Hukum Menyertai Pertandingan Bayi Comel

Hukum Menyertai Pertandingan Bayi Comel


Islam tidak menegah akan sesuatu permainan atau pertandingan dengan syarat acara tersebut bertujuan baik iaitu samada untuk menguji kecekapan, kemahiran, kesehatan dan sebagainya. Dalam islam, tujuan yang baik mesti di sertai dengan kaifiat yang baik, sihat dan berkat sesuai dengan syariat.

Islam menggariskan 2 kategori pertandingan iaitu pertandingan tanpa ganjaran ( hadiah) dan pertandingan dengan ganjaran.

Pertandingan tanpa hadiah diharuskan oleh syarak tanpa syarat. Dan dari sudut As-sunah dan Ijmak pertandingan adalah harus/ boleh. Sebagai contoh Nabi SAW pernah membuat pertandingan lumba kuda di antara kuda yang dikuruskan dengan yang tidak . ( tujuannya untuk persiapan perang).


 Saiyidatina Aisyah berkata:“ Saya berlumba lari dengan Rasulullah SAW. dan saya menang, selepas kami tidak berlumba sehingga saya berasa gemuk, kamipun berlumba lagi dan kali ini Rasulullah yang menang, baginda bersabda :“ kita seri“.

Selain itu terdapat contoh lain iaitu Salmah Bin Al-Akwa yang berlumba lari dengan seorang lelaki Ansar di hadapan Rasulullah SAW dan Salmah menang dalam perlumbaan itu.
Rasulullah saw sendiri pernah menyaksikan pertandingan angkat berat dan baginda tidak menegahnya.
Baginda juga pernah bergusti dengan Rukanan dan mengalahkannya. Kerana Rukanah berjanji kalau dia kalah, dia akan masuk Islam. Dan dia kalah akhirnya dia masuk Islam.

Pertandingan di atas bertujuan untuk suka-suka, menjaga kesihatan, membina kekuatan, persiapan perang dan tujuan untuk berdakwah.
Bagi pertandingan berganjaran ( berhadiah) pula ada yang di haruskan oleh ulama Hanafi iaitu pertandingan memanah, lumba binatang ( kuda, unta, keldai) dan lumba lari, ini amat dikehendaki kerana bertujuan persiapan peperangan, berdasarkan firman Allah SWT.
'' Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, dengan persediaan itu dapat menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu.....  "                    (Surah Al- Anfal 60).
Sabda baginda Rasulullah SAW pula :
”Tiga perkara tidak dikira sia-sia, seorang lelaki melatih kudanya, bermain kuda dengan ahli keluarganya dan bermain panah, semua permainan ini adalah benar”.
Syarat-Syarat Pertandingan berganjaran yang diharuskan/ dibolehkan :
  • Pertandingan adalah dalam bentuk jenis yang bermanfaat sama ada dalam bidang peperangan, kesehatan, dan dakwah Islam. serta cara pelaksanaan dan skopnya tidak bertentangan dengan syarak.
  • Hadiah di sediakan oleh pihak ketiga yang tidak memasuki pertandingan. Manakala yuran peserta hanyalah untuk kegunaan pengurusan pertandingan. Ianya tidak ada unsur perjudian dan hadiah itu sebagai penghargaan dari kecekapan seseorang.
  • Pertandingan mestilah tidak membawa kepada melakukan perkara haram dan meninggalkan wajib.


Pertandingan berganjaran yang diharamkan.

Selain yang bertentangan dengan perkara di atas, juga kalaulah hadiah itu diambil dari pada yuran/ pendaftaran dua orang yang bertanding atau dari semua peserta dan diserahkan kepada pemenang, maka hal ini tidak di benarkan kerana ianya ada unsur perjudian.

Menurut ”Organization of the Islamic Conference , Islamic Fiqh Academy atau Kesatuan Fiqh Sedunia dalam sidangnya ke 14 pada 8 – 13 ZulQaedah 1423 H (11-16 Jan 2003) yang lalu telah memutuskan ( qarar/ ketetapan nombor 127 (14/1) : bahawa semua permainan dan pertandingan yang hadiahnya diambil dari hasil kumpulan wang dari peserta. Hukumnya adalah haram kerana ia mengandungi unsur Judi”.

Ijmak ulama telah mengharuskan pertandingan, walaupun demikian ada 3 jenis pertandingan yang dilarang iaitu:
  • Pertandingan berunsurkan perjudian
  • pertandingan yang boleh menyiksa binatang.
  • pertandingan yang bertujuan memenangi hadiah ( ganjaran).
Demikianlah panduan berdasarkan beberapa dalil/alasan dalam hal ini, mudah-mudahan dapat difahami, dan menjadi panduan agar niat baik caranyapun baik, setiap aktiviti sukan dan pertandingan dapat keberkatan dan terhindar daripada unsur judi dan kemaksiatan yang diharamkan. InsyaAllah.

Wallahu’alam...