkan maut sebelum dapat dirawat dengan penawar bisa ular di hospital.

"Ia adalah satu kes yang luar biasa.

"Beliau sedang menyediakan hidangan tersebut dan beliau cuma tidak bernasib baik," kata seorang jurucakap polis.

Menurut seorang pakar ular, semua reptilia masih mampu hidup sejam selepas kehilangan mana-mana anggota badan.

~sumber Berita

Apa akan jadi jika PKR tadbir Malaysia?, Soal Asri

Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia. – Gambar fail, 25 Ogos, 2014.

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.
Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.
"Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.
"Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?", kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi.
Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini.
"Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen.
"Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya.
Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.
Selangor kini berhadapan krisis untuk menukar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana dikatakan sering membelakangkan parti dalam membuat keputusan.
PKR memutuskan untuk menggantikan beliau dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Wan Azizah dikatakan menerima sokongan majoriti 30 ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR dan DAP, dengan dua lagi Adun PAS yang menandatangani Akuan Bersumpah (SD).
Khalid yang kini merupakan menteri besar dari blok Bebas mentadbir Selangor bersama empat anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS.
Beliau dijangka bertemu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah esok bagi membincangkan kedudukannya sebagai menteri besar selepas PAS menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar.
Parti Islam itu sebelum ini menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah, untuk menjadi menteri besar, namun Azmin menolak pencalonan tersebut. – 25 Ogos, 2014.
~themalaysianinsider