MENYAYAT HATI : Remaja OKU umpama mayat ditemui dlm OPS PATI...


Allahu Allah..sedih admin menatap berita tentang penemuan remaja orang kelainan upaya (OKU) yang dikurung terbiar oleh ibu kandung sendiri. Perancangan Allah yg Maha Hebat menggerakkan hati Jabatan Imigresen Negeri Sembilan untuk membuat operasi memburu pendatang tanpa izin (PATI). sekali gus berjaya menyelamatkan remaja OKU tersebut.

Remaja tempatan berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, di mana tubuhnya kurus kering seperti mayat, dipercayai akibat kekurangan zat.

Lebih menyedihkan, remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu juga dibiarkan bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah.

Difahamkan, baju dipakai mangsa didapati telah mereput akibat sudah terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri selama berada di situ.

Menurut Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, pihaknya sama sekali tidak menyangka akan menemui remaja terbabit, kerana tujuan asal pihaknya menyerbu kediaman itu kerana dimaklumkan didiami pendatang tanpa izin.

"Remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan juga telah dikesan dan kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, awal pagi tadi.


#Di mana letakya hati & naluri seorang ibu yg melahirkan anak, jagalah zuriat kita dgn baik wlaupn anak itu tidak sempurna kerana dia harta yg paling bernilai didunia & akhirat...sedih,sebak tgk keadaan anak itu.. ='(

~sumber