Misteri!!!Kedai Makan Di Dusun Getah.

Bagi peminat siri seram/pelik. kat sini admin nak kongsi entry tentang misteri yang berlaku kat Warung dusun Getah Melaka. Cerita ni sebenarnya da lama terjadi iaitu pada tahun 2006 lagi di Melaka.. Cerita ni narrator dapat dari rakan dari UiTM yg terjadi pada kawan abang dia. Ikuti cerita narrator yer..




Aku memang gemar berniaga dari zaman sekolah jual kad nama sampai ke pasar malam hingga aku membuka warung. Dengan pinjaman sebanyak RM20k aku maksimakan pembelian mana yang perlu second hand, aku second hand kan. Nama aku Zam sekolah tak tinggi. Tapi gemar join kursus masak. Hampir tiap- tiap bulan aku attend kursus memasak, dari buat kuih ke buat lauk- pauk.

kedai warung aku berada di tepi jalan tapi sebelum nak ke kedai aku kena la lalu kebun getah dan kebun durian. Memang sebijik ke kedai makan aku dkt situ dan beroperasi jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi.
Menunya simple, ala kampung. Cuma aku ada juga buat western.dan menu of the day macam puyuh or masak lemak telur itik dan aku suka buat harga bujang. Contoh nasi goreng harga RM3.50 siap dengan telur mata kerbau lagi.

Alhamdulillah, untung dari kedai ni mampu jugak la.aku bayar pekerja aku. Aku ada 6 org pekerja termasuk aku sebagai tukang masak. Semuanya pekerja lelaki.

Tiga bulan lepas aku bukak. aku dpt rungutan dari Aziz salah seorang tukang masak aku. Katanya tulang2 untuk di buat sup selalu hilang! aku pelik. Sebab semua nya dalam freezer dalam kedai.

Aku kurang faham sehinggalah Aziz bisik kat aku "bang... kalau pukul 11 lebih je....tulang saya letak kat luar periuk dalam penapis tu yg hilang...tulang selalu saya jumpa tempat abang gali lubang buang sampah tu... monyet tak makan tulang bang.....malam.ni"

Cepat-cepat aku sangkal dakwaan Aziz. Tapi dua tiga hari selepas itu, aku demam dan tak berdaya nak ke kedai. Jadi aku wakilkan kakak dan adik aku untuk tengokkan kedai.

Aku dapat panggilan dari Aron, tukang buat air.

"bang.kita kena wat sesuatu. masa saya nak amik ais. saya dengar bunyi krup krap.krup krap, bang. Saya suluh guna lampu. Ada benda mencangkung sedang makan sesuatu bangg!"

Aku diam.malas nak layan. Memang tong ais aku dekat luar kedai. Dan kat situ ada sebiji lampu je.
Aku pun dah tabur karbaid keliling kedai. Mana tahu ular sawa yang rembat tulang tu. Pikir aku time tu.

Masa cuti raya cina, aku tutup kedai  sebab jangkakan mesti customer kurang datang makan sebab selalunya bila ada perayaan mereka lebih suka keluar Pekan Melaka sebab kat situ banyak event.

Aku pun keluar dengan bini aku, jam 2.00 pagi baru kami balik. Seronok bila lama tak 'date' berdua.

Aku lalu kawasan kedai. Tiba-tiba bini aku beristighar panjang. Suara macam menjerit.
aku memang terperanjat dan hampir terbabas dan bini aku terus menjerit.

"abang.ada benda kat kedai!

Sebaik sahaja aku berpaling.
ya Allah. betul.. kelihatan kelibat lembaga putih dalam kawasan kedai. Jumlahnya banyak dan ada yang memanjat pokok macam pontianak.

Aku terus memecut laju. baru aku perasan misteri komplen pekerja aku selama ni.

Hari berikutnya, kedai aku beroperasi macam biasa sebab tu aje punca rezeki aku. Satu hari, pekerja aku, Kamal mengajak teman untuk membuang sampah kat belakang kedai. walaupun takut,tapi aku beranikan diri juga. Dalam pekat malam, tiba- tiba ada suara perempuan mengilai, dan bila pandang atas aku lihat ada kelibat benda terbang.
Kecut perut kami berdua lari masuk ke kedai. Waktu tu kami dalam proses tutup kedai.

Lepas kejadian tu, Si Aziz selalu pasang cd Quran kuat-kuat bila closing.

Pada suatu malam, aku, Aron, kamal, Din , Jaafar, Aziz dan Ali tgh sedap mengemas untuk tutup kedai cam biasa. waktu tu lampu depan tempat meja customer memang kami dah tutup dan kami semua dalam ruang masak yang dipisahkan dengan dinding dan jaring besi.

Tiba- tiba.mata aku tertancap pada satu lembaga dekat meja luar. Tinggi kira- kira 10 kaki.
Cepat- cepat aku bagitahu pekerja aku dan semua terhenti buat kerja. Masing- masing terkejut melihat kelibat lembaga tanpa kepala sedang duduk atas meja kedai kami.

tiba- tiba kedengaran bunyi mengilai sayup- sayup je. Dan kami dikejutkan dengan bunyi sesuatu dibaling atas bumbung. kami semua nampak ada benda terbang dan terus mencangkung atas meja di hadapan lembaga tanpa kepala tadi.

Disebabkan ketakutan kami nekad tido di surau kedai. Namun kami tetap tak dapat lelapkan mata kerana diganggu dengan macam- macam bunyi. Ada suara memgilai, menjerit, menangis, suara budak, bunyi sudu jatuh dan macam-macam lagi.

Akibat tak tahan aku akhirnya panggil sorang ustaz. Ustaz cakap tapak kedai kami tu sememangnya tempat lepak dorang. Selama ini dorang tak ganggu perniagaan akupun saja-saja nak test iman kami je.
Ustaz nasihatkan aku kuatkan amalan dan kalau tak tahan pindah.

Akhirnya akibat tidak tahan akupun tutup kedai kat situ..

~sumber: the Flash