Potong kemaluan suami gara-gara marah mahu diceraikan.

Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Demikian pepatah yang boleh diklasifikasikan terhadap perlakuan seorang wanita warga Myanmar yang nekad memotong kemaluan suaminya gara-gara suaminya mahu menceraikannya. Kejadian tersebut berlaku di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi, apabila wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang. setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.


"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini.



Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan.


~Sumber : Bernama