GEMPAR!! Kerjasama dengan ISRAEL, ASTRO diminta beri penjelasan.

Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...

ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.

 

~Sumber : addindeen.blogspot

Audi Fizo, Mawar terlibat dalam kemalangan ngeri. ( 4 GAMBAR)

Sebuah kereta jenis Audi milik Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim dengan nombor pendaftaran MF120 dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini.

Bagaimanapun, Fizo dan Mawar tidak memandu kereta tersebut ketika kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Superintendan Ab Rahim Che Ghani berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu adik Fizo, Wan Normimi Adila, 19, dari arah Kuala Krai cuba mengelak sebuah kenderaan yang tiba-tiba keluar daripada simpang, sebelum bertembung dengan sebuah van, dan kereta jenis Proton Iswara dipandu Lim Lee Lin, 31.

Katanya, akibat pertembungan itu, Proton Iswara dipandu Lim berpusing dan berlanggar dengan Proton Wira dipandu seorang lelaki dari arah belakang.

"Lim parah di kepala dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini, manakala pemandu dan penumpang tiga kenderaan lain tidak mengalami kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Berikut ialah tiga keping gambar sekitar kejadian kemalangan terbabit yang cukup mengerikan.





PERKASA buat tabung kutipan untuk bantu Kiki.


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Negeri Selangor (PERKASA) telah melancarkan satu tabung untuk mengumpul dana bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, 30, yang didenda RM5,000 atas kesalahan melakukan khianat terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 68 pada 14 Julai lalu.

“Atas rasa simpati terhadap beliau, kami pimpinan PERKASA Selangor akan membuat kutipan semampu yang boleh.” kata kenyataan itu yang dimuat naik di laman Facebook PERKASA hari ini.

Petubuhan itu turut berkata, tabung tersebut dilancarkan untuk membantu meringankan beban yang dialami oleh Kiki.
  



Kiki turut dijatuhi hukuman melakukan kerja komuniti selama 240 jam selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Kiki ditahan pada jam 4 petang Khamis lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan kemudian dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama.

Kiki pada minggu lalu menerusi video yang menjadi viral di Facebook dilihat membuli seorang warga emas selepas warga emas itu dikatakan melanggar keretanya.

~sumber: Astroawani

Lagu Yang Menyeramkan Nyanyian Alda Sebelum Meninggal


Mungkin tak ramai yang kenal dengan Alda, atau nama penuhnya Alda Risma Elfariani. Alda ditemui mati di sebuah hotel kerana disyaki mengambil d@d@h yang berlebihan (overdose) ketika umurnya baru 24 tahun. Beliau adalah penyanyi dari Indonesia yang pernah popular dengan lagu “Aku Tak biasa” . Lagu terakhir sebelum beliau meninggal dunia adalah berjudul “Menanti Kekasih”. Lirik dan ketawa yang ‘seram’ di dalam lagu ini boleh membuat Bulu Roma meremang apabila didengar di waktu tengah malam ketika bersendirian.


Untuk rekod, Alda meninggal dunia kira-kira tiga hari selepas lagu ini disiapkan, namun yang menjadi misterinya, tak siapa tahu siapa pencipta lagu ini. Lebih menimbulkan misteri, bila ada yang mendakwa lagu ini hanya ditemui selepas kematiannya. Macam-macam, Apapun bersamalah kita sedekah Al-Fatihah kepada arwah.

Berikut Clip video & Lirik Lagu Menanti Kekasih:-.

                                
MENANTI KEKASIH

Malam sunyi ku sendiri
Duduk sepi diatas pohon
Ku biarkan rambut ku terurai
Tanpa kaki kelelawar
Anjing & bulan purnama
Ku menanti kekasihku
Yang belum mati

Kapan mati kekasihku
Ku menanti kau disini
Ayo mati bunuh diri
Agar kita jumpa lagi
Seperti dulu (ketawa)
Mana mungkinku kembali
Hidup lagi seperti dulu
Kecuali engkau mati
Mohon mengerti



sumber: kisahbest.org

Pesawat Air Algerie yang hilang telah terhempas

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Air Algerie dari Burkina Faso ke Algiers telah terhempas, lapor Reuters.

“Saya boleh mengesahkan pesawat itu telah terhempas,” kata seorang seorang pegawai kerajaan Algeria kepada Reuters .

Sebelum itu, Menteri Pengangkutan Burkino Faso, Jean Bertin Ouedrago berkata pesawat itu memohon kebenaran untuk mengubah haluan pada 0138GMT (9.38 p.m. EDT) kerana ribut di kawasan laluan.

Reuters juga melaporkan bahawa lebih separuh daripada penumpang pesawat itu adalah rakyat Perancis.

Dua pesawat pejuang tentera Perancis telah dihantar ke kawasan itu untuk mencari pesawat itu.

Ia dilaporkan bahawa pesawat penumpang itu hilang hampir sejam selepas ia berlepas dari Bukina Faso ke Algiers.

Menurut laporan AFP yang memetik kenyataan agensi berita kebangsaan APS, syarikat penerbangan itu telah menggerakkan satu pelan kecemasan untuk mengesan pesawat AH5017.

Menurut satu sumber, pesawat itu hilang hubungan apabila ia berada di ruang udara Mali ketika menghampiri sempadan Algeria.

“Pesawat itu berada tidak jauh dari sempadan Algeria apabila anak-anak kapal telah diminta untuk mengubah arah kerana kadar penglihatan yang tidak baik dan untuk mencegah risiko berlanggar dengan pesawat lain di laluan Algiers-Bamako," kata sumber itu.

“Hubungan hilang selepas mengubah arah.”

Pesawat itu dilaporkan membawa 110 penumpang, dan enam anak kapal.

Salah satu nahas pesawat yang paling buruk di Algeria berlaku pada bulan Februari tahun ini, apabila sebuah pesawat C-130 tentera yang membawa 78 orang terhempas di kawasan pergunungan ke timur laut negara itu, membunuh lebih daripada 70 orang.

232 Batang Gigi Dari Mulut Seorang Remaja Berjaya Dikeluarkan

Ashik Gavai, 17, (kanan) berjumpa doktor selepas bengkak gusi kanannya - Foto AFP

MUMBAI: Pakar bedah di Mumbai mengeluarkan 232 batang gigi dari mulut seorang remaja dalam apa yang dipercayai sebagai satu rekod dunia, lapor agensi berita AFP.

Ashik Gavai, 17, berjumpa doktor selepas bengkak gusi kanannya. Dia dirujuk kepada Hospital JJ di Mumbai.

"Kami membedahnya pada Isnin dan ia mengambil masa hampir tujuh jam. Kami fikirkan ia hanya satu pembedahan yang mudah tetapi apabila dibedah, kami lihat ada banyak gigi kecil seperti mutiara dalam rahangnya," kata Dr. Sunanda Dhivare-Palwankar seperti dipetik oleh AFP.

Doktor juga menemui satu struktur seperti batu marmar. Mereka pada mulanya berdepan kesukaran untuk mengeluarkannya dan terpaksa "menggergajikannya" dan mengeluarkannya sedikit demi sedikit, kata doktor itu.

Keluarga Ashik bimbang bengkak pada gusinya itu barah. "Saya bimbang itu barah, itu sebab saya bawa dia ke hospital xdi Mumbai," kata bapanya, Suresh Gavai kepada Mumbai Mirror.

Menurut Dr. Dhivare-Palwankar kes yang dicatatkan sebelum ini ialah 37 batang gigi dikeluarkan dalam pembedahan seperti itu. Dia dan pasukannya mengira ada 232 batang gigi yang diambil daripada mulut Gavai.

"Saya rasa ini rekod dunia," katanya.

Tulang rahang Gavai tidak diusik sepanjang pembedahan dan kata doktor dia akan pulih tanpa sebarang kecacatan. -- AFP

ISU MH17 : Pendedahan Mengejutkan Kerajaan RUSIA

                                     
MOSCOW – Beberapa pegawai Rusia berkata, pihaknya mempunyai bukti yang menunjukkan jet pejuang Su-25 milik Ukraine terbang pada jarak hanya tiga hingga lima kilometer dari pesawat penerbangan Malaysia MH17.


“Jet pejuang ini dilengkapi roket R-60 yang mampu mencapai sasaran pada jarak 12 kilometer (km) dan dijamin mengenai sasaran pada jarak lima kilometer,” kata Ketua Staf Tentera Rusia, Leftenan Jeneral Andrei Kartopolov pada satu taklimat kepada pemberita di sini kelmarin.

                                   



Pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa Rusia tidak memberikan sistem peluru berpandu jenis darat ke udara Buk kepada kumpulan pemisah pro-Rusia di timur Ukraine.
Beliau mendakwa Boeing 777 itu telah mengurangkan tahap kelajuan tiga minit sebelum hilang dari radar dan terhempas di timur Ukraine.

“Pesawat telah mengurangkan kelajuan pada pukul 5.20 petang waktu tempatan sebelum hilang dari skrin radar pada pukul 5.23 petang,” kata Kartapolov yang memberitahu pesawat itu berada dalam koridor udara yang betul menuju ke Donetsk namun beralih arah ke utara.

Katanya, pesawat itu cuba untuk kembali ke koridor udara yang betul namun gagal sebelum disahkan terhempas dan mengorbankan kesemua 298 orang penumpang dan anak kapal dalam penerbangan itu pada Khamis lalu. – Agensi



 sumber: mynewhubs.my

Gambar suspek rogol beramai-ramai didedah



KOTA BHARU - Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut.

“Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh.

“Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah.

“Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,” katanya.

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama.

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh.

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.
~SinarHarian~

The exploding racism among the Malaysian.



I have been monitoring the comments and postings in Facebook and Twitter and I can see that the racial and religious divide has gone beyond the point of no return. Malaysia is now poised to explode into ‘May 13’ version 2.

Malaysians no longer care what they say and whether what they say offends others or hurts the feelings of others. Chinese and Indians, and some Malays as well, no longer want to show respect to their own country by calling it Malaysia. They would rather mockingly call it ‘Bolehland’.

I wonder how the French would feel if you call France ‘Frogland’ or how the Singaporeans would feel if you call their island-state ‘Kiasuland’? You would probably get punched in the face, as I feel like doing to those who show disrespect to their own country by calling Malaysia ‘Bolehland’.


Europeans (or even the other South East Asian nationals) may be angry with their government or with their politicians. But they are loyal citizens of their own country and are proud of their country and their flag. Malaysians, in particular the Chinese and Indians, do not appear to have this kind of decency.

Malays will say ‘marah nyamuk, bakar kelambu’, or cut the nose to spite the face. You may hate Umno, or Barisan Nasional, but you lash out at Malaysia, the Malays, the Muslims, and Islam to vent your anger and frustration. Is it right for those who do not support DAP to lash out at the entire Chinese race? Then why is it right for those who are angry with Umno to lash out and mock their own country, the Malays, the Muslims, and Islam?

The way some of you talk is as if Malaysia is another country and not your country. You mock Malaysia and lash out at Malaysia just like China looks at Japan or North Korea looks at South Korea.

Are you saying that Malaysia is Malay-Islam and since you are not Malay-Islam then Malaysia is your enemy? Many of you despise the Malays, the Muslims and Islam. That, by now, is very clear from your comments and postings in the social media.

Most Malays are very aware that the non-Malays hate them and their religion. This message is very clear and there is no confusion about what that message means. However, as much as the non-Malays may hate the Malays, Muslims and Islam, we would at least expect the non-Malays to love their country and not show so much hatred for their own country.

I think it is time that the non-Malays and non-Muslims ponder as to who the real enemy is. Christians scream about how Jesus taught us to hate the sin but love the sinner. Christianity is about love, so say the Christians. But we can see through this Christian bullshit when they not only despise the sinner but they also despise those who never did anything to them.

Did 18 million Malays sin against you? Even if three million Malays did sin against you (taking the Umno membership into consideration) why do you despise the other 15 million Malays who did you no wrong? And you tell me this is what Christ taught you, to love?

Where is the love? You only show hatred. And you show hatred for the country you were born in just because you hate a certain political party.

Serious damage has been done to race relations in Malaysia. And the problem with this is the damage is so severe and so far gone that reconciliation is almost impossible. So where do we go from here? Are we going to settle our differences on the streets? The way we are going it looks like there is no other way to settle our differences.

We can no longer detect who is the victim and who is the aggressor. Both sides are equally aggressive and are spoiling for a fight. At the end of the day the winner will be the one with the most number of guns. And in such a situation there will be victims from both sides.

Be careful with what you wish for because you might not like what you receive. And don’t pretend you are the victim when you are equally guilty of provoking race and religious tension.


~Source: Raja Petra Kamarudin@Malaysia Today

Bertanduk Dan Lalok Beramai-Ramai Di Dalam Kereta..

Tiga sahabat termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun diberkas dalam satu serbuan di Kampung Lot 23, Cherang Ruku, Pasir Puteh, awal pagi kelmarin. Mereka ditahan kerana terbabit dalam sindiket mencuri lembu dengan menggunakan sumpit sebagai senjata pelali 

Dalam serbuan jam 5.30 pagi itu, dua lelaki berusia 25 dan 29 tahun berasal dari Jengka, Pahang ditangkap bersama remaja bawah umur itu ketika baru tiba di pekarangan rumah berkenaan selepas selesai mencuri empat lembu di Kuala Krai.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, intipan dilakukan selama setengah jam di rumah berkenaan sebelum Proton Iswara dipandu suspek berusia 29 tahun bersama remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tiba di rumah berkenaan.

Katanya, sebaik seorang pegawai memperkenalkan diri, suspek cuba melarikan diri dengan terus masuk ke rumah sebelum bersembunyi di sebalik almari, namun dapat diberkas.

“Hasil pemeriksaan lanjut, dua lembu ditemui dalam keadaan terikat yang dalam keadaan separuh sedar akibat disumpit ubat pelali terperosok di tempat duduk belakang.


~sumber : HMetro.

INFO!! kenapa perlu makan buah sebelum makan..

Al-Quran menyebut buah-buahan terlebih dahulu dari daging dalam menerangkan mengenai keadaan orang2 beriman yang berada di dalam Syurga.

"Dan buah-buahan dari apa saja yang mereka inginkan (pilih), dan daging burung dari (jenis) apa pun yang mereka inginkan..." (Surah al-Waqiah, ayat 20-21)

Dari Anas ra berkata: "Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, makan Baginda meminum beberapa teguk air. (Hadis riwayat Ahmad)



Dulu2, selalu makan buah selepas makan... Yelah, orang kata sebagai pencuci mulut... Tapi ada yang menegur cakap buah patutnya makan sebelum makan, bukannya selepas... Reason??? Masa tu fakta tu tergantung macam tu je tanpa reason yang kukuh... Sekarang, saya dah jumpa dah...

Buah mengandungi gula fruktosa yang dapat meransang peningkatan kadar insulin. Fungsi insulin adalah mengawal kadar gula dalam darah. Oleh itu, makan buah dianjurkan sebelum makan nasi untuk mengelakkan kerja berat dari pancreas, organ yang menghasilkan insulin apabila makanan masuk dalam perut.

Jika makan nasi terlebih dahulu, pancreas akan bekerja berat untuk memproses nasi dan memerlukan masa berjam-jam. Dan jika buah dimakan selepas makan nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan.

Contohnya, jika sebiji epal yang sudah dikupas kemudian dibirakan maka tidak laam selepas itu akan menjadi kuning. Itu baru sahaja terkena udara belum lagi dicampur dengan makanan di dalam perut kita. Sudah pasti buah akan mengalami fermentasi sebelum sempat diproses.

~sumber : farmashealth

AWAS!! Penggemar keli wajib baca ni..

Makanan hari memang kita dapat lihat sering dicemari dengan status haram kerana telah ada bahan makanan yang dicampuri dengan bahan yang haram dimakan oleh umat Islam. Macam-macam produk yang sudah kita jumpa mempunyai bahan yang kotor, tak kira bahan perasa untuk masakan, air minuman dan sebagainya. Pelbagai usaha juga telah dilakukan namun ada sesetengah barangan import tidak boleh disahkan oleh pihak Jakim, jadi ada barangan yang diimport dari luar negara sesetengahnya yang tidak halal gagal dikesan.

Keli juga sebenarnya mempunyai status halal dan haram yang perlu kita ketahui!. Menurut sumber, ada sesetengah penternak mereka memberi makan kepada keli mereke dengan makanan yang kotor seperti bangkai,bahan buangan, organ dalaman babi dan sebagainya sehingga menyebabkan keli yang diternak haram dimakan.

Sikap penternak yang ingin mengaut keuntungan semata-mata, mereka sanggup memberi makanan yang kotor untuk mendapatkan hasil keli yang besar dan gemuk kerana ianya akan mendatangkan keuntungan kepada si penternak. Penternak Islam mungkin tidak melakukan perkara ini, namun kita khuatir penternak cina yang menjual kepada pemborang melayu, dan seterusnya menjual di pasar. Tanpa kita sedar dan makcik2 yang beli ikan kat pasar tu, sebenarnya ikan keli tersebut merupakan ikan kotor.

Admin ada terbaca di FB mengenai perkara ini, dan kita sebenarnya mampu detect yang mana halal, yang mana haram. baca artikel dibawah..



Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak



Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

UPDATE OKU TERABAI!! Adik Firdaus kini kembali ceria, berat badan naik 6 kg.




Alhamdulillah setelah sebulan dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Adik Firdaus, OKU yang pernah menggemparkan seluruh Malaysia kini semakin sihat dan berisi. Berat badannya sudah bertambah kepada 21 kg berbanding 15 kg semasa ditemui terkurung di Taman Semarak, Nilai, 21 Jun lalu. Beliau juga semakin ceria dan aktif.

Muhammad Firdaus Dullah, 15, semasa tiba di hospital ditimbang seberat hanya 15kg tetapi kini sudah pun meningkat kepada 21kg. Hasil penjagaan dan perubatan terbaik oleh pihak HTJ serta diberi makanan seimbang, remaja itu menunjukkan satu perubahan positif.

Menurut laporan, ketika awal dimasukkan ke HTJS, remaja itu tidak mampu duduk di atas katil dan kini mampu melakukannya malah sudah berinteraksi bersama orang ramai yang menziarahinya.


Kuasa Pengguna terhadap Macdonal's Terbukti.

Sapa kata Boikot adalah kerja sia-sia nah bukti, biar gambar berbicara, Saham Macdonal's turun menjunam setelah ramai yang boikot McD..Kuasa Pengguna terhadap Macdonal's Terbukti, Ayuh Teruskan Boikot

MAS Perlu Hentikan Penyediaan Arak dan Mengkaji Cara Pemakaian Pramugari



Syarikat penerbangan negara, Penerbangan Malaysia (MAS) disaran memansuhkan hidangan arak dalam pesawat serta menilai semula pakaian pramugari yang dikatakan terkeluar dari landasan syarak.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, perkara itu wajar diberi perhatian oleh pengurusan tertingginya dengan melihat kepada aspek peringatan ALLAH SWT ekoran nahas membabitkan dua pesawat MH370 pada Mac lalu dan terkini MH17.

Beliau berkata, tragedi dan musibah yang berlaku adalah ketentuan ALLAH SWT namun kerajaan atau MAS perlu menilai kepada aspek keagamaan, kemungkinan ada unsur peringatan-Nya berhubung apa yang berlaku dalam pesawat.

“Sebagai syarikat penerbangan sebuah negara Islam, saya kesal kerana hidangan arak tidak pernah cuba dimansuhkan termasuk aspek Islamik seperti aurat pekerja wanita serta pakaian yang disifatkan tidak mengikut landasan syarak.

“Apabila kita menaiki pesawat MAS, penumpang tidak merasai seperti pesawat itu dikendalikan sebuah negara yang saban tahun menganjurkan musabaqah al-Quran malah menjadi johan saban tahun dalam taranum.

Perkara ini amat mengecewakan kerana ayat-ayat al-Quran yang dialunkan mengandungi banyak hukum berkenaan arak dan aurat serta tanda-tanda kemurkaan ALLAH SWT,” katanya.

Ahmad Tarmizi turut memetik Firman ALLAH: “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” (QS Al-Baqarah 208)

“Mengabaikan perintah mengharamkan arak serta perintah menutup aurat ertinya menolak sebahagian isi kandungan kitab al- Quran. Firman ALLAH, “Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian dari padamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada seksa yang sangat berat. ALLAH tidak lengah dari apa yang kamu lakukan (QS Al-Baqarah 85),” katanya.

Ia menyokong kenyataan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang menegur kerajaan secara terbuka selepas insiden MH370 berhubung jualan arak dalam pesawat MAS.

“Teguran ini adalah daripada suara rakyat yang cintakan Islam. Mac lalu kita dikejutkan dengan tragedi kehilangan pesawat MH370, kini pesawat MH17 pula dilaporkan terkena tembakan ‘syubhah’ sama ada Rusia mahupun Ukraine,” katanya.

Beliau juga tidak berhasrat mempersenda insiden itu namun aspek keagamaan perlu diberi penelitian.

“Kami berasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa. Sudah tiba masanya kerajaan dan MAS melihat yang menimpa mutakhir ini dari sudut paling asas iaitu unsur ketuhanan dan kehambaan,” katanya. 
sumber:– Sinar Harian Online

LAWAK!! One night with My beautiful wife.

Bila kita memandang kecantikan sebagai perkara yang pertama kita akan alpa keindahan akhlak adalah yang utama.
 




Astaghfirullah!! Baru Tinggal sekejab, sudah 40 orang murtad.

Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yang banyak menghabis kan masa berkorban di jalan Allah, dan beliau banyak bergaul dengan alim ulamak, jemaah Doktor Rosmadi sekarang sedang bergerak selama 40 hari di Sandakan.



Karkuzari dan Lapuran Doktor Rosmadi.

Menjejaki masjid yg sudah 18tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan.

Setelah mendapat laporan dr Imam Daerah Tongod, Imam Daim yg kami temui di Masjid Kg Entilibon tentang keadaan satu kampung yg 100% penduduknya telah dimurtadkan pada 6hb Julai 2014. saya bersama amir jemaah (Maulana Jamal) dgn menaiki kenderaan 4WD Hilux peniaga Pakistan (Poushto) telah nekad utk menziarahi Kg Langkabong. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid.Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.



Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut.Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu.Jemaah kami, Badrul munir melaungkan azan dengan sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian.Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih.

Setelah beredar dr masjid kami diberitahu oleh peniaga Pakistan itu yg ada 2 keluarga yg masih beragama Islam.Kami buat keputusan utk menziarahi mereka.
Pakcik Awang yg berketurunan Bajau dan mmg asal dilahirkan Muslim.Isterinya anak tempatan, keturunan Sungai yg memeluk agama islam.Bapa dan adik beradik isterinya semuanya sudah murtad.Beliau menceritakan sejarah pengislaman dan kemurtadan beramai- ramai di Kg Langkabong ini.

Di sekitar tahun 1979- 1982 berlaku pengislaman beramai- ramai (lebih kurang 370 orang) di Kg Langkabong dr usaha Parti Berjaya yg dipimpin Tan Sri Harris Salleh. Selepas pengislaman tersebut sebahagian dari mereka telah ditarbiyah dan dilatih di Pusat Dakwah di Keningau selama 3 Tahun.Mereka ini termasuklah adik ipar kepada Pakcik Awang tadi yg bernama Abdul.Balik dr kursus tersebut, Abdul telah dilantik sebagai Bilal Masjid Langkabong.Selepas pada itu berlaku usaha gigih missionary Kristian yg bertubi di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri yg sampai sekarang masih menggunakan nama Abdul.Masjid Langkabong akhir sekali digunakan di sekitar tahun 1996 menurut Pakcik Awang.


Dakyah missionary ini paling kuat berlaku di zaman PBS di bwh pemerintahan Dato' Pairin Kitingan yg juga merupakan Setiausaha Agong Katolik Asia.Target mereka ingin mengkristiankan seluruh Sabah.
Mengikut Imam Daerah Tongod, Ustaz Daim yg kami temui di Masjid Entilibon kawasan 3T ini adalah sasaran yg terkuat missionary Kristian di seluruh Sabah.
3T...... Telupid, Tongod, Takungan.

Gejala kemurtadan ini berlaku bukan saja di Kg Langkabong malahan di seluruh Sabahnya bahkan di seluruh dunia.

Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka utk merosakkan akidah umat islam.



Kata Syeikh Saad Al Kandahlawi, "Gejala kemurtadan tidak akan berlaku di dlm ummat ini jika setiap ummat menjadikan diri mereka dae'i ".

Beliau menceritakan kisah seorang sahabat Abdullah B. Khuzafah yg mempertahankan imannya dr murtad walaupun diberi tawaran dunia dan ugutan bunuh.Sehinggakan beliau menangis kerana hanya dikurniakan satu saja nyawa.Katanya 'Kalaulah nyawaku sebanyak bulu2 di badanku, nescaya akan ku korbankan satu persatu utk agama Allah'.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah...

Coretan Dr. Rosmadi Nawi

Tragedi Nahas MH17!! MAS sahkan mangsa nahas 43 warga Malaysia termasuk 2 bayi.

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang  dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17.

MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada.

Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.

“MAS mengesahkan pesawat MH17 tidak membuat sebarang panggilan kecemasan.

“Laluan penerbangan itu sebelum ini telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

“MAS sedang dalam proses memaklumkan keluarga penumpang dan krew tentang kejadian ini,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.

Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT)  dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia sebelum disahkan terhempas.

~sumber : Astro Awani.



Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-mas-sahkan-43-rakyat-malaysia-termasuk-2-bayi-dalam-nahas-40088?cp


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh17-mas-sahkan-43-rakyat-malaysia-termasuk-2-bayi-dalam-nahas-40088?cp

Tragedi NahasMH17!! Baju sedondon putih petanda anak terlibat nahas.

Jamilah Noriah Abang Aji Anuar, 72, terlalu sebak untuk becerita mengenai anaknya Ariza Ghazalee, 46, menantunya Tambi Jiee, 49, bersama keempat-empat anak mereka yang menjadi penumpang pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Dengan suara tersekat-sekat beliau memberitahu anak, menantu bersama cucu-cucunya itu sedang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lebih tiga tahun berada di luar negara.

Beliau berkata anaknya mengikuti suami yang bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan dan suami anaknya itu baru mendapat kebenaran untuk berpindah tempat kerja dari Kazakhstan ke Kuala Lumpur.

Beliau yang ditemui di kediamannya di Samariang di sini berkata sebelum ini anaknya begitu ceria hendak menyambut Aidilfitri di tanah air, malah sudah mula menempah baju warna sedondon putih untuk hari lebaran nanti.

Menurutnya pengesahan mengenai anaknya sekeluarga menjadi penumpang pesawat itu hanya diperolehnya awal pagi Jumaat dan hatinya bertambah sebak menyaksikan cebisan pesawat berselerak disiarkan di televisyen.

Kediamannya di sini sudah mula dipenuhi sanak saudara, termasuk daripada keluarga menantunya sejak awal pagi dan suasana pilu memang tidak dapat digambarkan, susulan tragedi berkenaan.

Ariza merupakan anak kedua daripada lima beradik mengambil cuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu untuk bersama suaminya di Kazakhstan.

Kakak Ariza, Madzalina Ghazalee, 47, berkata keluarganya mulai kecoh mengenai kemungkinan Ariza bersama keluarganya menaiki kapal terbang yang dilaporkan terhempas selepas ditembak, tengah malam tadi, namun tiada siapa yang dapat mengesahkannya.

Beliau berkata pada awal pagi ini, keluarnya mendapat maklumat dan pengesahan daripada Penerbangan Malaysia (MAS) mengenai adiknya bersama keluarga adalah penumpang pesawat malang berkenaan.

Madzalina berkata, Ariza bersama suami dan anak-anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13, dijadual tiba di Kuala Lumpur awal pagi ini dan berlepas ke Kuching tengah hari, untuk sampai di sini kira-kira 2 petang ini. 



Misteri!!!Kedai Makan Di Dusun Getah.

Bagi peminat siri seram/pelik. kat sini admin nak kongsi entry tentang misteri yang berlaku kat Warung dusun Getah Melaka. Cerita ni sebenarnya da lama terjadi iaitu pada tahun 2006 lagi di Melaka.. Cerita ni narrator dapat dari rakan dari UiTM yg terjadi pada kawan abang dia. Ikuti cerita narrator yer..



Aku memang gemar berniaga dari zaman sekolah jual kad nama sampai ke pasar malam hingga aku membuka warung. Dengan pinjaman sebanyak RM20k aku maksimakan pembelian mana yang perlu second hand, aku second hand kan. Nama aku Zam sekolah tak tinggi. Tapi gemar join kursus masak. Hampir tiap- tiap bulan aku attend kursus memasak, dari buat kuih ke buat lauk- pauk.

kedai warung aku berada di tepi jalan tapi sebelum nak ke kedai aku kena la lalu kebun getah dan kebun durian. Memang sebijik ke kedai makan aku dkt situ dan beroperasi jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi.
Menunya simple, ala kampung. Cuma aku ada juga buat western.dan menu of the day macam puyuh or masak lemak telur itik dan aku suka buat harga bujang. Contoh nasi goreng harga RM3.50 siap dengan telur mata kerbau lagi.

Alhamdulillah, untung dari kedai ni mampu jugak la.aku bayar pekerja aku. Aku ada 6 org pekerja termasuk aku sebagai tukang masak. Semuanya pekerja lelaki.

Tiga bulan lepas aku bukak. aku dpt rungutan dari Aziz salah seorang tukang masak aku. Katanya tulang2 untuk di buat sup selalu hilang! aku pelik. Sebab semua nya dalam freezer dalam kedai.

Aku kurang faham sehinggalah Aziz bisik kat aku "bang... kalau pukul 11 lebih je....tulang saya letak kat luar periuk dalam penapis tu yg hilang...tulang selalu saya jumpa tempat abang gali lubang buang sampah tu... monyet tak makan tulang bang.....malam.ni"

Cepat-cepat aku sangkal dakwaan Aziz. Tapi dua tiga hari selepas itu, aku demam dan tak berdaya nak ke kedai. Jadi aku wakilkan kakak dan adik aku untuk tengokkan kedai.

Aku dapat panggilan dari Aron, tukang buat air.

"bang.kita kena wat sesuatu. masa saya nak amik ais. saya dengar bunyi krup krap.krup krap, bang. Saya suluh guna lampu. Ada benda mencangkung sedang makan sesuatu bangg!"

Aku diam.malas nak layan. Memang tong ais aku dekat luar kedai. Dan kat situ ada sebiji lampu je.
Aku pun dah tabur karbaid keliling kedai. Mana tahu ular sawa yang rembat tulang tu. Pikir aku time tu.

Masa cuti raya cina, aku tutup kedai  sebab jangkakan mesti customer kurang datang makan sebab selalunya bila ada perayaan mereka lebih suka keluar Pekan Melaka sebab kat situ banyak event.

Aku pun keluar dengan bini aku, jam 2.00 pagi baru kami balik. Seronok bila lama tak 'date' berdua.

Aku lalu kawasan kedai. Tiba-tiba bini aku beristighar panjang. Suara macam menjerit.
aku memang terperanjat dan hampir terbabas dan bini aku terus menjerit.

"abang.ada benda kat kedai!

Sebaik sahaja aku berpaling.
ya Allah. betul.. kelihatan kelibat lembaga putih dalam kawasan kedai. Jumlahnya banyak dan ada yang memanjat pokok macam pontianak.

Aku terus memecut laju. baru aku perasan misteri komplen pekerja aku selama ni.

Hari berikutnya, kedai aku beroperasi macam biasa sebab tu aje punca rezeki aku. Satu hari, pekerja aku, Kamal mengajak teman untuk membuang sampah kat belakang kedai. walaupun takut,tapi aku beranikan diri juga. Dalam pekat malam, tiba- tiba ada suara perempuan mengilai, dan bila pandang atas aku lihat ada kelibat benda terbang.
Kecut perut kami berdua lari masuk ke kedai. Waktu tu kami dalam proses tutup kedai.

Lepas kejadian tu, Si Aziz selalu pasang cd Quran kuat-kuat bila closing.

Pada suatu malam, aku, Aron, kamal, Din , Jaafar, Aziz dan Ali tgh sedap mengemas untuk tutup kedai cam biasa. waktu tu lampu depan tempat meja customer memang kami dah tutup dan kami semua dalam ruang masak yang dipisahkan dengan dinding dan jaring besi.

Tiba- tiba.mata aku tertancap pada satu lembaga dekat meja luar. Tinggi kira- kira 10 kaki.
Cepat- cepat aku bagitahu pekerja aku dan semua terhenti buat kerja. Masing- masing terkejut melihat kelibat lembaga tanpa kepala sedang duduk atas meja kedai kami.

tiba- tiba kedengaran bunyi mengilai sayup- sayup je. Dan kami dikejutkan dengan bunyi sesuatu dibaling atas bumbung. kami semua nampak ada benda terbang dan terus mencangkung atas meja di hadapan lembaga tanpa kepala tadi.

Disebabkan ketakutan kami nekad tido di surau kedai. Namun kami tetap tak dapat lelapkan mata kerana diganggu dengan macam- macam bunyi. Ada suara memgilai, menjerit, menangis, suara budak, bunyi sudu jatuh dan macam-macam lagi.

Akibat tak tahan aku akhirnya panggil sorang ustaz. Ustaz cakap tapak kedai kami tu sememangnya tempat lepak dorang. Selama ini dorang tak ganggu perniagaan akupun saja-saja nak test iman kami je.
Ustaz nasihatkan aku kuatkan amalan dan kalau tak tahan pindah.

Akhirnya akibat tidak tahan akupun tutup kedai kat situ..

~sumber: the Flash

Potong kemaluan suami gara-gara marah mahu diceraikan.

Ikut rasa binasa, ikut hati mati. Demikian pepatah yang boleh diklasifikasikan terhadap perlakuan seorang wanita warga Myanmar yang nekad memotong kemaluan suaminya gara-gara suaminya mahu menceraikannya. Kejadian tersebut berlaku di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi, apabila wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang. setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.


"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini.



Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan.


~Sumber : Bernama

Ketahui Beberapa Jenis Fitnah Dajjal

TIDAK ada keraguan bagi orang yang beriman terhadap segala berita yang datang dari Rasulullah SAW masuk akal atau pun tidak. Kerana mereka menyakini bahawa segala yang diberitakan oleh Rasulullah SAW sepanjang riwayatnya sahih, merupakan wahyu dari ALLAH SWT.

Dan segala perkara yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang berkaitan dengan Dajjal seperti sifat-sifatnya, kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku, masa tinggalnya di atas dunia, para pengikutnya, tempat turunnya, siapa yang akan membunuhnya dan sebagainya. Bagi orang yang beriman bukanlah sebuah khurafat dan tahayul yang menjajah akal serta hati mereka. 



Fitnah yang dilakukan Dajjal adalah banyak sekali di antaranya ialah:

1 . Bersamanya ada syurganya dan nerakanya .

Dari Hudzaifah RA, Rasulullah SAW bersabda:
" Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan nerakanya. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka . "                      ( HR. Muslim , no . 2934 )

2 . Membunuh satu jiwa kemudian menghidupkannya kembali .

Rasulullah SAW bersabda:
" Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata: ' Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah SAW. ' Dajjal berkata ( kepada pengikutnya ): ' Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku? ' Mereka berkata : ' Tidak. ' Maka Dajjal membunuhnya dan menghidupkannya kembali .... " ( HR. Muslim no . 2938 )

3 . Menggergaji seseorang kemudian membangkitkannya kembali . ( HR. Muslim , 2938 / 113 )

4 . Memerintahkan langit untuk menurunkan hujan lalu turunlah hujan.

Dari An - Nawwas bin Sam'an RA: Rasulullah SAW bersabda:
" ... Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Mereka pun beriman kepadanya menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman .... " ( HR. Muslim no . 2937 )

Adapun kaum yang tidak beriman dan tidak menerima dakwah Dajjal, tidak ada sedikit harta pun tersisa pada mereka .

5 . Akan diikuti perbendaharaan harta.

Dalam hadis An-Nawwas bin Sam'an ra disebutkan , Rasulullah SAW bersabda:
" ... Dia mendatangi reruntuhan dan berkata : ' Keluarkanlah perbendaharaanmu . ' Maka keluarlah perbendaharaannya mengikuti Dajjal seperti sekelompok lebah . "   ( HR. Muslim no . 2937 )

6 . Bersamanya air, sungai dan gunung, roti , api , dan air .

Rasulullah SAW bersabda:
" ... Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya surganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah syurga . " ( HR. Ahmad . Asy - Syaikh Al - Albani rahimahullahu berkata: Lihat Qishshatu Masihid Dajjal )

Dari ' Uqbah bin ' Amr RA, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda tentang Dajjal:
" Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api . Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum sejuk yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik . " ( HR. Muslim no . 2935 )

Jika seorang mukmin telah mengetahui dan beriman akan keluarnya Dajjal dengan membawa fitnah yang demikian dahsyat, hendaknya dia mengamalkan beberapa sebab untuk menjaga dirinya dari Dajjal dan fitnahnya.

~sumber Sinar Detik Islam

Hafiz Al Quran Terpenjara bakal dijadikan anak angkat Datuk Zahid Hamidi

kisah seorang remaja hafiz Al Quran yang di penjara yang menjadi viral di laman media sosial baru-baru ini bakal berakhir dengan baik apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia menyahut tawaran untuk menjadikan remaja terbabit sebagai anak angkat. 
Dalam satu sidang akhbar di Majlis Berbuka Puasa bersama warga kementerian di Masjid Al-Mujahiddin Kompleks Perumahan Polis, Tabuan Jaya, beliau memberitahu akan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementeriannya, Ketua Pengarah Imigresen dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara berhubung tawaran menjadikan Muhammad Jamaluddin sebagai anak angkat.

Beliau berkata, perbincangan dengan ketiga-tiga pihak adalah berkaitan proses perundangan dan dokumentasi yang diperlukan untuk menjadikan remaja itu anak angkat.

Muhammad, 16 yang kini menjalani hukuman penjara di Penjara Machang, Kelantan menarik perhatian ramai di laman media sosial kerana kebolehannya menghafaz al-Quran dan menjadi imam di penjara.


Bagaimanapun, beliau menegaskan beliau tidak akan mencampuri urusan mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Muhammad kerana kesalahan berada di Malaysia melebihi tempoh.

"Urusan menghukum ini adalah urusan mahkamah, maka saya tidak boleh menghina mahkamah dengan mengenepikan apa yang diputuskan" katanya.

Muhammad pada mulanya disangka seorang remaja Rohingya, namun hasil siasatan mendapati ibu remaja itu merupakan warganegara Thailand manakala bapanya dari Kemboja.

Ahmad Zahid mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat ke penjara itu untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kebolehan Muhammad yang menarik minat pengikut laman media sosial.
 

~sumber: Berita

Hukumnya Menabur Bunga Mencurah Air Tahlil Di Kubur Yang Kita Ziarahi?



Hukumnya Menabur Bunga  Mencurah Air Tahlil Di Kubur Yang Kita Ziarahi? | 

Kadang-kadang timbul kekeliruan dalam diri kita bolehkah kita menabur bunga dan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi. Baca selanjutnya dengan niat untuk menambah ilmu.

Berkenaan dengan menabur bunga, saya merujuk kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-65 yang bersidang pada 13 Oktober 2004. Mereka telah membincangkan Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.

Oleh itu, dapatlah saya rumuskan bahawa amalan membawa bunga dan menabur bunga di kubur tidak menepati ajaran Islam dan tidak mempunyai dalil yang sahih daripada hadis-hadis Nabi SAW.

Begitu juga dengan amalan mencurah air tahlil di kubur yang kita ziarahi, amalan ini juga tidak mempunyai sandaran yang kukuh mahupun dalil yang sahih. Oleh itu adalah menjadi satu kewajaran bagi umat Islam untuk menghafal bacaan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabatnya semasa menziarahi kubur.

Bacaan itu ialah, “Assalamu alaikum ahlad diyar minal mukminin wal muslimin. Wa inna insyaAllahu lalahiqun. As’alullaha lana wa lakumul ‘afiah." (Hadis riwayat al-Imam Muslim. No. 975).

Maksud bacaan ini ialah, “Sejahtera ke atas anda semua penghuni tempat tinggal di kalangan orang-orang mukmin dan muslim. Sesungguhnya dengan izin Allah, kami akan menyusuli. Saya memohon daripada Allah agar mengurniakan kepada kami dan anda semua kesejahteraan".

Semoga Allah mengampuni semua orang yang beriman yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Amin.

Jawapan ini disediakan oleh Ustaz Dr. Fadlan Mohd. Othman

Catatan Peserta Rombongan pelajar Malaysia Kaherah-Gaza

Catatan Peserta Rombongan pelajar Malaysia Kaherah-Gaza bersama Aman Palestin Mesir yang lalu. 

Ya, saya ingin cari bukti di Gaza. Bukti bahawa kegagahan lelaki tua seperti Abu Ayub Al-Ansori berkeras ingin menyertai misi membuka Constantine bukan cerita dongeng. Bukti bahawa ibu kental seperti Khansa bukan satu. Bukti bahawa Asmaa Abu Bakar bukan wanita daripada kayangan.



Dan Gaza menyeru,
Jika anda adalah wanita tua, jadilah seperti Fatimah An Najar yang merindui syahid.
Jika anda adalah ibu kepada anak-anak tercinta, jadilah seperti Ummu Nidhol yang menghantar anakanda ke pintu syahid.
Jika anda adalah pemuda gagah dan tampan, jadilah seperti Yahya Ayyash. Masih bujang saat bertemu Kekasihnya.
Jika anda adalah orang tua yang sakit, jadilah seperti Sheikh Ahmad Yaasin yang digeruni dari kerusi rodanya.
Jika anda adalah doktor yang sibuk, jadilah seperti Abdul Aziz Rantisi yang memilih Apache berbanding cardiac arrest.

Begitu lima nama yang disenaraikan Ustaz Qamar dalam tawjihnya. Alhamdulillah, pulang dari Gaza secara peribadi saya telah menambah lagi dua nama daripada senarai itu. Al ukht Al qaid Jamilah Shantee dan wanita-wanita kerabat Assyahid Al Jaabari.

Sumber: Aman Palestine Mesir

Subhanallah!! Pelik dan unik..Kesetiaan seekor burung terhadap tuannya yang Syahid.

Kekejaman Israel menyebabkan ramai As syahid gugur di bumi Gaza. Dalam kekalutan peperangan itu, admin ingin kongsikan satu kisah keajaiban yang berlaku di wilayah Gaza. Kisah pelik dan unik ini adalah berkenaan seekor burung yang didakwa sebagai burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil. Walaupun tuannya telah gugur Syahid namun burung tersebut masih setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza. 


Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil.
Subhanallah..demikianlah keajaiban yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.

Kejadian Misteri Berlaku Dalam Peperangan Antara Tentera Hamas dan Israel di Gaza Palestine



6 PERISTIWA AJAIB BERLAKU KEPADA TENTERA HAMAS DALAM PEPERANGAN DI GAZA |

 Ini adalah kisah yang dikongsi oleh Al-fadil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma yang merupakan Pengerusi Eksekutif Aman Palestin berdasarkan pengalamannya mengadakan lawatan ke Palestin pada 20-31 Januari lalu.

Subhanallah! Kisah-kisah yang diceritakan oleh beliau amat membuat penulis begitu teruja dengan dan mengukuhkan lagi iman ini terhadap Allah SWT.

Tidak mahu terlalu panjang dengan intro, mari kita baca 6 peristiwa yang bergitu ajaib berlaku di Gaza ketika peperangan antara Palestin dan juga Israel laknatullah:

Peristiwa 1
Peristiwa ini diceritakan oleh seorang Ketua Mujahid  Gaza kepada Ustaz Zaik di mana ketika dalam satu pertempuran, mujahidin memberi arahan kepada pejuang-pejuang agar tidak membuat serangan terhadap kereta kebal tentera Israel yang memasuki kawasan mereka. Di mana pada ketika itu, mereka hanya berbekalkan baki 6 RPG. Namun secara tiba-tiba senjata itu menembak ke arah kereta kebal tentera Israel tersebut dan memusnahkan ia.

Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Dalam satu temuramah oleh TV Israel bersama tentera Yahudi laknatullah, mereka menceritakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza keseluruhannya berpakaian putih. Namun, apa yang aneh adalah, uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Seorang tentera Israel laknatullah yang buat setelah serangan menceritakan bahawa dia telah dibaling pasir ke matanya dan tidak tahu siapa yang melakukan perkara tersebut.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri seolah-olah ia berpatah balik.
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, tiba-tiba salah satu roket milik Hammas yang hendak dilancarkan scara tiba-tiba meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya. Dan roket itu tetap mengenai sasaran di Israel.

Peristiwa 6
Ini yang paling menarik dan paling menakjubkan di mana seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad SAW. Di dalam mimpi tersebut, beliau nampak Rasulullah SAW sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya dan ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?" lalu Baginda Nabi Muhammad SAW menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza. Bagaimana dengan kita?

Itulah sedikit sebanyak peristiwa-peristiwa ajaib yang berlaku dalam peperangan Palestin dan Israel laknatullah sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza ketika misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.

Subhanaallah!! Allahu Akbar!!!