UPDATE OKU DIKURUNG: Ibu Direman 4 Hari

Seorang wanita yang dikenali sebagai Lola, 40, iaitu ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Nilai, semalam, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ibu remaja terbabit akan direman empat hari sehingga Rabu ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak, Nilai bagi mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.


Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

~sumber Metro