Astaghfirullah!! Baru Tinggal sekejab, sudah 40 orang murtad.

Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yang banyak menghabis kan masa berkorban di jalan Allah, dan beliau banyak bergaul dengan alim ulamak, jemaah Doktor Rosmadi sekarang sedang bergerak selama 40 hari di Sandakan.



Karkuzari dan Lapuran Doktor Rosmadi.

Menjejaki masjid yg sudah 18tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.

Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan pada 6hb Julai 2014. saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dgn menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid.Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.



Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu.Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih.

Setelah beredar dr masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam.Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.
Pakcik Awang yg berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim.Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979- 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong dr usaha Parti Berjaya yg dipimpin Tan Sri Harris Salleh. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun.Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yg bernama Abdul.Balik dr kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yg bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.


Dakyah missionary ini paling kuat berlaku di zaman PBS di bwh pemerintahan Dato' Pairin Kitingan yg juga merupakan Setiausaha Agong Katolik Asia.Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.
Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.
3T...... Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di Kg Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.

Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.



Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku di dlm ummat ini jika setiap ummat menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah yg mempertahankan imannya dr murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu2 di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah'.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah...

Coretan Dr. Rosmadi Nawi