PELIK!! Seorang Nenek Berjaya Melahirkan Bayi setelah 50 Tahun Dikandungnya.

Tags

Ketika berumur 26 tahun, pada tahun 1955, Zahra Aboutalib telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami kesakitan selama 48 jam untuk bersalin. Doktor ingin menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan bayi ini tetapi Zahra terlalu takut dan sanggup lagi menahan kesakitan sehingga beberapa hari. Setelah beberapa hari, tiba-tiba sakit untuk bersalin berhenti dan dia percaya bayi ini akan lahir kemudian tetapi ini tidak terjadi, bayi itu tidak juga lahir-lahir.

Pada umur 75 tahun, tiba-tiba Zahra terasa sakit perut macam hendak bersalin dan dia telah membuat pemeriksaan doktor dan rahimnya telah discan. Alangkah terkejutnya apabila terdapat seketul benda berbentuk bayi yang dibaluti oleh cangkerang yang agak keras (macam mumi) di rahimnya. Ini bermakna, Zahra telah mengandungkan bayi ini hampir 50 tahun lamanya.

Kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telahpun bersatu dengan organ dalaman Zahra. Secara fisiologinya, bagi melindungi tubuhnya daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing dalam badannya, badannya telah bertindak membina lapisan cangkerang yang membaluti bayi yang tidak pernah dilahirkan ini.


Akhirnya pembedahan ke atas Zahra dilakukan bagi mengeluarkan bayi dalam bentuk mumi ini. 



 Demikianlah kehendak dan kekuasaan Allah, Dia mampu berbuat apa yang disukai-Nya walaupun perkara tersebut x terjangkau dalam fikiran manusia. Subhanallah.
Wallahu a’lam. 

~Sumber