AGEN DROPSHIP DICARI!!!!Jom Jana Pendapatan Tanpa Modal..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Najwa Niaga Enterprise(CT-0026318-H) kini mempelawa kepada anda yang berminat untuk menjadi Agen Dropship kami. Dengan menjadi agen Dropship berdaftar, anda boleh melakukan perniagaan anda dan hanya perlu mempromosi produk, mengambil pesanan dari pelanggan melalui website/blog/facebook dan lain-lain cara promosi online. 




APA ITU DROPSHIP?
Dropship merupakan model perniagaan yang melibatkan penjualan sesuatu produk atau servis dengan pengedar (dropshipper) hanya perlu membayar kepada pembekal berdasarkan produk dan servis yang dijual dengan kadar harga komisyen yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kaedah ini telah dikenalpasti berleluasa digunakan. Ianya juga memberikan kadar keuntungan yang tinggi kepada pihak pengedar (agen dropship) kerana tidak perlu melalukan perkara berikut:
a) tidak perlu modal untuk berniaga. Hanya promosikan barangan kami mengikut cara anda (fb/website/blog dll).
b) Harga dropship telah ditetapkan untuk anda dan anda perlu mempromosikan produk dengan harga retail yang dinyatakan atau anda boleh mark-up sendiri harga mengikut penilaian anda akan tetapi harga tersebut haruslah munasabah/logik.
c) tidak perlu menyimpan stok dan menyediakan modal untuk pembelian stok.
d) tidak perlu tempat simpanan stok atau pejabat urusan yang tentunya memerlukan kos sewa bagi meletakkan semua stok
e) Urusan pembungkusan dan penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh pihak kami.




SYARAT MENJADI AGEN DROPSHIP KAMI ADALAH:
1) Amanah dan jujur.
2) Aktif , kreatif dan rajin
3) mempunyai akaun bank Maybank @ Cimb atau kedua-duanya sekali serta wajib mendaftar Online Banking untuk mudah semak transaksi daripada pelanggan.
4) Pastikan anda mempunyai tapak jualan contohnya Facebook/Blogspot/Website/Nak jual Offline pun takde masalah.

STEP 1 :
Copy dan upload gambar apa2 produk barangan kami yang hendak dipromosikan. Gambar produk akan kami upload di dalam blog ini di slot produk. Anda terlebih dahulu perlu pastikan availability produk tersebut dengan kami sebelum anda mengambil payment dari customer.

STEP 2:
Jangan lupa dapatkan maklumat kadar Postage (Poslaju) dari kami.

STEP 3:
Kaedah promosi dan mencari customer terpulang pada kekreatifan dan kerajinan anda. ( chatbox blogger kedai lain/sewa iklan/post dekat FB dll)

STEP 4 :
Jika ada tempahan confirmkan betul2 dengan customer kod produk yg ingin dibeli.
Lepas dah confirmkan dengan customer kod produk boleh emailkan kami 

Tracking number akan diberi melalui email. 

Sekiranya parcel telah di hantar (kami menggunakan khidmat poslaju, kecuali dimaklumkan perkhidmatan pos lain), tetapi tidak diterima dalam 1-2 hari bekerja seperti yang dinyatakan oleh pihak poslaju, ianya bukan lagi kesilapan/kesalahan pihak kami kerana pembayaran perkhidmatan Pihak pos telah pun dibayar dan Pihak pos perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya . 

Oleh itu, harap maklumkan kepada penerima untuk merujuk dengan pihak pos di talian 1300-300-300 dengan memberikan nombor tracking yang diberikan untuk tracking parcel.

Setelah pembayaran dibuat, penghantaran akan dilakukan keesokan hari bekerja kecuali dimaklumkan ada perubahan atas faktor keperluan lain atau kecemasan.


SEKIRANYA ANDA BERMINAT MENJADI AGEN DROPSHIP KAMI, Anda boleh  :

1) Emailkan nama, ic no, alamat dan no fon ke 
    email ke najwaniagaenterprise@gmail.com tajuk  "NAK JADI DROPSHIPPER"..

Sama-sama kita berusaha untuk kejayaan bersama.. Selamat Maju Jaya!!!!!
"Man Jada Wa Jada"..