UPDATE OKU TERABAI!! Adik Firdaus kini kembali ceria, berat badan naik 6 kg.




Alhamdulillah setelah sebulan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Adik Firdaus, OKU yang pernah menggemparkan seluruh Malaysia kini semakin sihat dan berisi. Berat badannya sudah bertambah kepada 21 kg berbanding 15 kg semasa ditemui terkurung di Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lalu. Beliau juga semakin ceria dan aktif.

Muhammad Firdaus Dullah, 15, semasa tiba di hospital ditimbang seberat hanya 15kg tetapi kini sudah pun meningkat kepada 21kg. Hasil penjagaan dan perubatan terbaik oleh pihak HTJ serta diberi makanan seimbang, remaja itu menunjukkan satu perubahan positif.

Menurut laporan, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.