Calon isteri yang harus dijauhi oleh Lelaki

Pada yang nak kahwin tu..kena baca ni.. ngeeehee.... kalau tak susah korang nak manage nanti.. dah baca tu korang cuba nilai sikit kat calon korang tu kriteria2 ni...hehhe.. agak-agak calon korang ada tak yang macam ni???..


Ni kriteria calon isteri yang harus dijauhi oleh Lelaki @ jangan jadikan sebagai istri:

1. Wanita “Ananah” : wanita jenis ni banyak mengeluh. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumah tangganya semua tidak suka dan tidak berpuas hati.

2. Wanita “Mananah” : yang ni plak suka meniadakan usaha dan jasa suami, akan tetapi sebaliknya menepuk dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Wanita “Hananah” : yang hananah ni plak suka menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain (bekas suaminya dahulu) yang dikawininya sebelum sekarang, atau kepada anak dari suaminya yang lain, dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4. Wanita “Hadaqah” : Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya, selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita seperti ini membuat pusing kepala lelaki. Dia ingin apa saja dia mau. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk.

5. Wanita “Basaqah” : ada 2 makna:

a. Pertama : Wanita seperti ini suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditujukkan kepada dunia. Suka melawan. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita seperti ini juga sangat suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengungguli dirinya.

b. Kedua: Dia marah ketika makan, dan tidak mau makan kecuali dipisah dengan yang lain dan disendirikan bagiannya.

6. Wanita “Syadaqah” : Wanita yang banyak bicara tentang perkara yang sia-sia dan lagi membisingkan sekitarnya.

Dengan panduan yang telah diberikan maka sebagai lelaki, bijak lah dalam membuat pilihan kerana Isteri adalah insan yang akan menemani hidup kita sehingga akhir hayat, dan isteri juga adalah pendidik kepada anak-anak yang bakal lahir, jika baik corak pendidiknya maka baik la juga hasilnya inshaAllah.
Dan bagi wanita pula jangan terasa sebenarnya panduan ini juga sangat berguna kerana boleh dijadikan pedoman yang dapat membimbing sekaligus membentuk kaum wanita agar menjadi seorang wanita yang bernilai serta menjadi idaman para lelaki soleh diluar sana, tiada lelaki yang inginkan wanita yang buruk dan teruk perilaku dan perangainya,inshaAllah sama-sama kita bermuhasabah tidak kira lelaki atau wanita, kerana kedua-duanya memainkan peranan dalam kehidupan yang sementara ini, saling memerlukan untuk lengkap melengkapi... ;)

[Sumber dari Ihya Ulumuddin – Imam Al Ghazali]