UPDATE OKU DIKURUNG: Di Sebalik " Kisah Benar Puan Lola & Adik OKU "

Akhir-akhir ini gempak media sosial dengan artikel yang bertajuk Kisah Benar Puan Lola & Adik OKU.. menekankan puan lola selaku ibu adik OKU tersebut adalah tidak bersalah dan perkara yang berlaku kepada adik mohammad firdaus tersebut adalah berpunca dari kemiskinan. admin di sini bukan bertindak sebagai keyboard warrior semata-mata kerana ligat mencari salah orang lain. tetapi alasan yang dikemukakan tersebut adalah tidak logik dek akal.






Persoalan yang bermain di fikiran admin tatkala membaca artikel ni...

Muhammad firdaus ditemui dalam.keadaan:
1)Rambut panjang kusut masai (takkan sebab miskin tak boleh nk sikat rambut dia???)

2) baju koyak(takkan tak mampu nak beli baju..kalau kat taman semarak Nilai tu Admin pernah duk situ..kat situ tapak pasar malam..baju bundle banyak je jual kat situ..lagi satu saiz Firdaus lebih kurang Adik die je..takkan tak boleh pinjam baju adik die kot???)

3) najis merata rata (takkan tak sempat nak bersihkan..kalau benar-benar sayang, sanggup dan mampu ke naluri mak tengok anaknya dalam keadaan kotor???)Kucing akan menjilat anaknya bila anaknya kotor jatuh ke longkang..kanapa tidak ibu Firdaus????

4) Badan kurus kering kenapa???macam beberapa bulan tak makan..selfie dan upload gambar dalam FB sempat je..kenapa tak sempat nak suap ank???

5)secara logik akal, penemuan adik OKU tersebut tak mencerminkan dia menerima kasih sayang seorang ibu..bayangkan apa yang berlaku jika Firdaus tidak ditemui???MasyaAllah..

Allah panjangkan usia adik Firdaus agar masyarakat jadikan semua peristiwa ni sebagai teladan dan pengajaran..bukalah mata..mungkin masih ada ibu-ibu yang tergamak berbuat demikian dan kembali sedar. 
Semoga Ibu adik Firdaus diberikan hidayah dan petunjuk..
Wallahua'lam...