Audi Fizo, Mawar terlibat dalam kemalangan ngeri. ( 4 GAMBAR)

Sebuah kereta jenis Audi milik Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim dengan nombor pendaftaran MF120 dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Fizo dan Mawar tidak memandu kereta tersebut ketika kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu adik Fizo, Wan Normimi Adila, 19, dari arah Kuala Krai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar daripada simpang, sebelum bertembung dengan sebuah van, dan kereta jenis Proton Iswara dipandu Lim Lee Lin, 31.

Katanya, akibat pertembungan itu, Proton Iswara dipandu Lim berpusing dan berlanggar dengan Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah belakang.

"Lim parah di kepala dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, manakala pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berikut ialah tiga keping gambar sekitar kejadian kemalangan terbabit yang cukup mengerikan.